Saturday, June 11, 2011
NEGARA ISLAM ATAU NEGARA BERKEBAJIKAN : NASIHAT BUAT SAHABAT YANG BERSAMA PAS
Setelah sekian lama berjuang untuk menubuhkan Negara Islam, Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Hadi Awang, dalam muktamar baru-baru ini mengumumkan parti itu akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata.
“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan. (http://malaysiakini.com/news/165931 )
Usaha Negara berkebajikan ini dilihat mampu mengharmonikan hubungan dengan DAP dan PKR yang sememangnya menolak konsep negara Islam. Ini dilihat mampu menarik sokongan rakyat berbanding perjuangan menuntut penegakan Negara Islam. Manifesto ini dijangka mampu memberi tekanan kepada BN dan memperkukuh cita-cita Putrajaya.
Ayat 15 Surah Saba’
“Sesungguhnya bagi kaum Saba ada tanda (kekuasaan Rabb) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri.(kepada mereka dikatakan):”Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Rabb-mu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya.(Negerimu) adalah negeri yang baik (Baldatun Thayyibah) dan (Rabb-mu) adalah Rabb Yang Maha Pengampun”.
Mungkin inilah ayat yang menjadi sandaran Haji Hadi, hingga keluar dari lisannya dalam Al Quran tidak sebut Negara Islam, tetapi menyebutnya sebagai baldatun thayyibah yang ditafsirkannya sebagai negara berkebajikan. Seterusnya beliau memperincikan ciri Negara Berkebajikan tersebut sebagai:
1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam
2) Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat
3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)
4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat
5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan
6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara
7) Rakyat sejahtera, negara makmur
(http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=37:negara-berkebajikan--tawaran-pas-kepada-rakyat-malaysia-&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56 )
Saya menelusuri asbab annuzul dan tafsiran ayat ini, nyatanya rincian Haji Hadi itu jauh terpesong dari penfsiran yang benar. Imam jalaludin As Sayuthi dalam Lubaabun Nuquul fi Asbaabin Nuzul, meriwayatkan ayat ini turun ketika Farwah bin Masik bertanyakan kepada baginda saw kebenaran untuk memerangi kaum Saba’. Rasulullah menjawab bahawa baginda belum belum mendapat perintah lagi, hinggala turun ayat 15 hingga 17 surah Saba’.
Dalam ayat ke 16 dan 17 seterus Allah menceritakan:
Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr. Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka karena kekafiran mereka. Dan Kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kafir.
Ibnu katsir meriwayatkan dari Ibn `Abbas, Wahb bin Munabbih, Qatadah dan Ad Dahhak menyatakan Allah membinasakan mereka dengan banjir yang sangat besar, hingga keluar segala binatang dari empangan Ma’rib, dan tikus-tikus besar yang menggigit empangan tersebut hingga runtuh menenggelamkan seluruh negeri mereka.
Sungguh menghairankan bagaimana dari pengkisahan kaum Saba’ ini, Haji Hadi berani membuat pengumuman untuk menjadikan Negara Berkebajikan sebagai gagasan perjuangan dan menenggelamkan perjuangan Negara Islam yang selama ini PAS kobarkan.
Istilah Negara Islam
Saya pernah mengulas permasalahan istilah daulah islamiah, darul Islam, Darul muhajirn, bilad islamiyah, khilafah islamiah dalam posting terdahulu. Sememangnya istilah ’daulah’ yang membawa maksud negara wujud kemudian apabila para intelektual muslim dan filosofnya menterjemah perkataaan 'state' dari tamadun Yunani. Antara orang terawal yang menterjemahkan istilah state kepada daulah adalah Hunain Ubnu Ishaq sekitar abad ke 3 hijrah. Ibnu Khaldun kemudian membezakan antara ad daulah (negara) dan al mulk(kerajaan) dalab bab fi ma’na al khilafah wal imamah dalam Muqaddimah ibnu Khaldun.
Pada zaman Rasul, wilayah kekuasaan Islam disebut darul Islam, atau darul muhajirin. Mana kawasan diluar kekuasaan Islam disebut darul syirk. Ada banyak hadith yang menyebut hal ini. Rasul menunjukkan struktur pemerintahan baik dari aspek tafwidh, tanfidz, kewalian, qudhat dan juga ketenteraan. Baginda juga menjelaskan pengganti baginda dalam soal kenegaraan disebut sebagai khalifah. Penterjemahan struktur kenegaraan ini ditunjukkan pada zaman khulafa urrasyidun, baik melalui ijma’ sahabah (qauli dan suquti) dan juga ijtihad para khalifah dan sahabat.
Kita boleh lihat betapa banyaknya kitab-kitab tulisan para fuqaha yang menjelaskan struktur kenegaraan ini. Ini boleh jumpai ada perbezaan pandangan dalam perkara furu’. Tetapi para fuqaha tidak berbeza pandangan dalam ushool perkara ini iaitu negara Islam baik ia disebut daulah islamiah atau pun darul Islam. Jelas bahawa struktur pemerintahan bagi negara Islam tersebut adalah khilafah dan ia sememangnya identik, hingga umat memahaminya sebagai makna yang sama. Mereka memberi idhafah ’islamiah’ kepada istilah darr , khilafah mahupun daulah, membawa maksud negara yang menerapkan hukum Islam. Sehingga Ibnu Khaldun menjelaskan bahawa siyasah syar’iyyah adalah khilafah Islamiah atau daulah Islammiah. Membezakan dengan siyasah aqliah (yang dibawa oleh tamadun yunani) sebagai mulk(kerajaan) dan daulah kufur.
Penjenamaan Islam Berserta Intipatinya Itu Wajib
PAS sewajibnya memperjuangkan Negara Islam ini, bukannya menyorokkan jenama apatah lagi intipatinya. Ciri-ciri kebajikan yang digariskan TGHH ini sekadar idea umum dan sangat tercapah dari rincian negara Islam. Saya tidak menafikan mungkin cita-cita Putrajaya mungkin lebih mudah apabila mereka menggelamkan jenama Islam dan bersama dengan cita-cita negara kebajikan Pakatan Rakyat, tetapi ingatlah matlamat tidak mengghalalkan cara. Bahkan ini adalah suatu kesilapan hukum syara’ yang sepatutnya dimuhasabah. Jangan sampai kerana terlalu mahu berkuasa, kita menyelindung apatah lagi memesongkan kewajipan Istilah Negara Islam.
Kepada sahabat dan saudara-saudara saya yang bersama PAS, tulisan dalam kesempitan waktu ini semata agar kalian sedar kesilapan yang dilakukan ini, dan sama-sama kita memperbetulkannya. Sesungguhnya thayyibah itu hanya wujud apabila Islam diterapkan dalam khilafah Islamiah dan bukannya negara berkebajikan. Semoga terjemahan ayat 15-17 surah Saba’ ini menyentuh hati kita semua.
“Sesungguhnya bagi kaum Saba ada tanda (kekuasaan Rabb) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri.(kepada mereka dikatakan):”Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Rabb-mu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya.(Negerimu) adalah negeri yang baik (Baldatun Thayyibah) dan (Rabb-mu) adalah Rabb Yang Maha Pengampun”. Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr. Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka karena kekafiran mereka. Dan Kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kafir.
Wallahu'alam.
WUZARA
Assalamualaikum
ReplyDeleteSaya tidaklah serta merta berubah, tapi tersentap jugalah minda ini pabila baca penulisan tuan. Saya tidak nafikan kebenaran banyak pandangan tuan, akan saya ajukan ke atas.
Salam perjuangan.
Salam Tuan,
ReplyDeleteSama-sama kita berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Jzkk.
Assalamualikum..
ReplyDeleteTerima Kasih terhadap info yang diberi.Sungguh bermanafaat untuk kita berfikir..
Namun saya yakin D. TGHH lebih arif tujuan utama perjuangan PAS untuk mendaulatkan hukum Allah.
saya juga yakin tertegak sebuah negara Kebajikan yang sebenar mesti teras dan dasarnya Islam..hukum Allah, Al-Quran n Sunnah.. So jenama negara kebajikan hanya digunakan tetapi terasnya pasti sebuah negara Islam.
smn Pahang.
Salam Haliqa,
ReplyDeleteSaudari mungkin boleh juga membuka website Presiden PAS(turut saya linkkan di posting ini), beliau memperincikan Negara Kebajikan yang dimaksudkan. Dari situ kita boleh lihat,tidak terdapat pun rukun dan bentuk pemerintahan serta hukum Islam, yang ada nilai-nilai umum. Maka tidak timbul soal sangka baik atau sangka buruk, kerana berdasarkan fakta negara kebajikan yang dilaungkan haji hadi tidak menggunakan Islam sebagai asas dan juga sistem penerapan. Semoga mendapat pencerahan.
Salamun'alaikum bima sabartum.
ReplyDeleteIslam sangat menganjurkan kepada hidup berkebajikan. Samada negara ini menjadi negara Islam atau negara berkebajikan, sudah tentu ia menepati sebahagian usaha dakwah Islam, yakni memberi hak dan kebajikan kepada semua tanpa mengira kaum dan kepercayaan agama. Tapi suatu perkara yang mesti dilaksanakan semua ummat Islam adalah, menjadikan Islam sebagai cara hidup. Dan untuk itu, ia memerlukan lebih banyak lagi kesanggupan dan pengorbanan dari kalangan ummat Islam ini sendiri. Insya-Allah, mudah-mudahan niat dan usaha kita menegakkan syiar Islam mencapai kejayaan.
http://www.youtube.com/watch?v=BfOGSIHx9go
ReplyDeleteLEARN ABOUT ISLAM AND MUSLIMS PLEASE VISIT MY BLOG http://onlineummah.blogspot.com/
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeleteTerima kasih terhadap nasihat yang diberi.to sy juga ada nasihat untuk anda, sy tau anda seorang yang berilmu,dan sy faham niat baik anda, tp daripada anda menulis perkara2 yang boleh menghilangkan kepercayaan org ramai kepada sebuah parti politik yang bersungguh2 menegak agama islam, lebih baik anda berjumpe sendiri dgn tuan guru,buka kitab, buka hadis, dan berhujah dgn dia.mungkin dia tersalah,atau boleh jadi juga anda yang tersalah. sy yakin tuan guru boleh menerima teguran y membina..