Sunday, March 1, 2009

ROHINGYA: FAHAMKAH KITA? TERSENTUHKAH KITA? APAKAH KITA SEKADAR BERDIAM DIRI?



Serangan Israel ke atas Gaza(Palestin),
Serangan Israel ke atas Lubnan,
Serangan US terhadap Iraq,
Serangan US terhadap Afghanistan,

Pasti ramai yang mengikutinya, tersentuh, memboikot produk, menyumbang dan sebagainya.

Pembunuhan ummat Islam di Tak Bai,
Penyeksaan kepada Muslim Moro,
Penyeksaan terhadap pejuang Islam di Uzbekistan,
Penyeksaan dan pengusiran Muslim Rohingya,

Berapa ramai yang sedar, tersentuh dan bangkit? Berapa ramai yang tahu apa yang terjadi? Apakah jawapan bagi penyeksaan-penyeksaan ini?


Saya sengaja bawakan masalah Rohingya, kerana saya lihat ia jarang mendapat perhatian ummat Islam. Ia tidak sesensasi Isu Gaza mahupun Palestin. Ummat jarang yang mahu memperkata apatah lagi memperjuangkan nasib mereka. Jelas, tiada siapa yang membela mereka.

Siapakah Rohingya?

Mereka ialah minoriti Islam dari Arakan yang dulunya cemerlang sebagai sebuah kerajaan pada kurun ke-7. Tetapi selepas merdeka dan kerajaan junta ambil alih pada tahun 1962 dengan agama Buddha sebagai agama rasmi, nasib mereka bertukar menjadi azab. Rohingya menjadi yatim piatu di negara sendiri apabila Undang-undang Kerakyatan Burma diperkenalkan pada tahun 1974 di mana memperuntukkan bahawa mana-mana etnik yang tidak berada dalam negara semasa Perjanjian Yandaboa ditandatangani pada 1824, kerajaan tidak mengiktiraf mereka sebagai warganegara. Sedangkan pada waktu itu berlaku perang etnik yang memaksa Rohingya untuk melarikan diri. Selepas mereka pulang setelah perang telah tamat, mereka hilang segala-galany. Tiada harta,aset bahkan identiti sekalipun dirampas. Operasi ketenteraan muncul untuk menghalau Rohingya dari tanah air mereka.




Penyelesaian Bagi Masalah Rohingya

Isu Rohingya jarang mendapat perhatian. Buktinya ramai yang tidak tahu siapa itu Rohingya. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tidak pernah menyebut hal mengenai Rohingya ini di mana-mana sidangnya sejak ia ditubuhkan lebih 40 tahun lepas. (Minguan Malaysia, 15 Feb 2009).

Penyelesaiannya, sebagai sebahagian dari ummat Islam, mereka layak menjadi rakyat Negara Islam. Tetapi negara-negara yang mengaku negara Islam pun tidak menerima kerakyatan mereka.

Oleh itu, hanya dengan wujudnya khilafah Islamiah, mereka adalah sebahagian dari warga Khilafah. Khilafah juga bertanggungjawab mendapatkan wilayah mereka yang telah dirampas oleh junta tentera Myanmar.

1 comment: