Friday, July 10, 2009

MUSLIM DI XIANJIANG TAK DIBENARKAN SOLAT JUMAAT HARI INI




Ingat lagi pasal Xianjiang? Saya pernah menulis tentang Xianjiang sebelum ini.
Xianjiang terdiri dari Etnik Uighur(berasal dari Turki) yang beragama Islam dan Etnik Cina Han yang mana ada yang beragama Islam dan ramai beragama Buddha. Xianjing ini adalah wilayah awal yang menerima Islam di China pada zaman Khalifah Utman ibn Affan dimana Saad ibnu Waqqas telah dihantar mengetuai misi dakwah ke sana. Xianjiang atau disebut Turkistan Timur sebelum ini adalah di dalam wilayah Islam Turkistan bersama wilayah Bukhara yang terdiri dari Uzbekitan, Tajikistan dan Kyrgistan. Ia berjaya dibebaskan oleh melalui titisan darah Syuhada yang dipimpin oleh Panglima terbilang, Tariq bin Ziyad. Ia pernah digelar "tiang Islam" kerana wilayah

Selepas kejatuhan Xianjing kepada pemerintahan Komunis China, jumlah ummat Islam dari lebih 48 juta telah berkurang kepada kurang 10 juta dalam tempoh beberapa tahun pemerintahan Mao. Ummat Islam tidak dibenarkan solat, membaca Alquran hatta menyambut hari Raya sekalipun tidak dibenarkan. Akibatnya ramailah yang syahid setelah diseksa dan dizalimi di luar batas kemanusiaan.

Tabik hormat saya kepada Muslim Uighur. Walaupun diseksa sedemikian rupa mereka berani mengibarkan bendera khilafah walaupun akibatnya mereka dibunuh dengan kejamnya. Penyeksaan terhadap Uighur dan penentangan mereka terhadap pemerintah tirani China tidak pernah padam. Hizbut Tahrir mendapat sambutan hebat di wilayah Xianjiang. Tetapi satu persatu dihapuskan oleh pemerintah komunis menjelang tahun 2000. Kini ledakan dakwah Hizbut Tahrir merebak dari Uzbekistan, Tajikistan dan Kyrgistan merebak kembali ke bumi Turkistan Timur ini. Ummat Islam di Xianjiang memang rindukan khilafah dan mereka sanggup bekorban untuk menegakkan kembali Islam. Pemerintah China cuba mengaitkan Hizbut Tahrir dengan aktiviti militan tetapi tidak diendahkan oleh ummat Islam di Xianjiang. Mereka hendak khilafah dan Hizbut Tahrir berusaha ke arah itu. US sendiri telah menaja beberapa orang dari Etnik Uighur ini untuk menjadi proksi mereka. Dan kini pelbagai huru hara sengaja dicetuskan dan mengaitkannya dengan Al Qaeda.



Dari huru hara yang mengakibat lebih 100 orang terbunuh dan lebih 1000 orang cedera, pemerintah China mengambil tindakan ketenteraan. Sampai hari ini, hari Jumaat, ummat Islam tidak dibenarkan mengerjakan solat Jumaat di Masjid-masjid di Urumqi, ibu kota Xinjiang.

Jadi, sekali lagi persoalan. Apakah jawapan bagi semua kezaliman terhadap ummat Islam? Adakah kita mahu boikot barangan buatan China pula? Atau kita terima hakikat, kita sangat terdesak untuk mendirikan semula khilafah Islamiah secepat mungkin!!!

Xinjiang adalah biladul Muslimin yang wajib dikembalikan kepada ummat Islam.


3 comments:

  1. Doakan mereka yg syahid di xinjiang, semoga bantuan Allah bersama mereka.

    kita kena buat qunut nazilah untuk mereka. insya allah, . mungkinkah perlu boikot? terserah kepada yg perihatin...

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Kita iringi mereka dengan doa kepada yang Maha Esa. Kita juga iringi mereka dengan usaha kita untuk menegakkan semula khilfah. Kerana usaha dan doa itu perlu seiring.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Ayuh! Kita iringi permergian saudara-saudara kita itu dengan doa dan usaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan Khilafah Islamiyah!

    Wasalam.

    ReplyDelete