Sunday, June 29, 2008

Seminar Krisis Kenaikan Minyak



Assalamualaikum wbt...

Pagi tadi lebih kurang jam 7 saya bertolak dari Batu Pahat menuju ke Bangi. Terlanjur ada kursus di sana sehingga Rabu minggu depan, baik juga ambil kesemepatan hadir ke Seminar tersebut. Sampai di Puri Pujangga UKM lebih kurang jam 9.30 . Masuk ke dewan, penceramah pertama Prof Madya Dr Sharifudin b. Dato Muhammad Zain sedang menyampaikan ceramahnya. Beliau menerangkan realiti yang membawa kepada kenaikan harga minyak, memang menarik dan mendalam.


Beliau menyorot tentang keadaan ekonomi US yang sarat dengan beban hutan negara dan individu yang berkali-kali ganda berbanding KDNK US. Kemudian kesan 'sub prima' yang benar2 tenat di US. Yang semua ini mempunyai hubung kait dengan kenaikan harga minyak. Beliau juga menjelaskan situasi dan faktor industri 'real' minyak dan juga industri kontrak pasaran hadapan, realitinya dan bagaimana ia membawa kepada spekulasi kenaikan harga minyak. apa yang dapat simpulkan, walaupun dalam masa yang terhad Dr. Sharifudin dapat menjelaskan dengan jelas tentang realiti SEBENAR kenaikan harga minyak.

Semasa sesi jamuan, saya sempat berbual2 dengan beberapa tetamu yang hadir. Alhamdulillah mereka memberi respons yang sangat baik. Mereka setuju hanya setelah mendengar penjelasan tadi baru betul2 memahami realiti kenaikan harga minyak ini.


Penceramah kedua dari Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Hakim Othman, menjelaskan hukum Islam tentang pengaturan minyak. Beliau menumpukan khusus hukum bagi minyak sebagai milkiah ammah dengan dalil dan syarah yang jelas. Walaupun saya sudah memahami tentang perkara ini, penjelasan dari Ustaz Hakim menajamkan lagi pemahaman.


Selapas sesi soal jawab, Hizbut Tahrir Malaysia memperkenal barisan saf kepimpinan tertinggi HTM. Selepas itu, Kempen Sejuta Tandatangan dilancarkan oleh Presiden bersama Ustaz Ahmad Mustafa, Setiausaha Agung Hizbut Tahrir Malaysia. Selepas doa penutup, suatu sidang media diadakan.

Itulah sedikit info yang dapat saya kongsi disini. Maaflah buat masa ini tak dapat menulis secara ilmiah lantaran kesibukan urusan harian. okaylah, nak study sikit... esok dan lusa ada exam.

akhir kalam serangkap pantun dari saya...

Malam nan indah penuh rahsia,
Fajar suboh merakit cahaya,
Inilah Islam agama mulia,
Khilafah Nubuwwah tugasan bersama.

Jom Dakwah!!!!!!!








Friday, June 27, 2008

Harga Minyak Melepasi US140/barrel

Assalamualaikum
Semoga ceria dipagi Jumaat yang penuh barkah ini. Jangan pula apa yang saya catitkan disini membuat kita mencuka.Seperti dijangka harga minyak akan terus meningkat. Harga minyak mencatat paras tertinggi USD140.39 dan sedang berlegar sekitar USD139.89.

Ini merupakan tekanan kepada banyak kerajaan terutama di negara-negara membangun dan dunia ke3. US sedang bermain api. Dalam masa syarikat-syarikat minyak US mengaut keuntungan dan sumber bahan api alternatif semakin relevan, kegoyahan kerajaan di banyak negara turut akan memberi kesan negatif kepada US.

Putera Charles juga telah menyarankan untuk mengkaji kembali sosialisme untuk manutup kelemahan sistem kapitalisme yang digunapakai dunia hari ini. Barat masih tercari-cari idelogi alternatif lain tetapi hahikatnya mereka masih pi mai pi mai tang tu. Yang mereka dapat lihat penyelesaiannya samada kapitalisme atau sosialisme.

Ummat Islam tidak begitu. Kita melihat Islam sebagai penyelesaian bagi permasalahan kehidupan yang menjamin ketenangan hidup di dunia dan semoga Allah meredhai. Demonstrasi yang akan diadakan pada 6.7.087 menunjukkan tekanan hidup dan kemarahan rakyat Malaysia atas keputusan kerajaan menaikkan harga minya.

Walaubagaimana pun, menurunkan harga minyak bukan penyelesaian Islam. Minyak seperti sumber galian yang 'tidak' terbatas' lain, adalah milkiah am(kepemilikan umum) yang wajib diurus oleh negara sebagai milik rakyat. kalau nak kefahaman lanjut marilah ke seminar krisis minyak di UKM hari ini. sila layari www.khilafah.com untuk maklumat lanjut.

Semoga segala kegawatan hari ini merupakan retak menanti belah menuju kehancuran sistem kapitalisme. ISLAM PASTI KEMBALI TERTEGAK, ALLAHUAKBAR!!!

Oil rises past $140 a barrel, setting a record
http://www.iht.com/articles/2008/06/26/business/26oil.php

NEW YORK: Oil futures rose to more than $140 a barrel, a new record, Thursday after OPEC's president said oil prices could rise well above $150 a barrel this year and Libya said it may cut oil production.
Light, sweet crude for August delivery settled up $5.09 at $139.64 a barrel after hitting an all-time high of $140.39 earlier, eclipsing the previous record of $139.89 a barrel hit on June 16 on the New York Mercantile Exchange. In London, August Brent crude futures rose $3.88 to $138.16 on the ICE Futures Exchange.
Chakib Khelil, president of the Organization of the Petroleum Exporting Countries, said he believes oil prices could rise to between $150 and $170 a barrel this summer before declining later in the year. Khelil said he does not think prices will reach $200 a barrel.
The head of Libya's national oil company said the country may cut crude production because the oil market is well supplied, according to news reports.
"Shokri Ghanem, the nation's top oil official, declined to say when a decision would be made on whether to lower production, or give any indication of the size of the cut under consideration," said Addison Armstrong, director of market research at Tradition Energy in Stamford, Connecticut, in a research note.
Oil futures were also rising as investors reassessed comments the Federal Reserve made Wednesday when it held a key interest rate unchanged.
Many investors who had expected the Fed to raise interest rates in August now think a rate hike is unlikely until after the November election or next year, said James Cordier, president of Tampa, Florida-based trading firms Liberty Trading Group and OptionSellers.com.
Interest rates affect the dollar; many analysts believe the Fed's rate cutting campaign, which began last September, had much to do with weakening the dollar against the euro and sending oil prices skyrocketing. Investors buy commodities such as oil when the greenback is falling. Also, a weaker dollar makes oil less expensive to investors dealing in other currencies.
The dollar slid against the euro after the Fed's comments Wednesday, and was down again on Thursday.
Breaking through $140 now "seems hard to avoid," Cordier said.
In other Nymex trading Thursday, July gasoline futures rose 9.04 cents to $3.4845 a gallon and July heating oil futures rose 11.58 cents to $3.865 a gallon. July natural gas futures rose 17.8 cents to $12.931 per 1,000 cubic feet.

PERKONGSIAN PERNIAGAAN DALAM ISLAM


Pasti ramai diantara kita yang minat berniga atau pun memang seorang peniaga. Dalam perniagaan, perkongsian adalah suatu perkara yang kita biasa jumpa. Sedarkah kita Islam telah mengatur hukum berkenaan perkongsian perniagaan ini?

Sedarkah kita syarikat Enterprise, Sendirian Berhad, Berhad, Koperasi mahupun saham yang diamalkan sekarang adalah bentuk perkongsian perniagaan yang lahir dari aqidah sekular? Saya sendiri sebelum mempelajari sistem ekonomi Islam tidak menyedari perkara ini. Kita dilahirkan dalam masa perkongsian-perkongsian ini telah dan sedang diamalkan. Sehingga mungkin kita tidak perasan dan menyangka tiada masalah dengan hukum syarikat tersebut.

Saya perhatikan jarang sekali hukum berkenaan perkongsian perniagaan ini dititik beratkan. Sedangkan Islam menganjurkan ummatnya berniaga dan dalam masa yang sama menjelaskan hukum-hukumnya. Dalam dunia hari ini banyak bentuk perniagaan seperti MLM, bursa saham diperkenalkan tetapi jelaskah kita hukum syara’ berkenaannya?

Saudara-saudara yang dikasihi, para fuqaha telah menggali dari dalil syar’ie berkenaan perkongsian Islam. Sama-sama kita mengamalkannya. InsyaAllah rezeki yang diperoleh adalah rezeki yang halal lagi diberkati.


Perkongsian Perniagaan (Syirkah)

Kata syirkah dalam bahasa arab berasal dari kata syarika (fi’il madhi), yashruku (fi’il mudhari’) syarikan/syirkatan/syarikatan (masdar/kata dasar); ertinya menjadi sekutu atau syarikat (kamus al Munawar)
Menurut erti asli bahasa arab, syirkah bererti mencampurkan dua bahagian atau lebih sehingga tidak boleh dibezakan lagi satu bahagian dengan bahagian lainnya, (An-Nabhani)
Adapun menurut makna syara’, syirkah adalah suatu akad antara 2 pihak atau lebih yang sepakat untuk melakukan kerja dengan tujuan memperoleh keuntungan. (An-Nabhani)

Hukum Syirkah

Syirkah hukumnya mubah. Ini berdasarkan dalil hadith nabi saw berupa taqrir terhadap syirkah. Pada saat baginda diutuskan oleh Allah sebagai nabi, orang-orang pada masa itu telah bermuamalat dengan cara ber-syirkah dan Nabi Muhammad saw membenarkannya. Sabda baginda sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra:
Allah ‘Azza wa jalla telah berfirman; Aku adalah pihak ketiga dari 2 pihak yang bersyirkah selama salah satunya tidak mengkhianati yang lainnya. Kalau salah satunya khianat, aku keluar dari keduanya. (Hr Abu dawud, alBaihaqi dan adDaruquthni)
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Aba Manhal pernah mengatakan , “aku dan rakan kongsiku telah membeli sesuatu dengan cara tunai dan hutang.” Lalu kami didatangi oleh Al Barra’bin azib. Kami lalu bertanya kepadanya. Dia menjawab, “ Aku dan rakan kongsiku, Zaiq bin Arqam, telah mengadakan perkongsian. Kemudian kami bertanya kepada nabi s.a.w tentang tindakan kami. Baginda menjawab:
“barang yang (diperoleh) dengan cara tunai silalah kalian ambil. Sedangkan yang (diperoleh) secara hutang, silalah kalian bayar”

Hukum melakukan syirkah dengan kafir Zimmi
Hukum melakukan syirkah dengan kafir zimmi juga adalah mubah. Imam Muslim pernah meriwayatkan dari Abdullah bin Umar yang mengatakan:
“Rasulullah saw pernah memperkerjakan penduduk khaibar(penduduk Yahudi) dengan mendapat bahagian dari hasil tuaian buah dan tanaman”

Rukun Syirkah
Rukun syirkah yang asas ada 3 perkara iaitu:
a) akad (ijab-kabul) juga disebut sighah
b) dua pihak yang berakad (‘aqidani), mesti memiliki kecekapan melakukan pengelolaan harta
c) objek aqad(mahal) juga disebut ma’qud alaihi, samada modal atau pekerjaan

Manakala syarat sah perkara yang boleh disyirkahkan adalah adalah objek tersebut boleh dikelola bersama atau boleh diwakilkan.

Pandangan Mazhab Fiqih tentang Syirkah
Menurut mazhab syafi’e, zahiriah dan Imamiah hanya 2 syirkah yang sah iaitu inan dan mudharabah

Mazhab Hanafi berpandangan ada empat jenis syirkah yang syari’e iaitu syirkah inan, abdan, mudharabah dan wujuh. ( Wahbah Az Zuhaili, Al Fiqh al Islami wa Adillatuhu)

Mazhab Maliki hanya 3 jenis syirkah yang sah iaitu syirkah inan, abdan dan mudharabah.
Menurut mazhab syafi’e, zahiriah dan Imamiah hanya 2 syirkah yang sah iaitu inan dan mudharabah.

Mazhab hanafi dan zaidiah berpandangan ada 5 jenis syirkah yang sah iaitu syirkah inan, abdan, mudharabah, wujuh dan mufawadhah.

Syeikh Taqiuddin AnNabhani dalam kitabnya Sistem Ekonomi Alternatif Perspektif Islam berijtihad terdapat 5 jenis syirkah yang syari’e sama seperti pandangan mazhab hanafi dan zaidiah. 1) Syirkah Inan
Syirkah inan adalah syirkah yang mana 2 pihak atau lebih, setiap pihak menyumbangkan modal dan menjalankan kerja. Contoh bagi syirkah inan:
Khalid dan Faizal berkongsi menjalankan perniagaan burger bersama-sama dan masing-masing mengeluarkan modal RM500 setiap seorang.
Perkongsian ini diperbolehkan berdasarkan As-Sunnah dan ijma’sahabah. Disyaratkan bahawa modal yang dikongsi adalah berupa wang. Modal dalam bentuk harta benda seperti kereta mestilah diakadkan pada awal transaksi.
Perkongsian ini dibangunkan oleh konsep perwakilan(wakalah) dan kepercayaan(amanah). Sebab masing-masing pihak, dengan memberi/berkongsi modal kepada rakan kongsinya bererti telah memberikan kepercayaan dan mewakilkan kepada rakan kongsinya untuk mengelolakan perniagaan.
Keuntungan adalah berdasarkan kesepakatan semua pihak yang berkongsi manakala kerugian berdasarkan peratusan modal yang dikeluarkan. Abdurrazzak dalam kitab Al-Jami’ meriwayatkan dari Ali r.a yang mengatakan:
“kerugian bergantung kepada modal, sedangkan keuntungan bergantung kepada apa yang mereka sepakati”

2) Syirkah Abdan
Perkongsian abdan adalah perkongsian 2 orang atau lebih yang hanya melibat tenaga(badan) mereka tanpa melibatkan perkongsian modal. Sebagai contoh:
Jalal adalah tukang buat rumah dan Rafi adalah juruelektrik yang berkongsi menyiapkan projek sebuah rumah. Perkongsian mereka tidak melibatkan perkongsian kos.
Keuntungan adalah berdasarkan persetujuan mereka. Syirkah abdan hukumnya mubah berdasarkan dalil As-sunnah. Ibnu mas’ud pernah berkata” aku berkongsi dengan Ammar bin Yasir dan Saad bin Abi Waqqash mengenai harta rampasan perang badar. Sa’ad membawa dua orang tawanan sementara aku dan Ammar tidak membawa apa pun” (HR Abu Dawud dan Atsram). Hadith ini diketahui Rasulullah saw dan baginda membenarkannya.

3) Syirkah Mudharabah
Syirkah Mudharabah adalah syirkah dua pihak atau lebih dengan ketentuan, satu pihak menjalankan kerja (amal) sedangkan pihak lain mengeluarkan modal (mal). (An-Nabhani, 1990: 152). Istilah mudharabah dipakai oleh ulama Iraq, sedangkan ulama Hijaz menyebutnya qiradh. (Al-Jaziri, 1996: 42; Az-Zuhaili, 1984: 836). Sebagai contoh:
Khairi sebagai pemodal memberikan modalnya sebanyak RM 100 ribu kepada
Abu Abas yang bertindak sebagai pengelola modal dalam pasaraya ikan.

Ada 2 bentuk lain sebagai variasi syirkah mudharabah. Pertama, 2 pihak (misalnya A dan B) sama-sama memberikan mengeluarkan modal sementara pihak ketiga (katakanlah C) memberikan menjalankan kerja sahaja. Kedua, pihak pertama (misalnya A) memberikan konstribusi modal dan kerja sekaligus, sedangkan pihak kedua (misalnya B) hanya memberikan konstribusi modal tanpa konstribusi kerja. Kedua-dua bentuk syirkah ini masih tergolong dalam syirkah mudharabah (An-Nabhani, 1990:152).


Dalam syirkah mudharabah, hak melakukan tasharruf hanyalah menjadi hak pengelola. Pemodal tidak berhak turut campur dalam tasharruf. Namun demikian, pengelola terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemodal. Jika ada keuntungan, ia dibagi sesuai kesepakatan di antara pemodal dan pengelola, sedangkan kerugian ditanggung hanya oleh pemodal. Sebab, dalam mudharabah berlaku wakalah (perwakilan), sementara seorang wakil tidak menanggung kerosakan harta atau kerugian dana yang diwakilkan kepadanya (An-Nabhani, 1990: 152). Namun demikian, pengelola turut menanggung kerugian jika kerugian itu terjadi kerana melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemodal.

4) Syirkah Wujuh
Disebut syirkah wujuh kerana didasarkan pada kedudukan, ketokohan atau keahlian (wujuh) seseorang di tengah masyarakat. Syirkah wujuh adalah syirkah antara 2 pihak (misalnya A dan B) yang sama-sama melakukan kerja (amal), dengan pihak ketiga (misalnya C) yang mengeluarkan modal (mal). Dalam hal ini, pihak A dan B adalah tokoh masyarakat. Syirkah semacam ini hakikatnya termasuk dalam syirkah mudharabah sehingga berlaku ketentuan-ketentuan syirkah mudharabah padanya. (An-Nabhani, 1990:154)

Bentuk kedua syirkah wujuh adalah syirkah antara 2 pihak atau lebih yang bersyirkah dalam barangan yang mereka beli secara kredit, atas dasar kepercayaan pedagang kepada keduanya tanpa sumbangan modal dari masing-masing pihak. Misalnya A dan B tokoh yang dipercayai pedagang. Lalu A dan B bersyirkah wujuh dengan cara membeli barang dari seorang pedagang C secara kredit. A dan B bersepakat masing-masing memiliki 50% dari barang yang dibeli. Lalu keduanya menjual barang tersebut dan keuntungannya dibagi dua, sedangkan harga pokoknya dikembalikan kepada C (pedagang).

Dalam syirkah kedua ini, keuntungan dibagi berdasarkan kesepakatan, bukan berdasarkan nisbah barang dagangan yang dimiliki. Sedangkan kerugian ditanggung oleh masing-masing pengusaha wujuh usaha berdasarkan kesepakatan. Syirkah wujuh kedua ini hakikatnya termasuk dalam syirkah ‘abdan (An-Nabhani, 1990:154).
Namun demikian, An-Nabhani mengingatkan bahawa ketokohan (wujuh) yang dimaksud dalam syirkah wujuh adalah kepercayaan kewangan (tsiqah maliyah), bukan semata-mata ketokohan di masyarakat. Maka dari itu, tidak sah syirkah yang dilakukan seorang tokoh (katakanlah seorang menteri atau pedagang besar), yang dikenal tidak jujur atau suka memungkiri janji dalam urusan kewangan. Sebaliknya sah syirkah wujuh yang dilakukan oleh seorang biasa-biasa saja, tetapi oleh para pedagang dia dianggap memiliki kepercayaan kewangan (tsiqah maliyah) yang tinggi misalnya dikenal jujur dan tepat janji dalam urusan kewangan.

5) Syirkah Mufawadhah
Syirkah mufawadhah adalah syirkah antara 2 pihak atau lebih yang menggabungkan semua jenis syirkah di atas (syirkah inan, ‘abdan, mudharabah dan wujuh). Syirkah mufawadhah dalam pengertian ini, menurut An-Nabhani adalah boleh. Sebab, setiap jenis syirkah yang sah berdiri sendiri maka sah pula ketika digabungkan dengan jenis syirkah lainnya.
Keuntungan yang diperoleh dibagi sesuai dengan kesepakatan, sedangkan kerugian ditanggung sesuai dengan jenis syirkahnya; iaitu ditanggung oleh pemodal sesuai dengan nisbah modal (jika berupa syirkah inan) atau ditanggung pemodal sahaja (jika berupa syirkah mudharabah) atau ditanggung pengusaha usaha berdasarkan peratusan barang dagangan yang dimiliki (jika berupa syirkah wujuh).
Contoh: A adalah pemodal, menyumbang modal kepada B dan C, dua jurutera awam yang sebelumnya sepakat bahawa masing-masing melakukan kerja. Kemudian B dan C juga sepakat untuk menyumbang modal untuk membeli barang secara kredit atas dasar kepercayaan pedagang kepada B dan C. Dalam hal ini, pada awalnya yang ada adalah syirkah ‘abdan iaitu B dan C sepakat masing-masing bersyirkah dengan memberikan konstribusi kerja sahaja. Lalu, ketika A memberikan modal kepada B dan C, bererti di antara mereka bertiga wujud syirkah mudharabah. Di sini A sebagai pemodal, sedangkan B dan C sebagai pengelola. Ketika B dan C sepakat bahawa masing-masing memberikan suntikan modal di samping melakukan kerja, bererti terwujud syirkah inan di antara B dan C. Ketika B dan C membeli barang secara kredit atas dasar kepercayaan pedagang kepada keduanya bererti terwujud syirkah wujuh antara B dan C. Dengan demikian, bentuk syirkah seperti ini telah menggabungkan semua jenis syirkah yang ada yang disebut syirkah mufawadhah.

AYUHAI SAUDARA KU...
Kita wajib meninggalkan segala bentuk perkongsian yang bathil hari ini dan kembali kepada bentuk perkongsian Islam. Semoga Allah meredhai kita semua, amin.

Wednesday, June 25, 2008

Kenaikan Harga Minyak: Apakah Penyelesaian Islam (Siri3: Pembangunan Teknologi Bahan Api Termaju Amerika Syarikat)

Amerika sebagai kuasa dunia hari ini mengadakan pelbagai kajian dan jangkaan terhadap pelbagai kemungkinan dunia masa hadapan. CIA dalam Mapping The Global Future menjangkakan akan muncul kuasa baru dunia. Antara jangkaan kuasa dunia yang mungkin timbul adalah China, India dan juga khilafahan Islam.

US melalui statistik dan kajian telah melihat sumber tenaga sebagai suatu masalah krtikal yang boleh menjatuhkan US sekelip masa. Seperti mana yang telah saya paparkan pernyataan pemimpin-pemimpin tertinggi US, mereka sedang berusaha membangunkan sumbart bahan api termaju yang mampu menjadi sumber bahan api alternatif terhadap hirokarbon.



Statistik yang dikeluarkan pada Januari 2006 oleh Kementerian Tenaga US menyatakan; negara pengeksport minyak utama US adalah Kanada, Mexico, Arab Saudi, Nigeria Venuzuela. Kelima-lima negara ini menyumbang 67% dari import minyak US. Tetapi perangkaan pentadbiran tenaga US menyatakan 1 dari setiap 4 tong minyak dunia dikeluarkan oleh negara timur tengah. Ini menyebabkan US sukar untuk mengelak dari mendapat sumber dari sana. Atau cara lain, US perlu mencari sumber tenaga alternatif, bukan bergantung satu sumber sahaja.

Dalam ucapan Bush berkenaan masalah diatas, " US telah ketagih minyak, ia menyeru untuk cuba melupakan tiga suku minyak di timur tengah yang akan diimport dalam tempoh 20 tahun" Bush-seoarang yang memegang sepenuh harapan terhadap matlamat strategik US terhadap minyak dan dunia - berkata lagi, " Amerika ketagih minyak yang diimport dari kawsan yang tidak stabil. Cara terbaik untuk keluar dari masalah ini adalah melalui teknologi. Nanti kita boleh melupakan untuk mengimport 75% minyak dari timur tengah pada 2025.


Antara polisi yang telah diluluskan US adalah:


ADVANCE TECHNOLOGY INITIATIVE

1) inisiatif kajian arang batu. Bush meluluskan US2billion untuk 10 tahun akan datang untuk memebangunkan penggunaan arang batu. Arang batu membekalkan lebih dari separuh keperluan elektrik rakyat US dan rizabnya cukup untuk 200 tahun.
2) Inisiatif generasi akan datang. Bush meluluskan lebih dari US50 juta dalam buget 2007 yang bertujuan melahirkan perkongsian pintar antara orang awam dan sektor swasta.
3) Inisiatif solar Amerika. Bush meluluskan US15 juta dalam budget 2007 untuk memebangunkan sel solar untuk memebekal tenaga di kawasa pedalamn dan sebahagian dari element pembinaan rumah. "denagn itu setiap rumah menghasilkan lebih dari tenga yang diperlukannya"
4) Inisiatif tenaga kereta. Memuatkan inisiatif sampingan, seperti pembuatan kereta jimat tenaga, mengurangkan penggunaan minyak dan membangunkan hydrogen sebagai bahan bakar bagi kereta

NATIONAL ENERGY STRATEGY

" Memastikan rumah kita panas pada musim sejuk, sejuk pada msim panas, untuk menyiapkan kerja kita, menjalankan kilang-kilang, kita boleh pergi ke mana-mana, dan menyediakan tenaga kepada tentera dan pasukan keselamatan". Bush juga berkata dalam ucapannya yang bertajuk `kesatuan sebuah negara', "cara terbaik menamatkan kebergantungan kita ini adalah teknologi. Kta membelanjakan kira-kira US1000 juta sejak 2001 untuk melahirkan sumber tenaga yang bersih, murah dan lebih selamat. Kita diambang perjalanan yang luar biasa




PEMBANGUNAN BAHAN API BIO
Pembangunan bahan api bio(biofuel) ini merupakan initiative yang memberi kesan signifikan terhadap kenaikan harga minyak dunia hari ini. Pada peringkat awal biofuel dibangun dari sumber makanan. Antaranya dari gandum, jagung, kelapa sawit, canola, soya dan tebu. Ini menyebabkan harga komoditi-komiditi tersebut naik dengan mendadak dan tidak munasabah. Ini mendorong kepada 2 kesan negative:




a) Harga makanan melonjak terlalu mahal. Ini juga kita rasai di Malaysia dengan kenaikan harga minyak masak dan beras. Di peringkat dunia jumlah meraka yang mati kebuluran telah meningkat kepada 26000 nyawa sehari. Para penganalisa menjangkakan jika ia berterusan boleh membawa kepada krisis ekonomi dunia yang lebih teruk berbanding 1930an. Ini kerana walaupun orang mempunyai kerja tetapi tidak mampu untuk makan dengan sempurna. Kebimbangan ini membawa kajian US untuk menghasilkan biofuel dari rumpai laut. Malaysia juga mula menanam pokok jarak(jetropha) sebagai biofuel.

b) Harga bahan api bio juga menjadi terlalu mahal dan tidak ekonomik secara relatif berbanding minyak fossil.

Kesan negatif yang kedua inilah yang kemudiannya mendorong kepada spekulasi untuk menaikkan harga minyak dunia. US sangat terdesak untuk membangunkan bahan api alternatif dan mereka telah melaburkan wang yang sangat banyak untuk usaha ini. Kegagalan pembangunan teknologi ini akan menggangu keselamatan negara mereka.

Oleh itu, cara yang paling mudah untuk menjadikah bahan api alternatif ’murah’ secara relatif adalah dengan menaikkan harga minyak. Apabila harga minyak naik dengan sangat tinggi, pengguna tidak akan pilihan lain selaian tunduk menggunakan sumber api alternatif. Inilah antara faktor utama yang mendorong spekulasi kenaikan harga minyak dunia.

Ia bukanlah perancangan sambil lewa, tetapi berkaitan dengan percaturan dunia untuk 100 tahun akan datang oleh Amerika Syarikat. 3 syarikat utama minyak dunia dimiliki oleh US iaitu Exxon Mobil, Chevron dan ConocoPhillips. Exxon Mobil mengunjurkan keuntungan RM150billion untuk tahun 2007. Manakala Chevron dan Conoco menjangkakan kenaikan 25 hingga 30%. Ini tidak hairan kerana kebanyakan pemimpin tertinggi US adalah dari latar belakang syarikat minyak.

Kepelikan kenaikan harga yang tidak munasabah ini juga dinyatakan oleh OPEC. OPEC menyatakan pengeluaran minyak dunia stabil, tiada kewajaran harga minyak naik. Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menyatakan harga minyak yang tinggi tidak boleh diterima kerana pengeluaran mencukupi. Manakala Bloomberg pada 11 julai melaporkan harga minyak mungkin naik kerana spekulasi kekurangan rizab minyak US sebanyak 1.5juta tong berbanding 19juta tong pada Mei 2008.

Kesimpulan
Kenaikan harga minyak dunia hari ini adalah permainan spekulasi US yang disebabkan oleh faktor-faktor diatas. US perlu menjaga kelangsungan kekuasaan di dunia dan dalam masa yang sama mengaut keuntungan sebanyak mungkin dari rizab minyak yang ada.

Jika begitu, apakah penyelesaian Islam? Apakah sudah sesuai dengan syara’ jika kerajaan menurunkan harga minyak? Apakah dengan meletakkan PETRONAS dibawah seliaan kabinet adalah penyelesaian Islam?

InsyaAllah akan saya sambung pada siri ke 4: Penyelesaian Islam Berkenaaan Pengurusan Minyak. Sahabat-sahabat juga dijemput untuk hadir ke



SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM
"Krisis Kenaikan Harga Minyak: Penyelesaian dari Islam"

Anjuran : Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN)
dan Hizbut Tahrir Malaysia

Tarikh29hb Jun 2008, (Ahad)


TempatDewan seminar Puri Pujangga, UKM Bangi, Selangor


Masa8.30 pagi – 1.00 petang

Sebarang maklumat/pertanyaan sila hubungi :
e-mail : seminarbangi2008@ gmail.com
Website : www.mykhilafah. com

Tuesday, June 24, 2008

Kenaikan Harga Minyak: Apakah Pandangan Islam? (Siri 2:Kebimbangan US)

NEGARA-NEGARA OPEC
Hampir 80% rizab minyak dunia berada di Negara-negara OPEC. Maka tidak hairan jika US cuba sedaya upaya menguasai negara-negara ini. Kesemua negara OPEC kecuali Ecuador, Libya dan Venuzuela telah tunduk secara langsung kepada dasar-dasar US.

Walaubagaimana pun, situasi politik yang tidak stabil dinegara-negara tersebut sentiasa menimbulkan kebimbangan US. Ini kerana di negara-negara Afrika seperti Angola dan Nigeria sentiasa berlaku kekacauan dan pemberontakan. Manakala pemerintah-pemerintah tirani Arab seperti Arab Saudi, Iraq, Kuwait dan Qatar berada dalam keadaan genting menghadapi kebangkitan Islam.

Kebimbangan terhadap sumber tenaga dari rantau yang bergolak ini telah dinyatakan oleh ramai pemimpin US, antaranya:
Ucapan Dick Cheney di Institute Minyak Antarabangsa London pada akhir 1999,yang mana ia berkata, " Akan berlaku peningkatan sebanyak 2% setahun terhadap permintaan minyak dunia, sedangkan berlaku pengurangan 3% setahun dari keseluruhan pengeluaran rizab minyak. Ini bermakna pada tahun 2010 kita memerlukan tambahan 50juta tong sehari. Ini bersamaan lebih dari 6 kali pengeluaran minyak Arab Saudi sekarang"
Pada Mac 2001 semasa Persidangan Kebangsaan untuk Tenaga, Abraham Spencer iaitu Setiasusaha Presiden G.W bush untuk Tenaga menyatakan: "Amerika akan menghadapi krisis rizab tenaga yang teruk dalam tempoh dua dekad akan datang, kegagalan menyelsaikan cabaran ini akan mengganggu kestabilan ekonomi, mengancam keselamatan kebangsaan dan mengubah cara hidup kita"
Cium Dua Orang Sahabat Baik
Bush dan Saud

Pernyataan Bush di American Legion Convention pada 28 Ogos 2007
("And then the thinking enemy, recognizing that a free society in the Middle East would be a major blow to their ambitions to spread their caliphate throughout the Middle East , tried to create sectarian violence. They murdered the innocent in
order to cause people to doubt government and doubt the coalition.") ("These extremists hope to impose that same dark vision across the Middle East by rising up a violent and radical caliphate that spans from Spain to Indonesia .")




Pada September 2001 sebuah memorandum telah dikeluarkan oleh Pusat Analisis Kepupusan (Depletion Analysis Centre) yang mana menyatakan: dunia akan mengalami kesukaran yang sangat teruk berhubung penyimpanan hidrokarbon, pengeluaran minyak antarabangsa sekarang mengalami krisis politik….. Jika pelaburan sepenuhnya di Timur tengah sekalipun, ia akan meningkatkan kuatiti pengeluaran, tetapi dalam jumlah yang terhad, kecuali di Iraq…"

Ketidakcukupan sumber tenaga yang kronik ini boleh menyebabkan hagemoni US ini runtuh begitu saja. Mereka terdesak mencari sumber tenaga alternative yang membolehkan mereka memutuskan kebergantungan mereka kepada sumber tenaga dari rantau yang jauh dan bergolak iaitu timur tengah dan Afrika.

Apakah yang dibuat oleh US untuk membangunkan sumber tenaga alternative? Apakah perkaitan pembangunan tenaga alternative dengan kenaikan harga minyak? Mengapa harga minyak terus naik walaupun pengeluaran berkadaran dengan permintaan?

Ikuti sambungannya dalam siri ke 3, insyaAllah.

Monday, June 23, 2008

Kenaikan Harga Minyak: Apakah Pandangan Islam? (Siri 1)





HARGA MINYAK NAIK: APAKAH PENYELESAIAN ISLAM? (Siri 1)

Kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia menimbulkan kemarahan kebanyakan rakyat. Kerana kenaikan harga minyak membawa kesan berantai(chain reaction) kepada kenaikan harga hampir semua barang dan perkhidmatan.

Ummat perlu dididik supaya bukan sekadar menuntut harga minyak di turunkan, tetapi yang penting adalah mendesak pemerintah mengurus minyak dan sumber asli lain beerdasarkan hukum Islam.

Apa kata kita kaji terlebih dahulu realiti yang menyebabkan kenaikan hargam minyak dunia. Kenaikan harga minuak dunia hari dipengaruhi oleh spekulasi yang didorong oleh 3 faktor utama:
1) Rizab Minyak dunia yang semakin berkurang
2) Polisi Pembangunan Tenaga Alternatif Amerika Syarikat
3) Strategi Syarikat Minyak Utama Dunia

1) rizab minyak dunia semakin berkurang
- Rizab minyak mentah dunia lebih 1 trillion (1,000,000,000,000) barrel (sumber: opec), 78% darinya adalah dari negara-negara opec.
- Sifar (0) telaga minyak baru yang dijumpai sejak 2003.
- Pada pengeluaran sekarang rizab minyak mentah hanya mampu bertahan selama 30-35 tahun.
- Oleh itu syarikat-syarikat minyak utama US seperti Exxon Mobil, Conoco Philip dan Chevron terus menerus mengekalkan penguasaan mereka terhadap sumber minyak walaupun ia berada di negara umat Islam yang jauh dari US.
- Penguasaan syarikat minyak US di..

  • A) Di negara-negara arab
    - Raja arab saudi abd al aziz ibn abd ar rahman al saud, menyerahkan konsesi carigali minyak yang pertama pada tahun 1923 kepada syarikat pelaburan british, eastern and general syndicate.
    - Konsesi minyak diserahkan kepada standard oil company of california (socal),pada 1932. Kemudian ditukar nama kepada arabian american oil company(aramco) ditubuhkan pada 1944. Dimiliki sepenuhnya oleh standard oil company of new jersey (later renamed exxon) and socony-vacuum (now mobil oil company) sehingga 1970. Menguasai 80% kawasan carigali minyak saudi.
    - Konsesi asal yang dibayar adalah 5000 pound setahun dan pinjaman 50000 pound.
    - Perkara yang hampir sama terjadi dinegara-negara kecil yang wujud setelah kejatuhan khilafah uthmaniah. Hampir keseluruhan minyak di kuwait, qatar, uae, bahrain dan oman dikuasai syarikat us,perancis dan british sebelum perkongsian ditandatangani.
    - Pada persidangan opec yang lepas, arab saudi menentang keras cadangan iran, venuzuela dan equador

    B) Di afrika
    - Syarikat no.1 dunia, exxon mobil adalah pengeluar minyak no.1 di afrika.
    - Menguasai minyak angola,chad, cameroon, equatorial guinea,nigeria, libya, madagascar, the republic of congo, and the nigeria-sao tome and principe joint development zone.
    n Pengeluaran minyak di nigeria berkurang 25% disebabkan peperangan dengan dengan tentera pembebasan al-niger delta (mend).

  • C) INDONESIA
    - Royal dutch shell adalah pemilik konsesi terbesar di indonesia sejak 1883 hingga sekarang. 2 telaga minyak terbesar indonesia di duri dan minas dikuasai oleh chevron sejak 1963. Telaga minyak terbaru di cebu yang belum diterokai telah diserahkan kepada exxon mobil sejak 2006. Syarikat yang mengusai minyak di Indonesia antaranya adalah Bp, chevron, cnooc, conocophillips, exxonmobil, inpex, kg, mitsubishi,nippon oil, petrochina, petronas, total, vico. Petromina hanya kuasai gas asli.

    D) MALAYIA????

    April 2008- konsesi carigali minyak di pisagan-1a diserahkan kepada shell malaysia (35%), conocophillips (east malaysia) (35%) and petronas carigali (30%).

(sumber: http://www.gulfoilandgas.com/webpro1/main/mainnews.asp?id=2642


kuala lumpur, malaysia: malaysia's national oil company said monday it has awarded three offshore exploration areas, or blocks, to partnerships led by sweden's lundin petroleum ab.
n The total financial commitment to the three blocks is expected to be a minimum us$157 million (€100 million), said petroliam nasional bhd., or petronas.
n Lundin's malaysian unit, lundin malaysia bv, will have a 35 percent share of block pm308a, located in the penyu basin off the east coast of peninsular malaysia, petronas said in a statement.
Petronas' unit, petronas carigali sdn. Bhd., will get 25 percent of the block, while japan's nippon oil exploration (peninsular malaysia) ltd. And japan energy malaysia e&p co. Will each get 20 percent.
Two other blocks — pm308b and sb303 — were awarded to lundin malaysia and petronas carigali on a 75:25 split. Lundin will operate all three blocks.
Kuala lumpur, malaysia: malaysian national oil company petronas on thursday (22 may) awarded two offshore petroleum exploration areas, or blocks, to a joint-venture led by a unit of france's total sa.
The total financial commitment to the two blocks is expected to be a minimum us$70 million, petronas said in a statement after the signing ceremony here.
Total's subsidiary, total e&p malaysia, will hold a 70% stake in blocks pm303 and pm324, located in the central part of the malay basin off the east coast of peninsular malaysia, it said.
Petronas exploration and production arm, petronas carigali, will own the remaining 30% of the blocks, which are in water depths ranging from 50 to 80 meters, it said. (ap)
Mysinchew 2008.05.23

Sifat Orang Mukmin (Tafsir surah An Nur: 51-52) Bah. 1

إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ، وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
Sesungguhnya jawapan orang-orang mu’min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan.” “Kami mendengar dan kami patuh.” Mereka itulah orang-orang yang beruntung. Siapa saja yang taat kepada Allah dan rasul-Nya serta takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan. (QS an-Nur [24]: 51-52)

Tafsir Ayat
Allah Swt. berfirman: Innamâ kâna qawl al-Mu’minîn idzâ du‘û ilâ Allâh wa Rasûlih liyahkuma baynahum (Sesungguhnya jawaban orang-orang Mukmin itu, jika mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul menghukumi [mengadili] di antara mereka). Mukmin yang dimaksudkan di sini adalah orang-orang yang benar keimanannya (ash-shâdiqîn fî îmânihim).1

Kata Allah dan Rasul-Nya dalam konteks ayat ini merujuk pada hukum-Nya. Karena itu, sebagaimana dinyatakan ath-Thabari, frasa idzâ du‘û ilâ Allâh wa Rasûlih ditafsirkan dengan idzâ du‘û ilâ hukm Allâh wa ilâ hukm Rasûlih (jika mereka dipanggil pada hukum Allah dan pada hukum Rasul-Nya).2 Boleh juga, yang dimaksudkan adalah Kitabullah dan Rasul-Nya,3 atau Kitabullah dan Sunnah Rasulullah saw.4 Dhamîr (kata ganti) pada kata liyahkuma kembali kepada Rasul saw. Sebab, Beliaulah yang secara langsung menetapkan keputusan hukum, walau pada hakikatnya hukum yang diterapkan adalah milik Allah.

Ketika kaum Mukmin itu dipanggil untuk memutuskan perkara berdasarkan hukum Allah dan hukum Rasul-nya, mereka amat patuh. Kepatuhan mereka digambarkan dalam firman Allah Swt.: an yaqûlû sami’nâ wa atha’nâ (Mereka mengucapkan, “Kami mendengar dan kami patuh”). Menurut Muqatil dan Ibnu ‘Abbas, frasa tersebut bermakna, “Kami mendengar ucapan Nabi saw. dan mentaati perintahnya,”—meskipun dalam perkara yang tidak mereka sukai dan membahayakan mereka.5

Walaupun berbentuk khabar, yang dimaksud ayat ini bukan sekadar berita, namun memberikan pendidikan adab syar‘i terhadap kaum Mukmin ketika ada seruan (untuk memutuskan dengan syariah) dari salah seorang yang bersengketa kepada yang lain; bahwa demikianlah seharusnya sikap seorang Mukmin ketika mendengar seruan tersebut. Mereka menerimanya dengan taat dan tunduk.6 Fakhruddin ar- Razi dan Ibnu ‘Athiyyah menegaskan, wajib bagi kaum Mukmin mengatakan demikian ketika mereka diseru pada hukum Allah dan Rasul-Nya.7

Kemudian Allah Swt. berfirman: wa ulâika hum al-mufli­hûn (Mereka itulah orang-orang yang beruntung). Kata ulâika merujuk kepada kaum Mukmin yang digambarkan dalam kalimat sebelumnya. Karena kepatuhan dan ketaatan mereka pada syariah, mereka dikhabarkan mendapatkan keberuntungan. As-Sa’di menjelaskan, dibatasinya al-falâh untuk mereka karena makna al-falâh adalah memperoleh perkara yang dituntut dan terhindar dari perkara yang tidak disukai. Tidak ada yang mendapatkan keberuntungan (al-falâh) kecuali orang yang berhukum kepada Allah dan Rasul-Nya, mentaati Allah dan Rasul-Nya.8

Selanjutnya Allah Swt. menegaskan bahwa khabar gembira itu berlaku umum bagi siapa saja yang taat kepada-Nya dan kepada Rasul-Nya. Allah Swt. berfirman: Waman yuthi’illâh wa Rasûlahu (Siapa saja yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya). Ertinya, mereka taat pada perintah dan larangan Allah dan Rasul-Nya, menerima hukum-hukum-Nya, baik menguntungkan maupun merugikan mereka.9

Di samping itu juga: wayaskhsyallâh wayattaqhu (takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya). Menurut al-Asfahani, kata khasyah berarti khawf (takut) yang disertai dengan ta‘zhîm (pengagungan). Kebanyakan sikap tersebut didasarkan pada pengetahuan terhadap perkara atau pihak yang ditakuti itu. Oleh karena itu, khasyah kepada Allah Swt. dikhususkan bagi ulama sebagaimana disebutkan dalam QS Fathir [35]: 28.10 Al-Jazairi menjelaskan bahwa takut kepada Allah Swt. adalah takut yang disertai pengetahuan, lalu meninggalkan larangan dan menahan diri dari apa yang disenangi.11

Adapun at-taqwâ berasal dari kata wiqâyah. Makna at-taqwâ secara bahasa adalah menjadikan diri terlindung dari segala yang menakutkan. Karena itu, perasaan takut kadangkala juga disebutkan dengan kata takwa. Kemudian kata takwa digunakan dalam istilah syar‘i dengan makna yang tidak terlalu jauh berbeza. Takwa diertikan sebagai penjagaan diri dari segala perbuatan dosa, dengan jalan meninggalkan larangan; lebih sempurna lagi dengan meninggalkan sebagian perkara mubah.12
Menurut kebanyakan mufassir, antara yakhsya dan yattaqi terdapat kesamaan, iaini sama-sama takut terhadap perbuatan dosa. Bezanya, jika kata yakhsya menggambarkan sikap takut terhadap dosa-dosa yang telah lalu maka kata yattaqi takut terhadap dosa-dosa pada masa yang akan datang.13

Terhadap mereka yang memiliki karakter demikian Allah Swt. berfirman: wa ulâika hum al-fâizûn (Mereka itulah orang-orang yang mendapatkan kemenangan). Hal itu disebabkan mereka mendapatkan redha Allah pada Hari Kiamat dan aman dari azab-Nya.14

Salam Perjuangan

Assalamualaikum wbt...





Alhamdulillah... hasrat untuk menulis blog tercapai juga hari ini. Sebelum ini saya ada juga menulis di portal-portal Islami seperti http://www.ukhwah.com/ dan http://www.mykhilafah.com/ begitu juga menghantar posting-posting di beberapa yahoo groups perbincangan Islam. Semoga usaha dakwah ini diterima Allah swt sebagai amal soleh.


Selepas jatuhnya Khilafah Uthmaniah, lahir banyak gerakan-gerakan Islam yang matlamatnya satu untuk mengembalikan kehidupan Islam. Mereka ini umpama bintang ditengah malam gelap. Walaupun gemerlap kilauan mereka berbeza-beza, tetapi merekalah yang menyinari ummat yang sedang dalam kegelapan.



Dalam surah Ali Imran ayat 104 Allah berfirman yang bermaksud:

,

"Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebaikan(Islam), mengajak kepada ma'ruf dan mencegah dari kemunkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung."

Isim Nakirah 'ummatun' dalam ayat di atas tidak merujuk kepada mana-mana golongan, ulama mahupun jemaah. Wujudnya berbilang jemaah Islam adalah sah. Yang menjadi keharaman sekiranya tidak wujud apa-apa usaha dakwah.

Oleh itu kepada rakan-rakan seperjuangan dari mana pun gerakan Islam samada di peringkat nasional mahupun antarabangsa, sama-samalah kita bekerjasama dalam perkara yang kita sepakati dan saling hormat dalam perkara yang diperselisihkan.

Sama-samalah kita menjadikan perjuangan dakwah Islam ini sebagai keutamaan dalam hidup kita. Kerana sama sekali tiada keredhaan Allah tanpa Islam. Allahuakbar!!