Friday, October 9, 2009

Antara Marhaban dan Purdah

Kawasan perumahan tempat saya tinggal baru saja menyelesaikan 10 malam Marhaban malam tadi. Selepas ini bemulalah sesi rumah terbuka pula.Ini adalah tahun ke empat program ini diadakan dan hampir 300 rumah mengambil bahagian. Saya sendiri hanya dapat mengikuti selama 4 malam lantaran kesibukan pada malam-malam lain. Bagi saya Program Marhaban dari rumah ke rumah hanyalah uslub(teknik) menziarahi rumah jiran-jiran disamping saling kenal mengenali. Bacaan marhaban tersebut bukanlah ibadah kecuali shalawat kepada rasul. Begitulah sikap kita tentang budaya dan adat setempat yang pastinya dipengaruhi oleh agama kita. Maka sewajarnya kita memahaminya agar dapat menjauhi bid'ah.

Begitulah juga kes larangan pemakaian purdah di Al-Azhar oleh Syeikhul Azhar, Muhammad Sayyid Thanthawi. Sebagai pentadbir, beliau mempunyai hak untuk memastikan tiada pihak mengambil kesempatan dengan memakai purdah. Pelbagai uslub boleh digunakan untuk memastikan purdah boleh dipakai dan tiada pihak yang menyalahgunakannya. Kerana purdah, ia adalah pakaian khas untuk para isteri nabi. Dan ulama' berbeza pandangan pemakaiannya terhadap muslimah. Walaupun pandangan yang rajih adalah muslimah(selain isteri nabi) tidak wajib memakai purdah, pandangan yang mewajibkan purdah masih lagi ikhtilaf yang syar'ie.



Saya tambah kecewa, apabila TG Nik Aziz pun seolah tidak memahami perkara ini adalah ikhtilaf. Tetapi perkara yang jelas dari hukum sesat lagi kufur DEMOKRASI itu pula yang beliau perjuangkan. Apakah purdah bukan ikhtilaf syar'ie tetapi demokrasi tuan guru anggap perkara yang rajih dalam hukum syara'? Sungguh mengelirukan!

No comments:

Post a Comment