Friday, July 3, 2009

KOMUNIS DITENTANG, KAPITALIS DITATANG



Seringkali kita dengar tentang bagaimana kejamnya komunis di Tanah Melayu, membunuh dan menyiksa penduduk Tanah melayu. Namun jarang kita dengar kekejaman Kapitalis yang menjajah, merampas dan membunuh pejuang-pejuang Islam di Tanah Melayu. Inilah akibat propaganda yang berjaya masuk ke dalam pemikiran penduduk Malaysia ketika ini, komunis dicaci dan dibenci tapi kapitalis dipuji. Nantikan diskusi dengan panel dari HTM untuk permasalahan ini. Datanglah ke Kolokium kami.


Sukacita dijemput Muslimin dan Muslimat ke Kolokium Bersama Hizbut Tahrir yang akan diadakan pada:

Tarikh : AHAD, 5 JULAI 2009
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Seminar, KHILAFAH CENTRE
Alamat : NO. 47–1 , JALAN 7/7A, SEK.7, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR*

*BERTENTANGAN BANGUNAN DENGAN RESTORAN SUP URAT KETIN (UK)

ULASAN WUZARA:


Saya kira topik sebegini jarang dibahaskan. Ia sangat menarik. Kita mudah melihat kebathilan Komunisme, apatah lagi aqidah dialetika materialisme mereka manafikan peranan agama. Tetapi kapitalisme, hari ini kita hidup di dalam sistem ini. Sampai sangat selalu kita sendiri menggunapakai sistem ini tanpa kita sedar dan menyangkanya ia selari dengan Islam. Mungkin kita juga adalah orang yang bekerja menjayakan sistem kufur ini. Sampai begitu sekali halusnya kekufuran kapitalisme. Baik sosialisme(komunisme) mahupun kapitalisme, sama-sama kufur dari aqidahnya lagi, sama seperti kekufuran agama seperti Hindu, Budha dll. Oleh itu, sebagai orang Islam kita wajar membuang semua benih atau pun simstom kapitalisme dan sosialisme ini dari minda dan perbuatan kita. Caranya, dengan belajar Islam sebagai sebuah mabda' yang mempunyai fikrah dan thariqah. Kolokium ini saya jangkakan sangat menarik kupasannya, saya sendiri berminat untuk hadir. Tetapi masa yang mencemburui buat saya hanya mampu reservekan ia, kalau ada kesempatan pergilah saya. Apa pun, saya memang mencadangkan saudara-saudara semua untuk pergi, dengar, lihat dan fikirkan apa yang disampaikan oleh Hizbut Tahrir kali ini. Selamat berkolokium.

1 comment:

  1. Salam,


    Izinkan saya untuk mengemukakan beberapa pertanyaan seperti berikut :

    1. Apakah HT tidak diperintahkan untuk melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi terhadap sesebuah kerajaan yang kafir sebagai jalan untuk menegakkan sesebuah Khilafah, tetapi puak kedua yang memberi Nussrah itulah yang diperintahkan Allah untuk melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi – sekiranya benar, apakah ini tidak bererti bahawa perintah dan undang-undang Allah di sini adalah tidak seragam?

    2. Bagai manakah dan dpd manakah puak Islam yang memberi Nussrah ini tiba-tiba muncul dgn mempunyai kekuatan ekonomi dan militeri yang mencukupi untuk mengatasi musuh-musuh Islam dan yang berkeupayaan untuk membentuk sesebuah Khilafah?

    3. Seandainya tidak wujud puak Nussrah ini, maka HT tidak dapatlah untuk menegakkan sesebuah Khilafah?

    4. Apakah ini tidak bererti bahawa Metod Islam dpd HT seperti ini adalah metod yang tidak lengkap, sempurna dan muktamad kerana ianya semata-mata bergantung harap kpd pertolongan dpd pihak yang ketiga yang kewujudan dan kemunculannya itu tidak boleh diperjuang, diusaha dan ditentukan oleh HT sendiri?

    5. Apakah HT mempercayai bahawa tidak wujud revolusi dalam Islam kerana perang itu hanyalah diperintahkan ke atas sesebuah kerajaan Islam sahaja dan tidak kpd individu atau kumpulan (Nisa 84)?

    6. Apakah HT mempercayai bahawa Jihad dan Perang tidak wujud pada zaman Jahiliyah Malaysia kita sekarang ini kerana tidak ada perintah berperang kpd Nabi kita semasa di zaman Mekah dahulu itu?

    7. Kalau benar begitu, apakah pada masa Jahiliyah Malaysia sekarang ini kita pun tidak perlu lagilah untuk melakukan solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin dan seluruh syariat yang lain kerana kesemuanya ini tidak lagi wujud dan diamalkan semasa nabi saw kita di period Jahiliyah Mekah dahulu itu?

    8. Apakah pandangan HT mengenai ayat-ayat Jihad dan Perang yang terdapat di dalam al-Quran seperti Baqarah 193, 251; Hajj 40; Anfal 60; Taubah 29 - apakah ayat-ayat ini dan banyak ayat yang lain lagi tidak berbentuk UMUM, KEKAL, FINAL, dan MUKTAMAD yang diperintahkan ke atas semua umat Islam, samada individu dan kumpulan mahupun sesebuah kerajaan Islam dan ianya adalah untuk semua zaman termasuk pada masa sekarang di Malaysia kita ini?

    9. Bagai manakah pandangan HT mengenai perintah nabi Musa as kpd umat Baginda untuk melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atas kaum kafir yang sedang berkuasa dan memerintah di Baitul Maqdis sedangkan pada masa itu Baginda dan kaumnya belum lagi mewujudkan sebuah kerajaan Islam (Maidah 21, 22, 23, 24)?

    10. Bagai manakah pandangan HT mengenai nabi Daud as yang melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atas Jalut sedangkan pada masa itu kaum Muslimin masih berada dalam keadaan terusir dpd kampong halaman mereka yang hidup bertaburan di padang pasir tanpa sebuah kerajaan Islam?

    11. Bagai manakah pandangan HT mengenai kerajaan Islam Sokoto di Nigeria yang diwujudkan melalui Jihad, Perang dan Revolusi oleh seorang ulama muktabar Sheikh Uthman Fudi pada TM 1810?

    12. Tidakkah kaum Ansor yang memberi Nussrah kpd Nabi saw di Medinah itu adalah puak yang satu dan sama yang datang dpd pergerakan Islam yang satu dan sama di bawah kepimpinan Baginda yang berpusat di Mekah?

    13. Apakah Nabi saw kita pernah berkata bahawa Nussrah ini adalah Metod Islam dalam menegakkan sesebuah khilafah atau apakah Baginda sememangnya berkata bahawa Jihad, Perang dan Revolusi ini adalah Metod Islam bersesuaian dgn ayat-ayat Jihad dan Perang dpd Allah yang diturunkan kpd Baginda di zaman Medinah itu?

    14. Apakah jumhur ulama di zaman salaf dahulu pernah memutuskan bahawa Nussrah ini adalah Metod Islam mengikut hukum syarak yang sah dalam menegakkan sesebuah Khilafah?

    15. Tidakkah ciri-ciri puak Nussrah ini adalah menepati Quran, Sunnah dan Sirah sebagai sebuah pergerakan Islam yang tulen berbanding dgn HT ini sendiri?


    Sekian, terima kasih.


    Wan Solehah al-Halbani

    ReplyDelete