Thursday, December 23, 2010

SYIAH SESAT?

Pada Siri Seminar Jelajah Malaysia 2010 anjuran Hizbut Tahrir Malaysia (HTM)di Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi pada Ahad lalu,seorang hadirin mengajukan soalan tentang pandangan HIzbut Tahrir tentang Syiah. Soalan tersebut tiada kena mengena dengan topik yang dibincangkan. Mungkin saudara yang bertanya tersebut ingin mengetahui pandangan Hizbut Tahrir memandangkan yang menyampai seminar tersebut antaranya Presiden HTM, Ust Abdul Hakim Othman. Ust Hakim menjelaskan, bahawa Hizbut Tahrir tidak menerima pembahagian umat Islam kepada sunni dan syiah. HT memandang umat Islam sebagai Islam, selagi aqidah mereka adalah benar. Jika ada penyelewengan aqidah dalam aliran syiah, maka mereka itulah yang tergelincir. Begitu juga dengan Sunni.

2 comments:

  1. saya suka dgn presiden HT ni, berhikmah dan cermat menjaga persaudaraan dlm islam.Beliau faham, sikap mudah mengkufur, menuduh bidaah dan menghukum batil pd seseorang akan lebih mendekati permusuhan . Saya doakan dakwahnya mudah menjalar di hati-hati manusia yg ditemuinya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, apa yang saya kenali beliau sentiasa tegas dalam menyatakan pendiriannya berkenaan hukum syara' dan tidak menegakkan benang yang basah.

    ReplyDelete