Tuesday, July 7, 2009

Pandangan 4 Mazhab Berkenaan Kewajipan Penerapan Hudud kepada Kafir Dzimmi (Siri 4 - Qazaf)

Mazhab Syafie

Jika seorang yang akil-baligh, mukthar (secara sukarela, tanpa paksaan) Muslim atau kafir yang terikat dengan undang-undang Islam; tanpa mengira samada dianya murtad, zimmi atau muâhid, dengan salah menuduh zina terhadap orang yang muhsan (yang bukan anaknya), hudud akan dikenakan keatasnya. [Muhazzab II: 272]

Pandangan ini sesuai dengan pengarang Nihayah Muhtaj [VII : 435], begitu juga pengarang Mughni Muhtaj [IV : 155] ungkapan dari Muhazzab ini disokong oleh kedua mereka ini.

Abu Syujaj berkata (dipotong tangan pencuri ) dan dikomentar oleh Syarbini, termasuk pencuri Perempuan, meskipun Zimmi ataupun Hamba. [Iqna Syarbini, ms 534]

Mazhab Hambali


Pendirian Mazhab ini dalam kes ini adalah jelas sekali;
Jika zimmi melakukan benda yang dilarang dalam agama mereka seperti zina, mencuri, qazhaf atau bunuh, mereka akan dikenakan had [Al-Mughni X: 199-200]


Ibn Qudamah menambah; Hudud juga dikenakan kepada zimmi walaupun mereka melakukan di luar Negara Islam. Sebagaimana yang dikatakan oleh Syafie, tetapi berbeza dengan Ashabu raâyi (Imam Hanafi), tidak dikenakan hudud kerana meereka duduk dalam negeri yang tidak ada had. [Al-Mughni X:203]

Menurut Al-Kashshaf Qinaâ :
Barangsiapa yang melakukan qazhaf dengan menunjukkan isyarat yang dapat difahami...walaupun dalam luar negara Islam ...dikenakan had 80 kali sebatan.
[Kashshaf al Qina VI: 104]


Mazhab Maliki

Saya bertanya: Jika orang kafir zimmi melakukan pertududuhan (zina) ke atas Muslim, adakah mereka akan dihukum dengan hadd qazaf pada pandangan Imam Malik? Dia menjawab ya, mereka akan disebat 80 sebatan. [Al-Mudawwanah Al-Kubra 2:379]

Imam Quthubi memberi komentar...sama dengan zimmi, jika mereka melakukan qazaf, mereka akan disebat 80 kali dengan hudud, jika mereka mencuri akan dipotong tangan, dan jika mereka membunuh mereka akan dibunuh. [Tafsir Qurthubi: 7:402-403

Mazhab Hanafi


Dikenakan hukuman Hudud (Qazaf) seorang yang merdeka atau hamba; zimmi atau wanita, melakukan Qazaf terhadap orang yang merdeka, baligh dan berakal, dan menjaga diri dari berzina [Hasyiyyah Raddul Mukhtar

1 comment:

  1. I invite You to visit the Italian-Estonian site "Confini amministrativi-Riigipiirid". A lot of views of borders! Go to http://www.pillandia.blogspot.com

    ReplyDelete