Sunday, March 18, 2012
GAJI MINIMA: APAKAH MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH?
Isu gaji minima kepada kakitangan sektor swasta telah sekian lama diperjuangkan Kongres Kesatuan Sekerja, MTUC. Kenyataan Pakatan Rakyat(PR) untuk memperkenalkan gaji minima di dalam Buku Jingga dilihat dapat meraih sokongan golongan pekerja bawahan terutamanya.Dengan 2.2 juta pekerja berpendapatan dibawah RM1000 sebulan, ia sememangnya memberi tekanan politik kepada kerajaan BN. Apatah lagi setelah Kerajaan PR Negeri Selangor memuatkannya dalam bajet 2012, gaji minima RM1500 untuk kakitangan awam negeri. Menteri Sumber Manusia, Dr S Subramaniam telah beberapa kali menyatakan kerajaan kononnya akan menetapkan kadar gaji minima RM900, dengan mengambil kira syor yang dikemukakan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN). Ia telah menimbulkan ketidaksetujuan dari pihak majikan, malah ada yang menganggap ini adalah atas desakan politik.
ASAS GAJI MINIMA
Kapitalis memperkira gaji seperti mana harga komoditi, ditentukan oleh penawaran dan permintaan. Jika dilihat pada graf di atas, harga sesuatu barang/komoditi akan naik apabila ada kekurangan penawaran atau lebihan permintaan. Ia akan turun apabila ada lambakan barang atau permintaan menurun. Ia adalah suatu yang lumrah dan mudah difahami. Apabila musim buah-buahan seperti rambutan dan durian, harga buah akan turun kerana adanya lambakan. Tetapi apabila bukan musimnya, harga akan naik. Ia memang mudah difahami. Tetapi kapitalisme silap besar apabila membina asas ekonomi dengan menjadikan teori supply-demand(penawaran-permintaan) sebagai mekanisme pengagihan barangan atau perkhidmatan. Kerana realitinya, betapa banyak produk dikeluar hingga harganya jatuh tetap saja ada golongan yang tidak mampu memilikinya. Ini kesalahan utama teori ekonomi kapitalisme.
Dalam persoalan gaji adalah suatu kesalahan untuk menyandarkannya kepada mekanisme penentuan harga barang. Kapitalisme berpandangan dengan meletakkan satu nilai gaji yang dianggap wajar pada garis minima, mampu mewujukankan kesenjangan ekonomi. Walhal realiti yang berlaku kebanyakan negara yang telah mengamalkannya adalah permasalahan yang semakin bertambah.
Dari kajian yang dilakukan, perlaksanaan gaji minima telah menyebabkan peningkatan kos yang signifikan. Ini kerana apabila mereka yang berada dibawah paras gaji minima menerima kenaikan, mereka yang asalnya telah berada pada paras minima akan menuntut kenaikan gaji lalu berikut seterusnya. Ia menyebabkan kenaikan harga barang, akibatnya kenaikan gaji tidak memberi penyelesaian. Malah daya saing syarikat atau negara berkurangan. Di negara maju yang menguasai ekonomi banyak syarikat-syarikat melabur ke negara yang pasaran buruhnya lebih murah seperti Malaysia pada 80an, dan kini di China, Kemboja dan Myanmar. Kesannya mungkin berbeza bagi setiap negara, tetapi bagi negara yang bergantung kepada pelaburan asing seperti Malaysia kesannya lebih teruk apabila syarikat-syarikat ini berpindah ke negara lain. Kita akan lihat pengangguran meningkat, inflasi/deflasi boleh berlaku, tekanan sektor pekerjaan di mana beban dan waktu kerja yang bertambah, yang boleh memicu kenaikan masalah sosial dan kenaikan cukai. Ini antara realiti yang telah berlaku di negara-negara yang mengamalkan gaji menima. Boleh dikatakan kebanyakan negara di dunia telah melaksanakannya untuk sekian lama terutama negara barat dan Afrika, ia tidak menyelesaikan masalah.
PUNCA MASALAH
Punca permasalahan ini adalah ideologi kapitalisme itu sendiri. Ia bukan bukan sekadara kegagalan urustadbir, tetapi kegagalan sistemik. Kapitalisme meletakkan harga sebagai mekanisme pengagihan kekayaan, akhirnya jurang antara kaya dan miskin semakin melebar. Idea ekenomi bebas meletakkan syarikat-syarikat sebagai pemilik konsesi kekayaan alam, menguasai setiap industri pembuatan dan perkhidmatan, pencipta peluang pekerjaan sementara negara berfungsi merangka dan menerapkan dasar, lalu mengutip hasil dari pelbagai jenis cukai. Maka pasaran kerja utama dikuasai oleh sektor swasta.
PANDANGAN ISLAM
Hubungan antara majikan dan pekerja adalah akan ijarah (upah). Syarat keabsahan akad tersebut adalah masing-masing telah mumayyiz , ada ridha antara kedua pihak yang melakukan transaksi dan upahnya harus jelas. Nabi bersabda yang bermaksud:
"Apabila salah seorang dari kalian mengontrak seorang pekerja, hendaknya ia memberitahu upah kepadanya"
Kadar upah itu biasanya disebut (ajrun musamma) atau merujuk kepada upah yang sepadan (ajrun mitsl). Upah tidak boleh dinisbatkan kepada penentuan harga komoditi, iaitu berdasarkan penawaran dan permintaan. Sebaliknya, transaksi dari dua manusia yang saling memerlukan (majikan memerlukan perkhidmatan, pekerja memerlukan bayaran) ini adalah atas dasar masing-masing adalah saling melengkapi. Maka kadar upah sekiranya berlaku perselisihan ditentukan oleh mereka yang pakar untuk menilai berapa upah yang wajar untuk sesuatu pekerjaan, meneliti pekerjaan itu sendiri. Ia bukan berdasarkan keperluan hidup yang perlu ditanggung oleh pekerja, kerana majikan bertanggungjawab membayar bayaran atas kerja dibuat dan bukannya mencukupkan keperluan seseorang.
Aspek gaji ini, terikat dalam sebuah sistem ekonomi, yang mana ia bergantung sepenuhnya kepada ideologi yang diterapkan. Apabila ideologi dan ekonomi yang diterapkan, penyelesaiannya masalah gajinya juga adalah kapitalisme. Mungkin agak sukar bagi sesetengah kita mencerna penyelesaian Islam. Kerana Islam itu perlu diterapkan dari aqidahnya, menjadi ideologi bagi ekonominya yang dibangun bebas dari riba', percukaian, liberalisasi dan penswastaan.
KESIMPULAN
Konsep gaji minima ini adalah tampal sulam bagi menutup kegagalan kapitalisme. Ia tidak menyelesaikan masalah, malah akan menyebabkan lebih banyak masalah. Apatah lagi bagi negara yang kekuatan eknominya masih dalam keadaan rapuh. Ia hanya akan menyebabkan kenaikan harga barang, akhirnya pi mai pi mai tang tu. Apa yang nyata, baik BN mahupun PR perlu melihat penyelesaian Islam dan bukannya berharap kepada idea kapitalisme taghut ini.
Wallahu a'lam.
WUZARA
setuju
ReplyDeleteApa cadangan dari Prof?
ReplyDeleteHasrat Pakatan Rakyat memperkenalkan gaji minimum krn mahu pendapatan negara diagihkan secara lebih adil kepada semua pekerja agar dapat menghapuskan segala monopoli yang hanya menguntungkan kroni.
ReplyDeleteSbb kesannya adalah sengsara terhadap pekerja yg berpendapatan rendah.
PR juga dah mengkaji smua permasalahan, dan merangka dasar gaji minimum yg "menyeluruh" termasuk dasar yg jelas ttg kesanggupan utk menghentikan pergantungan kepada buruh asing dan memptingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam, kesihatan , pendidikan dan perumahan supya tidak tinbul pemasalahan yg boleh menghakis balik pendapatan pekerja itu tadi.
Hasrat Pakatan Rakyat memperkenalkan gaji minimum krn mahu pendapatan negara diagihkan secara lebih adil kepada semua pekerja agar dapat menghapuskan segala monopoli yang hanya menguntungkan kroni.
ReplyDeleteSbb kesannya adalah sengsara terhadap pekerja yg berpendapatan rendah.
PR juga dah mengkaji smua permasalahan, dan merangka dasar gaji minimum yg "menyeluruh" termasuk dasar yg jelas ttg kesanggupan utk menghentikan pergantungan kepada buruh asing dan memptingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam, kesihatan , pendidikan dan perumahan supya tidak tinbul pemasalahan yg boleh menghakis balik pendapatan pekerja itu tadi.
utk lebih jelas, sila khatam BUKU JINGGA.