Thursday, January 15, 2009

MENJENGUK SEBENTAR KE UTM

Entah sudah beberapa tahun saya tidak ke UTM. Walaupun agak sering ke Johor Bahru atau pun ke Taman Universiti, tetapi tidak pula membelok ke UTM. Sejak meninggalkan UTM kira-kira 5 tahun lepas, pada mulanya agak sering juga saya berulang-alik ke sana. Cuma 2,3 tahun kebelakangan ini kesibukan dan lebih tepat lagi tiada urusan membuatkan saya tidak ke sana.

Sengaja saya keluar lewat pagi ini. Awal pagi saya bawa bonda sarapan di warung. Selepas itu berjumpa kawan-kawan kampung, biasalah sembang politik dirancakkan lagi dengan piliharaya kecil pada Sabtu ini. Jam menunjuk 11.10 pagi ketika saya mula bertolak ke JB. Sampai di Wisma TJB lebih kurang 12.30tgh. Urusan saya selesaikan kurang dari 15 minit, walaupun pendek ia amat penting untuk kerjaya saya.

Selepas itu makan tghari dan berbual panjang bersama Man JB dan Ishan. Nak kenal Man JB, silalah ke blog lintahtiram.blogspot . Beliau adalah pengusaha lintah, kambing dan usahawan yang saya kira berjaya. Panjang juga boraknya. Pukul 3petang saya menghala ke UTM. Sebenarnya saya nak mendapatkan buku rujukan Thermodinamik kerana banyak yang perlu dirujuk untuk projek terbaru Biomass Power Plant. Banyak yang dah lupa dan memang banyak pun yang saya tak ambil endah masa jadi student. Dah kerja ni, bila nak guna, barulah mengagau.

Sememangnya saya dah janji dengan sahabat saya, Rashid. Beliau yang mengajar di UTM sedang sibuk menyiapkan PHDnya. Membelok ke jalan masuk utama UTM, dah ada pintu guard baru sebelum pintu masuk utama. Pelawat ke lorong yang disediakan dan wajib mendaftar. Dah strict juga UTM sekarang, di waktu saya belajar dahulu saya kira siapa-siapa bebas untuk keluar masuk. Saya diberikan Pas Pelawat dan meninggal Lesen Memandu di kaunter. Sengaja saya lalu ke kawasan Fakulti, tentulah yang saya tuju Fakulti Kejuruteraan Mekanikal(FKM), disitulah saya bertahun-tahun struggle hanya untuk mendapatkan segulung ijazah.

Terasa seperti baru saja saya meninggalkan suasana ini. Ada beberapa kereta pensyarah FKM yang saya masih cam . Melihat ramai student yang menunggu bas, mat-mat dengan motor kapcai, melihat tempat parking motor di bawah FKM saya tersengeh sendiri. Saya membelok ke kiri untuk fetch up Rashid di fakultinya. Selepas membeli buku Thermodinamik di Kooperasi UTM, kami minum petang di arked Meranti. Arked Meranti dan Arked Cengal, dua buah tempat makan yang banyak gerai seingat saya dibina ketika saya masih menuntut di UTM.

FKM dan Arked Meranti, inilah 2 tempat utama terutama saya tinggal di Kolej 3 semasa tahun 5. Tinggal di Kolej 3, pergi kuliah dengan motor kapcai saya dan makan dengan kawan-kawan di Arked Meranti. Melihat telatah student-student yang sedang makan, terdetik aku dulu agaknya begitu. Sengaja saya perlahankan kereta melewati padang ragbi, banyak juga kenangan semasa bergelar rugger suatu masa dulu. Ada juga saya ambil gambar, insyaAllah akan saya uploadkan.

Banyak benda yang saya perlu berterima kasih kepada UTM. Pertamanya, pastilah ilmu yang telah dicurahkan. Tetapi yang paling berharga adalah peluang untuk dekat dan us berkenalan dengan gerakan-gerakan Islam. Dan seorang yang kuat emosi tetapi jahil tentang Islam, saya kira zaman menuntut di UTM telah menjadi transformasi bagi diri saya. Alhamdulillah, keputusan untuk menolak tawaran kursus Marine Engineering di UK oleh Petronas dan terus kekal di UTM saya kira keputusan yang tepat. Mungkin belum tentu saya dapat bersama gerakan Islam sekiranya saya mengambil keputusan untuk menjadi marine engineer.

Apa yang pasti, zaman kanak-kanak, remaja, persekolahan dan universiti telah berlalu. Pastinya masa yang dipinjamkan untuk saya semakin tinggal sedikit. Tidak tahu berapa lama lagi untuk saya terus hidup. Inilah kehidupan yang pendek menuju suatu kehidupan yang tiada akhirnya.

No comments:

Post a Comment