Tuesday, September 14, 2010
PERUT BABI DI PASAR BATU PAHAT
Salam Syawal. Mungkin masih ramai yang masih bercuti dan ada juga yang sudah kembali bekerja. Syukur ke hadrat Ilahi dapat bertemu Aidilfitri buat sekian kali. Bertemu sanak saudara adalah detik menggembirakan setiap kali menjelang hari raya.
Pada 3 Syawal yang lepas, saya dan isteri telah merancang untuk menyediakan juadah nasi dagang. Bagi orang di Johor, kebiasaannya nasi dagang hanya dijual di pasar malam oleh peniaga yang berasal dari pantai timur. Tidak ramai orang Johor yang pandai memasaknya apatah lagi beras nasi dagang sukar diperoleh di sini. Untuk itu, Hari Raya kebelakangan ini setahun sekali kami menghidangkan nasi dagang dan sedara-mara yang tak pernah makan pun mula berkenalan dengan makanan pantai timur ini.
Pagi Ahad tersebut saya dan isteri ke Pasar Batu Pahat untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan. Ikan tongkol, santan, kelapa parut, ikan selayang dan lain-lain. Manakala, beras telah dibeli terlebih dahulu dari Kota Bahru. Memasak nasi dagang memang agak leceh, beras perlu direndam 12 jam dan kemudian dikukus sebanyak 3 kali. Tetapi pada saya di situ ada keseronokan apabila bersama-sama meyediakannya. Saya hanya menjadi tukang angkat dan penasihat saja kepada isteri dalam membeli segala keperluan. Pasar agak ramai orang pada bagi itu, ramai juga saya terserempak kawan-kawan. Sementara menunggu isteri, saya berdiri di tepi kedai-kedai menjual sayur dan bahan-bahan basah. Tiba-tiba saya terpandang di bungkusan plastik tulisan Mei Chai Belly Pork, cukup mengejutkan. Ia dijual dibahagian bahagian menjual sayur, ikan, daging dan santan. Apa lagi, saya ambil terus ambil gambar.
Babi adalah najis mughalazah yang cukup menggelikan. Peminum khamar pun muntah kalau tertelan daging babi. Tetapi perut babi yang telah dipek, mungkin telah dijeruk dijual bersama bahan-bahan lain secara terbuka di Pasar Batu Pahat.
WUZARA
apa lah cerita pasal pek usus babi di jual berdekatan dgn santan...abis tu wuzara guna santan yg tu ke buat nasi dagang ??? ish ishh ishhh...
ReplyDeletebetulkan saya jika saya salaha pemahaman....
hukum haram makan daging babi sama tak dgn haramnya kita makan daging ular ?...errr atau daging kucing ke kura-kura ke...err sama tak ?andai kata pek daging kucing duduk dekat dgn barangan yg halal dimakan, kita tetap rasa geli tak ??kita geli tengok daging babi tapi tak berapa geli tengok daging kucing pasaipa ya????..haaa jawab...
yang haram di makan tetap haram di makan, daging babi atau daging kucing kedua2nya haram dimakan.Kedua-duanya tetap haram dimakan sekalipun daging babi dibersihkan dgn cara menyucikan najis mughalazah...dan kucing dibersihkan cara najis pertengahan.
namun kedua2nya tidak haram di pegang atau disentuh....dan tak haram dipandang :)
jadi sebenarnya, kita geli dgn daging babi ni sebab dia haram di makan atau sebab dia najis mughalazah???
semasa di Pulau pangkor , saya dapati kebanyakan kedai runcit menjual beer atau arak dlm peti ais yg sama diletakkan minuman kotak atau minuman tin yg lain...org melayu islam selamba je beli air kotak tu....tak geli pun depa tu....pasaipa ya??...haaa jawab
LaksaJohor,
ReplyDeleteSaya tengah pening, baca posting awak makin la pening, heheh....
Lum dapat digest lagi, banyak sangat soalannya, semua kena jawab ke?
Patutnya, awak tanya kat Rancangan Tanyalah Ustaz, mahu pening aaa ustaz2 tu.
pening ka? ada saya kisah??
ReplyDeletealaa tak mampu jawab le tu yg kona macam2. kalo bole jawab dah lama dia 'hentam' soklan saya.
kalo mo ostat 'tanya lah ustaz' yang jawab, saya tak masuk blog wuzara, saya masuk tv9.
maksud soalan saya....apa hukum jual benda haram dimakan berdekatan dgn benda halal dimakan.
Tak boleh tu sebab memang hukumnya haram atau sebab kita geli geleman...
ada pahaam?
Makaih... indahnya bahasa.
ReplyDeleteLor... as simple as you should be able between najis and mutanajis. If it was najis, haram to be utilized. But, for mutanajis we can utilize it once the najis is removed.
Dont be too lazy, you can found all this information from kitab fiqh.
indah ke bahasa saya???....makasih.
ReplyDeletesapa yg malas??
tulis artikel pendek sketot camtu memang lah terdedah kpd pelbagai pemahaman. Saya cuba memahami maksud tulisan anda ttg menjual babi berdekatan dengan jual santan, cabai ke sayur ke....apa saja yg halal bagi muslim. Tidak dijelaskan babi tu terkena santan ke atau sayur ke, jadi kenapa timbul isu najis ke mutanajis ke ... jawab dulu soklan saya, dan bawakan dengan jelas apa yg sedara cuba ingin kongsikan dgn kami dari artikel saudara itu...
kitab fekah memang banyak boleh dirujuk.....tapi dah tulisan ttg babi ni ada disini, saya nak rujuk ustaz wuzara plak.