Apabila suara mojoriti menggubal undang-undang, itu dipanggil demokrasi.
Apabila suara tuhan dijadikan alasan penetapan undang-undang, ia dipanggil teokrasi.
Apabila suara seorang saja menetapkankan undang-undang, ini pula autokrasi.
Mereka kata, jika dibanding dengan krasi yang lain, demokrasi yang terbaik, ia tidak haram kerana tidak disebutkan dalam Al Quran atau Hadith. Maka demokrasi boleh.
Jika begitu kaedah yang digunakan, maka komunisme yang menjadikan dialetika materialisme sebagai standard juga halal kerana tidak disebutkan dalam Al Quran dan Hadith. Setuju?
untuk tajuk 'pemuja demokrasi'....labeling yang keterlaluan, menyimpang dari kenyataan.
ReplyDelete"Mereka kata, jika dibanding dengan krasi yang lain, demokrasi yang terbaik, ia tidak haram kerana tidak disebutkan dalam Al Quran atau Hadith. Maka demokrasi boleh.
Jika begitu kaedah yang digunakan, maka komunisme yang menjadikan dialetika materialisme sebagai standard juga halal kerana tidak disebutkan dalam Al Quran dan Hadith. Setuju? "
takkan la wuzara menulis macam ni? ?...saya bagi tulisan yang mudah, komunisme membawa fahaman yg banyak menyimpang dari agama Islam, maka ia tertolak..sedang demokrasi masih ada amalan yg tidak bersalahan dgn Islam...yg tidak bersalahan itu diterima dan dimanfaatkan.Bermakna demokrasi atau komunisme dinilai ditolak atau diterima kerana amalan, bukan istilah. tapi HT mengambil terjemahan umumn sehingga jika ada sedikit pun yang boleh diterima pakai ia tetap tertolak kerana alasan tidak ambil islam secara kaffah...tu ada syabab HT yang mengkiaskan haram demokrasi sama dgn haram babi
Golongan sosialis Islam menyatakan banyak persamaan antara Islam dengan sosialisme, terutama dalam aspek keadilan ekonomi. Maka dari situ mereka menggarap idea sosialisme untuk diadun dengan Islam.
ReplyDeleteSekarang golongan demokratis Islam, mengatakan banyak amalan demokrasi yang tidak bertentangan dengan Islam, maka demokrasi halal.
Dalam demokrasi, kedaulatan adalah ditangan rakyat, maka rakyat memilih wakil mereka untuk menggubal undang-undang? Parti Islam terlibat dalam proses ini, dan mereka kata ia tidak salah. Anda bersetuju wahai khalid al walid?