Saturday, May 15, 2010

HALALKAN JUDI : INILAH WAJAH SEBENAR PEMIMPIN SEKULAR MALAYSIA


Allah secara qathie(pasti) di dalam Al Quran telah mengharamkan perjudian.

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh keuntungan” (TMQ al-Ma’idah (5):90).

Pemerintah Malaysia pula sekali lagi menghalalkan judi, bukan kali pertama. Walhal menghalalkan sesuatu yang dinyatakan haram secara qathie oleh agama boleh menjerumuskan kepada kukufuran. Tetapi pemerintah sekular ini sememangnya tidak mempedulikan halal atau haram, Islam atau kufur. Mereka menjalankan roda pemerintahan berdasarkan hukum kufur dan menolak hukum Islam.

Di mana para mufti-mufti dan pengarah-pengarah JAKIM ketika ummat sedang begitu marah, sedih dan benci dengan kekufuran demi kekufuran yang dipersembahkan pemerintah, tetapi kalian sekadar berdiam diri. Apakah kalian dilahirkan sekadar untuk belajar Islam tinggi menjulang dan kemudian mengkhianati agama dengan mendiamkan diri melihat kemungkaran yang dilakukan tuan-tuan kalian? Apakah itu saja maruah harga diri yang kalian letakkan?

Memang kita sudah tiada tempat untuk berkongsi kesedihan ini. Pemerintah dan sekian lama mengkhianati Islam dan si ulama' belaan sudah hanyut dengan pangkat dan kemewahan. Kita hanya ada gerakan-gerakan Islam yang berjuang siang dan malam dengan penuh ikhlas walaupun dihambat SB yang juga bekerja siang dan malam untuk tuan mereka, kekufuran ini, untuk memastikan Islam tidak akan kembali dalam kehidupan.

Wahai umat Islam, buanglah kepercayaan kalian kepada pemerintah yang ada berserta sistem kufur yang diimani mereka. Mereka sekalian lama mengkhinati Islam. Justeru, bersama-samalah dengan gerakan-gerakan Islam, berjuanglah bersama mereka dan mengharap kemuliaan di sisi Allah, tuhan yang mencipta kita dan yang mengharamkan judi. Kita sangat terdesak untuk menegakkan semula Islam di bawah naungan khilafah Islam. Apabila tertegaknya nanti bukan sekadar judi piala dunia, sukan piala dunia yang lagha ini pun akan turut lenyap dari muka bumi.

ALLAH AKBAR!!!

4 comments:

  1. inilah bahananya ketidakmampuan kita menjatuhkan pemerintah yg menjulang warisan jahiliyyah dlm pemerintahan mereka.

    Harakah islamiyyah mestilah mencabut jahiliyyah ini ke akar umbi dan tegakkan daulah islamiyyah di atas keruntuhan jahiliyyah.

    tertegaknya daulah islimiyyah maka tugas2 harakah islamiyyah dipindahkan pula kpd penjagaan sebuah sistem kenegaraan.Mereka yg terlibat dgn perjuangan bersama2 harakah islamiyyah memainkan peranan menerajui daulah islamiyyah dan melaksanakan tugas2 dakwah atau jihad yg dulunya disekat oleh pemerintah kufur.Tujuan daulah islamiyyah sama dgn tujuan islam sendiri, sebab negara itu tadi dibangunkan atas sifat keyakinan islam.
    Maka tujuan daulah bukan sekadar wujudkan suasana damai, bahkan utk laksanakan hukum2 islam dalam segala urusan kenegaraan dan sebarkan dakwah islam ke seluruh dunia.

    ReplyDelete
  2. “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh keuntungan” (TMQ al-Ma’idah (5):90).

    Sesungguhnya, dalam ayat ini terdapat kalimat yang lebih berat dari kalimat "telah diharamkan (hurrimat)", iaitu kalimat "fajtanibuuhu"(maka jauhilah semua perbuatan2 itu...) sebagai shigah muballaghah, yang menunjukkan betapa tegasnya pengharaman perkara2 di dalam ayat itu. Kejahilan pak menteri begitu teruk sehingga ayat yang qath'ie diabaikan. Ini juga bahana tidak habis belajar ilmu.

    ReplyDelete
  3. tufail.....pak menteri yg jahil tu dah maklum dah....pegawai2 agama dan menteri agama yg disekeliling pak menteri tu dok buat ape ?

    ReplyDelete
  4. Daulah islamiyyah itu membawa maksud yang sama dengan khilafah. Ibnu khaldun adalah cendekiawan Muslim yang secara rasmi menterjemah istilah'state'dari tamadun yunani sebagai daulah dan ia merujuk kepada khilafah.

    Semoga kita dapat melihatnya dalam usia kita.

    ReplyDelete