Saturday, November 7, 2009
TERSALAH UBAT
Seorang pesakit datang berjumpa doctor mengadu demam. Doktor terlebih dahulu bertanya ‘history’ penyakit tersebut. Biasanya doctor akan melihat kembali kad rawatan, bertanya kepada pesakit sudah berapa lama beliau sakit dan soalan-soalan lain yang dapat memberikan petunjuk berkenaan demam tersebut. Kemudian barulah doktor akan memeriksa petanda asas kesihatan pesakit seperti suhu, tekanan darah, pernafasan dan keadaan mata serta tekak. Prosedur berikutnya doctor akan bertanya adakah gejala atau sakit-sakit lain yang dialami seperti sakit perut, menekan perut dikawasan appendiks, sakit telinga, nanah pada kaki dan sebab-sebab lain yang sebenarnya menyebabkan seseorang itu mendapat demam. Ini adalah prosedur asas untuk mendiagnosa apa punca sebenar demam tersebut. Boleh jadi sebenarnya demam tersebut adalah disebabkan appendiks yang pesakit tersebut sendiri tidak rasa. Sekiranya doctor hanya memberi antiobiotik yang tiada kena mengena dengan appendiks tersebut, maka berkemungkinan appendiks itu boleh pecah dan berisiko tinggi memmbawa maut. Oleh sebab itu diagnosis penyakit mesti tepat agar penyakit itu dapat dirawat dari puncanya bukan sekadar merawat simtom.
Simtom-simtom Penyakit Yang Ada Pada Ummat Islam
Begitu juga kita menngkaji akar segala permasalahan ummat Islam, wajib tepat. Jika kita sekadar merawat simtom maka ia merupakan kejayaan golongan kufar. Tetapi jika kita benar-benar merawat punca sebenar penyaki ummat Islam, maka itulah yang sangat ditakuti oleh ummat Islam.
Jika mendiagnosa ummat Islam hari ini kita akan menjumpai banyak simtom-simtom penyakit. Dalam skala makro kita dapati ummat Islam
1) tertinggal dalam bidang teknologi,
2) pembangunan senjata yang terkebalakang,
3) tidak menguasai ilmu,
4) tidak menguasai ekonomi,
5) dijajah dan diusir, dibunuh, ditindas, tanah dan harta mereka dirampas,
6) maruah mereka dicabul,
7) tidak mempunyai suara kuat dalam PBB,
8) ramai yang dihinggapi HIV,
9) ekonomi dunia yang dipenuhi riba’ ,
10) menagih dadah, terpengaruh dengan budaya barat,
11) mengamalkan undang-undang kufur,
12) bertelagah antara aliran-aliran Islam seperti sunni dan syiah, assy’ariah dan salafi,
13) pemerintahnya dipenuhi korupsi,
14) nabi dihina tanpa sebarang pembelaan,
15) pemikirannya diselaputi pemikiran jabariah yang menjadikan orang malas berfikir apalagi berusaha,
16) orang murtad berleluasa,
17) menjadi pelarian di tanah air sendiri,
18) kadar penganggurannya tinggi,
19) ramai yang kebulur tiada makanan dan kurang gizi makanan,
20) negara ummat Islam berpecah dan tidak bersatu,
21) tidak menguasai sector industry malah terpaksa bergantung kepada golongan bukan Islam
22) dan seribu satu permasalahan makro yang telah, sedang dan terus melanda ummat Islam secara global.
Jika kita melihat ke skala mikro dalam konteks kita di Malaysia, seribu satu simtom juga kita akan hadapi. Antaranya adalah
1) Perkara asas seperti makanan halal pun tidak selesai,
2) masalah setinggan,
3) masalah anak orang Islam yang menjual arak di seven eleven dan pasaraya-pasaraya, yang merempit,
4) Pendidikan sekular
5) Mini market tak Islami
6) buang bayi, berdisko, berzina,
7) mat rempit dan minah rempit,
8) ramai yang murtad akibat dibenarkan oleh perlembagaan,
9) pergaulan bebas,
10) betapa ramainya yang menjadi pemakan dan pemberi riba’ (isu yang amat sensitive bagi sesetengah golongan),
11) kezaliman ISA,kezaliman kerajaan terhadap aktivis gerakan Islam,
12) kezaliman kerajaan mengenakan pelbagai cukai yang menghimpit rakyat,
13) masalah inses (hubunngan seks sesama keluarga),
14) berleluasanya ragut, rogol,
15) kecurian kereta
16) ramai yang gila Barclays Premier League
17) samseng jalan
18) pengangguran, dibuang kerja akibat kemelesetan ekonomi
19) kehancuran institusi kekeluargaan
20) Ah Long bermaharajalela tanpa siapa yang berani melawan
21) Perjudian di halalkan
22) Arak dilesenkan
23) Wanita dimestikan membuka aurat untuk memakai uniform kerja
24) Drama dan filem yang merosakkan akhlak
25) Aduhai banyak lagi masalah
Mengubati Simtom atau Merawat Penyakit?
Setiap kali permasalahan simtom-simtom ini diutarakan, maka ramailah cerdik pandai yang akan mengutarakan pandangan bagaimana cara-cara menyelesaikan permasalahan ini. Bagi golongan pemikir yang biasa berfikir dalam skop yang sempit maka skop pembahasan mereka adalah permasalahan nasional dalam skala mikro Malaysia. Seringkali kita lihat diskusi-diskusi dikaca televisyen, para pemikir dan cendekiawan membicara sebab dan penyelesaian bagi masalah ini. Banyak kertas kerja telah dibentangkan oleh ahli akademik. Sedangkan bagi pemikir dan cendekiawan yang benar-benar hebat pemikiran ideology kapitalisme, mereka cuba mengetengahkan Malaysia sebagai hero di peringkat antarabangsa. Maka diadakan Konvensyen Jenayah Perang, permasalahan pencabulan hak asasi manusia, kertas kerja bagi menangani krisis ekonomi global dan bentuk pembentangan antarabangsa lain. Semuanya dilakukan dalam kerangka ideology kapitalisme. Sebagai penganut ideology, maka para pemikir dan pemerintah ini cuba mengelesaikan simtom-simtom permasalahan dalam ideology kapitalisme. Mereka tidak dapat mengakui permasalahan itu berpunca dari ideology itu sendiri. Maka berfikirlah mereka terus menerus untuk membaiki masalah-masalah dari kegagalan ideology itu.
Itu mereka, pemikir kapitalisme yang digaji oleh pemerintah-pemerintah hari ini. Yang mendapat kehormatan, kedudukan dan pengiktirafan dimata masyarakat dan global. Tetapi bagaimana dengan kita sebagai ahli politikus Islam yang berjuang tanpa bergaji dan semata-mata untuk mendapat redha Ilahi? Kita dapati ada segelintir dari kita yang masih bergelut menyelesaikan 1001 simtom yang dinanahkan oleh ideologi kapitalisme hari ini, apakah seharus begitu? Atau adakah sepatutnya kita terus pergi kepada punca segala penyakit yang melanda dunia hari ini? Kita cari apakah penyakit sebenar ummat Islam dan kita rawat ia.
(bersambung…)
WUZARA
No comments:
Post a Comment