tag:blogger.com,1999:blog-3567877163122689061.post5587433631962130622..comments2023-09-21T16:18:42.332+08:00Comments on MENGEMBALIKAN KEHIDUPAN ISLAM: BN IKUT RAJA, PR IKUT PERLEMBAGAAN, SIAPA YANG IKUT ISLAM?Unknownnoreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-3567877163122689061.post-27401463942878181272011-07-06T01:10:39.842+08:002011-07-06T01:10:39.842+08:00Siapa ikut Islam? Memadailah sekiranya hanya sekel...Siapa ikut Islam? Memadailah sekiranya hanya sekelompok kecil yang lemah dan teraniaya ini sajalah yang mengikuti Islam. Kerana, sesungguhnya mereka yakin bahawa Allah sajalah pembela sekalian ummat Islam. Dan kita tidak sepatutnya juga mengikut mana-mana pun individu mahupun parti yang tidak menjadikan Islam sebagai Ad-Din. Biarpun pemimpinnya dari kalangan orang Islam, tapi haram tak pernahnya nampak solat berjemaah 5 waktu dimana-mana masjid dan surau dalam negara ni. Masalahnya, para pemimpin melayu ni semuanya berkehendakkan sesuatu dalam perjuangannya. Tiada yang melakukannya demi kerana agama, tapi kerana bangsa dan raja. Islam tidak pernah diasaskan sebagai memperjuangkan bangsa mahupun mana-mana raja yang mengaku Ketua Agama Islam, tapi raja manakah yang ada pernah mengimamkan solat 5 waktu bersama rakyat jelatanya? Hebat kan negara kita yang beraja, raja mengaku ketua agama, tapi mereka sendiri yang memburukkan agama? Adakah undang-undang dalam perlembagaan yang boleh kita guna untuk mendakwa mereka kerana tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua agama? Dihadapan Allah nanti, pasti kita semua akan dituntut atau dipersoalkan tentang masalah ini. Wallahu'alam. Terima kasih. Teruskan perjuangan kerana Islam, dan jangan kerana parti mahupun pemimpin.Tok Otakuhttps://www.blogger.com/profile/09760783786967889824noreply@blogger.com