Tuesday, February 28, 2012

KEBANGKITAN SYRIA : PERJUANGAN UMAT DAN KONSPIRASI BARAT


Jika pembakaran diri Muhamed Bouazizi di Tunisia telah mencetuskan Kebangkitan Arab, ,Hasan Ali Akleh telah membawa gelombang kebangkitan tersebut ke Syria. Dia membakar dirinya pada 26 Feb 2011 di Al Hasakah, sebuah wilayah di Timur Laut Syria yang bersempadanan dengan Turki dan Iraq. Rejim Assad berjaya menakutkan rakyat sehingga kebangkitan ini pada awalnya tidak mendapat sambutan, pemerhati politik menggelar Syria Kindom of Silence. Hinggalah Jumaat 15 Mac 2011, perhimpunan yang agak besar tercetus di Dar'a, dan beberapa bandar lain. Selain dari tangkapan, Rejim Assad menggerak penyokongnya untuk membuat perarakan besar sebagai tanda sokongan.

Disebalik ada yang terbunuh dan cedera. rejim turut melakukan tindakan diplomatik antaranya membebaskan 200 tahanan politik dan mengisytihar akan menarik Undang-undang Darurat yang dikuatkuasa sejak lebih 30 tahun. Tetapi rejim bertindak semakin ganas menghadapi rakyat menyebabkan semakin ramai yang cedera dan terbunuh pada bulan Februari. Menjelang Julai, Liga Arab dan Barat mula masuk campur secara langsung dan pembetukan beberapa Parti Pembangkan diusahakan baik oleh Perancis, Iran, dan Turki. Ada sejumlah tentera Rejim yang tidak tergamak untuk membunuh saudara mereka yang bangkit di jalanan, akhirnya tentera ini dibunuh oleh rakan sepasukan mereka sendiri. Tentera yang berpaling tadah ini, menubuhkan Free Syrian Army (FSA) diketuai oleh Lt Kol Rifaat Asaad. Walau bagaimanapun, kelengkapan senjata yang dimiliki mereka adalah terhad. Kemunculan parti pembangkang dan sayap senjata ini, memangkin kebangkitan rakyat kepada skala yang lebih besar, dan rejim bertindak lebih kejam di luar batas kemanusiaan dan menelan semakin banyak nyawa.



REJIM ASSAD BERHADAPAN BLOK PEMBANGKANG

Asal konflik syria adalah kebangkitan rakyat yang selama ini ditindas dan diseksa sekian lama oleh pemerintah yang zalim. Sebagaimana yang terjadi di Mesir, Tunisia dan Libya kebangkitan umat yang penuh kebarkahan ini berakhir dengan keputusan yang dipengaruhi US. US akan cuba mengalahkan pengaruh pesaingnya baik dari Eropah dan Blok Timur, dan menyediakan platform peralihan kuasa sementara mematang dan menyediakan pemerintah baru yang akan mengambil alih kuasa.

Russia dan China antara kuasa besar yang secara terangan menyokong rejim Asad. Sememangnya kedua-dua negara ini mempunyai hubungan yang baik dengan Syria. Iran yang sememangnya di sekutu kepada Syria masih lagi membantu Syria walaupun beberapa kenyataan dan tindakan akhir-akhir ini menunjukkan dolak dalih.

Walaubagaimana pun Turki yang selama ini mempunyai hubungan dengan Syria secara lantang menyuarakan sokongan kepada golongan pembangkang dan menuntut agar Assad turun. Turki telah menjadi tempat penubuhan Syrian National Council(SNC), sebuah badan politik yang menyatukan parti-parti pembangkang Syria. SNC ini adalah perancangan Amerika Syarikat untuk menjalankan fasa peralihan kuasa di Syria. Malah ia diiktiraf sebagai kerajaan buangan. Malah Turki dan US turut dikaitkan menyokong Freen Syria Army (FSA). Selepas kenyataan Obama dan Erdogan yang menyokong FSA pada September 2011, operasi ketenteraan FSA semakin meluas. Selain kedua negara ini, Lubnan, Iraq dan Saudi turut dikaitkan membekalkan senjata kepada FSA.

US selain bertindak melalui Turki, turut menggunakan Iran untuk mendokong National Coordination Board for Democratic Change (NCB). Pengerusi NCB, Hasan Abdul Azim, yang berideologi sosialisme turut dikaitkan dengan peranan Rusia. Parti ini turut mendapat sokongan dalaman dari pihak Kurdis. Selain itu, Perancis yang merupakan bekas penjajah dan negara yang mempunyai hubungan dagangan terbesar dengan Syria turut cuba mencaturkan keputusan melalui National Democratic Council (NDC) yang ditubuhkan di Paris.

BARAT BERUSAHA MENENTUKAN SYRIA MASA DEPAN

Jika kita ingat masih ingat kebangkitan di Mesir, pihak tentera digambarkan menyokong rakyat. Walhal, realiti sebenar adalah US dan tentera Mesir sedang menyediakan fasa peralihan kuasa melalui Supreme Council of the Armed Forces (SCAF). Fungsi SNC adalah sama seperti National Transitional Council di Syria, bagi mengatur peralihan kuasa. Usaha penubuhan SNC sejak Ogos 2011 (penubuhan rasmi pada Nov 2011) adalah usaha terancang US untuk memastikan berlakunya peralihan kuasa yang mampu menjaga kepentingan US, walaupun hingga ke tarikh penulisan ini ditulis US belum melihat mana-mana pihak yang betul-betul layak dan mampu mengambil tampuk pemerintahan Syria.

Sehingga kini Amerika belum ada boneka yang benar-benar layak dan mampu mengambil alih kekuasaan di Syria. SNC perlu diperkemaskan lagi agar benar-benar mampu menjalankan proses peralihan kuasa dengan berkesan menjaga kepentingan US. Terkini, perlembagaan Syria sedang dikaji semula. Umat yang mahukan Asad turun, akan melihat Asad turun sendiri (seperti Ben Ali dan Mubarak) atau dihabisi US seperti Ghadafi. Dari Julai 2011 hingga sekarang, US belum menampakkan kepastian dalam perkara ini. Keadaan tegang ini mungkin akan berlarutan, dan tidak pelik jika US akan mengaitkan dengan aktiviti pengganas. Mereka perlu berusaha untuk menguasai tentera kerajaan, kerana Free Syrian Army(FSA) tidak mudah untuk mereka pengaruhui sepenuhnya. Makin banyak kehancuran dan nyawa yang akan melayang, sehingga US menemukan masa yang sesuai untuk menggantikan Assad.

UMAT MEMERLUKAN PEMIKIRAN POLITIK YANG CEMERLANG DAN KHILAFAH

Kebangkitan Arab yang penuh keberkahan dan kemuliaan ini, masih lagi tidak mampu membawa kebangkitan Islam, walau umat dahagakan penerapan syariat. Segala pengorbanan dan nyawa yang ditumpahkan di medan perarakan, masih dapat dicapahkan hasilnya oleh percaturan politik barat. Umat mempunyai kesedaran politik, tetapi belum mampu mengalahkan percaturan politik barat sehingga keputusan kebangkitan ini masih dipengaruhi aspirasi barat. Umat masih diajar dengan penyelesaian demokratik sehingga belum mampu membawa kepada kebangkitan Islam yang benar.

Sesungguhnya, kebangkitan Islam ini menuntut pemikiran politik Islam yang jernih dan kekuasaan politik umat ini hanya akan mampan apabila terwujudnya khilafah. Jika tidak, kebangkitan demi kebangkitan akan dibalas dengan pembohongan politik.
WALLAHU A'LAM

Posting terdahu berkaitan Kebangkitan Arab:

1- MENYINGKAP MAKAR KUFAR DI TUNISIA, ALGERIA DAN MESIR
2- Revolusi yang Penuh Keberkahan
3- SECUBIT DARI WACANA TEORI KEBANGKITAN ISLAM DI MALAYSIA: SEMPENA REVOLUSI TIMUR TENGAH
4- Libya: The silver lining in the hypocrisy of Western intervention

3 comments:

Anonymous said...

kesian orang Syria, dan umat Islam umumnya. Sampai bila nak terus ditipu.

Anonymous said...

saya ada perasan jugak kesangsian arab spring ni, kenapa arab saudi rakyat tak memberontak? sedangkan arab saudi monarki, undang2 ketat. perempuan pun susah nak bwk kereta. pandangan kita terhadap arab saudi selalu ditutup dengan hudud mereka, negara islam sempurna lah katakan. tapi dalam masa yang sama tunduk dengan US dan Zionist.

Anonymous said...

Pada pendapat aku, FSA adalah tentera upahan amerika, israel dan cia. mereka nak hancurkan syria, lepas 2 baru serang dan hancurkan iran, israel nak menguasai timur tengah. selagi ada syria, hizbullah dan iran, impian israel untuk menguasai timur tengah x akan tercapai..lagix2 nak ambil masjid al-aqsa. israel tahu, syria, hizbullah dan iran akan serang israel kalau cuba hancurkan masjid al-aqsa..