Mat Salleh kata Prevention Is Better Then Cure. Tapi hakikatnya dalam kapitalisme ia sama sekali tidak berlaku. Ideologi kapitalisme menjadikan sekularisme sebagai asas membangun peradaban. Sedangkan nilai paling agung dalam peradaban ini adalah kebebasan ( freedom/hururiyah) atau yang disebut Hak Asasi Manusia (HAM).
Secara asasnya dalam konsep suci Hak Asasi Manuasia ini, ada 4 pokok kebebasan yang wajib semai dan dijaga iaitu bertingkah laku, bersuara, berhakmilik dan beragama. Ia mesti dijayakan dengan idea suci demokrasi. Bagi para pemikir kapitalisme, tanpa demokrasi maka hancurlah hak asasi. Maka melalui demokrasi, maka diciptakan seperangkat hukuman bagi mereka yang melanggar hak kebebasan orang lain. Harapannya agar hak kebebasan setiap manusia terjaga. Sedangkan hakikatnya manusia tidak ada hak untuk berzina, manusia tidak ada hak untuk minum arak, manusia tidak ada hak menguasai sumber alam yang penuh dengan khazanah kekayaan, wanita tidak ada hak untuk menjadi pemerintah, orang bukan Islam tidak ada hak terlibat dalam pemerintahan dan menyebarkan kepercayaan mereka, orang bukan Islam tidak ada hak untuk menternak babi secara komersil dan banyak lagi larangan, kewajipan dan kebenaran yang dinyatakan Al Khaliq.
Tetapi dalam peradaban kapitalisme, manusia ada hak untuk berzina tetapi jika membunuh bayi hasil perzinaan tersebut ia akan dihukum. Minum arak tidak salah, tetapi memandu dalam keadaan mabuk boleh digantung lesen. Pusat perjudian dibenarkan beroperasi dengan lesen PBT, tetapi Muslim yang membeli jika nasib tidak baik akan ditangkap Majlis Agama. Perempuan berpakaian seksi dianggap suatu pengiktirafan atas hak wanita, tetapi si Jantan yang meluap nafsunya lantas mencabul atau memperkosa akan disebat di dipenjara. Exxon Mobil, Shell, memegang hak konsesi cari gali minyak, kerajaan mencukai dan penarikan ‘subsidi’ yang dibebankan kepada rakyat jelata.
Inilah kebebasan dalam peradaban Adam Smith ini. Semuanya adalah hukuman (punishment). Idea kebebasan menyebabkan ia tidak mampu untuk melakukan pencegahan, kerana terjerat dengan Hak Asasi Manusia yang mereka dewakan. Tercungap-cungap Shahrizat mencari penyelesaian kes buang bayi, sampai mati pun tidak akan selesai selagi minda punishment tanpa prevention inilah yang dijadikan asas menyelesaikan masalah. Sedangkan hukum Islam itu sifatnya zawajir dan jawabir (mencegah dan menghapus dosa).
No comments:
Post a Comment