Hosni Mubarak
yang memerintah secara kuku besi selama 30 tahun akhirnya tumbang. Ratusan ribu
umat yang berarak di Dataran Tahrir menyambutnya dengan penuh syukur dan
gembira. Kebangkitan secara besar-besaran bermula pada 25 Januari 2011, kini
menjadi hari tarikh sambutan Hari Kebangsaan Mesir. 18 hari kemudian Mubarak
tumbang. Kemudian diadakan Referendum Perlembagaan ke arah Pilihanraya Parlimen
dan Pilihanraya Presiden. Kini Mesir sedang mengalami perubahan dari
negara yang dikuasai tentera kepada
Negara Sivil Demokratik di bawah pimpinan Presiden yang baru dilantik, Dr
Mohammad Morsi dari Freedom and Justice Party (FJP).
Kemenangan parti
Islam sememangnya dijangka. Pakatan Demokratik yang diketuai FJP menang 45%
kerusi, mana kala Blok Islam yang diterajui Parti Nour menguasai 25% kerusi
parlimen. Baki 30% lagi dikongsi oleh pelbagai parti yang kebanyakkan dari
latar belakang sekular liberal. Ia memperlihatkan betapa umat mahukan
perubahan dan hilangnya kepercayaan
kepada golongan liberal. Malah dalam pilihnraya Presiden masih lagi dimenangi
calon dari parti Islam walaupun pelbagai suruhanjaya pilihanraya yang boleh
dipersoalkan.
Jutawan Ahmad Al
Shater dilihat sebagai calon utama Presiden Mesir dari Ikhwanul Muslimin
sebelum pencalonon beliau dibatalkan. Pun begitu masih lagi calon dari latar
belakang Ikhwanul Muslimin mendapat sokongan rakyat. Dr Morsi menghadapi
keadaan yang genting berikutan kemenangannya. Jawatankuasa Khas Angkatan
Tentera (SCAF) yang merupakan kerajaan sementara untuk menguruskan peralihan
kuasa, telah meminda peruntukan perlembagaan dengan menyempitkan kuasa
Presiden dengan memberi lebih kuasa
kepada tentera. Ini merupakan cabaran paling besar kerana SCAF terdiri dari 21
pegawai tertinggi tentera dari zaman Hosni Mubarak yang turut mempunyai
hubungan rapat dengan Amerika Syarikat(US) dan Israel.
Morsi perlu
menjaga hubungan baik dengan Israel yang bersempadan dengan Mesir sepajang
270km. Sejak perjanjian Camp David 1979, Mesir telah memainkan peranan yang
baik untuk Israel. Antaranya Mesir telah
menghormati dan menjaga persempadanan dengan Israel, memastikan tiada pejuang
Islam yang menggunakan Mesir sebagai pusat atau transit untuk menyerang Israel
dan akur dengan arahan Israel dalam soal persempadanan terutama di Rafah.
Penerimaan dunia
terhadap kepimpinan FJP yang berlatarbelakang Ikhwanul Muslimin ini banyak
dipengaruhi oleh pengiktirafan US. Malah terkait rapat.juga hubungan dengan Israel. Dalam
kebangkitan umat di Mesir, kita dapat lihat strategi yang dimainkan US dalam 3 peringkat:
a)
Sebelum kejatuhan Hosni Mubarak
Kebangkitan besar-besaran rakyat
Mesir bermula pada 25 Jan 2011 , saing dengan Syria. US telah membuat
persediaan untuk menurunkan Hosni Mubarak. Sehari sebelum itu pada 24 Jan,
Panglima Angkatan Tentera Mesir, Gen Sami Hafez Anan, telah dipanggil ke
Washington. US cuba memimpin kebangkitan melalui Ketua IAEA, Muhammad Al
Baradei, tetapi tidak berjaya. Kemudian, pada 30 Jan Gen Sami Hafez Anan
bersama Menteri Pertahanan Mesir, Field Marshal Hussein Tantawi, telah menemui
Setiausaha Pertahanan US bersama Menteri Pertahanan Israel. Jawatankuasa Khas
Angkatan Tentera telah ditubuhkan pada 9 Feb 2011 untuk menguruskan peralihan
kuasa. Mubarak meletakkan jawatan 2 hari kemudian setelah berkuasa selama 30
tahun. Dia jatuh dalam kebangkitan rakyat hanya dalam 19 hari. Rakyat Mesir
berpesta penuh kesyukuran meraikan kejatuhan pemerintah zalim itu. Yang nyata,
US masih lagi terlibat dalam menentukan hasil kebangkitan umat ini.
Sambutan Kejatuhan Hosni Mubarak di Dataran Tahrir |
b)
Antara Kejatuhan Hosni Mubarak Hingga Kemenangan Ikhwanul Muslimin dalam
Pilihanraya Parlimen dan Presiden
Sejak awal lagi Ikhwanul
Muslimin dijangka akan mendapat sokongan rakyat. Malah, diperingkat kepimpinan
IM Mesir mereka berbeza pendapat samada mahu terlibat dalam pilihanraya atau
sekadar menjadi whistle blower sahaja. Kerana sekiranya mereka bertanding
peluang untuk menang adalah sangat besar dan IM akan berhadapan dengan cabaran
untuk memerintah Mesir. Malah, Parti An Nour berlatar salafi yang baru
ditubuhkan juga mendapat sokongan yang agak besar dari rakyat.
Referendum Perlembagaan diadakan untuk mendapat pandangan rakyat. Akhirnya
ia membawa kepada pilihanraya Parlimen dari Nov 2011 hingga Jan 2012. Pakatan
Demokrasi yang dipimpin FJP dan Blok Islam yang diketuai Parti Nour menang
besar. Pakatan Demokrasi mendapat 45% kerusi manakala Blok Islam memperoleh
25%. Selebehnya dikongsi oleh parti-parti liberal dan Parti Wafd. SCAF telah
beberapa kali meminda Perlembagaan baru Mesir untuk memberi lebih kuasa kepada
tentera. Malah SCAF mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan Parlimen dan
Presiden.
Pilihanraya Presiden menimbulkan banyak ketegangan apabile 10 orang calon
dibatalkan termasuk 2 calon pilihan Ahmed Al Shater dari Ikhwanul Muslimin dan
Omar Presiden, bekas Timbalan Presiden pada zaman Mubarak. Ahmed Al Shater yang
juga seorang jutawan dan sangat berpengaruh di Mesir dilihat calon paling utama
untuk memenangi pilihanraya Presiden. Walaubagaimana pun Dr Morsi dari IM tetap
memenangi Pilihanraya Presiden yang diadakan dalam 2 peringkat. Tentunya beliau
berhadapan dengan tugas yang amat getir.
c)
Selepas Kemenangan Ikhwanul Muslimin
Konteks dalam negara, Dr Morsi menghadapi SCAF yang masih berkuasa dan
dominan. Beliau juga berhadapan dengan tekanan dari Israel. Paling utama adalah
untuk mendapatkan restu US kerana US menguasai SCAF dan juga berpengaruh ke
atas Israel.
Sejurus kemenangan Morsi, Setiausaha Luar Negara US, Hillary Clinton, telah
menemui beliau di Kaherah. Selepas pertemuan tersebut, Hillary telah menemui
Ketua SCAF Marsyal Hussein Tantawi secara berasingan. Dalam sidang media yang
diadakan selepas itu Hillary telah menegaskan kepentingan untuk menghormati
perlembagaan baru oleh semua pihak, menggesa tentera untuk menyerahkan kuasa
sepenuhnya Presiden, memastikan kestabilan rantau(baca: Israel) dan menyeru
kerjasama semua pihak untuk kearah sebuah negara sivil yang demokratik.
Pertemuan Hillary dan Morsi |
Dr Morsi setelah itu dalam kenyataanya menafikan akan menerapkan hukum
syariat kerana beralasan syariat telah terkandung dalam perlembagaan Mesir
1923. Beliau juga menyatakan akan menghormati semua perjanjian dengan Israel. Pemimpin
dan media Israel agak bersikap lunak terhadap kepimpinan baru Mesir ini
walaupun dalam masa yang sama terus mengkritik dan menyatakan kebimbangan.
Kejadian pembunuhan pengawal sempadan Mesir di wilayah Sinai telah dimanipulasi
Israel untuk memberi tekanan kepada Morsi kononnya keselamatan Israel terancam.
Sebagai respon, Morsi bersetuju menempatkan kereta kebal dan pesawat di situ.
Antara kejayaan terbesar Morsi setakat ini adalah dengan menamatkan jawatan
Field Marsyal Hussein Tantawi dan Gen Sami Hafez Anan. Ia dilihat sebagai
tindakan yang cukup berani oleh Morsi dalam keadaan beliau baru berkuasa. Malah
ada penganalisa politik menyatakan setelah tindakan tersebut maka Morsi lebih
berkuasa dari Hosni Mubarak suatu masa dulu. Morsi melantik Gen Abdoul Fatah Al
Sissi, bekas Ketua Perisikan Mesir sebagai ketua tentera yang baru. Sissi yang
dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Ikhwanul Muslimin sejak dulu,
sebenarnya juga rapat dengan US. Sissi juga seorang pegawai tentera yang rapat
dengan perisikan tentera US. Penasihat Anti Pengganas kepada Presiden Obama,
telah menemui Sissi semasa lawatannya ke Mesir pada Oktober lepas. Wall Street
Journal menyatakan itu petanda bahawa Maryal Hussein Tantawi yang hampir
memcecah 80 tahun bersetuju Sissi sebagai pengganti. Pejabat Presiden US ketika
mengulas perlantikan itu menyatakan Sissi sebagai pegawai tentera yang telah
lama bekerjasama dengan US, yang akan terus bekerjama dan menghargai perdamaian
dengan negara-negara jiran.
Dari Kiri; Field Marsyal Hussein Tantawi, Dr Mohammad Morsi dan Gen Sami Hafez Anan |
SENARIO MASA DEPAN
US memberi tanggungjawab kepad Dr Morsi
dan FJP untuk menubuhkan sebuah negara sivil demokratik di Mesir menggantikan
negara tentera. Mesir perlu meneruskan peranan untuk menjaga kepentingan dan
keselamatan Israel tetapi dalam masa yang sama Morsi perlu mengambil
langkah-langkah popular untuk mendapat sokongan rakyat dan dunia Islam.
Antaranya dengan membuka kembali pintu sempadan Rafah yang menghubungkan Mesir
dengan Gaza, suatu keputusan yang telah dibuat oleh SCAF 2 bulan selepas
kejatuhan Mubarak. Banyak perkembangan politik di rantau tersebut yang akan
menguji peranan Mesir terutama berkaitan Israel. Sebagaimana Mubarak, lama mana
kekuasaan Morsi banyak ditentukan oleh US dan Israel, selain sokongan rakyat
Mesir.
KESIMPULAN
Morsi sedang menghadapi cabaran yang sangat genting untuk membangunkan
Mesir, mengurangkan pengaruh tentera, mengimbangi tekanan Israel dan
mendapatkan redha US. Inilah realiti kekuasaan yang diperoleh melalui jalan
demokrasi. Rakyat memberi sokongan melalui undi tetapi hakikatnya kekuasaan
masih lagi terhad. Tentera, US dan Israel masih mempunyai peranan yang besar.
Ini bentuk kekuasaan yang ditolak Rasulullah semasa thalabun nusrah, di mana
ada bani-bani yang sanggup memberi kekuasaan secara terhad kerana masih
tertakluk perjanjian dengan Parsi atau Rom. Juga Rasulullah menolak kekuasaan
yang bersyarat yang tidak syar’ie. Sedangkan hari ini betapa banyak perkara
yang tidak syarie telah dilakukan FJP untuk mengekalkan kuasa di Mesir.
Mengikitiraf Israel, tunduk kepada US, menerapkan negara sivil demokratik
hingga memohohon pinjaman USD4.6 billion dari IMF. Walaupun ia akan dihalalkan
dengan alasan maslahah politik, hakikatnya ia adalah pelanggaran hukum dan
pengkhianatan kepada umat Islam. Semakin jelas, kekuasaan sebenarnya tidak akan
mampu diraih melalui demokrasi. Khilafah hanya akan bangkit melalui thariqah
nubuwwah, insyaAllah.
Cakap pasal Islam berdegar2, bila dah berkuasa tak serupa bikin. Tak payah tengok jauh2, di Malaysia ni pun lebih kurang sama.
ReplyDeleteHosni Mubarak yang zalim kepada rakyatnya, sebenarnya berkedudukan hamba kepada Amerika. Sebab itu semudah itu US menegenepikan hambanya itu. Morsi yang mendapat kekuasaan melalui demokrasi, tetap masih tertakluk kepada kedudukan hamba itu. Cuma seperti Erdogan, beliau akan mengambil banyak keputusan popular untuk menaikkan imejnya di kacamata umat. Walhal, ia hakikatnya hanyalah antara bidak Amerika untuk menjayakan peralihan dari Negara Tentera kepada Negari Sivil Demokratik.
ReplyDelete