Bila cita-cita tinggi, tapi kudrat tiada inilah jadinya, blog bersawang lagi.
Hasratnya, nak berkongsi analisa terkini perkembangan politik negara Arab, baik di Libya, Mesir, Tunisia, Yaman dll.. hasratnya agar kita dapat melihat apa yang dibalik tabir politik dan media massa. Betul apa yang ditulis CIA sedikit masa dulu, Amerika sukar untuk membendung mana-mana kebangkitan umat Islam, tetapi mereka mampu untuk mempengaruhi dan turut serta menentukan hasil dan keputusannya. Menuruti perkembangan, sehingga kini ia masih lagi berlaku. Umat bangkit menjatuhkan pemimpin diktator yang mereka benci, tetapi masih lagi pemimpin baru yang naik tidak lari dari penunjukan US. Tetapi insyaAllah, dengan gerakan Islam yang terus-menerus mengajar umat erti kebangkitan sebenar dan politik Islam yang cukup agung, umat ini akan lebih cerdik minda siasinya sedikit masa lagi. Tika itu, kebangkitan ini US tidak akan mampu menentukan hasilnya.
Saya berharap ada kesempatan untuk menulis. Lelap.
1 comment:
kala ini saya paling mengharapkan sinar harapan utk rakyat mesir selepas jatuhnya Hosni.Mesir sedang berhadapan dgn saat paling genting selepas perjuangan di Medan Tahrir dulu.Pilihan yang ada sekarang mereka wajib turun menunaikan amanah memilih pemimpin yg adil dan memberi kemenangan kepada parti islam....
parti yg menjadi mata rantai kepada gerakan ikhwan muslimin pasti menghadapi tribulasi besar dalam perjalanan mereka menjadi suara rakyat di Parlimen Mesir.Takkan diam musuh2 islam kerana kemenangan parti islamis dlm pilihanraya di mesir adalah ketakutan dan kengerian pd mereka.Ia bererti panji2 kuffar dan kebatilan akan ditundukkan oleh panji Islam .
Perancangan licik akan terus dilakukan bagi memenangkan wakil calon yg tunduk dungu dibawah telunjuk Amerika dan Israel.
Apa pun kita berdoa Allah terus memenangkan golongan islamis dan yg dapat membawa keluar politik mesir dari kurungan dinding kebatilan dan seterusnya bakal memimpin kebangkitan diwilayah Arab yg sangat kita nanti-nantikan. InsyaAllah
Post a Comment