Meredah titi kehidupan, tiada siapa yang terlepas dari masalah. Bezanya samada masalah itu kecil atau besar, dan sejauh mana kebijaksanaan kita mengurus sesuatu perkara. Ada orang, masalah yang sekecil kuman pun tak mampu diselasaikan. Sampai urusan harian pun dianggap sebagai satu masalah, cukup kusut orang begini. Pendirian saya dalam menghadapi masalah adalah mudah, kerana ia telah ditunjukkan dalam kitab junjungan kita.
Allah berfirman:
Apakah krmu mengira bahawa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (TQS. al-Baqarah [2]: 214)
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun." Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (TQS. al¬Baqarah [2): 155-157)
Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga)kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan. (TQS. Ali `Imran [3]: 186)
Alhamdulillah, ayat-ayat diatas membuatkan saya rasa kuat untuk terus hidup, berani menghadapi cabaran dan tidak sedih atau lemah menghadapi ujian hidup dalam sistem kapitalisme yang penuh ranjau ini. Tetapi naluri saya tersentuh pada hari Ahad yang lepas. Rasa bersyukur yang amat sangat dengan apa yang ada dan rasa belas kasihan melihat macam-macam masalah orang lain.
Saya dan keluarga ke Klang pada tengahari Ahad lepas. Zaujah ada urusan untuk bertemu dengan seorang temannya, seorang Muslimah warga Indonesia yang bekerja di Malaysia. Menurut zaujah, muslimah ini asalnya bekerja di Johor Bahru, kemudian dibuang kerja akibat kegawatan. Kemudian bekerja di Batu Pahat tetapi dibuang kerja sekali lagi juga akibat kegawatan ekonomi. Sekarang baru seminggu dua dipindahkan ke Klang atas arahan agen pekerja asing tetapi belum mempunyai kerja. Dia diberikan makan sehari sekali sahaja. Sebaik saja kereta yang saya pandu memasuki kawasan sebagaimana dalam alamat, pelbagai persoalan dan kerisauan menyelubung dalam kepala saya. Kawasan yang agak terperosok dan sunyi pasti mengundang pelbagai kerisauan. Bertambah risau lagi melihat bangla-bangla yang ramai berdiri di bawah deretan rumah kedai tersebut. Bukanlah saya menuduh mereka jahat, tetapi pelbagai berita yang dipapar sewajarnya menimbulkan kerisauan bagi kita untuk lebih berhat-hati.
Ternyata kerisauan saya itu ada asasnya malah semakin risau. Menurut Muslimah tersebut, memang ada bangla-bangla yang cuba masuk ke tempat tinggalnya. Malah agen pekerja asing pun tidak mengambil apa-apa tindakan. Cuba kita bayangkan jika kita yang berada ditempatnya, apakah yang dapat kita lakukan, kepada siapakah kita nak mengadu? Mujur muslimah itu bijak dan sanggup membayar baki levi untuk membolehkannya pulang ke Indonesia. Buat sementara ini, dia pergi ke tempat lain bertemu dengan sahabatnya. Apabila saya ceritakan kepada pakcik saya, beliau juga turut tersentuh.”mereka memang survival untuk hidup” itu katanya.
Ini hanyalah satu dari ratusan ribu atau mungkin jutaan Muslimah Indonesia yang ingin mencari rezeki di Malaysia. Pastinya ada banyak lagi cerita dan masalah yang menyayat hati. Kenapa mesti ada sempadan negara yang memisahkan ummat Islam? Ini adalah ciptaan penjajah untuk memecahkan ummat Islam. Sedangkan ummat Islam itu wajib duduk dalam satu negara Islam, bukan 57 buah negara yang terpisah-pisah. Sedarkah kita bahawa selama kira-kira 400 tahun Acheh telah menjaga aqidah ummat Islam di Tanah Melayu dari usaha pengkristinan?
Saya sedar ini adalah satu dari jutaan masalah, dan banyak lagi masalah yang lebih besar dalam dunia Islam hari ini. Betapa kita memerlukan khilafah ala minhaj nubuwwah.
AGAMA KRISLAM
Sebenarnya sudah dua hari saya di bumi Sabah, negeri di bawah bayu, atas urusan kerja. Menjadi kebiasaan ketika melawat ke tempat orang, teringin untuk merasa makanan tempatan. Orang Sabah saya kira peramah dan baik-baik. Dalam perjalanan pulang ke hotel tadi, saya sempat singgah di sebuah Pekan. Terdapat banyak gerai menjual makanan, saya kira makanan tempatan. Mungkin melihat penampilan saya yang sedikit berbeza, mereka dapat mengagak saya bukan orang tempatan. Ada pelbagai makanan yang dijual, seperti pasar malam. Tetapi yang membuatkan saya tak berani nak membeli, kerana banyak anjing berkeliaran. Memang sesetengah orang-orang Islam di sini membela anjing seperti kita membela kucing, ia perkara biasa. Walaupun saya faham terdapat ikhtilaf tentang hukum membela anjing, budaya pengamalan sebegitu cukup asing bagi saya. Ditambah rasa geli terhadap anjing-anjing tersebut, najis mughallazah.
Ada lagi budaya di Sabah yang membuat saya geleng kepala, tapi tak larat nak dikongsi disini. Melihat cara berpakaian wanita, budaya minum arak, perkahwinan campur, sememangnya Islam begitu rapuh di Sabah. Seorang pekerja memberitahu dia beragama Krislam(Kristian + Islam). Waduh, sedih ada, marah pun ada. Semoga dakwah Islam akan lebih sampai di bumi Sabah.
abesla orang-orang pemikiran stereotaip dengan org Islam di sabah.
ReplyDeletedulu waktu kat UPM, waktu borak2 dengan senior, tiba-tiba azan maghrib. habis azan, minta lah izin dr si abang senior tadi, nak pergi solat jemaah kat surau.
dia terkejut!! dia kata "aihh, ingatkan org sabah ni, tak sembahyang"
boleh dia persepsi macam tu???!!!
tolonglah jangan ada penulisan yang terlalu general sehingga boleh menyebabkan persepsi2 yang stereotaip macam ni...
tentang pakaian wanita dan minum arak tu, ada tanya tak agama mereka apa?
org Sabah ni, susah nak bezakan dia islam atau tak, kalau tak tanya, sebab penduduk bumiputera sabah memang banyak kafir pun.
bukan macam di semenanjung, kalau mata tak sepet, kulit tak gelap, Melayu lah tu.
bila sebut Melayu, mesti sinonim dengan Islam.
tapi di Sabah berbeza...
p/s- lain kali kalau ada peluang, cuba tanya ye yang pakai seksi meksi tu (macam kat kl tak ada saja kan?) atau yang minum2 tu, apa agama mereka, kalau konfem Islam, dakwah lah mereka...
Salam budakbesar, rasanya semuanya dah selesai. Salam ukhwah dari saya.
ReplyDelete