Wednesday, October 6, 2010

AIR MILIK KITA

Kali ini saya menulis dari Aloq Staq. Pekena ikan bakaq dah, nasi kandaq pun dah. Ntah kenapa automatik lidah saya dah telo Kedah, tapi macam orang Siam nooo. Tiba-tiba terlintas di kepala isu kenaikan tarif air di Kedah sebanyak 27%. Saya bukan penyokong kerajaan yang akan bersikap oportunis dengan mana-mana tindakan kurang popular parti lawan, juga bukan penyokong PR yang berbasa-basi sesama sendiri demi cita-cita Putrajaya. Pendirian kita sebagai orang Islam adalah hukum Islam. Bagi hal ini adalah hukum pengelolaan air dalam Islam.

Dalam aspek kepemilikan, air dikategori sebagai pemilikan umum (milkiah ammah). Dalam istilah fiqah, apa-apa bahan yangh bersifat ma'ul idd (air yang mengalir), dikategorikan sebagai kepemilikan umum. Bermakna setiap umat manusia boleh menggunakan air secara bersama-sama dan tidak boleh menghalang orang lain dari memperoleh air. Baik air yang bersumber dari hujan, sungai, tasik, mata air dan laut. Dalam konteks hari ini, bekalan air yang disalurkan ke rumah adalah bekalan air yang terawat. Secara hukum syara', pemerintah adalah pihak yang bertanggungjawab mengelolakan penyaluran air ini tanpa menghilang sifat kepemilikan bersama air. Menyerahkan konsesi air kepada mana pihak atau syarikat seperti Syarikat Air Johor, SYABAS atau SADA adalah satu bentuk penyerahan hak milik umum yang melampau batas syara'.

Saya dapati setiap kali isu kenaikan tarif air atau pun harga minyak, yang digembar gemburkan adalah tentang kenaikan harga tersebut. Walhal sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan Rasul, sewajibnya kita melihat hukum air (dan bahan hasil bumi lain) melalui aspek sebegini iaitu wajib dikelolakan sebagai milkiah ammah. Penyerahan konsesi kepada mana-mana syarikat persedirian atau GLC mahupun SLC adalah perompakan terhadap pemilikan yang telah diberikan Allah kepada ummat manusia.

Jadi sekali lagi saya tegaskan, isunya di sini bukan soal kenaikan harga semata. Tetapi apakah Kedah sebagai negeri yang diperintah oleh parti Islam telah mengelolakan air dah sumber alam lain sebagai milkiah amah sebagai mana Islam? Atau sekadar meneruskan sistem yang ditinggalkan pemerintah terdahulu. Melihat dengan neraca Islam.

19 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sememangnya air, api, garam, tempat tinggal merupakan tugas Daulah Islamiah menyediakan secara percuma kepada rakyat berdasarkan Surah AlA`raaf:32 قُلۡ مَنۡ حَرَّمَ زِينَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِىٓ أَخۡرَجَ لِعِبَادِهِۦ وَٱلطَّيِّبَـٰتِ مِنَ ٱلرِّزۡقِ‌ۚ selain dari hasil bumi yg dikhususkan kpd kaum muslimin. Tetapi kesemua itu, perlu dikawal selia oleh khalifah sekiranya berlaku pembazirzan dan berapa kadar pggunaan yg perlu didenda hasil pemborosan ( Surah AnNisa`:5 وَلَا تُؤۡتُواْ ٱلسُّفَهَآءَ أَمۡوَٲلَكُمُ ٱلَّتِى جَعَلَ ٱللَّهُ لَكُمۡ قِيَـٰمً۬ا وَٱرۡزُقُوهُمۡ dan Surah 17:26 وَءَاتِ ذَا ٱلۡقُرۡبَىٰ حَقَّهُ ۥ وَٱلۡمِسۡكِينَ وَٱبۡنَ ٱلسَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرۡ تَبۡذِيرًا
Begitu juga dlm mslah pengairan berlaku pada zaman Rasulullah saw, ketika berlaku perselisihan faham diantara Zubair bin Awwam dan sahabat dari kaum Ansar sehingga turunnya Surah AnNisa`:65 فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤۡمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيۡنَهُمۡ ثُمَّ لَا يَجِدُواْ فِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَرَجً۬ا مِّمَّا قَضَيۡتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسۡلِيمً۬ا
Pendek kata, apalah erti menuntut kembali status hakmilik air jika kita tidak mengambil kembali hak kekhalifahan yg telah hilang semenjak 1924. Malah bukan sedikit, mrk yg telah dan mahu menuntut kembali hak2 ini tetapi perjuangan yg tiak istiqamah, pasti enemui kegagalan. Wallahulam

wuzara said...

Pemahaman pengurusan hak milik awam sebegini telah luput dari pemikiran umat. Apabila disebut hak milik awam biasanya apa yang difahami adalah tandas awam, ia sinonim dengan busuk dan hancing.

ngomong jowo said...

waahhhh dah mai singgah kat aloq staq pekena nasi kandaq tapi dok pong prang macam-macam kot blang.....baguih noooo.

meh chek nak habaq mai pasai tarif ayaq ni....sebelum kondem kerajaan negeri, koghek lu sejarah pengurusan air, masalah dan situasi yg dihadapi, jangan dok pi hentam sodaap je...

ni yg dok cerita pasai 'air milik kita' saya tak sanggah....ustaz pas pong habaq macam tu, tapi yg kerajaan kedah dok hadapi ni bukan stakat nak tulih @ nak sebut 'air milik kita' tapi nak jadikan lagu mano satu hari nanti air betoi2 milik kita.....keno ingat kedah ni bukan negara republik atau wilayah terpisah dari persekutuan Malaysia...kerajaan pusat sentiasa berusaha menekan kerajaan kedah, tau dok ? meh kita kongsi tulisan di bawah, pastu enta komen errrr bagi cadangan camana nak setel...

ngomong jowo said...

Agak menarik dalam isu kenaikan tari air di Kedah ialah sepatutnya KerajaanNegeri yang teruk dihentam kerana menaikkan harga air. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, di mana pihak pembangkang (BN) pula yang terpaksa berhempas pulas mencari dalih dan helah untuk melepaskan diri dari dipersalahkan.

Setiausaha Umno Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad menganggap Menteri Besar Dato’ Seri Azizan Razak macam ‘gangster’ kerana asyik mengugut untuk mendedahkan kepincangan mereka sewaktu jadi kerajaan dulu.

Nawawi agak tertekan kerana dia adalah Exco yang bertanggungjawab terhadap air di masa BN. Menteri Besar mendedahkan pembinaan logi pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta. Tetapi pembinaan di tangan BN menjadikan harganya RM65 juta.

Logi pembersihan air Padang Sanai yang sepatutnya bernilai RM50 juta untuk kapasiti 50 juta liter air tetapi dengan sentuhan tangan BN, harganya melonjak menjadi RM155 juta. Ia mungkin menjawab persoalan mengapa kerajaan lalu beriya-iya menolak geran peruntukan Pusat untuk perkhidmatan air. Sebaliknya mereka menerima pinjaman yang memberi peluang menentukan siapa kontraktornya serta tidak terikat dengan harga berasaskan spesifikasi dari Kementerian Kerajaan Pusat.

BN dipersalahkan juga berhubung perjanjian-perjanjian yang merugikan rakyat dalam pengurusan air yang dimeterai oleh kerajaan lalu. Antaranya ialah dengan syarikat Taliworks di Langkawi. Taliworks dikatakan syarikat kroni pemimpin BN dan maklumat dalaman syarikat itu mendedahkan bahawa mereka pernah menyumbang RM90 ribu untuk satu jamuan raya anjuran Ir. Nawawi. Mujur beliau belum lagi menjadi ADUN dan Exco sewaktu mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah bersetuju menyambung kontrak Taliworks sehingga tahun 2020.

ngomong jowo said...

Dalam perkembangan terbaru, Menteri Besar menyerahkan kepada SPRM sama ada mahu menyiasat atau tidak pemimpn-pemimpin kerajaan lalu. Sebenarnya SPRM berbeza dengan polis yang membuat siasatan selepas laporan dibuat. SPRM mempunyai detektif dan boleh menyiasat tanpa laporan pun. Dan memang dalam banyak kes yang melibatkan individu dalam Pakatan Rakyat mereka menyiasat tanpa laporan dibuat oleh mana-mana pihak. Cuma persoalannya, antara mahu atau tidak.

Kenaikan harga air sehingga 27 peratus adalah angka besar dan menakutkan. Tapi hakikatnya ia tidak sebesar mana kerana harga asal air di Kedah cukup murah pun. Syarikat Air Darul Aman (SADA) mudah saja bermain perang saraf. Mereka membandingkan harga sebelum kenaikan iaitu 8 sen bagi satu tong dram (200 liter) menjadi 10 sen bagi satu tong dram selepas kenaikan. Kenaikan untuk satu tong dram Cuma 2 sen. Poster dan risalah mengenainya diedarkan ke seluruh negeri. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa harga air di Kedah serendah itu lalu mengiyakan kenaikan tarif air.

Ada juga yang bertanya mengapa kerajaan negeri tidak beri subsidi air? Ketua Pegawai Eksekutif SADA Dato’ Adzmi Din menjelaskan bahawa kenaikan yang sepatutnya ialah RM0.96 semeter padu, barulah kerajaan dapat menampung semua kos pengurusan air.

Dengan tarif yang baru diumumkan ini (RM0.50 semeter padu), SADA dijangka masih mengalami kerugian sebanyak RM24 juta setahun. “Maknanya kerajaan dah bagi ‘subsidi’ RM0.46,” katanya. Kenaikan tarif air di Kedah, ternyata dapat diatasi dengan mudah oleh kerajaan negeri. Maka kenaikan bukan lagi isu besar. Isu besar di sebalik kenaikan tariff air ialah penjajahan Pusat terhadap hak air negeri.

Perlembagaan Persekutuan telah dipinda pada bulan Januari 2005 di mana perkhidmatan bekalan air berkaitan dengan rawatan air dan pengagihan dipindahkan dari Senarai Negeri ke Senarai Bersama (Negeri dan Pusat).

Penstrukturan semula industri bekalan air oleh Kerajaan Persekutuan berlaku pada tahun 2003 iaitu melibatkan penstrukturan semula indsutri Bekalan Air Negara oleh Kerajaan Persekutuan, Pindaan Perlembagaan Persekutuan (2005), Kelulusan Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta 665) pada tahun 2006, Kelulusan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air (Akta 654) pada tahun 2006 dan Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tahun 2007. Semua itu menjadi langkah-langkah penaklukan Pusat terhadak hak air negeri.

Dengan adanya kedua-dua akta tersebut (Akta 655 dan Akta 654) yang telah diluluskan pada tahun 2006 dan telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2008, maka Enakmen Bekalan Air yang diguna pakai oleh negeri-negeri tidak lagi terpakai dan semua Jabatan Bekalan Air dan Lembaga Air Negeri diletakkan di bawah kawalan SPAN.

Seksyen 3 Akta 655 telah memperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa eksekutif berkenaan sistem bekalan air dan perkhidmatan bekalan air di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

Enakmen Bekalan Air (Syarikat Pengganti) 2008 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah pada 18 November 2007 dan diwartakan pada 27 Mac 2008 di mana Enakmen ini membolehkan Kerajaan Negeri berkenaan dengan perkhidmatan bekalan air kepada satu syarikat penganti yang akan berfungsi sebagai operator bekalan air bagi menggantikan Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK). Pengkorporatan JBAK ke SADA adalah untuk memenuhi Akta Persekutuan ini. Semua ini angkara kerajaan BN yang separuh abad berkuasa di Pusat. Dan episod-episod kehilangan hak negeri terhadap air selepas ini akan berlarutan.

Hak negeri terhadap api (elektrik) tiada lagi. Hak terhadap tanah juga banyak yang telah dicerobohi Akta. Dari ‘tanah, air, api, angin’ maka yang tinggal untuk anak negeri selepas ini cuma angin.

scennesm said...

kawe said...

sori la...ada yg ter'repeat' komen kat sini...mintak tolong delete mana yg patut noo...makaseyyy

Anonymous said...

opokoni ekau ni ngomong jowo, gilo ko opo?

ngomomg jowo said...

aiihh anony....den gilo ko apo ekau apo sussoh ?? ekau yg siuman pi men jauh jauh, den kacau ekau ko?...
ni urusan den ngan tuan blog, makaseyyy

wuzara said...

Penyimpangan antara teori dan praktikal adalah suatu kesalahan fatal, apatah lagi apabila ia membabitkan hukum syara'.
Ramai yang mengetahui galian milik umat, tetapi masih berhukum perjanjian 1915 royalti minyak, konsesi air dll. Natijahnya, mereka menghalalkan sesuatu yang jelas haram dan memberitahu inilah Islam produktif.

ngomong jowo said...

Aikkk...jawab umum macam ni je? org bagi detail ttg fakta kes dijawab lagu ni...

kerajaan kedah adalah kerajaan yg sedang berjuang secara amali....mereka bukan di sekadar peringkat perjuangan pemikiran semata tapi sedang menghadapi kronik masalah yg memerlukan usaha penyelesaian paling munasabah sekalipun tidak mampu menepati syara'nya... saya harap anda dpt melihat 'ketidak' berdayaan kerajaan negeri berhadapan kuasa pusat yg jahat itu.

saya masih tidak dapat melihatjwpn anda telah melorongkan 'jalan' utk kes tarif air di kedah ni

wuzara said...

Kerangka berfikir anda masih lagi, matlamat menghalalkan cara. Adakah anda mengakui hakikat ini? Dalam nak menempuh negara Islam, perkara-perkara yang haram jika perlu dilalui maka pada anda ia jadi halal.
Inilah masalah apabila mencampak ke tong sampah minhaj nabi, dan lebih menyakini demokrasi.

tangkuban Parahu said...

wuzara, inilah anda...datang dgn pelbagai tohmahan dan pesimis anda pada yg lain, .....Seolahnya usaha membunuh kebatilan, menjaga maslahah masyarakat dan menolak kejahatan 'dari' anda saya yg bertepatan dgn kehendak Allah.Anda saja yg cintakan kebenaran sedang org lain 'bermain' dan mencabul kebenaran.

saya menghargai cita-cita, keazaman dan kekuatan semangat yg ada dalam diri anda, ia memang nampak cukup kuat tetapi ia tetap tidak cukup kuat utk menghapus atau sekurang2nya mengendurkan kejahatan pihak pemerintah yg sedang berpesta kejahatannya kpd kita semua.

Sebenarnya tulisan anda ini adalah kebenaran atau apa saja pencontohan yg anda datangkan dalilnya dari model daulah Islamiyyah baginda dan para sehabat, maka ia adalah pastinya kebenaran...tetapi ia 'dilokasi' tidak mampu utk dilaksanakan....anda sendiri pasti faham...

saya datangkan fakta kes atau situasi sebenar ttg masalah air di Kedah atau di malaysia dgn harapan anda datangkan juga pemikiran anda yg bernas utk menyelesaikan masalah ini....tapi setakat ini anda hanya tetap 'menyalahkan' pihak yg tak sepatutnya anda salahkan tanpa anda ada cadangan penyelesaian.

sistem pemerintahan Malaysia sedang menempuhi fasa pemerintahan yg jauh dari model pemerintahan daulah Islam...apalagi daulah khilafah.Jadi apa yg anda utarakan di sini tentulah tidak dapat menepati masalah sebenar yg sedang dihadapi....itu saja.

apa pun terima kasih utk perkongsian tulisan anda yg bernilai 'pengetahuan' ini...saya menanti tulisan yg mampu memberi jalan penyelesaian....PEACE !

wuzara said...

Tangkupan Parahu,
Inilah saya? Nampaknya anda amat mengenali saya.
Perlukah saya bawa ayat-ayat Quran bagi orang yang mengubah-ubah hukum Allah? Hari ini terlalu banyak sudah hukum yang diubah dengan alasan disesuaikan dengan keadaan zaman hari ini. Apakah anda pun sebahagian dari golongan tersebut?
Atau adakah anda tergolong dari golongan yang menyatakan matlamat menghalalkan cara?

huh! said...

yo lah tu.... apo-apo sajo lah...

wuzara said...

Sikap 'tidak mengapa', 'apa2 saja', 'asal boleh' tidak sepatutnya ada dalam pengamalan hukum Islam.