Saturday, March 19, 2011
BNM tingkat syarat pendapatan minimum untuk kad kredit
Dalam perjalanan balik kerja semalam, saya mendengar perbincangan tentang syarat baru yang ditetapkan Bank Negara untuk kad kredit. Ada pendengar yang berpandangan syarat ini boleh membantu tetapi kebanyakkan berpandangan ia tidak mampu untuk menyelesaikan masalah.
Sebelum kita bincang dari aspek hukum syara', apa kata kita telusuri realiti penggunaan kad kredit di kalangan kita. Ramai yang mendakwa tujuan asal penggunaan kad kredit adalah sebagai instrument pembayaran berbanding membawa tunai. Tetapi akhirnya terjebak menjadikannya sebagai sumber kredit mudah. Apatah lagi di kalangan eksekutif muda yang terpengaruh dengan gaya hidup, sedangkan pendapatan masih lagi belum tinggi. Sebagaimana yang dinyatakan BNM, 50% daripada pemegang kad kredit berpendapatan di bawah RM36k setahun atau RM3k sebulan. Bayangkan bagaimana keadaan kewangan mereka. Habis belajar dan bekerja kurang dari 5 tahun, dengan beban PTPTN, installement kereta, personal loan bank rakyat untuk kahwin, keinginan membali DSLR, IPHONE... semuanya adalah realiti sinonim mereka yang terjerat dengan hutang kad kredit. Kemudian apabila pendapatan semakin meningkat, maka nisbah hutang pula akan meningkat, bukan berkurang. Inilah adalah sesuatu yang sistemik dalam sistem kapitalisme, kerana ekonominya dibangun oleh asas riba'.
Sebagai individu Muslim, marilah kita melihat dengan neraca Islam, dan Islam sahaja. Berbalik kepada nama kad itu sendiri, kad kredit. Jelas dari namanya sendiri menunjukkan ia adalah kad yang membolehkan pemegangnya melakukan kredit dari penyedia perkhidmatan/bank. Dalam perbankan hari ini, pemberian kredit adalah satu bentuk perniagaan yang memerlukan pihak bank mengenakan interest (riba') kepada pelanggan. Salah satu produk perbankan adalah kad kredit. Dari perkiraan kebarangkalian, pihak bank dapat mengunjurkan perolehan dari pelanggan kad kredit yang akan dikenakan riba'.
Jadi bermula dengan PTPTN, loan kereta, loan bank rakyat, hutang kad kredit semuanya adalah riba, inilah jerangkap yang cukup menakutkan. Kerana dosa riba sebanyak 1 dirham adalah bersamaan 36 kali zina. 1 dirham nilaiannya lebih kurang RM20 ringgit, maka difahammi setiap RM20 riba yang dibayar kita menanggung dosa berzina sebanyai 36 kali. Bayangkan kalau RM100 000 interets yang kita bayar, masyaAllah... berzina
180 000 kali??!!!
p/s: ada yang kata, saya guna kad kredit tapi bayar on time, tak kena riba. Penjelasan saya, dalam perjanjian kad kredit kita perlu bersetuju dengan sejumlah interest(riba') sekiranya lewat melakukan pembayaran. Dalam hukum aqad, jika wujudnya sesuatu term yang haram tetapi seseorang itu tidak terkena pada haram tersebut (seperti kes kad kredit bayar on time) akad tersebut adalah sah tetapi fasad. Hukum aqad yang fasad adalah berdosa kerana bersetuju dengan sesuatu yang haram.
-------------------------------------------------------------
2011/03/18
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menyemak semula syarat kelayakan pendapatan minimum bagi memohon kad kredit kepada RM24,000 setahun daripada RM18,000 setahun berkuat kuasa serta merta.
Timbalan Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata bagi pemohon atau pemegang kad yang memperoleh RM36,000 setahun atau kurang, mereka boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja. "Bagi pemegang kad sedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad, mereka diberikan tempoh sehingga 31 Disember 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan masing-masing," katanya pada taklimat media di sini hari ini. Pada masa ini, 50 peratus daripada 3.2 juta pemegang kad kredit mempunyai pendapatan di bawah RM36,000.
Nor Shamsiah berkata, pemegang kad juga diberikan sekurang-kurangnya dua tahun bagi menyelesaikan baki tertunggak mereka untuk kad yang dibatalkan bagi tujuan memenuhi keperluan itu.
Katanya, had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad juga tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar kad.
"Pengeluar kad akan berurusan dan berbincang dengan pemegang kad yang terbabit bagi membantu mereka menstruktur semula pembayaran hutang dalam usaha memudahkan pelaksanaan langkah berkenaan," katanya.
Nor Shamsiah berkata, langkah itu adalah usaha berterusan bagi memupuk amalan pengurusan kewangan dan hutang yang berhemat di kalangan pemegang kad kredit.
Sehingga akhir 2010, jumlah hutang kad kredit adalah sebanyak RM30.8 bilion atau lima peratus daripada hutang isi rumah.
Walaupun penggunaan kad kredit terus meningkat, nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) kekal rendah. Sehingga akhir 2010, NPL kad kredit hanya 1.7 peratus jumlah pinjaman kad kredit dan dua peratus jumlah NPL sistem perbankan. - BERNAMA
sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BNMtingkatsyaratpendapatanminimumuntukkadkredit/Article/index_html
WUZARA
Riba' ni rabak.
ReplyDeleteRamai yang tidak mempedulikan riba'.
ReplyDeleteTidak kurang yang menghalalkan riba' dengan alasan maslahah.
Ada juga yang menyorokkan riba' disebalik topeng perbankan Islam.