Thursday, September 29, 2011

Krisis Politik dalam Kegagalan Ekonomi


Mungkin ekonomi dunia akan bertambah teruk? Semalam Presiden US, Barack Obama, menyalahkan krisis ekonomi EU yang memarahkan lagi ekonomi yang sedia parah. Awal minggu ini (atau mungkin minggu lepas), kita dikejutkan dengan skandal yang melanda UBS, antara bank terbesar di Eropah dan merupakan bank terbesar di Swiss. Greece telah bankrup akaibat kegagalan membayar hutang. Sepanyol, Itali, Ireland dan Portugal juga sedang bergelelut krisis yang sama.

Segelintir pakar Ekonomi mula menyalahkan pengenalan matawang Euro dikatakan sebagai antara faktor kegagalan ekonomi. Ada yang mengaitkan kegagalan ekonomi ekonomi ini dengan kejatuhan mendadak pertumbuhan ekonoomi US, memandangkan US dan EU saling berkait rapat. Nisbah hutang yang terlalu besar baik berbanding KNK mahupun pendapatan negara, juga menjadi petunjuk kepada krisis ekonomi. Tetapi para ahli ekonomi ini masih tidak mahu mengakui ini adalah permasalahan sistemik kapitalisme.

Saya tertarik membaca analisa berkaitan nisbah hutang penduduk Malaysia. Data dari Bank Negara menunjukkan nisbah hutang kepada pendapatan rakyat Malaysia adalah 39% pada 2006 meningkat kepada 48% pada 2010. Jika trend ini berterusan, fenomena debt bubble yang dialami US dan Eropah, boleh berkemungkinan terjadi di Malaysia. Menjangkakan persekitaran ekonomi yang tidak memberangsangkan dan juga nisbah hutang yang semakin besar, kerajaan telah beberapa kali menyuarakan perkara ini.

Saya tidak pelik jika kerajaan menggula-gulakan kakitangan kerajaan dengan bonus sebagai langkah popular untuk menghadapi pilihanraya. Walaupun sekarang bukan suasana politik yang menyenangkan bagi kerajaan, tetapi pilihanraya perlu diadakan secepat mungkin. Ini kerana, selepas itu mereka perlu mengambil banyak langkah tidak popular untuk menghadapi krisis ekonomi yang dijangkan lebih teruk dari kes sub prima di US sebelum ini.

Persoalannya adakah dengan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat Malaysia akan mampu keluar dari permasalahan ekonomi global. Saya kata ya, jika pemerintahan yang dibentuk adalah mengambil ekonomi Islam yang mana tidak bergantung dengan rangkaian ekonomi dan kewangan dunia baik IMF, Bank Dunia, WTO dan lain. Ia mustahil dilakukan kecuali mereka membentuk entiti kenegaraan Islam yang mandiri, iaitu khilafah. Penerapan politik ekonomi adalah jauh lebih kompleks berbanding penerapan hukum uqubat seperti hudud, jinayat dan ta'zir. Jika perkara ini tidak berlaku, mereka sekadar membentuk urus tadbir ekonomi yang lebih effisien dan telus dalam sistem kapitalisme seperti negara-negara Scandinavia.

Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ? (QS Almaidah: 50)

Semoga kita melihat dunia dengan kacamata Islam yang mampu menembusi dinding idealogi.

2 comments:

  1. tak boleh ubah kesemuanya, usahakan yg semampunya, ....saya gembira anda mengakui yg PR mungkin sekurang-kurangnya boleh membentuk urus tadbir ekonomi yang lebih effisien dan telus, seperti anda mengakui ada pergerakan yg lebih baik ditawarkan oleh PR berbanding pemerintah yg ada sekarang...jesteru, anda perlu turun memangkah undi jika anda juga harapkan utk ada sedikit perubahan,

    ReplyDelete
  2. menawarkan sesikit perbaikan urustadbir dan juga pengukuhan kekufuran, perlukah kita undi?

    ReplyDelete