Monday, March 30, 2009
UMNO OH... UMNO
Lebih sepuluh 10 hari saya tidak sempat untuk update blog ini. Dalam tempoh tersebut banyak peristiwa besar yang berlaku. Diperingkat nasional pastinya Persidangan Agung Umno menarik minat pelbagai lapisan masyarakat, baik yang menyokong mahupun tidak. Kerana pemimpin UMNO adalah pemimpin Malaysia. Perubahan tampuk pimpinan UMNO memang tidak mengubah apa-apa sistem di Malaysia, ia masih tetap sistem kapitalisme yang sekular. Tetapi perubahan pemimpin pasti membawa perubahan kepada pendekatan dan gaya pemerintahan.
UMNO diselaputi politik wang(baca: rasuah) adalah satu fakta yang diakui pemimpin UMNO sendiri. Sejak zaman Dr. M inilah isu yang konon diperjuangkan. Hingga Pak Lah sejak awal awal lagi telah menyatakan akan memerangi rasuah. Tetapi hingga beliau meletak jawatan maksiat ini bukan berkurangan tetapi bertambah parah. Malahan menantunya sendiri di dapati bersalah atas tuduhan mengamalkan politik wang. Yang lebih sadis, KJ tetap menang jawatan Ketua Pemuda UMNO. Tambah pelik ada yang didapati bersalah tidak dibenarkan bertanding tetapi ada juga yang dibenarkan bertanding dan malah menang. Ini bermaksud Perwakilan UMNO sanggup menerimua perasuah sebagai ketua mereka. Kenapalah sampai begitu rendah lagi tahap pemikiran mereka?
Tahap Pemikiran Mereka Sedemikian Rendah Kerana Mereka Mengambil Islam Secara Sekular
UMNO sebenarnya tiada ideologi khusus yang diperjuangkan kecuali memberjuangkan assobiyah bangsa Melayu. Cuma apabila memerintah mereka menggunapakai ideologi Kapitalisme yang ditinggalkan penjajah British. Ideologi kapitalisme tidak menolak agama sepenuhnya, tetapi meletakkan agama hanya sebatas perkara ruhiyah seperti solat, berkhitan, sambutan maulid, maah hijrah, berzanji dan mandi junub. Manakala dalam soal kehidupan mereka menggubal sistem dan peraturan berdasarkan suara majoriti manusia.
Mereka menolak Islam untuk diterapkan dalam soal ekonomi, politik, pemerintaha, sosial dan aspek kehidupan yang lain. Inilah yang menyebabkan tahap berfikir mereka jatuh ke tahap yang paling rendah. Hinggakan mereka redha orang didapati bersalah melakukan rasuah sebagai pemimpin mereka. Secara luarannya mereka mungkin orang yang kaya raya, berjawatan tinggi dan berpengaruh tetapi hakikatnya tahap pemikiran tidak lebih baik dari seekor haiwan apabila mereka menolak Islam dan menerima sistem kufur.
Kepada penyokong-penyokong UMNO,
Anda adalah saudara seaqidah dengan saya. Mungkin ada saudara-mara saya penyokong UMNO (memang ramai pun) yang membaca blog ini, juga saya ajak kaliang semua supaya berubah kepada menyokong Islam dengan benar. Kerana jelas transformasi yang UMNO canang pada Persidangan kali ini tidak menyebut untuk berubah ke arah Islam. Jadi, ke manakah arah transformasi kalian? Kaliang jawablah sendiri dengan jujur dan ikhlas.
Thursday, March 19, 2009
DAH NAK BANKRUP, AIG MASIH AGIH BONUS
AIG telah menerima bantuan dari Bank Pusat Amerika(FED) sebanyak USD200 billion (RM640 000 billion)untuk menyelematkannya dari bankrup. Tetapi masih mampu mengagihkan bonus kepada kakitangannya. Penerima terbanyak menerima USD6.4 juta dan 298 dari kakitangan 418 kakitangan merima bonus lebih USD100 000. Apakah ini tindakan perniagaan yang bijak?
Saya sempat menemubual seorang pengurus cawangan sebuah syarikat makanan segera terkenal(maaf tidak dapat menyebutkan nama syarikat tersebut). Beliau menyatakan hasil jualan merosot sebanyak 40%. Menurutnya ia bukan disebabkan boikot, kerana kesan boikot lebih dirasakan di negeri-negeri utara dan pantai timur.
Saya juga sempat bertanya seorang Pengurus Sumber Manusia(HR) syarikat yang pertama sekali saya bekerja setelah graduan. Syarikat tersebut adalah pengeluar
peralatan elektronik terkenal. Syarikat tersebut sekarang ini sedang mengalami masalah yang sangat kritikal di mana pekerja hanya bekerja 3 hari seminggu. Syarikat juga tidak mampu untuk mengeluarkan VSS. Malah menurutnya, banyak lagi syarikat-syarikat besar yang mengalami masalah demikian dan dalam proses untuk memberhentikan pekerja.
Apakah hala tuju ekonomi Malaysia jika keadaan ini terus berlarutan?
Saya sempat menemubual seorang pengurus cawangan sebuah syarikat makanan segera terkenal(maaf tidak dapat menyebutkan nama syarikat tersebut). Beliau menyatakan hasil jualan merosot sebanyak 40%. Menurutnya ia bukan disebabkan boikot, kerana kesan boikot lebih dirasakan di negeri-negeri utara dan pantai timur.
Saya juga sempat bertanya seorang Pengurus Sumber Manusia(HR) syarikat yang pertama sekali saya bekerja setelah graduan. Syarikat tersebut adalah pengeluar
peralatan elektronik terkenal. Syarikat tersebut sekarang ini sedang mengalami masalah yang sangat kritikal di mana pekerja hanya bekerja 3 hari seminggu. Syarikat juga tidak mampu untuk mengeluarkan VSS. Malah menurutnya, banyak lagi syarikat-syarikat besar yang mengalami masalah demikian dan dalam proses untuk memberhentikan pekerja.
Apakah hala tuju ekonomi Malaysia jika keadaan ini terus berlarutan?
Wednesday, March 18, 2009
Pemilik Wali Paling Mulia: Ummul Mukminin Zainab Al Jahsy Radhiallahu Anha
sumber : www.mykhilafah.com
Zainab binti Jahsy sering membanggakan kedudukanku di sisi Rasulullah. Padahal aku tidak pernah melihat seorang wanita yang lebih baik agamanya selain Zainab. Dia juga lebih bertakwa kepada Allah, lebih jujur perkataannya, paling banyak menyambung hubungan kekeluargaan, paling banyak sedekahnya dan paling banyak berkorban untuk hal-hal yang mendekatkan dirinya kepada Allah Subhanahu wa Taala.” [Saidatina Aishah radhiallahu anha]
Ummul Mukminin yang mulia ini menghimpun segala sisi keutamaan, kebajikan dan kemurahan hati yang menjadi kebanggaan bagi beliau melebihi isteri Rasulullah lainnya. Anak kepada bapa saudara beliau adalah hamba Allah paling mulia, iaitu Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. Datuknya dan datuk Rasulullah adalah satu. Bapa saudaranya adalah pemimpin para syuhada’, asaduLlah (Singa Allah), dan penunggang kuda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, iaitu Hamzah bin Abdul Muthalib. Saudaranya adalah pembawa bendera Islam yang pertama kali dikibarkan dan orang yang pertama digelar dengan sebutan Amirul Mukminin, juga salah seorang syuhada’, iaitu Abdullah bin Jahsy radiallahu anhu.
Saudaranya yang lain merupakan salah seorang penyair Islam, iaitu Abu Ahmad bin Jahsy. Saudarinya termasuk salah seorang wanita yang terdahulu memeluk Islam, iaitu Humnah binti Jahsy. Sedang ibunya, merupakan ibu saudara Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam yang diberi makanan oleh baginda sebanyak empat puluh wasaq, berupa kurma dari Khaibar, iaitu Umaimah binti Abdul Muthalib.
Zainab binti Jahsy radiallahu anha adalah satu-satunya wanita yang dinikahkan oleh Allah Subhanahu wa Taala dari atas langit ketujuh, manakala malaikat Jibril menjadi dutanya. Beliau dikenali sebagai wanita yang diberkati kerana lebih dahulu masuk Islam, ikut berhijrah dan berjihad, selain terkenal atas kesabaran dan kezuhudannya. Beliau dilahirkan tiga puluh tahun sebelum kerasulan, iaitu pada 590 Masihi di Makkah. Nama asalnya adalah Barrah (wanita yang baik). Hanya ketika Rasulullah menikahinya, baginda menamakannya Zainab. Beliau membesar di tengah-tengah Bani Asad dengan kemuliaan, kecantikan dan kedudukan yang terpandang lantaran keturunannya yang mulia.
Di saat Islam mulai berhembus menebarkan keharumannya di Ummul Qura, maka insan-insan yang memiliki akal dan hati yang bersih menerima risalah tersebut dan terbebas dari segala noda Jahiliyyah. Abdullah bin Jahsy termasuk di kalangan mereka yang mendengar dakwah ilal haq ini sehingga beliau langsung mengumumkan keislamannya. Beliau mengimani apa yang disampaikan oleh kerabatnya, baginda Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, sehingga diikuti pula oleh keluarganya yang lain termasuk Zainab radiallahu anha. Sebelumnya, wanita mulia ini telah memiliki jiwa yang bersih, terhindar dari segala keburukan dan tradisi Jahiliyyah yang diliputi kegelapan. Setelah menerima risalah Islam, beliau menghadap kepada Allah dengan hatinya yang bersih, memurnikan keislamannya dengan keikhlasan yang menjadikannya tampil ke hadapan sebagai penghulu para wanita di dalam hal wara’, ketaqwaan, kemakrufan, kemurahan hati dan kebajikan.
Saksi Syariat Dari Atas Langit Ketujuh
Setelah datangnya Islam, di antara tujuannya ialah untuk menghilangkan perbezaan di antara manusia. Menghapuskan kebanggaan dan kelebihan yang didasarkan kepada fanatisme dan kebutaan jahiliyah. Hanya takwa yang menjadi timbangan dan tolok ukur darjat manusia di sisi Allah. Firman Allah Subhanahu wa Taala:
”Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kalian” [TMQ Al-Hujurat:13]
Mulialah Zainab binti Jahsy yang menjadi pilihan Allah dan RasulNya demi memberi petunjuk kepada sekalian umat Muhammad. Lamaran Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam kepadanya buat maula (bekas hamba) baginda, Zaid bin Haritsah menjadi sebuah kesempitan kepada wanita ini. Fikirannya terkeliru dengan pelbagai persoalan yang datang satu persatu.. Bagaimana mungkin dia harus menerima pernikahan yang tidak seimbang ini? Bagaimana mungkin dia harus melangsungkan pernikahan dengan salah seorang maula padahal dia seorang wanita terhormat serta memiliki keturunan yang sangat mulia?. Lantas, beliau bersuara, ”Wahai Rasulullah, aku tidak meredhainya bagiku, kerana aku seorang wanita Quraisy yang belum bernikah”. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, ”Tetapi aku meredhainya bagimu”. Atas peristiwa ini, turunlah wahyu dari langit:
”Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan wanita yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan, barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya, maka sungguhlah dia telah sesat, dengan sesat yang nyata” [TQS Al-Ahzab:36]
Ketaqwaan dan keimanan yang teguh meleburkan perbezaan darjat antara manusia. Atas dasar itu, Zainab tidak mempunyai alasan untuk menyalahi perintah Allah dan RasulNya. Namun, kehidupan suami isteri di antara keduanya hanya berlangsung dalam tempoh setahun. Kemudiannya, muncul perselisihan di antara keduanya, khususnya setelah Islam menghapuskan anak angkat melalui Firman Allah:
”Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai "maula-maula" kamu dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [TMQ Al Ahzab:5]. (Sebelumnya, Zaid merupakan anak angkat Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam).
Hubungan yang semakin tidak harmonis menghantarkan kepada pertemuan antara Zaid dengan Rasulullah untuk mengadu permasalahan rumahtangganya. Berkali-kali Zaid meminta persetujuan baginda untuk menceraikan Zainab, tetapi dijawab oleh baginda dengan sabdanya, ”Tahanlah isterimu dan bertaqwalah kepada Allah!”. Pada saat yang sama, Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebenarnya menyedari bahawa perceraian tersebut pasti akan terjadi dan Allah akan memerintahkan baginda untuk menikahi Zainab dalam rangka untuk menghapuskan bid’ah anak angkat. Perkhabaran tersebut telah disampaikan melalui Jibril, bahawa Zainab akan menjadi isteri baginda dan Allah Subhanahu wa Taala akan menggugurkan pernikahan Zainab dan Zaid. Hal ini menimbulkan keresahan di hati baginda Sallallahu Alaihi wa Sallam sebagai manusia biasa yang pasti akan berhadapan dengan celaan masyarakat jahiliyyah ketika itu lantaran baginda akan menikahi bekas isteri kepada ’anak’ baginda.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui hikmah di sebalik segala yang terjadi. TujuanNya tidak lain untuk menghapus segala tradisi anak angkat dan hukum-hukum jahiliyyah yang berakar di dalam masyarakat ketika itu. Teguran Allah Subhanahu wa Taala kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam berkaitan hal ini terkandung di dalam ayat 37 surah Al-Ahzab:
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: Jangan ceraikan isterimu itu dan bertakwalah kepada Allah, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian) manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya) dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.” [TMQ Al-Ahzab: 37]
Begitulah perintah dari Allah, lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam melaksanakan perintah tersebut tanpa sedikit pun keberatan di dalam hati baginda. Zainab binti Jahsy memperolehi kemuliaan yang besar dari Allah Subhanahu wa Taala kerana menjadikannya salah seorang Ummahatul Mukminin. Tatkala tamat tempoh iddah Zainab, Rasulullah mengutuskan Zaid untuk melamarnya bagi diri baginda. Ibnu Abbas radhiallahu anhu berkata, ” Setelah Zainab diberitahu bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam ingin menikahi beliau, maka dia pun bersujud” [Tahdzibul-asma’ wal-lughat, 2/345]
Seperti yang diduga, pernikahan tersebut telah mencetuskan kekecohan di kalangan orang-orang munafik dan kaum kafir, “Bagaimana mungkin Muhammad melarang menikahi bekas isteri anak, namun dia sendiri menikahi bekas isteri anaknya, Zaid?”. Perkara ini kemudian disanggah oleh Allah Subhanahu wa Taala melalui firmanNya:
“Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya. (Yang demikian itu) adalah menurut peraturan Allah yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-nabi yang telah lalu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya. Nabi-nabi yang telah lalu itu ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka).” [TMQ Al-ahzab: 38-39]
Allah Subhanahu wa Taala juga menjelaskan kedudukan tentang anak angkat dan hak-hak yang menyertainya, serta melestarikan (keturunan) keluarga berdasarkan asas yang pasti dan jelas, mengembalikan hubungan nasab ke hubungan darah dan ayah, serta menolak untuk menjadikan anak angkat setaraf dengan anak kandung.
”Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” [TMQ Al-ahzab: 40]
“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya; dan Dia tidak menjadikan isteri-isterimu yang kamu zhihar itu sebagai ibumu, dan Dia tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu (sendiri). Yang demikian itu hanyalah perkataanmu di mulutmu saja. Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan (yang benar).” [TMQ Al-ahzab:4]
Di antara rahmat pernikahan Zainab ini juga ialah turunnya ayat berkenaan hijab. Hal ini terjadi pada hari walimahnya dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. Ketika baginda menikahinya, maka dilaksanakan majlis jamuan yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. Ayat hijab ini diturunkan sebagai pengajaran dan petunjuk bagi manusia agar mereka tidak masuk ke rumah Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam tanpa izin dan jika diundang untuk menikmati jamuan, mereka boleh memasukinya. Setelah itu, hendaklah mereka pergi tanpa berlama-lamaan di situ dan berbincang-bincang. Selain itu, turunnya ayat berkenaan hijab ini merupakan permulaan kepada kewajiban hijab terhadap Ummahatul mukminin sekaligus barakah agar menjadi petunjuk kemuliaan, kesucian dan kebersihan mereka.
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga dia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran dan apabila kamu meminta sesuatu yang perlu diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah dia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah” [TMQ al Ahzab:53]
Keagungan Peribadi
Di antara kelebihan Zainab binti Jahsy ialah kesaksian Rasulullah baginya, yang berupa kekhusyukan. Kesaksian baginda inilah yang mengangkat kedudukan Zainab sehingga ke tingkatan yang tertinggi di dalam ibadah.Rasulullah Sallahu Alaihi wa Sallam sendiri pernah menuturkan,
“Sesungguhnya Zainab binti Jahsy adalah wanita yang khusyuk lagi merendah diri”.
Abu Nu’aim Al-Asybahany memulai biografi sahabiyyah ini di dalam Al-Hilyah dengan menuturkan, “Dia adalah seorang wanita yang khusyuk, redha, kembali kepada Allah, lemah lembut dan banyak sekali berdoa” [Tahdzibul-Asma’ wal lughat, 2/344]
Inilah yang menjadikan Zainab binti Jahsy menyedari kelebihan beliau di sisi Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. Beliau suka mengucapkannya kepada Rasulullah seperti berikut:
“Sesungguhnya aku benar-benar akan menunjukkan kepadamu tiga perkara yang tidak seorang pun di antara isterimu yang memilikinya; sesungguhnya datukmu dan datukku adalah satu, aku dinikahkan Allah denganmu dari langit ketujuh dan sesungguhnya dutanya adalah Jibril” [Al-Bidayah wan-nihayah, 4/146; Ansabul Asyraf, 1/435]
Hal ini turut diakui oleh Ummahatul Mukminin, Aisyah radiallahu anha yang memberi kesaksian bersifat khusus kepada sahabiyyah ini bagi menggambarkan kebenaran dan kekaguman beliau,
“Semoga Allah merahmati Zainab binti Jahsy. Dia telah mendapat kemuliaan di dunia ini, yang tidak disaingi oleh kemuliaan orang lain. Sesungguhnya Allah menikahkannya dengan NabiNya di dunia dan menurunkannya di dalam Al-Quran”
“Zainab binti Jahsy sering membanggakan kedudukanku di sisi Rasulullah. Padahal aku tidak pernah melihat seorang wanita yang lebih baik agamanya selain Zainab. Dia juga lebih bertakwa kepada Allah, lebih jujur perkataannya, paling banyak menyambung hubungan kekeluargaan, paling banyak sedekahnya dan paling banyak berkorban untuk hal-hal yang mendekatkan dirinya kepada Allah Subhanahu wa Taala.”
Zainab jugalah yang mempertahankan kesucian Aisyah radiallahu anha ketika terjadinya mehnah hebat berupa fitnah kaum munafik yang menimpa ummahatul mukminin. Al-Bukhari meriwayatkan kesaksian kebaikan ini di dalam salah sebuah hadis Aisyah yang panjang tentang kes fitnah tersebut. Sebahagian perkataan Aisyah dinukilkan sebagai berikut,
“Rasulullah Sallahu alaihi wa Sallam bertanya kepada Zainab binti Jahsy tentang urusanku. Baginda bertanya,’Wahai Zainab, apa yang engkau ketahui atau apa pendapatmu berkaitan Aisyah’. Beliau menjawab, ’Wahai Rasulullah, aku memelihara pendengaran dan penglihatanku. Aku tidak mengetahui kecuali yang baik”
Di dalam kisah lain, Aisyah turut berkata,
“Dialah yang membanggakan aku dari kalangan para isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, lalu Allah memeliharanya dengan wara’. Saudarinya, Humnah binti Jahsy juga turut melakukan serangan ke atas peribadi Aisyah, sehingga akhirnya dia binasa bersama-sama orang yang terlibat dalam berita bohong itu”
Semoga Allah Subhanahu wa Taala meredhai Ummul Mukminin, Zainab binti Jahsy yang membenci fitnah. Beliau sentiasa memohon kepada Allah agar dirinya dijauhkan dari orang-orang yang dengki dan suka berbuat kerosakan. Beliau tidak mengatakan sesuatu kecuali kebaikan dan tidak memberi kesaksian kecuali secara benar, baik dan adil.
Ummul Mukminin, Ummu Salamah radiallahu anha turut tidak ketinggalan memberikan pujian ke atas sahabiyah ini. Beliau memuji ketakwaan dan ibadahnya dengan berkata,
“Dia adalah wanita yang solehah, banyak berpuasa dan solat malam”
Al-Imam Adz-Zahaby rahimahullah menukilkan pandangan beliau berkaitan peribadi Zainab binti Jahsy di dalam Tarikhul Islam dengan ungkapan pujian,
“Dia banyak beribadah, banyak kebajikan dan sedekahnya”.
Beliau juga termasuk salah seorang perawi hadits, yang meriwayatkan dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam sebelas buah hadits, sebahagian darinya telah ditakhrij di dalam Ash-Shahihain, dua buah hadith disepakati oleh Bukhari dan Muslim. Hadith beliau disebut di dalam kutubus-sittah (Adz-Zahaby r.a)
Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy bukanlah orang yang suka mengumpulkan harta dan kesenangan dari perbendaharaan dunia. Beliau biasa melakukan sendiri pekerjaannya seperti menyamak kulit dan menjahit lalu menjualkan hasil kerjanya untuk disedekahkan ke jalan Allah. Kemuliaan beliau di sisi Allah adalah lantaran kezuhudan pada kehidupan dunia. Barzah binti Rafi’ pernah menceritakan perihal peribadi Zainab radiallahu anha ini. Ketika Umar Al-Khattab mengirim utusan untuk memberikan bahagian harta yang menjadi milik Zainab, beliau lantas berkata,
“Semoga Allah mengampuni Umar. Saudari-saudariku yang lain lebih memerlukan bahagian ini berbanding diriku”.
Beliau segera membahagi-bahagikan harta tersebut kepada beberapa orang kerabat yang miskin dan anak-anak yatim kaum Muslimin. Sehinggalah yang tersisa di tangannya hanya lapan puluh dirham. Lalu, beliau menadahkan tangannya ke langit dan berdoa,
“Ya Allah, semoga aku tidak lagi menerima pemberian Umar setelah tahun ini”.
Maka, doanya dikabulkan oleh Allah Subhanahu wa Taala. Beliau meninggal dunia pada tahun itu juga.
Perginya Seorang Serikandi
Pada tahun 20 Hijrah bersamaan 641 Masihi, Zainab Ummul Mukminin mula merasakan dekatnya ajal beliau, dan dia sentiasa menyiapkan diri untuk pertemuan tersebut. Maka ketika ajalnya menghampiri, beliau berkata
“Aku sudah menyiapkan kain kafanku, dan boleh jadi Umar akan mengirimkan kain kafan kepadaku. Jika dia mengirimkan kain kafan, maka sedekahkanlah salah satu di antaranya. Jika kalian mampu menjulurkan kain kafan hingga menutupi jasadku, lalu kalian menyedekahkan kain selimutku, maka lakukanlah” (Thabaqat Ibn Sa’ad, 8/109)
Zuhud di dunia dan dalam kesenangannya, sedekah dan kebajikan masih tetap mengalir pada saat-saat sakaratul maut mengintai dirinya. Benarlah gelaran buatnya sebagai Ummul masakin (ibu kepada orang-orang miskin). Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy radhiallahu Anha menjalani kehidupan jauh dari kemewahan dunia. Beliau lebih mengutamakan kehidupan akhiratnya, lantas menjadikan kehidupan dunia sebagai ladang untuk bercucuk tanam. Beliau sangat menyedari bahawa dunia ini tidak akan menyamai satu sayap lalat pun di sisi Allah kelak.
Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy telah mendapatkan khabar gembira sebagai penghuni syurga dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, kerana beliaulah isteri yang pertama yang menyongsong kewafatan baginda. Hal ini turut diungkapkan oleh Saidatina Aisyah radhiallahu anha, sebagai berkata,
“Semoga Allah merahmati Zainab binti Jahsy, kerana dia telah menerima kemuliaan di dunia ini, yang tidak dapat ditandingi oleh kemuliaan lainnya. Allah Subhanahu wa Taala menikahkannya dengan NabiNya di dunia dan menurunkan Al-Quran tentang hal tersebut. Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda kepada kami (para isteri Rasul) ketika kami berada di sekeliling baginda, ”Orang yang lebih dahulu bersua denganku (di syurga) ialah orang yang paling panjang lengannya (paling banyak bersedekah) di antara kalian”. Sesungguhnya dialah Zainab binti Jahsy, Ummul masakin.
Wallahu a’lam.
Friday, March 13, 2009
Alfie Oh Alfie...
Memang comel budak tu. Tapi siapa sangka beliau adalah bapa kepada seorang bayi comel. Budak berusia 13 tahun tersebut adalah Alfie Patten. Hasil perzinaannya bersama Chantelle Steadman,15 tahun, telah melahirkan bayi comel Maisie Roxxane. Mereka mengambil keputusan untuk tidak menggugurkan kandungan apabila mengetahui Chantelle telah hamil.
Inilah masalah dalam dunia hari ini. Perkembangan fizikal dan naluri seksual dirangsang dengan hebat sedangkan pemikiran dan ketahanan jiwa mereka masih belum benar-benar matang. Mungkin di Malaysia ia masih dianggap taboo. Tapi apa yang terjadi ke atas pasangan zina ini menunjukkan barat boleh menerima fenomena sebegini.
Malahan dari segi demokrasi, mereka tidak memaksa, malah suka sama suka. Dari sudut pandang psikologi barat, jika dihalang malah mengakibat banyak masalah lain. Saya percaya kes seumpama ini mungkin telah ada di tempat kita, cuma ia merupakan suatu yang mengejut jika didedahkan.
Inilah permasalahan dunia kapitalis hari ini. Pada usia yang terlalu muda, kanak-kanak telah terdedah kepada rangsangan seksual melalui gambar dan video lucah. Paling tidakkan pun gambar-gambar seksi artis di majalah-majalah berlambak di pasaran. Apatah lagi apabila mereka meningkat remaja, perkembangan hormon kejantinaan berlaku dengan pesat sedangkan keadaan belum mengizinkan untuk mereka berumah tangga. Selepas habis sekolah kemudian memasuki pengajian tinggi, bayangkan tempoh berapa lama sebelum mereka dianggap layak oleh masyarakat untuk berumah tangga.
Akibatnya, hubungan seksual terlarang hingga sampai berzina merupakan lumrah yang kita jumpai dalam kehidupan hari ini. Seperti mana yang dilaporkan oleh Senator Muntaz Muhd Nawi ada lebih 257411 orang anak zina di Malaysia. Salah siapa sebenarnya?
Thursday, March 12, 2009
ANTARA BIRSMATAN DAN MEDIASSIST
'Medical Tourism', Anda Mampu?
Saya rasa pasti ramai yang setuju dengan saya bahawa biaya kesihatan sangat besar hari ini. Oleh itu ramai yang merasakan sangat penting mempunyai perlindungan insurans sedemikian. Jika pergi ke hospital kerajaan, temujanji demi temujanji perlu diikuti sebelum rawatan sebenar diberikan, itu andai sempat jika belum sampai ajal. Sedangkan jika mendapatkan kemudahan rawatan di hospital swasta, rawatan segera akan diberikan, tetapi bil rawatan yang terlalu tinggi tidak mampu ditanggung kebanyakan rakyat hatta golongan pertengahan. Maka oleh itu, ramai yang cenderung mendapat perlindungan insurans..
Menjadi trend sesetengah syarikat memberikan kemudahan Personal Assurance, Life Assurance mahupun Medical Card kepada pekerja-pekerja. Syarikat-syarikat begini biasanya dianggap syarikat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja. Tetapi bukan semua majikan yang mampu menyediakan kemudahan sedemikian. Realitinya ada banyak syarikat yang sekadar mampu menyediakan klinik panel, itu pun dah kira bagus berbanding yang tiada langsungPersoalannya kenapa jadi begini? Bagaimana dengan nasib mereka yang tidak mampu untuk menanggung biaya perubatan ini? Sudahlah sakit, mungkin hilang sumber pendapatan, tekanan psikologi kemudahan ditambah dengan kos perubatan tidak mampu ditanggung. Ini mungkin berlaku kepada kita atau orang di sekeliling kita. Kenapa begitu zalim sekali kehidupan dalam sistem hari ini? Seolah tiada pembelaan kepada golongan begini. Ada duit kau boleh hidup, jika tiada duit pegi mati sana. Secara bahasa kasarnya begitulah lebih kurang. Apakah kehidupan dalam daulah Islam juga begini.
Berapa ramai diantara kita yang mampu mendapatkan rawatan Hospital Pakar Sebegini?
BIRSMATAN: HOSPITAL KHILAFAH ISLAMIAH
Asas hubungan antara pemimpin dan rakyat dalam Islam adalah berdasarkan Sabda Junjungan kita, Nabi Muhammad saw yang bermaksud:
“Imam (pemimpin) itu adalah pemelihara, dan dia akan dipertanggungjawabkan dari apa yang dipeliharanya(rakyatnya)” [HR Bukhari].
Menjadi kewajipan bagi bagi imam menyediakan kemudahan asas kehidupan bagi rakyat, menjaga kemaslahatan rakyat, memastikan mereka terikat dengan hukum Islam dan menghukum mereka jika mereka melanggarnya. Dengan cara ini sajalah maqasid syariah(tujuan syariat) Islam untuk menjaga keimanan, nyawa, maruah, harta benda, zuriat dan keamanan akan tercapai.
Memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi secara percuma telah menjadi trademark khilafah Islamiah. Hospital pertama dibangun atas permintaan Khalifah Al-Walid (705 M - 715 M) - seorang khalifah dari Bani Umayyah. Hospital tersebut Birsmatan. Sedangkan pada masa tersebut Barat belum mempunyai pengetahuan tentangnya.
Antara kehebatan hospital(Birsmatan) dalam Khilafah Islamiah:
Perkhidmatan secara percuma kepada semua tanpa mengira agama dan bangsa.
Infrastruktur kelas pertama. Khilafah sentiasa menyediakan kemuduan dan kepakaran perubatan terkini.
Rekod perubatan yang sangat sistematik.
Menitik beratkan kemudahan untuk solat, seperti ruang untuk solat, mandi dan mengambil wudhu’ untuk memudahkan pesakit solat.
Bayaran gaji yang lumayan untuk para doKtor. Maka ramai doktor pakar yang terbaik berada bekerja dalam hospital khilafah dari dalam dan luar negara.
Tuesday, March 10, 2009
PPSMI: BAHASA MELAYU VS INGGERIS. BAGAIMANA PULA BAHASA ARAB?
Saya tak nak mengulas panjang dalam masalah ini. Cuma melontarkan sebuah persoalan. Menggunakan bahasa Inggeris, Melayu, Punjabi, Sanskrit, Kantonis, Tamil atau apa pun bahasa lain hukumnya adalah harus. Maka bergantunglah kepada masyarakat sesuatu tempat.
Tetapi mengetahui bahasa Arab adalah wajib. Menjadi kewajipan bagi imam untuk menyediakan pendidikan Bahasa Arab kepada rakyatnya. Bahasa rakyat adalah bahasa Rasmi Negara Islam, Bahasa Islam dan Bahasa Syurga. Melemahnya pemikiran Islam dikalangan ummat salah satu faktor utamanya adalah kelemahan penguasaan bahasa Arab. Bahasa ibunda boleh digunakan tetapi tidak sampai mengambil bahasa Arab sebagai Bahasa No.1.
Jadi, yang sepatutnya diperjuangkan adalah bahasa Arab, bukan bahasa lain.
Saturday, March 7, 2009
SEMAKIN RAMAI YANG DIBUANG KERJA
Seorang lelaki India datang bertemu saya, tujuannya ingin mencari kerja. Meneliti Resume dan CV yang disertakannya, saya dapatinya seorang yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat Petrokimia terkemuka. Umur pertengahan 40an, bergaji lebih 5 angka tiba-tiba memohon kerja di syarikat saya bekerja. Tidak mungkin kami dapat memberikan gaji sedemikian kerana pengalamannya adalah berbeza dan kami tidak memerlukan staff senior sebegitu. Hanya senior manager saja yang mendapat gaji sebegitu di sini. Menurutnya, dia diantara ratusan pekerja di syarikat tersebut yang akan dibuang kerja.
Hari demi hari semakin sahabat handai dan kenalan yang saya ketahui dibuang kerja. Yang terdekat adalah kilang yang bersebelahan dengan tempat kerja saya. Operasi telah dihentikan. Separuh pekerja dicutikan dan selebihnya hanya berkerja 3 hari seminggu. Maka bilangan yang memohon kerja di syarikat saya bekerja pun semakin ramai, tetapi maaf kami sudah cukup pekerja.
Saya berbual dengan penjual burger berdekatan rumah saya. Beliau suami isteri hanya menyara keluarga dengan menjual burger, mampu memiliki rumah dan kenderaan yang saya kira selesa. Beliau menyatakan jualannya merosot sebanyak 30%.
Di Malaysia, kementerian yang berkaitan seolah cuba menutup angka sebenar kadar pengangguran. Pakar ekonomi,Datuk Dr Aznam Yusof, menjangkakan kadar penganguran akan mencecah 6 % atau kira-kira 600 000 orang, terteruk dalam tempoh 20 tahun. Tentunya ini satu angka yang amat menakut. Tetapi saya tidak pelik, kerana hari demi hari saya mendengar syarikat-syarikat memberhentikan pekerja, mengurangkan operasi mahupun menutup terus operasi. Sesetengahnya adalah syarikat-syarikat gergasi yang mempunyai puluhan ribu pekerja di seluruh dunia. DI Amerika Syarikat, pada bulan Februari 09 saja 651000 orang dibuang kerja menjadikan keseluruhan 4.4 juta orang. Manakala China telah memberhentikan kira-kira 20 juta pekerja asing.
Antara cerita-cerita tentang tentang orang yang dibuang kerja, pastinya yang paling merungsingkan adalah soal persekolahan anak-anak dan hutang bulanan kereta dan rumah. Mungkin kita sendiri salah seorang dari mangsa pemberhentian kerja. Kenapakah perkara ini kerap terjadi? Saya terlalu muda untuk mengupas kisah silam, tetapi bagaimana pada tahun 1985, 1998 dan terkini 2009? Hampir setiap sepuluh tahun masalah ini berulang? Ini sebenarnya adalah sifat semula jadi ekonomi kapitalisme. Ini kerana ekonomi ini mempunyai dua pasaran iaitu pasaran fizikal dan pasaran kewangan. Di dalam pasaran kewangan inilah mereka menjana duit dari duit, menjana keuntungan dari spekulasi, menjana laba dari suatu yang tiada.
Bersambung... (ada kerja)
Hari demi hari semakin sahabat handai dan kenalan yang saya ketahui dibuang kerja. Yang terdekat adalah kilang yang bersebelahan dengan tempat kerja saya. Operasi telah dihentikan. Separuh pekerja dicutikan dan selebihnya hanya berkerja 3 hari seminggu. Maka bilangan yang memohon kerja di syarikat saya bekerja pun semakin ramai, tetapi maaf kami sudah cukup pekerja.
Saya berbual dengan penjual burger berdekatan rumah saya. Beliau suami isteri hanya menyara keluarga dengan menjual burger, mampu memiliki rumah dan kenderaan yang saya kira selesa. Beliau menyatakan jualannya merosot sebanyak 30%.
Di Malaysia, kementerian yang berkaitan seolah cuba menutup angka sebenar kadar pengangguran. Pakar ekonomi,Datuk Dr Aznam Yusof, menjangkakan kadar penganguran akan mencecah 6 % atau kira-kira 600 000 orang, terteruk dalam tempoh 20 tahun. Tentunya ini satu angka yang amat menakut. Tetapi saya tidak pelik, kerana hari demi hari saya mendengar syarikat-syarikat memberhentikan pekerja, mengurangkan operasi mahupun menutup terus operasi. Sesetengahnya adalah syarikat-syarikat gergasi yang mempunyai puluhan ribu pekerja di seluruh dunia. DI Amerika Syarikat, pada bulan Februari 09 saja 651000 orang dibuang kerja menjadikan keseluruhan 4.4 juta orang. Manakala China telah memberhentikan kira-kira 20 juta pekerja asing.
Antara cerita-cerita tentang tentang orang yang dibuang kerja, pastinya yang paling merungsingkan adalah soal persekolahan anak-anak dan hutang bulanan kereta dan rumah. Mungkin kita sendiri salah seorang dari mangsa pemberhentian kerja. Kenapakah perkara ini kerap terjadi? Saya terlalu muda untuk mengupas kisah silam, tetapi bagaimana pada tahun 1985, 1998 dan terkini 2009? Hampir setiap sepuluh tahun masalah ini berulang? Ini sebenarnya adalah sifat semula jadi ekonomi kapitalisme. Ini kerana ekonomi ini mempunyai dua pasaran iaitu pasaran fizikal dan pasaran kewangan. Di dalam pasaran kewangan inilah mereka menjana duit dari duit, menjana keuntungan dari spekulasi, menjana laba dari suatu yang tiada.
Bersambung... (ada kerja)
Tuesday, March 3, 2009
3 MAC 2009 : GENAP 85 TAHUN KHILAFAH DIHANCURKAN
HARI INI PADA 85 TAHUN YANG LALU 3 MAC 1924, BRISTISH TELAH MENGISYTIHARKAN PENGHACURAN KHILAFAH ISLAMIAH DI TURKI SECARA RASMINYA. IA ADALAH DETIK HANCURNYA NEGARA ISLAM YANG DITUBUHKAN RASULULLAH DI MADINAH DAN KEMUDIAN DITERUSKAN OLEH PARA KHALIFAH. SERUAN INI BUKAN UNTUK KITA MENYAMBUTNYA. TETAPI ADALAH UNTUK MENGINGATKAN KITA BAHAWA NEGARA KITA, IAITU NEGARA ISLAM TELAH DIHANCURKAN 85 TAHUN YANG LALU. MAKA MENJADI KEWAJIPAN BAGI KITA MENGEMBALIKANNYA KEMBALI SEBAGAIMANA YANG DITUNJUKKAN OLEH MINHAJ PERJUANGAN RASULULLAH.
MARILAH KITA BERUSAHA UNTUK MENGEMBALIKAN SEMULA SATU-SATUNYA SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM INI. BERIKUT ADALAH DOA SEMOGA KHILAFAH KEMBALI TERTEGAK.
BN IKUT RAJA, PR IKUT PERLEMBAGAAN, SIAPA YANG IKUT ISLAM?
DUN Perak bersidang dibawah pokok untuk melulusakan resolusi Ir Nizar sebagai MB dan membubarkan DUN.(Foto:The Malaysian Insider)
DUN Perak bersidang bawah pokok! Nak tergelak ada, marah pun ya, sedih juga melihat saudara seagama jadi begini. BN, siapa yang tak kenal, pelaksana hukum kufur di Malaysia. Sejak merdeka hingga hari ini, Perlembagaan Lord Reid yang diterapkan oleh mereka, bukan perlembagaan dari Kitabullah dan Sunnah Rasul. Padan muka akibat tewas pada PRU yang lepas.
Tidak pula saya ucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat(PR). Selain dari PAS,dua lagi parti, PKR dan DAP, jelas bukan parti yang memperjuangkan Islam.Cuma mereka disatukan oleh minhaj yang sama, iaitu demokrasi. Mereka masing-masing setuju bahawa Demokrasi adalah jalan terbaik untuk mendapatkan kekuasaan. Apakah kekuasaan Islam atau kekuasaan taghut, itu tolak tepi pada mereka. Buktinya, di Perak Menteri Besarnya beragama Islam tetapi jawatan yang paling berkuasa di Parlimen disandang oleh seorang Hindu. Hingga hari ini tiada satu negeri pun yang dikuasai pembangkang melaksanakan sistem pemerintahan dan hukuman Islam termasuk Kelantan.Mereka malah mengelirukan ummat dengan menyatakan ini pemerintahan Islam, walhal jauh sangat dari Islam. Maka rata-rata ummat pun terkeliru.
Kes yang terjadi pada kerajaan Negeri Perak adalah buktinya bahawa minhaj yang diguna oleh Pakatan Rakyat dan diamalkan selama ini adalah sistem kufur demokrasi. Dari mana kita nak kutip nas syari' yang menjelaskan masalah ini? Sebab itu, Pakatan Rakyat beriya-iya menyatakan tindakan mereka selari dengan peruntukan undang-undang. Sedangkan Barisan Nasional pula tidak habis-habis mengapi-apikan isu derhaka kepada Sultan. Yang jelas tiada pula antara kedua-dua pihak ini yang menyandarkannya kepada hukum Allah.
Kenapa Jadi Begini?
Kalau BN, PKR dan DAP tidak pelik mereka bersikap begini. Kerana mereka mengamalkan ideologi kapitalisme yang berasaskan faham sekular. Bagi golongan sekular, agama hanyalah sebatas peribadatan kepada Tuhan. Sedangkan bagi soal kehidupan, undang-undangnya ditentukan oleh suara mojoriti manusia menggubal undang-undang. Dalam sekularisme, tuhan/agama tiada peranan dalam kehidupan.
Tetapi kenapa pula PAS yang dipimpin oleh golongan ulama' juga menggunakan minhaj ini? Apakah mereka setuju akal manusia untuk menggubal undang-undang dan mengenepikan hukum Allah? Inilah yang menimbulkan tanda tanya.
Sepanjang pengalaman saya berhujah dengan mereka yang menggunakan demokrasi sebagai method memperjuangkan Islam ini, ada pelbagai alasan dan hujah untuk mengabsahkan demokrasi. Malahan hujah-hujah itu ada yang saling bertentangan.
1)Mereka yang berpandangan demokrasi adalah selari dengan Islam. Ini adalah pandangan ulama' moderate tersohor, Dr Yusof Qardhawi.
2)Mereka yang berpandangan demokrasi walaupun bukan sistem Islam tetapi diperbolehkan untuk menggunakannya untuk kemaslahatan ummat Islam atau dalam keadaan dharurah. Ini adalah pandangan ramai diantara mereka. Maka pelbagai kaedah fiqh yang dikemukakan untuk mempertahankan pandangan ini.
3)Mereka yang berpandangan hukum berubah dengan zaman dan tempat. Bagi golongan ini, bukan saja demokrasi, tetapi apa-apa hukum yang sesuai dan perlu dengan kehidupan sekarang maka adalah harus digunapakai. Pandangan ini persis fahaman Islam liberal.
MENEGAKKAN KEMBALI KHILAFAH ISLAMIAH
Penegakan kembali khilafah Islamiah adalah suatu fiqh yang tidak pernah dibahaskan oleh para fuqaha terdahulu. Ini kerana mereka hidup dalam daulah khilafah, ia sedang berdiri dan sedang menguasai dunia. Seiring dengan kemunduran pemikiran Islam ummat, kemunduran kemampuan ulama' untuk berijtihad, maka seiiring dengan itu juga khilafah hancur.
Akibatnya, setelah khilafah dijatuhkan, ummat tidak tahu bagaimana cara untuk mengembalikannya. Malangnya, khilafah hancur seiiring dengan ketidakmampuan ulama' melakukan ijtihad untuk mengembalikan semula khilafah. Maka, terkapai-kapailah ummat berusaha menegakkan khilafah. Maka sampai ada ulama' yang setuju terlibat dengan demokrasi kerana melihatkan tiada jalan lain selain demokrasi dan jihad. Pada mereka, jihad tidak sesuai dan akan mendatangkan banyak mafsadat, maka demokrasi dilihat sebagai satu-satunya cara terbaik untuk mengembalikan Islam.
Saya sangat yakin, ulama' tersebut berniat baik untuk mengembalikan Islam tetapi tidak nampak jalan lain selain demokrasi, maka diperbolehkan demokrasi. Tetapi apa yang terjadi, tahun demi tahun, dekad demi dekad, demokrasi sudah sebati dan mendarah daging dengan ulama' pelapis dan ummatnya. Mereka dari lahir, disekolahkan, dididik dan akhirnya berjuang dengan keyakinan demokrasi adalah sistem yang terbaik. Jika tidak, mengapa mereka beriya-iya mempertahan demokrasi dan menolak apabila ada pejuang-pejuang khilafah yang mengajak mereka menuntuti thariqah nubuwwah dan meninggal demokrasi. Mereka malahan ada yang membenci, memboikot, memfitnah dan memburuk pejuang khilafah ini. Dalam mereka membenci pejuang khilafah yang mengajak mereka kembali kepada minhaj nubuwwah, mereka boleh bekerjasama dengan parti-parti kufur atas nama demokrasi. Sekali lagi demokrasi!!!
Apa yang terjadi di Perak jelas antara parti komponen BN bersatu kerana demokrasi. Dan Pakatan Rakyat, yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP pun bersatu atas nama demokrasi. Siapa pula yang nak bersatu dibawah minhaj nubuwwah?
Renung-renungkan...
Sunday, March 1, 2009
ROHINGYA: FAHAMKAH KITA? TERSENTUHKAH KITA? APAKAH KITA SEKADAR BERDIAM DIRI?
Serangan Israel ke atas Gaza(Palestin),
Serangan Israel ke atas Lubnan,
Serangan US terhadap Iraq,
Serangan US terhadap Afghanistan,
Pasti ramai yang mengikutinya, tersentuh, memboikot produk, menyumbang dan sebagainya.
Pembunuhan ummat Islam di Tak Bai,
Penyeksaan kepada Muslim Moro,
Penyeksaan terhadap pejuang Islam di Uzbekistan,
Penyeksaan dan pengusiran Muslim Rohingya,
Berapa ramai yang sedar, tersentuh dan bangkit? Berapa ramai yang tahu apa yang terjadi? Apakah jawapan bagi penyeksaan-penyeksaan ini?
Saya sengaja bawakan masalah Rohingya, kerana saya lihat ia jarang mendapat perhatian ummat Islam. Ia tidak sesensasi Isu Gaza mahupun Palestin. Ummat jarang yang mahu memperkata apatah lagi memperjuangkan nasib mereka. Jelas, tiada siapa yang membela mereka.
Siapakah Rohingya?
Mereka ialah minoriti Islam dari Arakan yang dulunya cemerlang sebagai sebuah kerajaan pada kurun ke-7. Tetapi selepas merdeka dan kerajaan junta ambil alih pada tahun 1962 dengan agama Buddha sebagai agama rasmi, nasib mereka bertukar menjadi azab. Rohingya menjadi yatim piatu di negara sendiri apabila Undang-undang Kerakyatan Burma diperkenalkan pada tahun 1974 di mana memperuntukkan bahawa mana-mana etnik yang tidak berada dalam negara semasa Perjanjian Yandaboa ditandatangani pada 1824, kerajaan tidak mengiktiraf mereka sebagai warganegara. Sedangkan pada waktu itu berlaku perang etnik yang memaksa Rohingya untuk melarikan diri. Selepas mereka pulang setelah perang telah tamat, mereka hilang segala-galany. Tiada harta,aset bahkan identiti sekalipun dirampas. Operasi ketenteraan muncul untuk menghalau Rohingya dari tanah air mereka.
Penyelesaian Bagi Masalah Rohingya
Isu Rohingya jarang mendapat perhatian. Buktinya ramai yang tidak tahu siapa itu Rohingya. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tidak pernah menyebut hal mengenai Rohingya ini di mana-mana sidangnya sejak ia ditubuhkan lebih 40 tahun lepas. (Minguan Malaysia, 15 Feb 2009).
Penyelesaiannya, sebagai sebahagian dari ummat Islam, mereka layak menjadi rakyat Negara Islam. Tetapi negara-negara yang mengaku negara Islam pun tidak menerima kerakyatan mereka.
Oleh itu, hanya dengan wujudnya khilafah Islamiah, mereka adalah sebahagian dari warga Khilafah. Khilafah juga bertanggungjawab mendapatkan wilayah mereka yang telah dirampas oleh junta tentera Myanmar.