Sunday, January 11, 2009

SIAPAKAH PENGUASA ISLAM & APAKAH SIKAP KITA TERHADAP PENYELEWENGAN DAN KEKUFURAN MEREKA?



GAZA TERUS DIBEDIL

Beberapa hari ini naluri keislaman atau setidaknya kemanusiaan kita pasti tersentuh. Ini bukanlah kali pertama, ia telah banyak kali berlaku dan akan terus berlaku. Pembantaian terhadap ummat Islam umpama tiada harga. Sungguh tragis mengingat pembantai ummat Islam suatu masa dulu di Algeria, Kashmir, Bosnia, dan Chenya. Malah saya kira ia lebih dahsyat lagi dari apa yang sedang berlaku di Gaza sekarang. Apa pun sebagaimana makna sabda nabi nyawa seorang muslim itu lebih utama dari kaabah, pastinya kita tidak boleh menerima apa yang berlaku di Gaza.

Saat saya menaip ini, entah bagaimana siksanya saudara-saudara kita di sana. Seluruh dunia benar-benar berang dengan tindakan Israel. Kita boleh lihat bantahan diadakan di mana-mana dari Jerman, Austria, Syiria, Iran, Jepun, Amerika Syarikat, Indonesia, India, Korea Selatan dan juga Malaysia. Malah tadi jawatankuasa penduduk dan dewan musollah tempat saya tinggal berbincang untuk turut mengadakan bantahan. Sayangnya tarikh yang ditetapkan saya berada di luar kawasan atas urusan kerja. Saya terharu juga, atas nama Palestin mereka dapat mengenepikan pertentangan ideologi politik. Semoga ini menjadi titik penyatuan bagi semua.

PENGUASA UMMAT ISLAM TERUS MENJADI BALACI KUFFAR

Tetapi sayangnya pemerintah negara-negara ummat Islam belum lagi sedar. Mereka tidak berasa sedikit belas pun terhadap saudara seislam mereka. Dari penjaga dua tanah Haram, Raja Arab Saudi, Raja Jordan, Yaman, Oman, UAE, Iraq, Iran, Pakistan, Turki, Kuwait. Barangkali benarlah apa yang dilapurkan oleh surat khabar Israel dalam Haeratz bahawa mereka telah memaklumkan kepada pemimpin-pemimpin negara Arab sebelum menyerang Gaza. Malah mereka turut terkejut dengan kerjasama baik yang diberikan oleh Mesir. Mana pula pemimpin-pemimpin negara ummat Islam lain? Apa yang dibuat oleh pemerintah Malaysia, Indonesia, Brunei, Tajikistan, Uzbekistan, Kyrgistan, Libya, Algeria, Maghribi dan seluruh negara-negara OIC? Bilakah kalian hendak bersidang untuk menyatukan tentera-tentera kalian untuk berjihad ke Palestin? Bilakah ketumbukan tentera Muslim ini hendak dikerahkan? Atau sememangnya pemimpin-pemimpin ini merupakan balaci-balaci penjajah kufar untuk terus menerapkan hukum kufur di dunia Islam, menghalang kebangkitan Islam, menangkap dan menyeksa pejuang-pejuang Islam, mengkebiri tentera-tentera Muslim, melindungi penjajah kufur dan terus membiarkan ummat Islam disembelih.

APAKAH PENGUASA HARI INI IMAMAH YANG SAH?

Saya bermaksud untuk membuka minda dan hati sesetengah golongan yang masih menyokong pemerintah kufar ini. Mereka terus mempertahankan kekuasaan mereka kononnya atas nama penguasa sunni. Mereka memputarbelit dan menyeleweng nas-nas untuk mempertahankan pemerintahan kufur ini.

Antara hadith yang paling biasa diselewengkan adalah

“Barangsiapa membenci sesuatu yang ada pada pemimpinnya, hendaklah ia bersabar. Sebab, tak seorangpun boleh memisahkan diri dari jama’ah, sekalipun hanya sejengkal, kemudian dia mati, maka matinya adalah seperti mati jahiliyyah.” (HR. Bukhari)

Siapa saja yang mentaati pemimpinku, maka dia telah mentaatiku; dan barangsiapa tidak taat kepada pemimpinku, maka dia telah berbuat maksiyat kepadaku..” (HR. Bukhari) “Kalian akan melihat pada masa setelahku, ada suatu keadaan yang tidak disukai serta hal-hal yang kalian anggap mungkar. Mereka (para shahabat) bertanya, “Apa yang engkau perintahkan kepada kami, wahai Rasulullah? Beliau menjawab, “Tunaikanlah hak mereka, dan memohonlah kepada Allah hak kalian.” (HR. Bukhari)

Golongan seperti ini tetap mempertahankan pemerintah-pemerintah hari ini hatta apa pun kekufuran yang dilakukan dengan menjadi hadith-hadith di atas dan nas-nas lain sebagai alat. Hatta kewujudan parti-parti politik dan gerakan Islam dituduh sebagai bid’ah dan disamatarafkan dengan khawarij dan sebagainya.
Kesalahfahaman ini akan saya jelaskan kemudian. Pertamanya tentang kewajipan jemaah Islam untuk menghancurkan kekufuran ini dan mengembalikan kehidupan Islam kedua. Keduanya, kewujudan jemaah untuk memuhasabah imam/khalifah yang sah sekiranya mereka melakukan kezaliman mahupun kekufuran yang jelas.

No comments: