Saturday, December 24, 2011
Tidak Selamat Hari Natal
Dulu zaman masih kanan-kanak, kami ada jiran bernama Uncle Daniel. Dia bekerja sebagai seorang dressar, berkuturunan India dan dan beragama Kristian. Rumah kami selang satu rumah dari rumah Uncle Daniel.
Setiap kali Hari Raya uncle Daniel dan isterinya akan menziarahi kami. Apabila sampai hari Krismas, dia akan menjemput kami datang ke rumahnya. Saya suka melihat cara hiasan Krismas di rumahnya dengan lampu pokok krismas berkelipan. Ketika saya darjah 5, ibu seperti melarang kami menziarahinya pabila datang hari natal. Saya tidak bersetuju, pada pandangan saya kita adalah masyarakat majmuk wajar saling menziarahi pabila tiba musim perayaan. Itulah yang diajar di sekolah. Apatah lagi sejak darjah 4 saya memang suka membaca surat khabar, termasuk rencana2 panjang di Berita Harian, masa tu harga surat khabar cuma 40sen sahaja. Jadi, pemikiran tentang dasar ekonomi baru, keharmonian kaum, kepentingan budaya dan banyak dasar-dasar kerajaan dan kapitalisme telah meresap ke pemikiran saya sejak kecil lagi.
Apabila bekerja, saya sering mendapat boss bukan beragama Islam. Dulu boss saya beragama Hindu dan Buddha, boss sekarang pula beragam Kristian. Setiap kali Hari Raya mereka mengucapkan selamat kepada saya, ada juga yang datang ziarah ke rumah. Ingat dulu kepada seorang General Manager yang baik dengan saya, sengaja saya melarikan diri darinya pada hari terakhir dia bekerja sebelum bercuti Tahun Baru Cina. Tetapi sebelum dia balik, tetap juga dia memanggil saya. Saya berikan alasan ada kerja, dia sanggup tunggu untuk jumpa sebentar, aduh. Masuk ke biliknya, berbual pendek sebelum dia balik, dia yang mengucapkan New Year kepada saya, saya hanya membalas happy holiday boss.
Halqah di Universiti telah mengubah cara berfikir saya. Kita haram terlibat dalam perayaan yang lahir dari Aqidah selain Islam. Malah haram juga mengucapkan selamat terhadap perayaan tersebut. Mentaliti untuk kononnya nak menarik mereka kepada Islam dengan pendekatan begitu adalah bertentangan dengan syara’, apatah lagi alasan masyarakat majmuk. Saya bukan nak membahaskan dalilnya di sini.
Nyatanya hari ini Islam telah tidak berada di posisinya. Sehingga ada golongan yang cuba meletakkan Islam kononnya agar sebaris dengan agama-agama yang lain. Walhal agama-agama itu sentiasa berada di bawah Islam. Islam itu posisinya adalah sebagai peneraju idealogi dunia, ia adalah rahmat untuk sekian alam. Islam diamalkan oleh individu, dan diterapkan sebagai qiyadah fikriah bagi dunia global. Hukum Islam baik dari struktur kekhilafahan, pemerintahan, perundangan, ekonomi, pendidikan, sosial diterapkan oleh negara dan didakwah sebagai qiyadah fikriah (kepimpinan berfikir) dunia. Polisi luar negara adalah atas dasar dakwah, dan jihad dilancarkan bagi memastikan rahmat ini sampai ke seluruh pelusok dunia.
Khilafah adalah peneraju idealogi dunia. US dengan idealogi kapitalisme selagi belum ditumbangkan, pasti akan cuba mengepalai Britain, Perancis, German dan pelbagai negara lain untuk menewaskan khilafah. Tetapi perang saraf yang akan dilancar khilafah adalah amat kuat. Dengan kegagalan sistem ekonomi kapitalisme hari ini, keruntuhan tamadun manusia di barat, US hanya berharap kepada paksaan dan ketenteraan untuk terus menerapkan idealoginya. Kita akan lihat satu persatu dunia barat meninggalkan kapitalisme dan juga demokrasi. Apabila idealogi ini sudah tidak dipercaya lagi, satu persatu manusia akan meninggalkannya. Ketika itu Islam sampai kepada mereka sebagai sebuah agama dan cara hidup. Bukan saja individu, malah negara. Banyak negara barat ini akan bersatu dengan wilayah khilafah, baik secara diplomatik mahupun jihad. Malah jika futuhat belum berlaku, mereka perlu saja tunduk kepada kuasa baru dunia ini.
Inilah yang berlaku apabila Islam diterapkan dan dikembangkan pada zaman Rasulullah, Khulafa’ urrasyidun, bani umayyah, abbassiyah dan turki uthmaniyah. Dan rasulullah telah mengkhabarkannya akan kembali.
“Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang menggigit; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian.“ Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar]
Kitalah watak-watak yang perlu melakonnya atau sekadar mahu jadi penoonton kerana kita hidup dizaman ketika Islam sedang telah dihancurkan dari aspek bernegara setelah 13 abad menguasai dunia. Kembalinya khilafah ini sebenarnya sudah hampir, memang hampir. Pandangan peribadi saya tidak sampai 10 tahun lagi. Ia akan kembali dan kita akan lihat betapa negara khilafah yang asalnya kecil dan lemah ini, akan menyatukan wilayah Islam yang hampir dengannya, kemudian wilayah Islam yang lain, membebaskan biladul Islam yang kini telah ditakluk kufar seperti Sepanyol, mencorakkan halatuju politik dunia, bertentang dengan kuasa dunia lain, dan akhirnya Islam akan dimenangkan. Ketika itu orang akan masuk Islam secara berbondong-bondong dan agama Allah ini akan kembali di posisinya sebagai rahmat sekelian alam.
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya…” (QS An-Nasyr:1-3).
Monday, December 12, 2011
RIBA' HUKUM YANG BOLEH DIAMBIL RINGAN?
Jumaat lepas saya menemani ibu mertua ke pasar jumaat di tengah-tengah bandar kota bharu. Teringat ada 'miss called' malam tadi yang belum dijawab, saya menelefon balik sementara menunggu mertua dan isteri berbelanja. Dari bual biasa, terkait persoalan riba'. Dia bersimpati dengan sahabat-sahabat yang telah terjerat dengan pinjaman perumahan. Apabila tersedar kesalahan, sangat susah untuk keluar dari jerat riba'. Hendak dihabiskan pembayaran cepat2 tidak mampu, hendak dijual semula untuk langsaikan hutang, jumlah interest masih lagi banyak. Dia menyatakan, kalau di negara arab mereka yang terlibat dengan riba' ini cuma golongan sekular. Statement itu betul2 mengejutkan dan menimbulkan tandatanya kepada saya.
Betulkan ke masyarakat Arab tidak mengambil riba' seperti mana rata-rata Muslim di Malaysia?
Sepanjang pemanduan balik, perkara ini bermain di kepala saya. Rasa seperti ingin menetap sementara di mana-mana negara Arab, memahami budaya mereka. Sampai di rumah, saya terus menelefon sahabat dari negara Arab. Beliau sedang menyambung Master Perakaunan. Dah lama tak menghubungi beliau, saya tanya terus persoalan ini. Dia menjawab ya. Masyarakat Arab memahami riba' sebagai suatu keharaman yang sangat besar, dan mereka tidak berani mengambilnya. Mereka memahami dosa riba itu terlalu besar, seperti bezina dengan ibu sendiri, ia suatu yang amat jelik.
Abdullah bin Hanzhalah menuturkan, bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda: satu dirham riba yang dimakan oleh seorang laki-laki, sementara ia tahu, lebih berat (dosanya) daripada berzina dengan 36 pelacur (HR Ahmad dan ath-Thabrani).
Riba itu memiliki 73 pintu. Yang paling ringan (dosanya) adalah seperti seseorang yang mengawini ibunya. (HR al-Hakim dan al-Baihaqi).
Ibn Abbas juga menuturkan, bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda: Satu dirham riba (dosanya) kepada Allah lebih berat daripada 36 kali berzina dengan pelacur. (Ibn Abbas berkata) dan Beliau bersabda, “Siapa saja yang dagingnya tumbuh dari yang haram maka neraka lebih layak untuknya.” (HR al-Baihaqi dan ath-Thabrani).
Masyarakat sendiri memahami perkara itu dan mereka menolak riba' termasuk mereka yang tidak Islamik. Tamsilannya di Malaysia seperti solat, orang yang tidak begitu menjaga agamanya pun tetap juga menjaga solat.
Saya tanyakan, jika dari 10 orang berapa ramai yang mengambil riba'? Anggaran yang diberi, 2 hingga 3 orang. Menurutnya, memang ramai dijumpai mereka yang sanggup hidup susah untuk mengelak riba', itu biasa. Pernah dia jumpai, sebuah apartment yang dihuni oleh 16 orang semata mereka tak mampu membeli rumah tanpa riba'. Banyak lagi yang diceritakan, membuatkan saya insaf.
Sahabat saya sendiri terkejut apabila datang ke Malaysia mendapati Muslim di sini menganggap riba' itu perkara biasa. Rata-rata orang terlibat dengan riba' untuk membeli rumah dan kenderaan, termasuk mereka yang Islamik, ustaz2, imam2 dan hatta pendakwah. Pelbagai justifikasi diberi.
Saya tanyakan pula berkenaan perbankan Islam. Jawabnya, perbankan Islam di negara Arab berkembang dengan agak perlahan di sana, dan sedang berkembang dengan sokongan dari ulama' seperti Dr Yusof Qardhawy. Tetapi secara umumnya umat masih belum boleh menerima perbaikan Islam atas dua faktor:
a) Ramai para ulama' dan para pendakwah yang menjelaskan kebathilan perbankan Islam. Selain masalah riba', banyak lagi kebathilan yang wujud dalam aqad perbankan Islam, bai' al inah antaranya. Umat mudah memahami perkara ini dan mereka yang memberi justifikasi maslahah itu masih belum dominan.
b) Pemerintah yang ada tidak begitu menyokong perbankan Islam, dan malah tidak membenarkan penggunaan nama Islam. Perbankan Islam tidak dapat promosi dan kemudahan secukupnya seperti mana perbankan konvensional menyebabkan kos perbankan Islam jauh lebih tinggi.
Hal ini membuatkan saya tersentap dan insaf. Betapa, jauhnya kita dari pengamalam Islam, hatta dalam perkara yang qathie seperti riba'. Kita mungkin maju dengan penerapan sistem kapitalisme, tetapi dalam masa yang sama mengambil ringan hukum yang qath'ie ini baik untuk menyambung pelajaran, membeli kereta, kediaman, hatta pinjaman peribadi. Ramai yang menjadikan dharurat, atau maslahah sebagai dalil qath'ie membolehkan riba', tidak lupa perbankan Islam. Maka riba' diperbolehkan, dakwa mereka.
وَأَعَلَّ اللهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّ بٰوا (البقرة: ٢٧٥(
Artinya: Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
“Diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud r.a bahwa Rasulullah SAW telah melaknat pemakan riba, yang mewakilinya, saksinya dan penulisnya.” (HR. Abu Dawud dan lain-lain)
Cukuplah ia agar membuat orang-orang beriman akan dosa riba'.
Subscribe to:
Posts (Atom)