Rakyat Tunisia Akan Ditipu Kali Keempat?
Rakyat Tunisia pernah diapikan oleh British dan Perancis agar menentang kekuasaan Bey (kesultanan). Kebangkitan tersebut berjaya memisahkan Tunisia dari Khilafah Uthmaniah dan mewujudkan republic yang dikuasai Perancis. Muncul pula anak muda bernama Habib Bourgiba yang menentang penjajahan Perancis ke atas Tunisia. Kehebatan perjuangannya Bourgiba mendapat sokongan rakyat, menyebabkan beliau diburu dan menjadi musuh ketat penjajah. Bourgiba ditangkap beberapa kali hingga beliau menghabis 10 tahun dalam penjara sepanjang tempoh 20 tahun. Rakyat meletakkan harapan menggunung tinggi dan menganggap Bourgiba sebagai pejuang sejati walhal dalam tempoh berikut Perancis telah berjaya melunakkan Bourgiba layak dijadikan agen dan memerdekan Tunisia pada 1956. Antara factor terjadinya konspirasi ini adalah untuk menyekat Parti beraliran sosialisme yang semakin mendapat tempat. Bourgiba dijulang sebagai hero dan Presiden Tunisia.
Bourgiba banyak terpengaruh dengan sosialisme dan mengamalkan pemerintahan kuku besi. Kemiskinan dan kezaliman sinonim dengan pemerintahannya. Ini membawa kepada kebangkitan umat pada akhir 1980an. Rakyat melihat Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Zine el-Abidine Ben Ali, sebagai calon Presiden yang mampu membawa perubahan. Beliau mendapat 99% undian untuk calon Presiden dan parti pimpinannya menyapu bersih 141 kerusi pada pilihanraya 1989.
Gaya kepimpinan Ben Ali tidak banyak beza dengan Bourgiba dan masih mengikut telunjuk Perancis. Kemiskinan dan pengangguran semakin teruk sehingga rakyat Tunisia bangkit sekali lagi – selepas kebangkitan terhadap Bey, Perancis dan Bourgiba- untuk menghapuskan kediktatoran. Ben Ali serta merta mendapatkan nasihat dari tuannya, Perancis. Walau pada awalnya, ada usaha untuk menggunakan tentera untuk menggagalkan demonstrasi tersebut tetapi paling bagi Perancis adalah untuk mengelakkan Tunisa jatuh kepada agen US pula. Rakyat Tunisia bencikan Ben Ali, oleh itu Ghonousshi disebut sebagai calon utama. Maka revolusi rakyat dapat dipuaskan, agen Perancis terus berkuasa dan US tidak dapat menempatkan agennya. Yang tertipu buat kali keempat, sekali lagi adalah rakyat Tunisia yang majoritinya beragama Islam.
Rakyat Algeria Sudah Banyak Kali Tertipu
Masalah Tunisia ini tidak sekompleks Algeria, kerana Tunisia sekadar Negara kecil yang tidak terlalu strategic. Permasalahan politik Algeria sebenarnyalebih kompleks walau tidak disedari oleh kebanyakan rakyatnya.
Algeria adalah sebuah Negara besar dengan jumlah penduduk Muslim yang sangat ramai pernah menyaksikan kebangkitan Parti Islam FIS. Perancis dan Bristish sama-sama mempunyai agen di Algeria. Menyedari perkara ini, tidak semudah itu mereka akan membiarkan mana-mana parti Islam untuk memerintah Algeria. Kadar pengangguran dan kemiskinan di Algeria semakin teruk. Presiden Abdelaziz Bouteflika menduduki kuasa dengan manipulasi British selepas beberapa siri pilihanraya Presiden selepas kebangkitan FIS. Beliau menang tanpa bertanding selepas 6 calon yang lain menarik diri pada hari terakhir pencalonan. Beliau tidak mempunyai kuasa penuh kerana pihak tentera masih dikuasai pegawai-pegawai tertinggi yang mempunyai hubungan rapat Perancis.
Apakah Demokrasi Jawapan Bagi Mesir? Mahu dipatuk Ular kali ke berapa?
US semakin melihat kepentingan untuk menguasai Algeria. Ini berhubung kait dengan kepentingan sekutu rapatnya, Israel. Telah banyak usaha-usaha menunjukkan US sedang berusaha memecahkan wilayah umat Islam kepada beberapa negara kecil antaranya Yaman, Chad, Pakistan, Arab Saudi dan Indonesia. Jelas strategi US untuk menghalang penyambungan Negara-negara Asia Tengah dengan Timur Tengah dengan memastikan kekuatan tentera mereka di Afghanistan. Ini adalah suatu tindakan geopolitik yang penting dari aspek ketenteraan untuk menghalang penyatuan dua kawasan yang sangat siginifikan dengan kebangkitan umat Islam. Kekuatan yang ada hanyalah di Mesir, sebuah negara yang dihimpit negara Afrika Utara lain di barat dan wilayah Arab yang bergolak di Timur.
Tindakan politik US lebih ketara bagi menghadapi kebangkitan rakyat Mesir. US dan Israel tidak mampu untuk melepaskan cengkaman mereka terhadap Mesir. US tidak boleh membiarkan Mesir bergolak terlalu lama kerana ia membahayakan keberlangsungan Israel. Peranan yang didalangi Perancis, British dan German terhadap kebangkitan rakyat Mesir boleh menyebabkan Israel hilang sekutu kuat, ini bahaya bagi kepentingan US.
Israel dan US belum melatah dalam masalah ini kerana kepimpinan tertinggi tentera Mesir adalah sangat rapat dengan mereka. Ketua Tentera Mesir, Left Gen. Sami Annan telah ke Washington pada 24 Jan lepas dilaporkan berkaitan proses peralihan kuasa di Mesir. Beliau juga telah bersama Menteri Pertahanan Marshal Mohamed Hussein Tantawi, telah dilaporkan oleh Jurucakap Tentera Us, Geoff Morrell , bertemu Setiausaha Pertahanan US dan Menteri Pertahanan Israel pada 30 Januari. Penganalisa politik melihat US sedang dalam proses untuk memastikan proses transisi ini berlaku mengikut apa yang dirancang mereka. Ketidakterlibatan tentera Mesir menghalang peserta demonstrasi adalah untuk membolehkan proses peralihan kuasa ini berjalan. Ia bukanlah menunjukkan bahawa tentera menyokong perjuangan rakyat.
US melihat perlu membuka pintu demokrasi yang lebih luas di Mesir. Ini penting untuk memastikan kestabilan dikawasan bergolak berhampiran Israel. Oleh itu, US perlu meletakkan agennya yang demokratik di Mesir. Sebenarnya, US menghadapi konspirasi politik dari Blok Eropah (EU). EU sudah sekian lama memberikan sokongan kepada pemimpin Parti Wafd,Ayman Nour, yang dipenjara kerana lantang mengkrtitik Hosni Mubarak selama ini. Ayman lebih dekat dan dikenali oleh rakyat Mesir sebagai pemimpin yang menentang pentadbiran Mubarak. Media Britain seperti London Post cuba menunjukkan bahawa US sebenarnya mendalangi kebangkitan.
Untuk menyekat konspirasi blok EU ini, US melihat beberapa calon yang berpotensi untuk menggantikan Mubarak, antaranya adalah Al Baradei. Jika kita baca analisa jangkaan kebanyakan media US, mereka cuba mewujudkan gambaran Mohamad Al Baradei adalah calon pro-demokrasi yang terbaik bagi membawa perubahan di Mesir. Untuk mendapatkan sokongan rakyat, tidak mengejutkan mereka telah mendekati beberapa pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin Mesir dalam apa yang dikatakan ‘pertemuan rahsia’. Albaradei secara terbuka menawarkan Ikhwanul Muslimin untuk bersama dalam kerajaan baru yang mungkin dibentuk setelah kejatuhan Mubarak. Pemimpin Tertinggi Ikhwan ketika ditemuramah Akhbar Al- Masri AI-Youm menjawab mereka mensasarkan untuk mewujudkan sebuah kounsil yang menjadi rujukan kepada penggubalan institusi negara dengan kelulusan parlimen. Seorang pemimpin Ikhwan yang lain, Helmi Gazzar, menyatakan Ikhwan perlu meletakkan ketepi perjuangan bercorak agama untuk mewujudkan demokrasi. Menurutnya lagi, Ikhwan perlu selari dengan cita-cita rakyat Mesir untuk kebebasan dia menyokong usaha Al Baradei.
Percaturan di Mesir melihat US dan EU masing-masing cuba meletakkan agen masing-masing. Sekiranya US gagal, ia akan merubah scenario politik dunia terutama timur tengah, Israel dalam keadaan yang kritikal. US dilihat mempunyai kelebihan kerana menguasai tentera Mesir dan sokongan Ikhwanul Muslimin ke atas calon mereka.
Umat Islam Perlukan Khilafah
Sememangnya umat Islam di banyak wilayah mahukan perubahan apatah lagi mereka yang dihimpit kepayah hidup dibawah rejim dictator. Mereka bangkit- ada juga kebangkitan yang diapikan kufr barat- untuk melihat perubahan. Sayangnya, akibat rendahnya pemikiran politik Islam, penjajah barat ini mengambil kesempatan dari gelombang kebangkitan mereka yang ramai itu. Mereka ditipu dan terus ditipu umpama dipatuk ular berkali-kali. Sedangkan perkara ini telah diberi amaran oleh rasul:
“Tidak selayaknya seorang mukmin itu dipatuk ular dari lubang yang sama dua kali” [HR Bukhari & Muslim]
Kita sedang menyaksikan US dan Eropah sedang memainkan bidak-bidak mereka dikalangan rejim dictator umat Islam. Jutaan umat yang tertipu. Sedangkan Allah telah menyatakan bahawa kebangkitan Khilafah buat kali kedua adalah suatu janji, itulah yang wajib kita impi dan usahakan. Jika tidak selama itulah, umat Islam terus diperbodoh kaum kufar dan agen-agem mereka.
“Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan yang menggigit; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian.” Beliau kemudian diam. (HR Ahmad dan al-Bazar)
tulisan yg sangat baik,
ReplyDeleteandaikata seruan khilafah menjadi alternatif terbaik, 'pejuang khilafah' tidak berperanankah di bumi Mesir? atau mereka tidak wujud di sana ?saat rakyat bangkit dalam kecamuk perasaan benci dan tertekan dgn pemerintahnya yg jahat lagi zalim...di manakah penjulang panji2 ar rayah bersembunyi?...dalam intaian, saya tidak melihat kehadiran mereka di medan tahrir....eh sebenarnya ditahap mana 'gerakan mereka di sana?"
utk perjuangan Di Mesir...ikhwan sudah menunjukkan bukti kepada Allah dlm jihad mereka menentang pemerintah tirani di sana...bahkan sudah ramai di siksa dan menemukan syahid dalam jihad mereka. andai jalan mereka salah dan tidak menepati manhaj perjuangan Rasulullah, sehingga itu dijadikan alasan kenapa mereka gagal dan sia-sia...maka pejuang2 khilafah anda lorongkan lah jalannya....apa yg dapat dilakukan untuk kebangkitan di Mesir, cukup berteori...turunlah bersama mereka dan zahirkan 'cara' anda.
http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/revolusi-mesir-di-mana-kedudukan-ikhwan-muslimin-ahmad-lutfi-othman/
Analisa yang sangat jujur.
ReplyDeleteCukuplah saya mengingatkan diri ini dan pembaca sekian sebuah kaedah syara' Alghayah la tubarriru alwasilah'. walaupun matlamat kita baik, itu bukanlah alasan untuk membolehkan membuat sesuatu yang bertentangan dengan syara'.
ReplyDeleteSalam
ReplyDelete- analisa ini agak berbeza dari apa yg kita biasa baca ditonjolkan di media.
- Hizbut Tahrir mungkin boleh lebih menonjol di Mesir selepas ini sebagai selepas kejatuhan Suharto di Indonesia.
- Ada pemimpin2 Ikhwan Mesir yang tidak setuju tindakan menyokong Al Baradei, sama seperti saudara. Pada anda sepatutnya bagaimana, apakah Ikhwan mengenengahkan calonnya sendiri?
Salam,
ReplyDeleteKepada Anonymous, berikut adalah nasyrah yang dikeluarkan oleh HT Mesir, pada 9/2/2011, berhubung peristiwa di Medan Tahrir:-
http://www.hizb.org.uk/current-affairs/hizb-ut-tahrir-addresses-protestors-in-tahrir-square-urging-them-to-establish-the-khilafah
Salam Abu Darda',
ReplyDeleteAsas metodologi dakwah yang diyakini saya adalah sama sekali berbeza dengan demokrasi yang diyakini Ikhwan. Tetapi itu bukan bermaksud kita boleh menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal atas nama kematangan politik, percaturan politik dsbnya.
Apakah jika parti sekular bersekongkol dengan US ia haram, tetapi apabila pasrti Islam ia jadi halal kerana matlamatnya yang baik? Jika begitu, matlamat menghalalkan cara.