Saturday, May 14, 2011

LOLLL.............

Beberapa bulan lepas seorang kawan kemaruk blog. Bertenggek pada sebuah blog penuh dengan rasa ketidakpuashatian dengan posting pada blog itu. Habis satu ofis diluahkan ketidakpuashatiannya. Tetapi untuk komen balik dia tiada akaun dan tak pandai pula nak register. Maka, dia pun meminta seorang staff register akaun untuk. Dia geram pada komen seorang pengkomen, memang geram habis. Dah ada akaun, apalagi dia pun menulis dihentamnya panjang lebar pengkomen tersebut, memang dia tak puas hati dengan cara fikir dan pandangan pengkomen tersebut. Apabila pengkomen itu reply, dihentamnya balik. Habis satu office diceritakan, puas hati dapat hentam pengkomen itu balik. Sampai balik ke rumah, dia pun menceritakan lepas geramnya itu kepada isteri tercinta, anak2 dan juga cucunya. Dengan terkejut isterinya menjawab, " itu saya la!!!!"

LOLLL...............

11 comments:

Anonymous said...

Hahahaha!...itu dia yang dinamakan tidur sebantal mimpi lain-lain. :)

wuzara said...

fenin... fenin

Kamarol Azli Bahari said...

kisah benar??siapakah geragannya....??

wuzara said...

kebetulan, kisah seorang kawan kerja.

ambojauh said...

i....ada satu cerita yg tak berapa lucu, tapi saya nak kongsi gak...

dlm satu ceramah keluarga, seorang ustaz mennyarankan supaya anak2 muda mengelakkan diri dari pergaulan bebas, berdua-dua dan berpegang2 tanpa ikatan perkahwinan. Beliau menggalakkan anak2 muda supaya segera berkahwin jika benar2 ingin menjalinkan hubungan romantis.

Ustaz menambah lagi " bagi yg baru berkahwin , kalo berjalan tu sebaiknya suami meletakkan tangannya di pinggang isteri". Seorang wanita yg sudah 10 tahun berkahwin bangun dgn rasa tidak puashati" kenapa yg baru kawin saja ustaz suruh pegang pinggang isteri, kami yg dah lama kawin pun kena lah pegang kat pinggang juga"kata wanita tadi
" sabo puan, saya belum abis cakap lagi. Kalu yg dah lama kawin seeloknya pegang la kat bahu isteri" jawab ustaz tadi.

Wanita itu semakin marah lau berkata " tak patut la macam ni ustaz, yg dah lama kawin patut lebih romantis lagi, kenapa baru kawin je yg boleh pegang pinggang isteri" marah wanita tadi.
" gini puan, yg baru kawin biasanya isteri masih ramping lagi, manakala yg dah 10 tahun kawin biasanya suami tak jumpa nak cari pinggang isteri sebab shape isteri dah lari, tu pasal saya suruh pegang kat bahu, lebib baik dari pimpin tangan saja". kata ustaz lagi. Wanita tadi terdiam dan tak bangun2 lagi.Kebetulan dia memang saiz XXXL sekarang ni.

moral of the story ~ isteri kena selalu jaga penampilan diri supaya tak susahkan suami atau nanti dia juga yg telepas apa yg sepatutnya dia nikmati... :D

Nur_Espace said...

ermmm,tak berapa setuju...
bukan isteri je yang kena jaga penampilan,suami pun sama ye.
jangan dengan isteri mitak itu,mitak ini,tapi tak tanya pun isteri nak macamana pulak.suruh isteri pakai cantik kat rumah tapi baju sang suami sakit mata memandang,hehe...ini tak adil. betul tak kak? kalau kes isteri masih maintain tapi suami pulak yang lari shape,camne tu erk??

ambojauh said...

ahaks....

memang kena jaga jugak le, kalu isteri disuruh bersenam utk bakar spare tyre kat abdomen, tapi suami tak sedar dia sendiri pun 'bertakung' air kat perut masa mandi....itu memang tidak adil.

Namun bagi yg suka suaminya tampil lawa dalam 'busana' yg disukainya, apa salah isteri jadi pakar imej suami. Belikan pakaian2 yg kita sukai utk dipakai oleh suami, jangan sesekali biarkan dia pakai pakaian' kkedut beghut tak bergosok'.....sesekali buat facial ke kat dia, sapu krim mustajab kat perut ke, bengkungkan ke, tolong trim misai janggut ke....okey per...



kikikiki....tolong cadang jerr...

wuzara said...

kena pakai pakaian disukai oleh isteri? ohhhh..... tidak.

Nur_Espace said...

see??

ambojauh said...

hmmmm...tak tau nak kata la...len org len pandangan.

awal kawin dulu husband ambo suka pakai baju raihan warna kelabu, coklat dan warna masam2 je.Kita tengok pun rasa 'sebam'. T-shirt kolar lengan pendek langsung tak mahu.

Then ambo kato " org lelaki tak salah pakai warna ceria2 sikit, baru nampak bersemangat. kalo nak santai2 tu T-shirt kolar pun okey sebab banyak choice , w/pun lengan pendek janji tutup aurat. ambo pun suko jugok tengok lelaki dgn penampilan kemas dan lawa ni " dgn 'sombongnya' dia kata 'tak minat'.

Maka start dari itulah ambo suka 'mencuba' hadiahkan dia t-shirt ke, seluar panjang ke, stokin, tali pinggang, wallet, perfume. kalo ada yg berkenan ambo beli. Tak semstinya branded atau mahal...janji kita rasa 'sedap tengok'.....mmmm paling banyak T-shirt la.
makin lama 'warna' pakaian dia pun mula 'berubah' dan penampilan juga dah turut berubah...okey la.

bila ambo minta nasihat utk diri ambo pulo dia kata " apa2 pun takpa asal pakaian yg menutup aurat dan warna jangan terang2 sangat".

cuma dlm bab 'gosok' pakaian kerja....dia gosok sendiri, ambo tak expert, dari dulu lagi.

sebenarnya, dlm hal berpakaian pun 'kita ' patut bertanya 'selera' pasangan kita, ....ko guano?

amboi....macam pakar imej pulak rasanya...

Nur_Espace said...
This comment has been removed by a blog administrator.