Thursday, May 28, 2009

KEWAJIPAN PENERAPAN HUKUM HUDUD KE ATAS KAFIR DZIMMI (SIRI 1-PENDAHULUAN)

Isu orang bukan Islam tidak dikenakan hudud telah muncul di Malaysia sejak tahun 2003 apabila Parti Islam Semalaysia (PAS) melancarkan Draf Negara Islam (DNI)setebal 53 muka surat. Ketika melancarkan DNI ini, Tuan Haji Hadi antaranya menyentuh berkenaan hukum hudud kepada bukan Islam.

Isu ini menimbulkan kebingungan kepada ummat Islam di Malaysia. Saya sendiri dulu diajar oleh PAS bahawa orang kafir yang menjwadi warga Negara Islam juga wajib dikenakan hudud. Jika selama ini PAS secara jelas dalam Draf Hudud Kelantan menyatakan hudud wajib ke atas Islam dan bukan Islam, tetapi secara rasminya DNI menidakkan hukum tersebut. Sangat menyedihkan apabila sesetengah ahli PAS, tetap mempertahankan apa saja keputusan ulama' mereka (termasuk bagi kes hudud ini) tetapi masih ada lagi sebilangan orang Islam yang teliti dalam menilai hukum syara’ dan tidak menjadikan ulama’ sebagai standard kebenaran. Golongan inilah yang mengalami kebingungan, tidak tahu bagaimana untuk berhukum.

Dalam Draf Negara Islam(DNI) yang dikeluarkan PAS pada tahun 2003 edisi bahasa melayu cetakan pertama muka surat 27 adalah dinyatakan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perlaksanaan Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja. Penduduk bukan Islam diberi pilihan samada hendak menerima hukum tersebut (hukum Islam) atau Common Law (hukum kufur). Firman Allah swt dalam Al Quran:

Maksudnya: Mereka suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram. Oleh itu kalau mereka datang kepada kamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakan kamu sedikit pun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; keran sesunguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.(Al-Maidah 42)

Sekiranya dengan melaksanakan yang tersebut di atas dikatakan PAS tidak adil, maka ketetapan Allah swt dalam ayat ini juga tidak adil. Memberi pilihan kepada orang bukan Islam samada menerima hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir atau sebaliknya bukanlah ketentuan yang PAS kepada mereka tetapi ketetapan yang Allah jelas dan nyata. Sebarang pertikaian dalam perkara ini sekali gus mempertikaikan hukum Allah.


--------------------------------------------------------------------------------------------
Pembaca yang dikasihi,

Kewajipan kafir dzimmi dikenakan hukuman hudud adalah hukum qathie sebagaimana kewajipan solat, puasa, riba’ dan lain-lain hukum qathie yang disampaikan secara tawatur baik dalam Al Quran mahupun Al Hadith. Tindakan PAS terutama Haji Hadi melaungkan di mana-mana hudud tidak dikenakan keatas bukan Islam dan malah mereka menyatakan sesiapa yang mempertikaikan perkara ini sekaligus mempertikai hukum Allah adalah merupakan kecerobohan dalam agama. Penggunaan ayat 42 Surah Al Maidah tersebut jelas salah kaprah kerana ia digunakan pada konteks yang salah. Semua ini akan saya huraikan secara detail dalam siri-siri berikutnya.

Apa yang saya hendak saya pada siri pertama ini, adalah kewajipan kafir dzimmi dikenakan hudud adalah kewajipan yang qathie, bukan khilafiah. Tindakan mana-mana pihak menafikan hukum ini adalah merupakan kecerobohan dalam agama yang wajib dmuhasabah dan ditentang apatah lagi dibawa oleh ulama’ yang memimpin parti Islam. Oleh itu saya minta kepada pembaca sekelian untuk menilai apa yang akan saya sampaikan ini berdasarkan hujah syara’ semata, tiada selainnya. Janganlah ketaatan kepada ulama’ menutup pintu hati kita dalam menilai kebenaran. Kerana Allah mengecam tindakan sedemikian secara keras dalam firmanNYa:

تَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan al-Masih putra Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS at-Taubah: 31).

Oleh itu, mari kita mohon kepada Allah agar membuka pintu hati kita dalam memahami penjelasan berikutnya untuk menerima kebenaran sekiranya ia benar. Dan menolak kebathilan jika ia bathil. Kita mohon kepada Allah supaya kita berhukum dengan bersandarkan dalil syar'ie semata. Kita mohon juga kepada Tuhan yang Maha Pemberi Petunjuk, agar kita tidak berhukum kerana sekadar ketaatan kepada pemimpin kita, atau kepercayaan kepada ulama' tertentu melainkan semata atas kebenaran dalil Mu, ya Allah. Ameen,

No comments:

Post a Comment