SERANGAN UDARA |
Apakah genjatan senjata dan perjanjian damai penyelesian bagi yang benar bagi Palestin?
Ataukah Fatwa Qardhawi untuk boikot produk Israel penyelesaian Palestin?
Atau bantuan kemanusiaan seperti perubatan, makanan, selimut dan bantai persis mangsa tsunami dan taufan?
Atau Palestin ini memang tiada penyelesaian, hingga turun Imam Mahadi dan Nabi Isa?
JENAZAH ASSYAHID AHMAD JABARI |
Pelbagai siri perjanjian damai telah diadakan, kononnya bagi menyelesaikan masalah Palestin dengan mewujudkan 2 negara Palestin dan Israel. Ia sebagaimana terkandung dalam Resolusi 181 PBB pada 1948. Perjanjian Oslo, Camp David, Wadi Urubah, Sharm Al Sheikh, Doha dan sebagainya adalah perjanjian untuk memaksa umat Islam terutama pemimpin Palestin menerima penyelesian 2 negara ini. Fatah sudah lama mengkhianati Islam, menerima perjanjian ini. Hamas walaupun menerima sanggup penerima 'penguasaan' di Gaza, tapi masih keberatan menerima pemecahan 2 negara ini. Cuma sejak terlibat dalam pilihanraya, aktiviti jihad tidak segencar dulu kecuali Briged Izzudin Al Qassam. Dan inilah perancangan tersusun US, untuk melunak Hamas melalui Morsi. InsyaAllah ia tidak akan berjaya kerana ramai di sana itu pejuang-pejuang Islam yang ikhlas.
PERSIDANGAN LIGA ARAB DI KAHERAH |
Dr Morsi memainkan peranan besar bagi kes Gaza. Obama dilaporkan telah berbincang dengannya untuk memainkan peranan mengatur genjatan senjata. Hillary Clinton terbang terus ke Israel bertemu dengan Benjamin Netanyahu, kemudian bertemu dengan Mahmud Abad di Tebing Barat, sebelum bertemu Morsi di Kaherah. Akhirnya Dr Morsi berjaya memainkan peranan sebagai orang tengah dengan Hamas. Genjatan senjata dimeterai setelah Israel bersetuju dengan dengan isi perjanjian. Antaranya genjatan senjata jangka panjang dan dan pembukaan blockage gaza,
Kenapa Genjatan Senjata Jangka Panjang?
Sikap Hamas tidak mengiktiraf negara Zionis dan serangan roket berkala ke Israel adalah suatu ancaman kepada Zionis dan rakyatnya. Israel adalah negara kecil dengan jarak rentas sempadan hanya 40 batu nautica. Di setalahnya adalah Mesir, diutaranya adalah Syria. Kini, Israel perlu mengerahkan kekuatannya ke utara, Bukit Golan, bersedia menghadapi segala kemungkinan di Syria.
Briged Jihad Attawheed bersama FSAsemakin kuat di Syria. Asad semakin lemah. SNC telah gagal dan US telah menggantikannya dengan National Coalition for Syrian Revolutionary and Oposition Forces (NCS). Ketuanya adalah seorang Imam dari Damascus. Turki dan Qatar memainkan peranan yang besar untuk memastikan penyelesaian Syria berakhir dengan aspirasi US. Alternatif lain adalah dengan mengenengahkan Ikhwanul Muslimin. Malah, pemimpin-pemimpin IM di Syria telah secara terang-terangan akan melaksanakan pemeritahan negara sivil, bukan negara Islam. Itu makar mereka, tetapi bagi Israel mereka perlu bersedia bagi worst case senario andai segala makar jahat itu tidak berjaya. Bagaimana jika Briged-briged jihad itu berjaya menguasai Syria, mereka ini perjuangannya adalah negara Islam dan rapat dengan Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir Syria juga semakin kedepan bersama umat memperjuangkan khilafah, segala kemungkinan boleh terjadi dalam keadaan begini.
Israel perlu mengarahkan lebih penumpuan tenteranya ke Bukit Golan. Ia tidak mampu berhadapa dengan dua musuh dari Gaza dan Syria dalam satu masa. US memainkan peranannya menjadikan Dr Morsi sebagai bidak perbincangan dengan Hamas. Agar Hamas lebih lunak dan tida mengambil kesempatan andai Israel menghadapi saat kritikal di Bukit Golan. Zionis memerlukan genjatan senjata jangka panjang.
Apakah Tiada Penyelesaian?
Boikot bukan penyelesaian bagi Palestin. Bantuan kemanusiaan mungkin membantu meringankan penderitaan, tetapi ia tidak menyelesaikan penjajahan Zionis di Bumi Suci Palestin. Dan dunia Arab terus mengkhianati Palestin dengan perjanjian damai dan genjatan senjata. Walhal Allah telah menunjukkan penyelesainnya bagi bumi Islam yang diserang. Firman Allah yang bermaksud:
" Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang tidak melampaui batas. Dan bunuhlah mereka di mana kamu menjumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka mengusirkamu..... " (Al Baqarah 190-191)
JIHAD DAN KHILAFAH UNTUK MENGHENTIKAN INI SEMUA |
Dalam kitabnya Al Hasyiah, Ibn Abidin menyatakan fardhu ain bagi mereka yang tinggal di sekeliling wilayah yang diserang kaum kufar untuk membantu umat Islam yang diserang. Manakala fardhu kifayah bagi umat Islam yang jauh. Sayangnya realiti hari ini, semua pemimpin Arab mengkebirikan tentera-tentera mereka. Erdogan yang kononnya lantang menghentam Zionis, hanya mengutuk apabila Zionis menembak mati 4 rakyatnya dalam misi Mivi Marmara. Apatah lagi menghantar tentera. Ketika kempen presiden mesir di Dataran Tahrir Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Muhammad Badie, melaungkan Jihad untuk membebaskan Palestin esok hari dan Gaza sebagai ibu kota Khilafah dan malah mengkritik genjatan senjata yang diusahakan Morsi
Sedih sekali hingga kini walau Gaza sekali lagi diserang tiada jihad kecuali genjatan senjata yang dipelopori US. Jika mereka yang kononnya memperjuangkan Islam sendiri bersikap begini, apatah lagi yang boleh diharap kepada rejim-rejim Qatar, Saudi, Jordan dan sebagainya itu. Oleh itu, kita tiada pilihan lain kecuali menguasahakan penyelesaian ampuh, iaitu khilafah yang mana akan melancarkan jihad membebaskan Palestin. Benarlah sabda Nabi yang bermaksud"
"Imam itu umpama perisai,(umat) berperang dan berlindung (dibelakangnya)" (HR Muslim)
gelak je ler... yg dok kondem usaha org lain tu apa pulak usaha anda? seminar di pejabat khalifah itu setakat ni apa impaknya terhadap penderitaan gaza?... jangan banyak membebel sehingga buta mata anda....sungguh demi Allah, sy melihat kesungguhan keikhlasan pertubuhan lain menggunakan segala kemampuan yg ada membuka usaha utk pembebsasan palestin sedikit satu masa nanti.... kita yakin khilafah pasti muncul ditengah2 usaha dan kebangkitan itu....biarkan hizbut tahrir dgn mimpi dn bebelan mereka...mereka mmg jenis suka bising dri turunkn tenaga...
ReplyDeleteUS penyokong kuat Israel, membiayai Iron of Dome, menyokong serangan Zionis ke atas Gaza, memveto lebih 60 resolusi PBB.
ReplyDeleteUS juga kononnya bersahabat dengan Morsi dan Erdogan untuk merangka genjatan senjata. Media barat mengangka Morsi sebagai wira, dan kita juga terpesona. Apa agenda sebenar?
Mereka telah buat yang lebih halus semasa mempopular Mustapha Kamal Attarturk, Gamal Abdul Naser dan juga Yasser Arafat. Sangat mudah bagi mereka menipu umat dengan figur Morsi pula.
cukuplah...jangan lebarkan fitnah atas andaian yg kosong, anda terlalu bernafsu...
ReplyDeleteDicelah kesungguhan anda bersama isu Gaza, anda sebenarnya KOSONG...tidak lebih hanya mencari konon-konon yg buruk terhadap jihad hamas atau perjuangan mana2 tokoh IM terkini.Itu sifat anda dr dulu lagi.
anda berlagak seperti org yg celik sejarah, tapi anda sebenarnya rabun menatap hakikat dunia kini. Untuk isu Gaza, saya rasa anda tidak pantas mengulas...ia terpesong dan tersasar. Bimbang anda lebih berdosa kerana menafikan laluan kami dan mencemuh org2 yg ikhlas dan mulia usahanya di kalangan kami.
mana mungkin anda menagih kesempurnaan perjuangan dipentas2 seminar sahaja, ia tidak konkrit dan tidaklah boleh dibanggakan... maka berhenti perkecilkan usaha jihad org lain.
Bunyinya anda mmg dah biasa bertikam lidah dengan saya. Sayangnya seperti biasa anda tidak mematahkan hujah saya sebaliknya menyerang dengan emosi sahaja. Mursyidul Am Ikhanul Muslimin turut menegaskan Mesir perlu melancarkan jihad, menemplak sandiwara Morsi.
ReplyDeleteMemahami makar politik, memerlukan kita memahami pelan terancang kuasa besar spt US, begitu juga Israel. Kerana mereka ada 1001 taktik, strategi, dan bidak2nya yang penuh dengan camouflage.
Sejak sekian lama umat ini dan pemimpinnya telah ditipu dengan camouflage ini, dan anda usahlah masuk lubang biawak buat kali kedua.
~ kita tidak mahu jadi anak muda Islam yang terlalu kencang kalamnya, kakinya lembik tidak memerah pepeluh kerja, kita juga tidak ingin anak muda yg yg kencang kerjanya, tapi hujahnya tidak sesasa peluhnya
ReplyDeletekita sangat dahagakan anak muda yg hujahnya sasa, kerjanya perkasa, rancangnya berfasa, niatnya hanya untuk Esa ~
kita muhasabah diri kita adakah kita berjuang atas jalan yang benar mengikut manhaj nabi, banyak yang mendakwa mereka berjuang mengikut manhaj nabi, tapi ramai yang tidak sedar mereka berjuang atas semangat dan taksub semata2 tanpa kefahaman, jadi kita buka hati kita untuk mencari jalan perjuangan yang sebenar yang betul2 100% mengikut jalan perjuangan nabi ataupun menghampiri 100%,
kita jangan tanya apa sumbangan orang lain kepada Islam, kita kena tanya apa sumbangan kita pada Islam,