Monday, September 28, 2009
Catatan Syawal
Salam Syawal. Lama rasanya tidak menulis. Apa pun belum terlambat kiranya untuk saya mengucapkan Eid Mubarak, mohon maaf apa yang silap dan tersilap. Berbesar hati juga saya menjemput para pembaca sekalian datang berkunjung ke rumah saya.
Pagi Syawal saya sambut bersama keluarga di kampung. Manis di Aidilfitri, apabila kami sekeluarga dapat mengedarkan Kad Hari Raya dari Hizbut Tahrir selepas selesai solat sunat Eid. Isteri, bonda dan adik perempuan mengedarkan kepada muslimah manakala pakcik, adik dan saya sendiri mengedarkan kepada kaum Muslimin. Apatah lagi disitu keluarga saya berasal maka ramailah jamaah Masjid yang mengenali kami. Malah ramai yang datang kepada kami untuk menerima kad tersebut. Ramai juga muka yang jarang dilihat yang kemungkinan balik berhari raya ke kampung.
Selepas bertemu sanak saudara, saya mula bertolak ke kampung isteri lebih kurang 11.30 pagi. Perjalanan kali ini, 10 jam, agak panjang kerana masih banyak kenderaan. kebiasaannya 8 jam setengah boleh sampai ke Kota Bahru. Di hari Raya kedua, kami sempat menziarahi sanak saudara di sana. Juadah hari raya yang cukup saya gemar di Kelantan adalah tapai pulut dalam daun getah. Saya memang penggemar makanan pulut. Berhari di Kelantan bagaimana? Orang disini taklah beraya sakan dari pagi sampai tengah malam seperti di Johor. Suasananya lebih sederhana.
Memandangkan kebanyakan anak-anak jauh di perantauan, maka sempena cuti Hari Raya ini banyaklah mereka yang mengambil kesempatan mengadakan pelbagai jenis kenduri. Saya sempat pergi ke Majlis Perkahwinan (orang sini sebut 'bekwoh') seorang saudara di Kok Lanas pada hari raya kedua tersebut. Keesokan harinya, kenduri Aqeqah pula di rumah mak merua saya sendiri. Jangan terkejut, saya jadi tukang masak, hehehe.. Tapi saya cuma masak satu lauk je, ayam masak kicap berempah atas permintaan ibu mertua saya. Masakan tersebut boleh saya katakan tiada di Kelantan, tetapi ibu mertua saya suka sangat sejak saya hidangkan semasa beliau datang ke rumah saya semasa awal perkahwinan dulu.
Apabila berada di Kelantan ni, susah sikit nak faham percakapan orang tua. Kelakar juga apabila mendengar ibu mertua saya cuba bercakap luar dengan saya. Tetapi serba sedikit saya dah boleh tangkap juga bahasa pakcik dan makcik tu. Betul berdepan dengan rumah ibu mertua saya, adalah surah(disebut balasoh). Asalnya ia dikendalikan oleh arwah ayah mertua saya, tetapi sekarang diambil alih oleh sepupu ayah, seorang pesara ustaz. Pakcik-pakcik disurau tu cukup ramah dengan saya, kebiasaanya saya akan dijemput solat dibelakang imam.
Balik ke Kota Bahru, tak lengkap rasanya jika tidak ke Pasar Wakaf Che Yeh dan bandar kota Bahru. Keduanya tak jauh dari kampung mertua.Saya sempat berbenja barang basah di pasar pagi Pasar Waqaf Che Yeh dan datang lagi malam melihat kemeriahan pasar malamnya. Jika ke Bandar kota Bahru, jangan lupa singgah ke Pasar MPKB dan pasar Siti fatimah. Bagi saya seolah satu kemestian ke Kedai Buku Jaafar Rawwas, mencari kitab-kitab. tetapi seperti biasalah, kebanyakan kitab ilimiah agak sukar diperolehi. Pembaca lebih berminat dengan penulisan yang ringan dan kitab doa-doa. Saya cuba mencari Tafsir At-Thabari, tetapi yang ada cuma Tafsir Ibnu Kathir. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk beli Al-Umm.
Saya bertolak balik ke Johor selepas Suboh Jumaat. Kami konvoi bersama keluarga Ipar yang balik ke Pasir Gudang. Sambung Raya di sini pula, masih ramai lagi sanak saudara yang belum diziarahi. Harap-harap sambil berziarah dapat menyampaikan mesej dakwah. Semoga ziarah yang kita lakukan bukan sekadar keseronokan tetapi penguat ukhwah dan uslub dakwah yang berkesan.
Akhir kalam, saya sekeluarga memohon ribuan ampun dan maaf atas segala salah dan silap. Semoga Syawal akan datang kita sambut di bawah naungan Khilafah 'ala minhaj nubuwwah, ameen.
WUZARA
kan seronok raya sama-sama...tak macam tahun lepas, orang masih berpuasa wuzara dah bertakbir raya berdua dgn isteri.... sampai ke tahap itu wuzara meraikan 'khilaf' yg ada....
ReplyDeletesalam aidilfitri,
akak pun nak minta maaf atas salah silap akak pada wuzara....banyak kot....tapi kira halal semua lah ya...
resepi ayam tak boleh kongsi ke ??...hebatnya sehingga menjadi kesukaan mertua...apa la wuzara jampi masa memasaknya....
meh lah kongsi resepi tu dgn akak....akak nak cuba goda mak mertua akak pulak...
Salam kembali...
ReplyDeleteMaaf zahir dan batin jua dipinta.
Saya rasa ada sedikit salah faham tentang isu hilal tersebut. rasanya dah dijelaskan, tetapi mungkin kurang jelas.
Penentuan hilal baik ramadhan, syawal mahupun zulhijah berdasarkan pemerintah masing-masing negara itu bukan khilaf. Tiada mazhab pun yang membahaskan demikian. Sesetengah kita, ada yang cuba menyatakan ini pandangan imam syafie, walhal jelas imam syafie tidak berpandangan begini.
Apa yang dinyatakan oleh imam syafie, hilal tersebut terpakai untuk kawasan 2 marhalah. Tidak sama dengan konsep mathla' wathoniyah yang disalahfahami oleh ramai orang hari ini. Jadi, suka saya jelaskan bahawa perkara ini bukan khilaf, tidak ada ulama mazhab lagi muktabar yang menyatakannya. Kita boleh rujuk kenyataan Imam Syaukani yang mentarjih pandangan keempat-empat mazhab tentang perkara ini, jelas apa yang dipraktikkan hari ini bid'ah yang sesat, bukan khilaf.
Cuma, apabila wilayah ummat Islam terpecah, masing-masing pemerintah melalui ulama'2nya cuba mencari sesuatu yang boleh dijadikan dalil untuk mengabsahkan bid'ah ini. Kalau ia khilaf, saya terbuka untuk berlapang dada, tetapi ini tidak. Persoalan senang, kalau ada khilafah nanti, kita masih beraya masing-masing ikut wilayah atau satu kesatuan ummat?
ahahha... penah rasa ke ayam masak kicap camtu? senang je, tumis kayu manis, bunga lawang etc... kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, kunyit, halia, ketumbar lebih sikit, dan jintan putih (dikisar).nak pedas sikit letak lada kering atau cili boh.tumis... then masukkan kicap. masukkan ayam. fine tuning gunakan sos tomata, asam keping n gula. ehehhe.. jadi dah.
tambat hati mertua? trakyah jampi2 ahaha.. mesti sporting n sabar layan orang tua ni, ayat mesti power, tambah gurau2 senda, sekali-sekala dapat bonus bagi la sket barang kemas tu, cinfirm jadi menantu kesayangan.
Kita belum ada khalifah la wuzara...lagipun kita bukan ahlinya dalam hal-hal falak ni.maka kita bertakliq pada ulama yang kita rasakan dan harapkan dia ikhlas dengan ilmunya dan tidak berniat memesongkan akidah kita.Lagipun Fekah ni sangat luas....akak sendiri mengaku tak 'terjangkau' kesemuanya.
ReplyDeletemakasih.....resepi ayam tu.Nantilah akak cuba....kalau mertua tak puji apa-apa...memang tak sodap la tu...ngeiiihhh.
Tapi laksa johor akak insyaAllah sedappp...orang johor pun tak boleh masak sesodap itu...ni kawan dari johor yang 'mengaku camtuu.
Baik ada khilafah atau pun tidak, hukum Islam itu tetap sama.
ReplyDeleteApa pun selamat mencuba resepi tu.