Saturday, July 17, 2010

Bai Putih

Bonda memberitahu seorang saudara dari India datang ke sini. Saya terkejut, masih ada rupanya saudara yang yang masih dikenali di sana. Sebelum ini pernah juga saya terlintas ingin ke sana, tetapi tanpa sesiapa yang dikenali, ianya hanya akan berakhir dengan percutian biasa sahaja.

Arwah datuk adalah generasi pertama yang datang ke Tanah Melayu dari Kerala, India bersama adik dan seorang saudara. Rupanya masih ada saudara di sini yang masih berhubung dengan mereka di India. Mereka pun baru pertama kali saya kenali. Saya bersama bonda dan adik ke rumah mereka.

Bai Putih, itulah panggilan anak saudara arwah datuk. Wajahnya iras-iras Arab, menurutnya kawasannya di sana berhampiran dengan jazirah Arab, menghadap selat Arab. Dalam usia dah mencecah 80 tahun, terpancar keinginannya datang ke Malaysia untuk menjalinkan kembali hubungan kekerabatan. Beliau datang bersama cucunya, Syakir berusia 22 tahun baru grad berkomunikasi dengan kami dalam bahasa Inggeris. Bersalam mencium tangannya, Mbai memeluk saya ketika pertemuan pertama kami.Bai pernah duduk di Malaysia lebih dari 20 tahun sejak tahun 1948, masih fasih berbahasa Melayu. Mbai menceritakan tentang saudara-mara di sana, termasuk rumah banglo besar tempat arwah datuk saya dilahirkan. Hanya Tuhan yang tahu betapa gembira dan terharunya saya dapat berjumpa dengannya.

Isnin ini Bai akan pulang ke India. Pertemuan singkat yang cukup bermakna bagi saya, apatah lagi Bonda, menggamit pelbagi emosi. Sebelum balik kami bergambar bersama menggunakan kamera Ysakir dan saya sempat dakap Mbai erat-erat, semoga ini bukan pertemuan kami yang pertama atau terakhir. Saya harap dapat ke sana bertemua kerabat besar di sana, walaupun muka saya tiada iras mereka, dan tidak memahami percakapan mereka. Tetapi kita tetap umat yang satu.

5 comments:

Anonymous said...

seronokkan bercerita ttg keluarga dan asal usul kita....saya juga punya cerita hebat ttg salasilah keluarga serta perjalanan hidup saya yg terpisah dari keluarga. dari sepuluh adik beradik Allah campakkan saya lama terpisah dari mereka ... menjalanai hidup 'keseorangan' memanglah getir dan bercurahan dgn airmata....waaahhhh....sedeyy pulak ya.
saya teringin sangat menyusur sejarah keturunan keluarga dan nenek moyang saya yg dikatakan ada kaitan dgn sejarah ulim ulama di selatan Thailand....tapi tidak berkesempatan...pergolakan di sana sekarang turut menghalang saya menziarahi keluarga di sana bahkan keluarga di sini menghalang keras saya ke seberang sana....sesekali cuma bertanya khabar menerusi telipon......itu saja.

doakanlah...kalau abang2 dan kakak2 saya izinkan ibu utk berada di bawah jagaan saya bagi menebus kembali waktu yg saya tidak sempat bersamanya...

huwaaa...shahdu la pulakk saya...

nur_Espace said...

sabar akak ye...

WUZARA said...

Ceritalah camne sampai leh terpisah dengan keluarga. mungkin itu pengorbanan yang yang perlu dibayar untuk sebuah kehidupan.

Keluarga sebelah arwah abah saya pula dari Demak. Demak adalah kawasan terawal di Tanah Jawa yang menerima Islam dari pendakwah dari China kerana ia terletak di pesisir pantai. Dalam sejarahnya Demak dikatakan kota para wali. Ramai dari penduduk Demak yang bernikah dengan orang China.

Kesannya, kebanyakan orang Demak tidak memakai nama Jawa sebaliknya memakai nama Islam atau Arab seperti Ismail, Salleh, dsbnya. Arwah datuk saya sendiri mukanya seperti Cina, rupanya ramai orang di Demak yang iras arwah datuk saya. Untuk menjejaki salasilah di sana rasanya terlalu sukar kerana saya dah generasi ke 4 atau ke 5.

Anonymous said...

salam,
nurespace....ni sabo la ni...tu yg nampak anggun dan steady je ni...kih kih..kih..

tapi kecik2 dulu memang serabai jugak jiwa saya....tapi tak le seserabai kasim selamat yg melayan kesedihan sampai buta matanya... :D

Anonymous said...

wuzara....tak mampulah nak bercerita dalam2 sangat....setakat ini ia exclusive milik pribadi yg saya kongsi dgn mereka yg sangat rapat org2 terdekat sahaja.

cumanya saya punya dua keluarga angkat...satu di p. mas dan satu di pasir pekan...seorang peniaga emas dan intan berlian serta memiliki kilang kayu balak (sawmill), yg seorang lagi petani dan guru al quran.
Bila pulang ke kelantan, saya pasti pulang ke rumah kedua-duanya. Di P.mas ayah dan che' saya dah lama meninggal, cuma dua org kakak saya masih di sana....di p.pekan cuma tinggal emak yg semakin uzur, dua kakak dan abang saya .

Sebetulnya saya alami dua suasana yg berbeza dibesarkan dua keluarga yg berbeza latar belakangnya.Terpisah dgn keluarga kandung lantaran sikap tidak jujur mak cik sepupu yg diamanahkan menjaga saya seketika kerana masalah dan kesempitan keluarga ketika saya dilahirkan.Tapi saya pula diserahkan kepada sebuah keluarga kaya dan dihormati di p. mas ini.....
hmmm....dah laju bercerita ni , kan tabole stop pulak nanti :D...

sebetul...susunan Allah itu penuh dgn hikmah yg kekadang tidak mampu disedari oleh kita ini. Cumanya bila dihalusi, barulah terasa betapa besar rahmat Allah dan betapa berharganya pengajaran dari sebuah perjalanan kehidupan buat pedoman dan iktibar pada kita yg halus hatinya...

tidak ada satu pun kejadian di sisi Allah itu...sia-sia nilainya.