Thursday, December 18, 2008

Jangan Lalai! Jangan Lalai! Sekali Lagi Jangan Lalai!



Allah Swt. berfirman:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. (TQS. Ali Imran [3]: 133) إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ

لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ #وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, ialah ucapan: "Kami mendengar dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang untung. Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan. (TQS. An Nuur [4]: 51-52)

Di bawah bayangan ayat-ayat seperti di ataslah mereka yang baik dari kalangan umat yang terbaik ini bertindak-balas dengan realiti yang ada disekeliling mereka. Mereka sering tidak melepaskan segala peluang yang memiliki potensi yang dapat menghantar mereka kepada keredhaan Allah. Mereka sentiasa mengutamakan kemaslahatan Agama Allah mengatasi dari kemaslahatan mereka sendiri.
Wahai Para Pejuang Islam yang dimuliakan,

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum dakwah untuk mempersatukan kaum muslim adalah wajib.

Allah Swt. Berfirman,

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ (١٠٣)

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (TQS. Ali Imran [3]: 103)

Kita semua juga telah sedia maklum method yang wajib kita tempoh dalam mempersatukan kaum muslimin adalah dengan mengembalikan semula Khilafah ala minhaj an nubuwah melalui dakwah dan perjuangan politik tanpa kekerasan.


Dalam merealisasikan idealisma ini kita memerlukan sebuah jemaah ideologis yang akan berjuang secara intelektual dan politik di tengah-tengah masyarakat. Urgensi adanya jemaah ini disetiap zaman tidak dapat kita nafikan secara rasional mahupun syara’.

Allah Swt berfirman,

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٠٤)

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (TQS Al-E-Imran (3):104)

Oleh itu,

Wahai para Pejuang Islam yang mulia,

Jemaah seperti yang diilustrasikan oleh ayat itu telah hadir di hadapan kamu! Ia telah diusahakan oleh seorang mujtahid, Syeikh Taqiyuddin an Nabhani rahimahullah, untuk dihadirkan di sebuah tempat yang telah ditentukan oleh Pencipta kamu sebagai salah satu tanah suci bagi kamu, iaitu al Quds, lebih 50 tahun dahulu. Alhamdulillah, marilah bersumpah dengan Asma’Nya untuk bersama-sama jemaah ini dalam mengharungi gelora dakwah dan perjuangan politik. Agar Agama Allah ini dapat dizahirkan di atas segala agama dan ideologi yang ada. Semoga kamu di rahmati dan memperolehi ganjaran yang dipenuhi oleh kenikmatan di hari kiamat kelak. Hari dimana tiada gunanya harta, pangkat dan anak-anak.

Adalah sungguh ironi, setelah akal kita akur dan tunduk dengan kebenaran fikrah yang sebahgiannya telah kita jadikan akidah dan sebahagian lagi sebagai peraturan yang seharusnya kita ikuti dan perjuangkan di tengah-tengah masyarakat agar ianya wujud dalam kehidupan, tapi mengapakah masih ada lagi diantara kita yang lalai untuk mejadikannya sebagai Qaedah Fikriyah yang menjadi standard kepada perbuatan dan Qiyadah Fikriyah yang menjadi obor dalam perjuangan politik kita?

Ketahuilah!

Wahai Kaum Muslimimin yang mulia,

Hadirnya jemaah ini adalah untuk membantu kita semua untuk bergerak secara terpimpin agar roh jemaah kelihatan dalam aktiviti dakwah dan politik. Selain itu, ketahuilah hadirnya jemaah ini adalah untuk membuka peluang kepada kita untuk memperolehi ganjaran pahala sebagaimana yang telah Allah SWT kurniakan kepada generasi awal Islam. Generasi yang Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah. Pada zaman itu mereka telah bergelumang dengan dakwah dan perjuangan politik yang penuh dengan tribulasi dengan hanya bersandarkan kepada kekuatan fikriyah tanpa dokongan material dari sebuah Negara. Ia persis seperti zaman ini, zaman dimana kita semua sedang menghirup udaranya.

Pergorbanan dan ketundukan mereka telah digambarkan dalam firman Allah SWT;

رَبِّ هَبۡ لِى مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ (١٠٠)فَبَشَّرۡنَـٰهُ بِغُلَـٰمٍ حَلِيمٍ۬ (١٠١)فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعۡىَ قَالَ يَـٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلۡمَنَامِ أَنِّىٓ أَذۡبَحُكَ فَٱنظُرۡ مَاذَا تَرَىٰ‌ۚ قَالَ يَـٰٓأَبَتِ ٱفۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُ‌ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٠٢)فَلَمَّآ أَسۡلَمَا وَتَلَّهُ ۥ لِلۡجَبِينِ (١٠٣)وَنَـٰدَيۡنَـٰهُ أَن يَـٰٓإِبۡرَٲهِيمُ (١٠٤) قَدۡ صَدَّقۡتَ ٱلرُّءۡيَآ‌ۚ إِنَّا كَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡمُحۡسِنِينَ (١٠٥)

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh! (100) Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar. (101) Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. (102) Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). (103) Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! (104) Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (105) (TQS As Saafaat (37): 100-105)

Tidakkah ini peristiwa ini menjadi motivasi spiritual untuk berkorban, walaupun dalam kadar yang sedikit, untuk memertabatkan kedaulatan Islam dan kemulian kaum muslimin?

Sehubung dengan kelebihan 10 hari di awal Zulhijjah Allah SWT berfirman;

وَٱلۡفَجۡرِ (١) وَلَيَالٍ عَشۡرٍ۬ (٢)
Demi waktu fajar; (1) Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); (2) (TQS Al Fajr (89): 1-2)

Di dalam ayat di atas Allah SWT telah bersumpah dengan hari-hari ini yang menjadi petunjuk kepada kita tentang kepentingan dan kelebihan hari-hari tersebut. Ibn Abbas, Ibn Az-Zubayr, Mujahid dan lain-lain dari generasi awal dan sekarang berpendapat hari-hari tersebut adalah 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah. Pada hari inilah program yang saya sebutkan di atas diadakan.

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Tidak ada satu hari yang mana amal soleh lebih dicintai Allah dari 10 hari ini.” Orang ramai bertanya, “Walaupun berjihad di jalan Allah?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad pada jalan Allah, kecuali dalam keadaan seorang lelaki pergi kepada jihad, memberikan dirinya dan hartanya pada perkara itu, dan kembali tanpa membawa sesuatu apapun.” [Al-Bukhari]

Sesungguhnya lalai bukanlah alasan bagi kita untuk mengelak dari kemurkaan Allah SWT dan lari dari tanggungjawab sebagai para hamlid dakwah. Sebab telah diutuskan kepada kita Rasulullah yang membawa al Quran dan menunjukkan suri tauladan sebagai pedoman. Allah SWT berfirman;


Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (Al A’raaf 172)

Tidak lalai dan leka dengan kegemerlapan dunia merupakan jatidiri kita. Sesungguhnya Allah SWT telah mencela orang-orang yang lalai dalam banyak firmaNya, antaranya;


Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. (TQS al A’raaf : 205)

"Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!". (TQS Yunus : 92)

(Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)". (TQS Qaff : 22)

Oleh itu, Wahai Para Pejuang yang dimuliakan,


Jauhilah sikap lalai ini, jadikan diri kita sebagai mereka yang tahu membezakan perkara yang perlu diutamakan dan perkara yang perlu diremehkan. Sebagaimana pribadi-pribadi unggul yang pernah dilahirkan oleh Umat ini.

Abdullah bin al Mubarak membuat perbandingan antara orang yang sibuk beribadah dengan orang yang sibuk berjihad fi sabilillah dalam syairnya;

“Wahai hamba yang selalu beribadah di dua tanah haram. Andai kamu mahu melihat kami, maka kamu mengetahui bahawa sesugguhnya kamu bermai-main dengan ibadah kamu.

(Kamu) adalah orang yang pipinya dihiasi dengan airmata sedangkan kami adalah orang yang lehernya dihiasi oleh darah.

Atau (kamu ini adalah) orang yang melelahkan dirinya dalam kebatilan sedangkan kami adalah orang yang membuat kuda-kuda kami lelah dalam peperangan.

Wagian selalu menyertaimu. Dan kami punya wangian yang tersendiri. (Pewangi kami adalah) debu akibat hentakan kaki kuda, dan (menurutku) debu itu lebih wangi apabila dibanding
yang lainnya.

Kita telah mendengar sabda baginda Rasulullah saw. Sabda yang selalu benar dan tidak pernah dusta.

Debu kuda yang berada di di hidung seorang yang ikut perang fi sabilillah tidak akan bertemu dengan asap api neraka yang menyala-nyala.

Bergitu juga dalam al Quran disebutkan orang yang syahid sebenarnya tidak mati. (Kandungan al Quran) tidak akan bohong.”


Ketahuilah bahawa setiap amal kebaikan yang kita lakukan sebenarnya adalah untuk kebaikan diri kita sendiri. Allh berfirman;

وَمَن جَـٰهَدَ فَإِنَّمَا يُجَـٰهِدُ لِنَفۡسِهِۦۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِىٌّ عَنِ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٦)
وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُكَفِّرَنَّ عَنۡهُمۡ سَيِّـَٔاتِهِمۡ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَحۡسَنَ ٱلَّذِى كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٧)
Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. (6) Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan dengan sebaik-baik balasan. (7) (TQS Al Ankabut (29) : 6-7)

No comments: