Islam adalah sebuah Deen yang cukup indah. Islam menggariskan hubungan antara manusia dengan Al Khaliq, dengan diri sendiri dan sesama manusia. Terpulang kepada penganutnya untuk menterjemahkannya dalam kehidupan ini atau tidak.
Hati kita pasti sedih melihat pembunuhan antara Siunni dan Syiah, polemik kafir-mengkafir hatta sampai perseteruan perkara remeh di jalan raya, antara anak-anak, sesama rakan kerja dan mungkin juga jiran sekampung. Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, perkelahian itu adakalanya muncul di alam maya.
Hati ini lebih sedih jika permusuhan itu berlaku antara gerakan Islam. Ya, memang kita wajib saling muhasabah wajib juga menerima muhasabah yang syar’i. Yang wajib ditegur adalah penyimpangan fikrah dan tindakannya dari Islam. Tetapi haram hukumnya menyerang sesebuah gerakan kerana gerakan itu sendiri bukan fikrahnya. Senang kata serangan peribadi, apatah lagi jika serangan itu dari sumber yang tidak pasti dan mengandungi unsur fitnah. Sebaliknya, hendaklah muhasabah atau teguran itu dari niat yang ikhlas, bersandarkan nas yang paling kuat dan disampaikan dengan menjaga ukhwah Islamiah atas rasa cinta dan kasih sesama Muslim.
Pandangan Ulama Tentang Cinta dan Kasih

Allah berfirman yang bermaksud:
Nescaya Allah akan mencintai dan mengampuni dosa-dosamu. (TQS Ali Imran : 31)
Sesunggahnya Allah tidak mencintai orang-orang kafir (TQS Ali Imran:32)
Al-Baidhawi menafsirkan pasti Allah akan redha kepadamu. Cinta Allah kepada kaum mukmin adalah pujian, pahala dan ampunanNya bagi mereka.
Al Azhari berkata, ‘ Cinta Allah kepada hambaNya adalah memberikan kenikmatan kepadanya dengan memberi ampunan’.
Sufyan bin Uyainah menafsirkan, Allah akan mendekatkan padamu. Cinta adalah kedekatan.
Cinta dan Kasih Sesama Muslim
Mahabbah (cinta) merupakan salah satu kecenderungan yang akan membentuk nafsiyah seseorang. Kecenderungan ini terkadang bersifat fitri seperti sayang kepada anak. Ia juga boleh berdasarkan pemahaman(mafhum), seperti kasih sayang antara Anshar dan Muhajirin.
Kasih sayang sesama Muslim hukumnya wajib. Dalilnya adalah firman Allah swt:
Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa diantara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, yang bersifat lemah lembut terhadap orang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang kafir, yang berjihad di jalan allah, dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui. (TQS Al Maidah:54)
Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesame mereka… (TQS Al Fath:29)
Dari Anas ra, Nabi saw bersabda yang bermaksud:
Ada tiga perkara, yang sesiapa memilikinya ia telah menemui kemanisan iman. Iaitu orang yang mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain, (kedua), orang yang mencintai seseorang hanya kerana Allah, (ketiga) dan orang yang tidak suka kembali kepada kekufuran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke neraka. (Mutafaq’alaih)
Cinta dan benci itu wajib disandarkan kepada hukum Allah. Cinta kerana allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanan dan ketaatanya kepada hukum Allah. Benci kerana Allah adalah membenci Hamba Allah disebabkan kekufuran dan perbuatan maksiatnya.
Sunguh besar balasan oranng yang mencintai kerana Allah swt. Dalam sebuah hadith Qudsi Riwayat Muslim dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:
Sesungguhnya kelak di hari Kiamat Allah akan berfirman, “ Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan Ku? Pada hari ini Aku akan memberikan kepadanya dalam naungan Ku di saat tiada naungan kecuali naungan Ku”
Allah ‘Azza wa jalla berfirman, “ Orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan Ku, mereka mendapat mimbar-mimbar dari cahaya. Para Nabi dan syuhada pun tertarik dengan mereka. (HR: Tirmizi, Hasan shahih)
Banyak lagi nas-nas menceritakan tentang kewajipan dan pujian kasih sayang sesama Muslim.
Jadi Bagaimana Kita?
Kita wajib menjalinkan uhkwah islamiah sesama Muslim. Wajibnya juga menyampaikan dakwah dan saling muhasabah atas tindakan yang bertentangan dengan hukum Islam. Di sisi lain wajib juga menerima muhasabah syar’ie dengan ikhlas dan jujur. Sampaikan dakwah dengan uslub yang tidak merosakkan ukhwah Islamiah. Bergaullah sesama Muslim dengan penuh kasih sayang, tolong- menolong dan saling menghormati.
Semoga Allah meredhai kita semua, mendapat naunganNya di mimbar-minbar di Yaumil Mahsyar di kelak hingga para Nabi dan syuhada pun tertarik kepada kita, amin.
No comments:
Post a Comment