Friday, June 18, 2010

Balik Kampung Lagi

Balik kampung memang seronok. Walau sekadar rumah mertua, tetapi suasana kampung, kelainan makanan dan budaya masyarakat yang berbeza ia bagai satu escape vacation bagi saya. Perjalanan kali ini special sedikit kerana ibu mertua saya turut serta. Beliau datang ke Johor untuk menziarahi kakak ipar saya yang mengerjakan umrah. Maka saya aturkan percutian agar balik ke Kelantan bersama kami. Tujuh orang satu kereta, memang berbaloi.

Kami bertolak selepas solat suboh, berhenti sarapan di Labis kira-kira 7.30 pagi. Harga makanannya agak mahal, tetapi saya abaikan saja, tidak mahu mood terganggu. Tetapi ibu mertua saya yang perasaan ia agak mahal, kami cuba kira tetap sukar untuk justify. Pada saya, itu resam travelling peniaga ketuk lebih sikit.

Kebetuan sampai waktu Zuhor, kami berhenti di Masjid Kuala Berang. Banyak juga kereta-kereta yang berhenti, mungkin destinasi kita sama :). Selesai solat hampir pukul dua, perut dah berkeroncong. Kami berhenti di hadapan Klinik Kampung Tengkawang, kali ini memang betul-betul kena ketuk. Harga sama sekali tidak munasabah, makanan tidak sedap dan harganya mahal. Inilah resam melancong di Malaysia, kalau nak harga standard makan nasi ayam atau kfc sahaja, :). Jadi, jika kita travelling, jangan terkejut dengan harga-harga makanan yang agak luar biasa, halalkan saja. Jadi, mood kita pun tidak terganggu.

Puan berposing di Masjid Kuala Berang

Kami sampai di rumah ketika azan Asar, perjalanan kali ini agak lama. Mungkin kerana banyak kali berhenti dan agak lama. Lagi pun bawa ibu mertua, tak bolehlah laju-laju. Petang tu sempat juga saya melayan kambing-kambing, wooo gemuk-gemuk.

Dua hari pertama, adalah hari saya menyiapkan kerja pejabat. Cuti pun kerja, nak buat bagaimana, itu memang tanggungjawab. Siap semua lega kepala saya. Balik Kelantan seperti tidak sah jika tidak ke pasar malam wakaf che yeh, 2 kali saya pergi. Tapi takla beli barang banyak pun.

Jalan menghala ke Bandar Kota Bharu, 2 lorong jadi 3 lorong, camne tak jam. Kebetulan Muktamar PAS sedang berlangsung di Putik.

Jika kita ke Kelantan,nasihat saya cuba elakkan makan di tengah bandar Kota Bharu. Dah enam tahu saya survey, belum berjumpa dengan kedai yang sedap dan harga berpatutan. Makanan yang menarik di Kelantan pada saya adalah sup atau dipanggil mi celup. Saya dapati, warung-warung di pekan, kampung dan tepi jalan lagi sedap dari gerai di tengah bandar Kota Bharu. Murah pun ye. Nasi kerabu dan ayam percik RM2 je, sedap, banyak dan murah. The best nasi kerabu in town yang pernah saya cuba, di Bunot Payung. Nasi kerabu ngan ikan selayang goreng tepung, tertelan air liur saya, pun RM 2 je. Warungnya buruk je, tapi saya suka suasana di situ, teringat warung di kampung saya semasa saya sekolah rendah dahulu. Saya tidak tahu kenapa, setiap kali saya ke situ, tuan punya kedai itu beri kepada saya dahulu walaupun ada pelanggan yang lebih dahulu sampai, mungkin dia tahu saya orang luar intead yang lain
pelanggan tetapnya.

Warung Nasi Kerabu yang di sedap tu, di Bunot Payung. 2,3 km je dari Bandar KB jalan ke Kuala Krai

Bagunan seberang jalan warung tu, saya cadangkankan kalau pergi ke kota bharu pekena nasi kerabu kat sini, memang berbaloi.



Sempat juga membawa ibu mertua shopping di Kota Bharu. Seperti biasa, saya singgah sekejap di Kedai Buku Jaafar Rawwas, tapi tak beli pun, banyak lagi kitab yang belum dibaca.Balik Kelantan ni, macam tak best kalau tak pekena tapai pulut daun getah. Saya beli sedikit, tapi rasanya tak seperti buat sendiri la.


Layan Fairuz di bendang, best wooo...


Lima hari di Kelantan, kami balik melalui Kuala Lumpur. Laluan Kuala Lumpur-Kelantan ini memang menyedihkan, suatu yang tidak munasabah. Bagi sebuah laluan utama, cuma jalan 2 lorong, berbukit-bukit, sempit, dan tiada bahu jalan. Kami berhenti sekali saja makan tengahari di R&R Gua Musang, mencari tempat yang teduh untuk menyantap bekalan gulai ayam kampung dan ikan keli goreng yang dibekal ibu mertua. Lalu di Manek Urai, saya tersengeh melihat poster-poster pilihanraya. Walaupun laluannya tidak menarik saya tetap enjoy the driving. Walau semua sudah terlelap, memandu pada saya satu yang menyeronokkan.
Jalan Merapoh-Kuala Lipis, lori tu selamba je potong, memang bahaya betul

Kami bermalam di rumah abang ipar di Selayang. Cadangnya untuk menziarah rumah saudara mara yang lain, tetapi plant saya ada masalah. Maka cadangan terpaksa dibatal, dan kami perlu balik ke Johor. Singgah mengambil spare part di Kota Damansara, kami terus balik. Saya singgah di plant sebentar sebelum balik ke rumah. InsyaAllah selepas ini mungkin balik raya pula. Saya teringin sebenarnya nak menyambut raya lama di Johor, suasanya sungguh berbeza sekali, memang dahsyat raya di JOhor :) . Tetapi dah setahun suntuk di sini, takkan balik raya sekejap je kan. Tapi apa kata raya kali ini kita raya di JOhor pulak, bolehkan puan? :) :)

No comments:

Post a Comment