Monday, March 7, 2011

BANGKAI GAJAH


Bangga betul BN dengan kemenangan di PRK Merlimau dan Kerdau. Liputan berita di TV1 dan TV3 sampai 45 minit, lain sama sekali dengan Pilihanraya Umum yang lepas. Semangat, semangat juga tapi Najib dan Muhyidin perlu akur keputusan di dua DUN itu tidak menggambarkan penerimaan rakyat secara amnya. Menjelang mana-mana pilihanraya, tak kira negara mana pun, yang menjadi bahan utama adalah isu. Baik isu itu terkait individu atau pun parti, ia akan menjadi perkara hangat. Ini sebahagian dari propaganda. Selesai pilihanraya isu itu pun dah tak diperkatakan lagi, janji mungkin tinggal janji.

Ini cuma cerita selingan. Beberapa malam lepas di surau dikawasan kejiranan saya menetap telah diadakan solat hajat setelah solah isya'. Ia bagi memohon agar cadangan membina kondominium diatas padang bola dalam kawasan tersebut tidak berjaya. Menurut apa yang diceritakan kepada saya, asalnya tanah tersebut adalah kawasan rekreasi yang dikhaskan bagi kawasan itu. Tetapi kemudian ada pemaju yang bercadang membangunkan kondominium disitu. Lebih menjengkelkan, Ahli Parlimen ketika itu yang menjadi runner bagi pihak pemaju untuk menyampaikan hasrat 'murni' tersebut'. Malah untuk itu beliau sanggup hadir solat suboh berjemaah di surau. Menjelang pilihanraya umum yang lepas, beliau telah menjemput para pemimpin penduduk hadir ke pejabatnya kononnya untuk membantu menyelesaikan masalah itu. Rupa-rupanya beliau sekadar mahukan sokongan dari mereka dan berjanji akan membantu menyelesaikan isu ini sejurus selepas pilihanraya. Malang nasib beliau, akhirnya beliau kalah pada Pilihanraya Umum yang lepas. Mungkin salah satu faktornya, adalah isu ini.

Ini contoh isu. Wakil rakyat yang diharapkan mewakili rakyat rupanya lebih berminat mewakili pemaju hartanah. Isu sememangnya boleh membantu sesebuah parti mendapatkan sokongan. Sekiranya kita melihat lebih jauh, sebenarnya mengutarakan isu sahaja tidak cukup, kerana ia bersifat sensasi, semasa dan rakyat menuntut penyelesaian segera. Pada zaman Arab Jahiliah, masalah penipuan dalam timbangan adalah suatu isu yang kronik dalam masyarakat. Rasulullah mengkritik tindakan ini, tetapi baginda tidak memberikan penyelesaian segera. Penyelesaian Islam hanya dapat diberi apabila tertegaknya negara Islam. oleh itu, dapat kita fahami apa pun isu dan permasalahan yang timbul kita tidak ada pilihan lain kecuali menunjukkan penyelesaian Islam. Haram bagi kita menerima penyelesaian selain Islam semata mahu mendapatkan penyelesaian segera. Allah berfirman yang bermaksud:

Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. (QS. An-Nisa [4]: 60



Demokrasi adalah hukum taghut, Hak Asasi Manusia adalah Hukum Taghut, riba adalah hukum taghut manakala PBB dan badan-badan di bawahnya adalah pertubuhan taghut.Ibnu Katsir dalam Tafsr al-Qur’an al-‘Azhim menjelaskan orang-orang yang menyimpang dari al-Kitab dan as-Sunnah serta berhukum kepada selain keduanya berupa kebatilan adalah thaghut yang dimaksud ayat ini.

Pemerintah yang ada pada hari ini telah terang lagi bersuluh menerap, mengajar dan mempertahankan sistem kapitalisme yang berasal dari aqidah sekular. Berapa tinggi pun serban mufti yang mempertahankannya, ia tidak lebih dari menutup bangkai gajah. Sistem demokrasi yang menjadi asas penggubalan undang-undang bagi ideologi sekular ini, notabenanya adalah menafikan Allah sebagai pembuat hukum. Ia bukan jalan kepada Khilafah Islam, kerena jalan bagi menegakkan Islam adalah sebagai apa yang telah ditunjukkan minhaj nabi.

"Siapa saja yang melakukan suatu perbuatan, sedangkan tidak ada perintah kami maka tertolak." (HR. Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad dari Jabir bin abdillah ra.)

1 comment:

  1. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    ReplyDelete