Saturday, January 31, 2009

BERDOA MENGHALALKAN BABI

CONSUMER SEENTIMENT INDEX (CSI)



DOWN IN THE MOUTH

* CSI slides to 71.4 points
* Current and expected incomes on the skids
* Employment outlook a big yawn
* Fears of higher prices moderating
* Consumers to tighten pursestrings


BUSINESS CONDITION SURVEY


SINKING TO NEW LOWS
* Index loses 45.8 points quarter-on-quarter
* Lower sales, production volumes, new local and foreign orders
* Lower expected production and expected foreign sales
* Higher inventories

Berikut diatas adalah antara analisa petunjuk Ekonomi Malaysia yang dikeluarkan oleh Malaysia Institute of Economic Research (MIER). Sememangnya seiring krisis ekonomi dunia, Malaysia akan menghadapi kesannya pada 2009 ini. Unjuran pertumbuhan ekonomi 2009 bagi US(-0.7%), EU (-0.5) dan Jepun (-0.2) . Walaubagaimana pun MIER menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2.2% berbanding 3.7% pada 2008. Semalam, Obama menamakan krisis ekonomi ini sebagai "continuing disaster". Malah JP Morgan melaporkan setelah ratusan billion disuntik, tiada perubahan positif ditunjukkan tetapi semakin buruk.

Jepun juga mengumumkan penurunan pengeluaran industri sebanyak 9.6% dan malah dijangka semakin teruk. Syarikat2 utama Jepun seperti Toyota, Honda, Hitachi, Sony, Japan Airlines dan NEC kerugian berbillion yen dan sudah mula menghentikan pengeluaran dan membuang ratusan ribu pekerja diseluruh dunia.

Apa perkaitan krisis ekonomi dengan menghalalkan babi? Ingat tak kita krisis ekonomi Asia pada akhir 1990an? Di Malaysia rakyat sampai melakukan solat hajat untuk mendoakan ekonomi ini pulih. Terfikirkah kita bahawa ekonomi yang didoaka kesejahteraannya itu adalah sistem ekonomi yang kufur? Maknanya kita mendoakan kesejahteraan sistem kufur. Walhal menjadi kewajipan kita untuk menghancurkan kekufuran dan mengembalikan Islam, ia adalah kewajipan yang tak boleh dipersoalkan lagi. Saya kira perumpamaan yang diberikan oleh seorang profesor terhadap orang yang bersoalan hajat tersebut umpama berdoa agar Allah menghalalkan babi adalah tepat.

Dalam tempoh 10 tahun kita menghadapiya lagi, malah krisis ini jauh lebih dahsyat kerana ia melibatkan rantaian ekonomi dunia. Sampai Obama menyebutnya sebagai malapetaka. Sebagai orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kita wajib melihatnya dengan perspektif Islam. Sistem ekonomi hari ini dibangun oleh asas riba dan sektor pasaran kewangan yang dibangunkan oleh ekonomi non real yang dipenuhi spekulasi. Ia jelas haram, bertentangan dengan Islam. Maka sewajarnya kita mahukan kehancurannya dan digantikan dengan sistem ekonomi Islam.

Melihat kehancuran ekonominya, saya menjangkakan kapitalisme(baca: US) semakin hampir menemui ajalnya. Secara ideologinya mereka sudah lemah tetapi masih nampak gah secara fizikalnya. Sedangkan Islam pula adalah mabda' ciptaan Allah yang lengkap dan mampu mendominasi dunia. Cuma dari fizikalnya kita masih belum mempunyai institusi politik untuk melaksanakan ideologi Islam, iaitu khilafah.

Saya percaya keadaan semasa dunia dan lokal, ia membantu kearah penegakan semula khilafah. Cuma kita, adakah mahu mengambil peluang dan berusaha bersungguh-sungguh. Tepuk dada, tanya iman kita.

No comments:

Post a Comment