Friday, May 27, 2011
Sembelih Harga
Pada suatu pagi Jumaat, di sebuah pekan kecil di Hulu Kelantan, ada pasar minggu tempat ramai orang membeli keperluan harian. Seorang lelaki asing menjenguk mencari sedikit makanan. Dilihatnya seorang makcik membayar RM 1 untuk 4 biji kuih. Lelaki itu lalu meminta 4 biji kuih, tetapi kali ini penjual meminta RM 4. Lelaki tadi pergi pula ke gerai buah-buahan, mangga rm10 3 kg. Lelaki itu mengambil 2 biji mangga dan 2 biji limau tempatan, pekedai meminta RM4. Lelaki tadi teringin pula nak makan jagung rebus, harga sebiji RM1.50, tetapi pekedai menjual RM2 sebiji. Lelaki itu bukan penulis, tetapi kawan kepada penulis yang mengadu betapa dahsyat peniaga di sini menyembelih orang asing.
Harga yang melampau dikenakan kepada kami sedang menjadi perbualan hangat di kalangan kami. Bagaimana peniaga makanan di sini menyembelih harga yang dikenakan kepada kami. Suatu hari 3 orang kawan saya makan tengah hari. setiap mereka hanya makan nasi dan ayam yang kecik merekot, tiada sayur. Minum hanya air masak. Cajnya adalah RM31.50, kalah harga di Bikit Bintang.
Pernah satu hari, yang dihidangkan kepada seorang kawan adalah lauk ayam bertahi lalat. Pekedai menukarnya dengan hidangan yang baru,tetapi ayam tahi lalat tadi tetap dikenakan bayaran.
Ramai diantara kami yang telah mengalami keracunan makanan, termasuk saya sendiri 3 hari terdampar, sampai saya banned kedai tesebut. Berjumpa dengan doktor disebuah klinik swasta, beliau sendiri menasihatkan saya agar berhati-hati memilih kedai makan di sini, keracunan makanan perkara yang biasa di sini katanya.
Makanan dahlah tercemar, harga pulak sembelih giler-giler, aniaya je.
WUZARA
sebenarnya saya pun disembelih ketika berbelanja di Kelantan, dari makanan sehinggalah pakaian ( sekalipun kualiti siam) harganya berganda berbanding di sini atau di kuala lumpur. Yg peliknya harga sekilo ayam di kelantan lebih murah berbanding kedah, tapi harga makanan di kedai makan lebih tinggi.
ReplyDeleteSaya melihat ini antara gagalnya penerapan iman kepada rakyat kelantan khususnya di kalangan peniaga.Sekalipun Kelantan antara negeri tarikan pelancong luar dan dalam,tidak harus diambil kesempatan utk meraih untung yg gila2 dengan mengainiaya pembeli.Sepatutnya inilah ruang utk mempamerkan akhlak2 islami dikalangan peniaganya yg bernaung dibawah pentadbiran Islam.
Rasulullah Bersabda.
"Peniaga yang jujur adalah bersama para nabi, Orang-orang siddikin, para syuhada' dan orang-orang soleh.
Salam,
ReplyDeleteMuangkin kerana mereka dalam lingkungan masyarakat yang tertutup, wujudnya istilah seperti 'orang luar'. Ditambah pula dianak tirikan kerajaan pusat, rasa kenegerian itu makin menebal.
Dalam fiqh muamalat, menaikkan harga dari biasa disebut ghabn. Cumanya ghabn ni, tidak haram selagi tidak sampai status fahish(keji). Cumanya, untuk menentukan ia ghaban fahish atau tidak, permasalahan ini dirujuk kepada qadhi hisbah, yang mana sistem ini tidak wujud hari ini.
Dari pandangan rasional saya, kuih sebiji seringgit bagi kedudukan kelantan tu mmg dah kira ghabn fahish. Sebenarnya banyak perkara yang ia berbalik kepada kesedaran peniaga itu kepada hukum dan nilai Islam.