Umat Islam sering kali ditipu secara politik. Masih ingatkah kita bagaimana sebahagian umat Islam dulu pernah menyanjung Mustafa Kamal Attarturk, menganggapnya wira Islam sebenar hasil kemenangannya di Perang Gallipoli. Khalifah pula dianggap sebagai pengkhianat agen kepada British. Kebodohan ini kita bayar dengan harga yang sangat mahal, hancurnya Khilafah Islam.
Dunia Arab pernah menyanjung Gamal Abdul Naser. Dia dianggap nasionalis Arab apabila menghalau cengkaman Bristish ke atas Terusan Suez. Dia juga dianggap pejuang yang berani menentang US. Fakta terkemudian menunjukkan dia sebenarnya adalah agen US sehingga Soviet pun tertipu.
Perjuanganan Palestin juga pernah menyanjung Yasser Arafat sebagai pejuang kemerdekaan. Selepas hampir 20 tahun kemudian, barulah mereka sedar ianya satu pembohongan.
Pembohongan politik telah banyak berlaku dan masih banyak berlaku. Sedihnya, hanya selepas puluhan tahun atau lebih 50 tahun barulah maklumat ini didedahkan sebagai classified . Masa itu generasi baru yang baru nak mengerti makar politik ini. Para penganalisa politik biasanya mengetahui realiti ini, tetapi golongan cerdik pandai ini kebanyakkan meraka telah dibina sudut pandang yang selari dengan realiti ini. Maka analisa mereka menjurus pengabsahan realiti tersebut. Jika dulu golongan cerdik pandai jugalah yang paling termakan propaganda ini, hari ini maklumat telah sampai hampir disetiap rumah. Propaganda semakin meluas.
Dalam berita, ada maklumat yang benar. Ada juga maklumat yang benar tetapi suatu propaganda. Ada juga maklumat yang benar, tetapi bertujuan pengalihan fokus. Contoh terang bersuluh 9/11 benar-benar terjadi, tetapi dipenuhi dengan propaganda dan pembohongan terancang. Rakyat US sendiri ramai tidak percaya, tetapi ia berjaya mengubah senario 'keselataman' dunia dengan justifikasi mitos Al Qaeda. Ini contoh mudah, ada banyak lagi kes spesifik dan kompleks.
Saya bukanlah nak mengupas bagaimana analisa politik dibuat dengan kerangka Islam. Kerana ia memerlukan kita memahami banyak perkara. Antaranya konsep dan metodologi pengembang idealogi di dunia, dan juga International stance berkait hubungan dan kepentingan negara superpower, negara pesaing, negara satelit, negara pengikut dan negara hamba. Kita juga perlu memahami akar permasalahan di setiap benua. Selain idealogi, perlu kita fahaman pelan jangka panjang mereka dan kemudian membaca segala taktik, strategi, pendekatan, propaganda, alat dan orang yang digunakan.
Kuliah-kuliah politik di Universiti mengajar analisa politik, tetapi apakah sudut pandangnya? Akhirnya, ia melahirkan penganalisa Islamis tetapi masih dengan sudut pandang yang keliru. Inilah yang benar-benar terjadi hari ini.
Kes serangan Zionis di Gaza, saya memang sudah bersedia dengan mereka yang akan bertentangan pendapat, anticipated. Cuba kita lihat berita kulit yang sampai kepada masyarakat, Zionis serang Gaza. Zionis tidak dapat bertahan dengan serangan balas Hamas, terpaksa menerima syarat genjatan senjata Hamas. Dr Morsi adalah wira baru. Bukan saja media dari kalangan umat Islam, malah media barat juga menyodorkan propaganda yang sama. Itulah yang sampai kepada umat, itulah yang dibanggakan oleh sesetengah aktivis Islam. Ia memang benar-benar terjadi, tetapi apakah itu yang direncana atau sekadar camouflage agar kita jadi suka, lalu terpedaya?
Fikir-fikirkanlah....
tulisan yg terdesak dr penulis yg merapu...andaian / sangkaan yg berbaur fitnah terhadap morsi.
ReplyDeleteSemoga Allah memimpin dia yg hasad ini.Yang pasti saya rasa jiwanya juga terpanggil utk bersama kebangkitan ini , utk turut merasa hidup dlm perjuangan yg semakin menampakkan jalan bagi kami... cumanya, mustahil dia sanggup mengakui 'kebenaran' itu ada dipihak kami...jadi dia dtg dgn tulisan sebegini, ... cukup angkuh dia ini...semoga Allah jauhkan kita dr manusia sebegini.Allah jauhkan saya dr manusia sebegini..
Puan sekali lagi menulis hanya dengan emosi, tiada fakta mahupun analisa untuk menyangkal. Sebaliknya melemparkan pelbagai tuduhan, suatu yang saya memang dah bersedia untuk menghadapi kebencian orang yg keliru.
ReplyDeletePuan tidak sepatutnya membutakan mata peranan Amerika yang bekerjasama dengan Morsi bagi kes Syria, dan Erdogan bagi menentang kebangkitan Islam di Syria.
Salam, i am currently conducting a survey about mosque for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.
ReplyDeletehttps://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0