Khutbah Jumaat di Johor minggu ini menyentuh tentang perlaksanaan hukuman sebat ke atas pelaku persetubuhan haram (zina)seperti mana terkandung dalam Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram).Hukuman 6 kali sebat ini telah mengundang kritikan hebat dari golongan liberal. Mereka menuduh hukuman sebat ke atas wanita sebagai menzalimin wanita dan mengaitkan perlaksanaan hukuman Islam sebagai kembali ke zaman lampau.
Pertembungan di sini berlaku antara golongan sekular-liberal dengan sekular-moderat. Golongan sekular-moderat menentang sama sekali perlaksanaan hukum Islam sedangkan ulama' kerajaan yang berfikiran sekular-moderat mengubah hukum Islam mengikut selera dan hawa nafsu mereka . Hakikatnya, hukum yang di bawa adalah sama hukum kufur. Hukuman dalam Islam bagi pelaku zina yang bukan mukhsan adalah 100 kali sebat dan bukannya 6 kali sebat. Jelas ini bukan hukum Islam. Bagaimana tergamak ustaz-ustaz belaaan kerajaan ini tergamak menyatakan hukuman 6 kali sebat itu sebagai hukuman yang syar'ie? Ini jelas merupakan perzinaan hukum yang dilakukan oleh ulama' belaan kerajaan sekular ini.
Jika kita perhatikan, sememangnya apa yang dibawa oleh golongan liberal ini bertentangan dengan hukum Allah. Tetapi apa yang dibawa oleh golongan moderat ini lebih merbahaya, kerana mereka mendakwa memperjuangan syariah walhal hakikatnya yang disogokkan adalah hukum kufur. Baik moderat mahupun liberal, kedua layaknya seperti anjing sebagaimana firman Allah swt:
“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177)
4 comments:
Salam akhi,
biasanya khutbah Jumaat isi kandungannya apa? Almaklumlah, yg wajib berjumaat adalah kaum Adam..
syeikh...kenapa tulis hukuman zina 80 atau 40 kali sebatan.itu bukan hukuman minuma arak ke?
Azzaniyatu wazzani fajliduu kulla wa~hidin min huma mi ata jaldah.100 kali la untuk ghair muhsan
Salam...
Wanita Mustanir; isinya khutbah sekadar yang memandulkan minda.
Tufail ; jzkk, ana khilaf. Telah diperbetul.
Salam...
Rupanya ramai lagi yang marah dengan isi khutbah ini. Selepas solat jumaat seorang jamaah bertemu dengan si khatib mempersoalkan hukuman 6 kali sebat pun bukan hukum Islam. Jawab si khatib, "ye tak ye jugak, si bisu dan si pekak, beginilah.. " Khatib pun dah faham.
Post a Comment