Friday, April 8, 2011

MIHAS, Debat Wan Ji- Fathul Bari & Percakaran FB

Jalan kaki dari solat Jumaat tadi, saya singgah sebentar ke Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2012 di KLCC. Ia akan berlangsung dari 6-9 April. Di halaman KLCC malam ini ada konsert F1, siang hari di dalam dewan ada expo halal. Teringat saya kata seorang tokoh liberal, kononnya sekularisme itu terbaik kerana mampu menyeimbangkan antara kebaikan dan keburukan. Apapun, memang kenyang melawat ke MIHAS walaupun lawatan ekspres, kena masuk kerja. Banyak booth, tapi yang lawati semuanya booth makanan saja.

Saya dikejutkan apabila ada seseorang yang meminta saya berdebat dengan ustaz wan ji (al Bakistani) tentang demokrasi. Saya tidak tahu apa-apa, rupanya ada percakaran di Facebook. Saya tak pernah tahu dan memang tak minat nak berdebat di FB ini. Aduh rupanya begitu teruk sekali percakaran itu. Ia membawa cabaran debat untuk membuktikan demokrasi itu absah atau tidak. Secara peribadi, saya sendiri bercampur baur. Apabila cabaran itu tidak dilayan, Ust Wan Ji memperlekeh HT sebegitu teruk. Jika disahut, apakah akan membawa kebaikan atau bahkan menambah lagi keegoan?

Debat antara Ust Wan Ji dengan Ust Fathul Bari misalnya, apakah ia membawa hasil yang lebih baik? Apakah Fathul Bari akhirnya tunduk akur bahawa ini sistem pemerintahan kufur yang wajib dimusnahkan dan diganti sistem Islam? Secara peribadi sebagai Muslim yang memegang aspirasi gerakan Islam, pastinya saya mengharap Wan Ji dapat mematahkan hujah Fathul Bari agar beliau sedar kesilapan bersekongkol dengan kerajaan kufur hari ini. Biar pun Ust Wan Ji mendakwa menang hujah, tetapi dari suntingan videa diblog beliau, saya dapati beliau kalah hujah. Wan Ji membawa pelbagai dalil tindakan sahabat dan tabieen terhadap pemerintah pada masa itu, untuk menunjukkan kewajipan untuk menentang pemerintah hari ini. Dengan mudah Fathul Bari mengesampingkan hujah tersebut, mana yang lebih afdhal, teguran terbuka atau tertutup? Wan Ji terperangkap.

Sejak menonton suntingan video itu saya berhasrat untuk memberikan pandangan yang diajar kepada saya oleh Hizbut Tahrir dalam permasalahan menegur pemerintah. Tetapi masa begitu mencemburui akhir-akhir ini, apatah lagi penulisan fiqh begitu memerlukan rujukan. Apa yang dapat saya ringkaskan, dalil-dalil yang dibawa Wan Ji mahupun Fathul Bari adalah dalil menegur penguasa Islam yang menyimpang. Iaitu ketika sistem Islam diterapkan, tetapi ada pemerintah yang menyeleweng.

Dalam hadith yang soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid Ubadah bin Somit r.a. katanya: kami telah berbaiah kepada rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbaiah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat Kufr Bawwah (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbaiah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadith ke 7199, Muslim hadith ke 1836)

Hadith diatas adalah ditujukan bagi penguasa Muslim yang sah, yang dilantik dengan jalan baiat yang sah. Sekiranya, mereka menyeleweng tetapi tidak sampai kepada kufr buwwah, maka ada seperangkat hadith lain dan af'al sahabat yang menunjukkan tatacara peneguran. Tetapi sekiranya sampai terterapnya hukum yang jelas hukum kufur, maka pada masa tersebut umat wajib memuhasabah sehingga dipastikan hukum tersebut dihapuskan sehingga sampai tahap menurunkan khalifah pada masa itu.

Itu ketika sistem yang diterapkan adalah sistem Islam, yang masalahnya adalah individu khalifah itu sendiri. Jadi yang perlu diganti adalah individunya, bukan sistem Sedangkan hari ini, realitinya berbeza. Sekarang ini permasahannya bukan permasalahan individu, tetapi adalah permasalahan sistem. Hadith dan af'al sahabat yang menegur pemerintah pada masa tersebut, tidak semuanya tepat jika digunakan bagi kes hari ini. Kerana pada hari ini, sistem pemerintahannya adalah kufur walaupun individunya adalah Islam. Oleh itu, pada pemahaman saya, baik Ust Fathul Bari mahupun Ust Wan Ji, telah menggunakan dalil untuk menegur penguasa Muslim untuk berhujah menegur pemerintahan kufur. Natijahnya, Fathul Bari dengan berlagaknya menemplak Wan Ji akan'kesilapan' PAS sebagai tidak aula kerana menegur pemerintah hari ini secara terbuka. (Pembahasan hukum ini jika ada kesempatan akan saya ulas, tetapi saya tidak berani memberi sebarang janji)

Kemudian, apakah hasil dari debat ini?

Berbalik kepada cabaran debat demokrasi, saya sendiri walaupun tidak pernah terlibat sebenarnya agak terpancing dengan kelancangan Ust Wan Ji memperlekeh HT di FB, tetapi secara matang wajarkah saya terjebak melayannya?! Sekiranya debat itu dijalankan, harapan utama saya agar ukhwah terjaga dan sekiranya bukan pedebat itu sendiri, semoga para hadirin yang menonton dapat penjernihan.

Ada yang minta saya beri pandangan tentang komen Nota Merah berkenaan fikrah HT. Mungkin bagi sesetengah penyokong PAS, mereka menyerang HT kerana kebencian kepada HT itu sendiri. Tetapi bagi saya, serangan sebenarnya adalah ideologi selain Islam. Jadi tidak kira siapa pun, jika mereka tergelumang dengan idelogi tersebut mereka turut terpalit. Mereka perlu ditegur dan diperbetulkan. Nampaknya Mat Jusoh desak untuk saya komen, tengoklah.. no komitmen at this moment.

Salam petang jumaat.

11 comments:

saya said...

sebenarnya bukan wanji memperlekehkan HT, tapi syabab HT yang memulakan serangan memperlekehkan Pas dlm keterlibatan dgn demokrasi.Anda patut membaca, bukan memperlekehkan itu sengaja dimulakan utk Ht , tapi provokasi syabab2 HT yang singgah di wall wanji yg ada sesetengahnya kurang adab saya rasakan.

saya setuju debat wanji dgn abu aminah, tapi tak setuju ia diadakan di khilafah centre, nampak berat sebelah :D

saya tahu debat ini tidak akan menarik HT kepada menerima hukum keharusan demokrasi....itu mustahil sama sekali, tapi saya setuju debat ini diadakan kerana sudah lama saya menunggu ustaz pro Pas yg berani berdepan dgn syabab HT dan berani mendatangkan dalil dan hujah bagi menepis serangan HT tentang haram mutlak demokrasi selama ini.

saya harap debat ini berlangsung dlm suasana mahabbah dan bersetuju jika tempat Abu Aminah diganti :D...dia agak emo dan adab pertuturan pula kurang cermat.

wuzara said...

salam...
yang akan berdebat dengan wan ji tu abu aminah ke abu hamzah? setahu saya, KC pun tak nak terlibat dalam hal ini. ia sekadar uslub peribadi.

saya said...

ya ya ya saya chek dah, silap saya ...nama dia abu hamzah bukan abu aminah, Abu Aminah yang sorang lagi....:D

rasanya org HT yang cadang buat kat KC sebab org HT ni kalau berbalas hujah tu, at lastnya jemput pi KC...sikit2 ajak datang KC... :D

saya said...

yg ni saya copypastekan wanji menulis di wallnya, rabu lalu.

"sebentar tadi, sorg rakan pro HT tel memaklumlan bahawa Program debat antara ana dan abu hamzah bukan anjuran HT, tp inisiatif individu bernama ridhuan Hakim. Asalnya mereka bercdg di khilafah Centre, tp pihak KC tak mahu terlibat. Jadi, mungkin akan bertukar tmpt. Akan dimaklumkan semula.."

wuzara said...

ohhh... awak berdebat sekali ke kat FB tu?

saya said...

kalau pun ya.... ada masalah ke?? huhuhu..

wuzara said...

ehhh...tanya je... bolehla add saya sekali :),

ingsn said...

keh keh keh....
ya sheikh dgn syeikh ni kalo saya nak berdebat pasal demokrasi tak payah dlm FB, kat blog ni pun boleh je :p

saya tak berdebat dlm FB, sekadar memerhati,membaca dan meneliti dari jauh....

wuzara said...

ingsn,
debat antara wanji-fathul bari tu apa pandangan anda, setuju dengan wan ji? kuat tak hujah dia?

Anonymous said...

Thanks
Allah Bless You

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu