Friday, June 11, 2010

APAKAH ADA PENYELESAIAN BAGI PALESTIN?

LIGA ARAB KENA BERSATU SERANG ISRAEL? NEGARA ARAB BANYAK YANG DAH TUNDUK KEPADA ISRAEL.

OIC KENA BERSATU LAWAN ISRAEL? OIC SAMPAI SEKARANG TAK BUAT APA-APA.

JIHAD? HAMAS BERUSAHA TAPI SEMAKIN LAMA ISRAEL SEMAKIN MENGGANAS.

RUNDINGAN DAMAI? PULUHAN ATAU MUNGKIN RATUSAN KALI, TAPI SEMUA TIDAK BERJAYA.

BOIKOT PRODUK? SEKURANG-KURANGNYA MUNGKIN DAPAT MELEMAHKAN ISRAEL.

MENGUTUK ISRAEL? ISRAEL MEMANG BANGSA TERKUTUK!

DEMO? UMNO PUN DAH TURUN DEMO SAMA.

BANTUAN KEMANUSIAAN? SEKURANG-KURANGNYA MENGURANGKAN KESENGSARAAN PENDUDUK GAZA

RESOLUSI PBB? PBB YANG MENGABSAHKAN ISRAEL DAN ISRAEL TAK PERNAH MENGENDAHKAN SEBARANG RESOLUSI PBB.

HADAPKAN ZIONIS KE ICJ?ITU CADANGAN DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR.

JADI, APA SEBENARNYA PENYELESAIAN BAGI MASALAH PALESTIN?


Dahulu ada pihak yang mengharapkan kepada meja rundingan baik yang dianjur PBB, US, Jordan, Turki mahupun beberapa negara lain. Negara-negara Arab sekeliling Israel telah berjaya mewujudkan metos bahawa Israel tidak mampu mereka tewaskan melalui beberapa siri peperangan yang sengaja diciptakan untuk tewas. Perjuangan jihad membebas Palestin telah bermula lama sejak wujudnya Brigade Izzudin Al Qassam. Hamas meneruskan perjuangan ini dan kemudian Brigade Izzudin Al Qassam menjadi sayap tentera kepada Hamas. Mereka mulia berjihad tetapi sayang akhirnya terperangkap dalam percaturan politik demokrasi.

PBB adalah badan dunia yang menyerah Palestin kepada Israel melalui Deklarasi Belfour dan Resolusi 181 pada 1948. Jordan melalui pemerintahan Hashimiah adalah keturunan yang kemudian menyerahkan tebing barat sungai Jordan dimana terletaknya Baitul Maqdis kepada Israel pada 1967. Jelas bagi kita yang memahami realiti merupakan tindakan politik yang naif lagi hina jika mengharap penyelesaian masalah Palestin ini melalui meja rundingan baik yang ditaja PBB, US, Jordan mahupun negara-negara lain. Rundingan tersebut bukanlah untuk mengeluarkan Israel dari bumi Palestin, tetapi hanya untuk membenarkan Israel terus menguasai Palestin dan mencambahkan rasa keputusasaan. Bukan sahaja ia merupakan tindakan politik yang sangat bodoh, malah ia bertentangan dengan apa yang ditunjukkan Allah swt dan rasulnya.

Perjanjian damai itu boleh antara kaum Muslim kecuali perjanjian damai yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram
(HR Abu Dawud dan al-Tirmidzi).

Jelas perjanjian yang membenarkan Israel menduduki wilayah yang dikategorikan sebagai kharaj sulhi ini, adalah menghalalkan sesuatu yang haram. Jawapan bagi Israel adalah jihad, inilah yang disahut Brigade Izzudin Al Qassam berjihad untuk membebaskan Palestin. Pengasas Hizbut Tahrir, Syeikh Taqiyuddin An Nabhani pernah bersama dengan brigade ini. Penalaran politik yang lebih mendalam membawa beliau kepada kerangka politik Islam yang jelas hingga tertubuhnya Hizbut Tahrir. Permasalahan Palestin bukanlah sekadar Israel datang dan menjajah Palestin lalu kemudian menghalau kaum Muslimin. Jika memang sekadar begitu, sepatutnya Israel yang kecil itu mudah ditewaskan.

Faktanya adalah:

1) Kewujudan Negara Israel adalah perkara yang sangat penting untuk menghalang kebangkitan Islam setelah kejatuhan khilafah. Pada peringkat awalnya British bekerja keras untuk memastikan wujudnya negara Israel dengan sokongan politik dan ketenteraan. Selepas perang dunia kedua, US memposisikan Israel sebagai proksi paling penting- tersangat penting- untuk memastikan dunia Islam khususnya negara-negara Arab bergelut dengan permasalahan ini. British dan US memahami kekuatan dunia Islam ada pada wilayah Arab untuk kembali bangkit. Dalam hal ini Obama dengan lantang dan tegas memberikan komitmennya untuk menjaga Israel dari sebarang ancaman dengan mengatakan,

“Kesepakatan (alliance) kita sekarang adalah berteraskan kepentingan bersama dan nilai bersama. Sesiapa sahaja yang mengancam Israel, bermakna ia mengancam kami (AS). Israel senantiasa menghadapi ancaman ini secara terang-terangan. Dan saya akan membawa ke White House sebuah komitmen yang tidak berbelah bahagi (unshakeable committment) terhadap keselamatan Israel,bermula dengan memastikan keupayaan kualitatif ketenteraan Israel. Saya akan memastikan yang Israel dapat mempertahankan dirinya dari sebarang ancaman dari Gaza hingga ke Tehran. Kerjasama pertahanan antara AS dan Israel adalah satu kejayaan dan mesti diperhebatkan lagi. Sebagai presiden, saya akan melaksanakan satu Memorandum Kesefahaman (MoU) yang memperuntukkan bantuan sebanyak 30 bilion kepada Israel pada dekad hadapan ini, sebagai pelaburan kepada keselamatan Israel yang tidak akan terikat kepada mana-mana negara sekalipun.”
[sedutan ucapan-ucapan Obama di atas boleh ditonton di http://www.youtube.com/watch?v=YgpJUlzoKTg]

2) Kewujudan negara Israel diabsahkan secara perundangan oleh PBB sejak sebelum dan setelah penubuhannya. PBB adalah badan dunia yang secara de facto dan de jure menumbuhkan negara Israel, menjaga kepentingan dan memastikan ia akan terus wujud. PBB atas nama sejagat juga akan mengambil sebarang tindakan sekiranya keselamatan dan keberlangsungan Israel tergugat.

3) Negara-negara Arab akan terus tunduk kepada US agar menjaga keberlangsungan negara Israel. Pemerintah negara-negara tersebut meredam emosi umat dengan pelbagai bentuk. Untuk mengendurkan semangat jihad, negara-negara Arab pernah menghantar bantuan ubat-ubatan, makanan dan paling keji adalah bantuan berlori-lori batu krikil sebagai senjata melawan tentera Israel. Malah, sesetengah dari negara tersebut seperti Mesir dan Turki secara terangan-terangan mewujudkan hubungan politik dan ekonomi bersama Israel.

Dari 3 fakta tersebut – Israel adalah proksi yang sangat penting ba€€gi US, disokong PBB dan dijaga negara-negara Arab- kita boleh fahami bahawa mereka tidak akan membenarkan Israel dikalahkan. Bantuan ketenteraan, kewangan, politik dan ekonomi yang disalurkan oleh US adalah untuk memastikan negara Israel terus wujud di atas tanah Palestin. Israel akan terus wujud selagi mana US memerlukannya di situ dan US akan memastikannya terus wujud. Sedangkan PBB dan negara-negara Arab disekelilingnya tidak lain kecuali tunduk dan patuh kepada US.

Dengan penalaran politik yang jernih menggunakan kacamata Islam, kita sewajarnya dapat membezakan antara sogokan penyelesaian yang bersifat retorik dengan penyelesaian Islam. Betapa banyak cadangan penyelesaian tetapi rata-rata penyelesaian tersebut cuba mengelak dari menyebut perkataan jihad. Walhal satu-satunya penyelesaian syar’ie bagi masalah ini adalah dengan jalan jihad. Allah berfirman yang bermaksud:

“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [TMQ at-Taubah (9):14].

Dihubungkaitkan dengan reality politik bagi kes Palestin-Israel, kita memerlukan khilafah untuk melancarkan jihad menghancurkan Israel. Gerakan Islam seperti Hamas bukanlah lawan yang setanding untuk menghadapi tentera Israel yang mendapat bantuan penuh dari US dan bantuan logistic dari negara-negara Arab sekeliling. Kita sewajarnya boleh menilai penyelesaian retorik yang dicadangkan oleh ulama’ yang dikedepankan pemerintah yang mencadangkan boikot produk, bantuan kemanusiaan dan sebagainya.

Menghadapi kesengsaraan sebegini, melihat satu persatu tindakan yang diambil gagal, tetapi tetap sukar juga untuk mengakui bahawa penyelesaian bagi masalag Palestin adalah hanya melalui jihad yang dilancarkan oleh khilafah. Sekiranya konsep khilafah itu masih kabur dari pemahaman kita, sememangnya kita sewajarnya kita teraba-raba penyelesaian bagi masalah Palestin. Ummat Islam dan cendekiawannya, mengakui kewajipan khilafah dan ia pasti akan tertegak. Di Malaysia, ramai yang mengaku turut memperjuangkan khilafah. Tetapi hakikatnya sememangnya kita masih baru berkenalan dengan perkataan struktur kenegaraan Islam seperti khilafah, khalifah, muawwin tafwidh, muawwin tanfidz, qadhi qudhat, mahkamah madzalim, waliyul kharaj, waliyus solah dan lain-lain. Malah pemahaman tentang qadhi, amirul jihad, syura,masyura, baitul mal, majlis ummah, dan amil masih lagi tercapah dari definisi yang benar. Jika pemahaman kepada bentuk asas kenegaraan Islam ini masih belum mengkristal dalam pemahaman kita, wajar jugalah kita tidak memahami bagaimana jentera kenegaraan ini berjalan, modus operandi perlaksanaan hukum syara’, mekanisme penjagaan agama Islam dan ummat serta penyebaran Islam keseluruh pelusok dunia. Dan salah satunya, pembebasan seluruh biladul muslimin dari penjajahan kufar termasuk Palestin. Ketidakjelasan umat tentang perkara ini, menyebabkan umat tidak mampu melihat hanya khilafahlah institusi umat Islam yang mempunyai kapasiti dan kemampuan menguruskan permasalahan ini. Lebih teruk lagi akibat betapa minimanya maklumat dan tsaqafah berkaitan khilafah, umat diberi gambaran ia adalah sesuatu yang entah berapa lama lagi ia akan tertegak, entah berapa puluh tahun atau mungkin ratusan tahun. Minda yang tewas melihat usaha peringkat local di negara masing-masing pun masih belum menemui kejayaan dan jalannya masih berliku dan dirasakan terlalu jauh untuk sampai kepada khilafah. Maka, apa sahaja yang difikirkan paling tidak pun dapat meringankan penderitaan penduduk Palestin dianggap sebagai perjuangan membebaskan Palestin dan wajar diberi keutamaan.

Tetapi sekiranya kita teliti dengan mendalam, Israel akan terus berada di situ selagi mana US mengkehendaki ia wujud disitu. PBB akan menjaganya dan negara-negara Arab akan membentenginya. Jawapan bagi keangkuhan US dan Israel hanyalah jihad oleh khilafah Islam, tidak ada jawapan lain. Kita sangat-sangat terdesak memerlukan khilafah buat kali kedua dalam dalam sejarah Islam sebagaimana yang dikhabarkan oleh lisan junjungan kita. Ia adalah suatu kepastian dan juga sebuah kewajipan.

3 comments:

Pacifist said...

salam ziarah
Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

Ya Allah bukakanlah pintu hati-hati kami.

Pacifist said...

memang semua telah diceritakan dan diberitakan dlm al-Quran dan Hadith.seumpama kita sudah diberikan skrip ttg perkara dahulu,sekarang dan akan datang.cuma apa yg Allah lihat ialah usaha kita menjalankan kewajipan yg telah ditetapkan.walaupun kita kalah dlm peperangan sekarang,ia ttp harus dilakukan,kerana kita tidak tahu bila zaman yg dijanjikan itu.kerana jika kita duduk diam shj,tentulah hasilnya juga berbeza.sekurangnya t/jawab kita sbg umat hari ini sudah dijalankan,selebihnya serah pdNya utk menilai apa yg kita lakukan masa kita hidup

WUZARA said...

Salam,

Jihad adalah satu-satunya jalan yang syar'ie bagi permasalahan Palestin. Semoga Allah menerima usaha para mujahidin tersebut. Dalam masa yang sama kita perlu sedar, hanya khilafah yang mampu membebaskan Palestin dengan jihad yang akan dilancarkan oleh negara Islam.