Wednesday, May 6, 2009

PARTI KEADILAN SEJAHTERA TIDAK MAHU TEGAKKAN NEGARA ISLAM JIKA MENANG PEMILU

Anggota Majlis Syuro PKS, Dr Hidayat Nur Wahid (gambar bawah) dalam kempennya kepada golongan Tiong Hua menyatakan PKS tidak akan menegakkan negara Islam jika menang dalam pilihanraya.

Saya percaya, tindakannya ini lebih kepada usaha untuk menegakkan sokongan bukan Islam. Makar yang kurang sama berlaku di Malaysia. PAS dalam usaha mendapatkan sokongan kaum Tionghua, telah mengeluarkan dakyah mengelirukan dengan menyatakan orang bukan Islam tidak dikenakan hudud. Dalam banyak ceramahnya Presiden PAS, Haji Hadi,mengulangi orang bukan Islam tidak dikenakan hudud, tetapi diberi pilihan untuk memilih hukum Islam atau hukum kufur. Beliau malah menyelewengkan ayat Al Maidah 42 yang diturunkan untuk kes kafir di luar negara Islam dan membelakang ayat 49 surah Al Maidah yang diturunkan bagi kafir penduduk negara Islam.

Apabila dipersoalkan, maka jawapannya adalah dakwah secara 'hikmah' kepada bukan Islam. Penegasan saya, ini bukanlah dakwah tetapi dakyah kepada ummat Islam. Mereka sanggup membohongi bukan Islam semata untuk kekuasaan.

Samada kes PAS di Malaysia atau PKS di Indonesia, ini adalah akibat masuk ke dalam perangkan demokrasi. Maka mereka sanggup mengorbankan hukum Islam demi mendapatkan sokongan bukan Islam. Semoga membuka mata dan fikiran kita semua.





Hidayat Promosi PKS ke Pengusaha Tionghoa

Seorang tetua komunitas Tionghoa lantas menanyakan apakah PKS akan menjadikan Indonesia sebagai negara Islam jika PKS menang Pemilu. Hidayat tegas menjawab, ”Tidak,”.

JAKARTA — Anggota Majelis Syuro Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Hidayat Nur Wahid, mempromosikan partainya di kalangan pengusaha etnis tionghoa.

Para pengusaha itu bertanya beragam hal, mulai dari peluang Hidayat menjadi calon wakil presiden, hingga apakah PKS ingin mendirikan negara Islam di Indonesia.

‘Pemilu di Indonesia tidak seharusnya membuat pilu. Tidak boleh ada diskriminasi suku, agama, maupun ras,’ kata Hidayat, Ahad (3/4) siang dalam acara Suara Kebangsaan Tionghoa Indonesia (Sakti).

Hidayat menyampaikan pidatonya selama 30 menit di depan ratusan pengusaha. Usai berpidato, sejumlah pengusaha mengangkat tangannya, ingin bertanya pada mantan presiden PKS itu.

Ada yang bertanya komposisi kabinet, jika PKS menjadi cawapres. PKS mengincar kursi menteri apa saja. Hidayat tidak menjawab pertanyaan ini. Ia berdalih, PKS tidak dalam posisi menentukan kabinet.

‘Tapi tentu kalau 2014 PKS memenangi Pemilu, saya akan jawab pertanyaan itu,’ katanya.

Seorang tetua komunitas Tionghoa lantas menanyakan apakah PKS akan menjadikan Indonesia sebagai negara Islam jika PKS menang Pemilu. Hidayat tegas menjawab, ‘Tidak,’.

‘PKS adalah organisasi politik yang bersifat nasional. Kami mengikuti hukum di Indonesia yaitu UU Partai Politik dan UUD 1945,’ sambungnya.

Hidayat lalu menceritakan perjumpaannya dengan mantan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew beberapa waktu lalu. Lee ternyata menanyakan hal serupa pada Hidayat.

Hidayat menjawab, apakah Lee melihat ada hal-hal diskriminatif di DKI Jakarta sejak 2004 - 2009? Sebab di lima tahun lalu PKS menang Pemilu Legislatif di DKI Jakarta.

‘Apakah pemprov menerbitkan perda yang membuat masyarakat Islam menjadi ekslusif? Tidak! Apakah pemprov menerbitka perda yang membuat seluruh pengusaha etnis tionghoa tak boleh berusaha di Jakarta? Tidak!’.

Lee tampak belum puas. Ia kembali bertanya, bagaimana kebijakan PKS di tingkat nasional maupun eksekutif. Hidayat membalas, dirinya adalah Ketua MPR. Apakah sejak dirinya menjabat terbit aturan MPR yang diskriminatif? Tidak.
Begitu pula soal tiga menteri PKS di Kabinet Indonesia Bersatu, yaitu Menpera, Menpora, dan Mentan. ‘Apakah ada perumahan yang dijual hanya ke orang Islam? Apakah olahraga hanya memprioritaskan atlet muslim? Apakah bantuan pertanian hanya ke petani-petani beragama Islam? Kan tidak. Semua golongan mereka layani dengan terbuka,’ kata Hidayat disambut tepuk tangan. evy/fif

http://republika.co.id/berita/47980/Hidayat_Promosi_PKS_ke_Pengusaha_Tionghoa

http://pk-sejahtera.org/v2/main.php?op=isi&id=7317

3 comments:

  1. Iya..., opini itu tak ada salahnya..., Tapi patut kita pahami bersama bahwa untuk menegakkan negara Islam atau khilafah Islamiyah, Tidak Cukup Hanya Dengan Halaqah dan Seminar belaka!kita harus memiliki pemahaman dan pandangan yang luas. Bahwa dalam usaha menegakkan khilafah, kita tidak cukup hanya sekedar mengadakan halaqah, seminar, atau aksi.
    Dan hendaknya, kita tidak saling menjelekkan sesama Muslim! Kalaulah itu langkah yang diambil PKS, maka hargailah! bukan mengejek, apalagi menjatuhkan. Ingat, walau orang2PKS tidak sefikrah dengan antum, tapi itu ikhwah antum! Kalau salah, tegur dan nasehati orangnya, bukan menebarkan aibnya kepada khalayak!

    ReplyDelete
  2. Salam buat el-haracky,

    Ada beberapa point yang saya kira boleh dikongsikan bersama:

    1) Dalam usaha menegakkan khilafah Islamiah, sememangnya halaqah, seminar dan masiroh saja tidak cukup.
    Halaqah adalah usaha pentarbiahan secara detail untuk memberi kefahaman mendalam berkenaan Islam. Seminar adalah usaha untuk membina pandangan umum tentang isu2 atau topik2 tertentu mengikut pandangan Islam.
    Sedangkan masiroh, adalah manifestasi kemarahan ummat terhadap hukum kufur yang menzalimi mereka.
    Usaha2 ini boleh kita lihat dalam perjalan dakwah Rasulullah. Yang mana setelah pandangan umum ummat menyokong Islam, maka barulah baginda berusaha secara langsung mendapatkan kekuasaan dengan melakukan tholabun nusrah.

    Sayang sekali, apabila hari ini method ini tidak ditempuh oleh sesetengah gerakan Islam. Mereka lebih gemar menempuh method ciptaan Plato, demoskratos, berbanding minhaj perjuangan nabi. Akibatnya, perjuangannya lebih kepada usaha mendapatkan kekuasaan berbanding menegakkan Islam. Ya, dengan demokrasi mungkin gerakan Islam boleh mendapat kekuasaan, tapi tidak menegakkan Islam secara kaffah.

    Jika di Malaysia, PAS telah memutarbelitkan hukum hudud, dengan menyatakan kafir dzimmi tidak dikenakan hudud. Pemimpin mereka juga pergi ke sambutan perayaan kufur seperti Tahun Baru Cina dan Deepavali. Malah kepimpinan tertinggi mereka mahu membuka keahlian kepada orang bukan Islam sebagai ahli penuh.

    Di Indonesia pula, bagaimana Parti yang mendakwa memperjuangkan Islam boleh membohongi kaum bukan Islam bahawa mereka tidak akan menegakkan negara Islam jika menang pilihanraya(pemilu)? Apakah berbohong dibenarkan dalam dakwah dalam rangka mendapatkan kuasa?

    Berita ini disebarkan di media massa dan malah oleh laman rasmi parti tersebut. Mereka dengan bangganya melaungkan dakyah ini. Apa permasalahannya untuk kita sama-sama menyanggah pandangan ini supaya ummat tidak terkeliru dengan dakyah sebegini?

    Akhir kalam, saya bukanlah mahu bertegang urat dengan sesiapa. Tetapi apa yang saya paparkan, adalah supaya ummat nampak dengan jelas kebathilan dakyah yang mereka sampaikan, dan dapat mengambil pelajaran darinya. Semoga kita sama-sama mendapat redha Ilahi.

    ReplyDelete
  3. Kafir zimmi tidak menerima Islam. Wajarkah mereka dikenakan hudud? Sama seperti org Islam wajib solat fardu 5 waktu, adakah org kafir wajib solat fardu 5 waktu juga? Masalah di Malaysia yg sebenarnya ialah orang melayu Islam yg bernaung di bawah UMNO telah memperlekehkan undang2 hudud sewenang-wenangnya serta menakut-nakutkan kafir zimmi ttg hudud. Tiada langsung ruang diberikan utk seluruh rakyat Malaysia meneliti pro dan kontra hudud dilaksanakan pd masa kini. PAS pun telah mengambil masa lebih 20 tahun utk mengkaji perlaksanaan hudud dan sanggup bersabar dengan tidak melaksanakannya lg. Tapi PAS sedaya upaya menyedarkan org Islam tentang kepentingan hudud. Gejala buang bayi sangat berleluasa kerana org Islam tidak takut zina. Kesimpulannya, orang Islam sendiri yg takut hudud dilaksanakan tetapi tidak takut kpd dosa besar yg dilakukan. Kafir zimmi buat dosa dan tidak dihudud sudah tentu azab neraka yg dahsyat telah disediakan Allah SWT utk mereka.

    ReplyDelete