Qushayy bin Kilab mengahiwini anak Ketua Suku Khuzaah, pemerintah Hijaz sedangkan, sedangkan Qushayy dari keturunan Quraisy. Dalam masa yang sama, secara senyap-senyap beliau mengumbul suku-suku Quraisy. Apabila bapa mertuanya gering, beliau melaga-lagakan Bani Khuzaah dan Quraisy tanpa disedari mereka. Kemudian, Qushayy dianggap hero kerana mendamaikan kedua suku ini lantas dilantik ketua baru di Hijaz, ia mendapat gelaran 'mujammi'. Sejak itu bermulalah pemerintahan Bani Quraisy di Hijaz. Qushayy diganti oleh anaknya yang paling cerdik Abdul Manaf. Makkah mengalami zaman yang boleh dianggap gemilang dalam sejarahnya pada zaman anak Abdul Manaf, iaitu Hashim. Pada zaman Hashim, struktur pemerintahan Makkah diatur begitu tersusun. Terdapat 15 Jabatan yang mengurus pemerintahan dan pentadbiran Makkah yang mana diserah tugas kepada bani-bani yang terdapat dalam Arab Quraisy.
1. As Siqayah
Penguruasan air, haji dan telaga zam zam - Bani Hashim
2. Ar Rifadah
Pengurusan makanan dan jamaah haji - Bani Hashim
3. Al Imrah
Mentadbir Ka'bah dan Masjid Haram - Bani Hashim
4. As Sidanah
Keamanan dan pemegang kunci ka'bah - Bani Abdud Dar
5. An Nadwah
Penguruhttp://www.blogger.com/img/blank.gifsan tatanegara - Bani Abdud Dar
6. Al Musyawarah
Perhimpunan ketua-ketua dan pemimpin - Bani Asad
7. Al Asynaq
Keselamatan jiwa dan harta benda - Bani Taim
8. Al Qubbah
Urusan gendang perang - Bani Makhzum
9. Al A'innah
Pasukan berkuda dan keperluan perang - Bani Makhzum
10. Al Sifarah
Perwakilan luar dan dalam negara - Bani Adi
11. Al Aisar
Urusan panah-panah suci dan berhala - Bani Jamuh
12. Al Amwalul Muhajjarah
Pengurusan harta yang berkaitan dengan berhala dan keagamaan - Bani Saham
13. Al I'qabah
Pengurusan bendera dan syiar - Bani Umayyah
14. Al Khizanah
Perbendaharaan negara - Bani Saham
15. Al Qiyadah
Pengurusan polis, tentera dan perang - Bani Umayyah
Golongan Arab Jahiliyyah mereka bodoh bukan kerana mereka tidak tahu memerintah, tetapi mereka jauh tersesat menyekutukan Allah swt. Mereka ada struktur kenegaraan yang mengambil pandangan dan keterlibatan setiap bani dari Arab Quraisy. Begitu jugalah pemerintah kufur hari ini dan jabatan-jabatan dibawahnya, usah mendabik dada kononnya anda yang mentadbir negara ini dengan baik. Anda sama sahaja dengan Arab Jahiliyyah, berkuasa, menolak hukum Allah dan korup.
Ketua Polis Negara dengan sombong akan menyuruh kakitangannya berundur sekiranya masyarakat terus menyalahkan pihak polis, kali ini isu Adik AminulRasyid.Pengalaman saya dengan pihak polis, senang kata SB, mereka dengan bangganya mencanang menjaga keselamatan, ketenteraman dan natijahnya menghalalkan mereka melaksanakan hukum kufur dan menjadi alat pemerintah kufur mempertahan sistem kufur laknatullah ini. Kalian sama saja dengan Bani Umayyah zaman arab jahiliyyah.
BAGIKU,TULISANMU YG INI AGAK MELAMPAU.MEMBUATKAN AKU HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP TULISAN-TULISANMU YG DAHULU.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteBalasan Allah mungkinnya utk polis ni.....biar rakyat bukak mata.
polis sentiasa melindungi penjenayah golongan atasan dari kalangan pemimpin2 UMNO hatta yg melibatkan perbuatan zina mereka dgn isteri orang, merogol gadis bawah umur sehinggalah jenayah pembunuhan. Tapi polis mengejar sehingga ke lubang cacing rakyat biasa yg melakukan kesalahan sekadar memandu laju dan berkenderaan tanpa lesen.
sekarang kita tengok, adakah jenayah polis ini akan dilindungi pula oleh pihak pemerintah.....
harap ada juga usaha dari syabab HT utk membawa kes ini ke muka pengadilan dan membela adik aminurasyid seperti yg diusahakan oleh pemuda Pas. jangan pula kerana institusi polis ini lahir dari rahim demokrasi maka kalian pun mula beralasan.....
just my 2cents :D
To amir:
ReplyDeleteApa yang melampaunya akh? Sila sebutkan.JANGAN HANYA BERKATA-KATA AMARAN DAN DISKREDIT.
Insyaallah, tuan penulis blog boleh bertanggungjawab terhadap tulisannya.
Hidup dalam dunia demokrasi memang menghasilkan polis2 seperti ini
Salam..
ReplyDeleteMuzammil : Jika ada yang bertentangan dengan hukum syara' sila tegur kesilapan saya.
Kak Cik : Kita perlu bezakan antara riatus syu'unil ummah dengan tabanni masolihul ummah. Mana yang nabi lakukan sebelum tertegaknya negara dan mana nabi lakukan selepas tertegakknya negara. Kita turuti seadanya.
Tufail : Terima kasih.
sukar bagi saya menulis atau berbicara kerana kedangkalan ilmu saya sendiri.agama saya terokai hanyalah di slot pendidikan agama islam sehingga tingkatan 5 secara formal.selebihnya menerusi kuliah2 magrib di surau dan kadangkala membaca web2 ilmu termasuk web saudara.
ReplyDeletepun begitu,saya mampu letakkan diri ini dalam situasi ketua polis negara.jenuh sudah beliau ditekan.malaysia kita sudah dhujani pelbagai isu.yang disalahkan adalah pihak polis.
apa yang saya lihat,berilah peluang kepadanya untuk mengeluh.kerana telah puas ditekan dan dihenyak.ungkapan beliau itu adalah satu tanda untuk kita semua cuna fahami mereka.bukanlah "DENGAN SOMBONG" seperti yang saudara gunakan.
tidaklah saya katakan melampau dengan hukum yg saudara gariskan.kerana itu adalah hukum Allah.saya terima.moga2 satu hari nanti terlaksana keislaman total di negara kesayangan ini.
sesiapapun boleh berkata-kata.tetapi mohon yang berkata itu tolonglah jadi polis terlebih dahulu.sekurang kurangnya polis bantuan.baru layak hndak mempersendakan tugas mereka.
kerana bg saya,tidak wajar oleh kerana kes aminulrasyid, kita mempersendakan mereka.sungguh tidak wajar.kerana mereka dalam tugasan ketika itu.mereka bukan suka2 bagaikan bermain pistol air.waktu pukul 2 pagi,gelap gelita,takkan la perlu melihat ic orang yg mencurigakan dahulu sebelum bertindak.dan polis semestinya tidak akan mengeluarkan pistol mereka sehingga ada nyawa mereka atau org sekeliling terancam. kes ini belum jelas hitam putihnya.belum lagi kita ketahui siapa salah siapa benar.tetapi masyarakat bingkas menyalahkan polis.inilah dilema yg terpaksa ditempuh ketua polis itu saban hari.
bukan juga saya salahkan aminulrasyid serta merta,tetapi dalam minda saya kes ini 50 50.kita salahkan sesiapa yg patut disalahkan apabila perbicaraan sudah ada keputusan nanti.
jadi kenyataannya seperti itu janganlah disalah ertikan.sebaiknya kita memahami tugas beliau.
saya bukan orang polis,saya juga kadangkala meluat dengan sikap segelintir anggota polis.tetapi untuk menuduh kpn sombong adalah agak melampau kerana nyata benar maksudnya supaya kita lebih memahami tugasan mereka.
maaf andai hujahan saya sngat cetek dari segi ilmunya.kerana nyata saya hanya menggunakan logik akal dalam isu ini.
salam penuh kehormatan dari saya.
Salam...
ReplyDeleteKritikan tersebut, bukan kerana kes Aminulrasyid. Ia sekadar isu semasa yang saya selitkan.
Dalam sistem Islam, polis atau dalam bahasa Arab Syurtoh, memiliki kedudukan yang mulia. Ini kerana mereka adalah penguatkuasa dan pembantu bagi Qadhi dalam perlaksanaan hukum Islam, dan natijahnya kesejahteraan hidup manusia. Dalam zaman jahiliah di Makkah, fungsi dipegang oleh Bani Umayyah. Baik pada zaman jahiliah mahupun Islam, ia mempunyai fungsi yang sama tetapi cara yang berbeza.
Pada zaman jahiliah, Bani Umayyah menjaga keamanan dengan menguatkuasa undang-undang jahiliah. Mereka malah menjadi pihak yang menangkap dan menyeksa umat Islam semasa fasa Makkah. Sedangkan apabila Islam ditegakkan, keamanan dijaga dengan hukum Islam.
Hari ini, kita hidup dalam zaman yang nabi katakan dalam hadithnya sebagai ' mulkan jabriyyan' atau pemerintah yang bermaharajalela (menolak hukum Islam), pihak polis menguatkan kuasa undang-undang kufur untuk menjaga keselamatan. Pastinya makna keselamatan dalam undang-undang kufur berbeza dengan Islam. Apa saja yang mengancam undang-undang dan hukum kufur bagi mereka adalah satu bentuk ancaman. Maka polislah yang menangkap pejuang Islam, mendakwa dan malah memenjarakan mereka. Dihadapan SB sendiri saya katakan kepada mereka, kalian hanya menyapu najis-najis sistem kufur ini.wajarkah kita redha kepada tindakan memusuhi Allah dan Rasul begini?
Itulah perlunya saudara amir ketika berbicara,landasannya adalah hukum syara'.Dan hukum itu daripada Al-Quran dan Sunnah serta dua dalil yang ditunjukkan oleh Alquran dan Sunnah iaitu ijma' sahabat dan qiyas.Untuk masalah kepolisian ini, apa yang perlu difahami adalah apakah polis bertindak membentengi perlembagaan buatan manusia ini ataupun justeru menolong para pejuang dakwah?
ReplyDeleteDalam kes almarhum adik aminulrashid, polis jadi terdesak begitu adalah kerana juga jauhnya landasan keislaman yang menjadi dasar pijakan pihak tersebut. Dengan kata lain, polis sekarang dibentuk dengan asas yang salah, akibat jauhnya Islam daripada kehidupan. Yang mendasari pihak polis adalah perlembagaan ciptaan kafir penjajah juga.Sudahnya, mereka juga tersepit oleh desakan-desakan pelbagai pihak.
Kerana kita sayangkan mereka yang menjadi korban demokrasi inilah, maka kita ungkapkan kesalahan ini secara terbuka yang boleh dilawati oleh sesiapa. Islam mengatakan haram mempertahankan hukum kufur, atau berhukum selain hukum Islam.
Isu keselamatan adalah kewajipan pihak polis tetapi keselamatan yang dimaksudkan mestilah daripada apa yang Islam gariskan. Kita sayang mereka sebagai saudara seakidah, maka kita peringatkan kesalahan mereka. Betapa tegasnya teguran itu menunjukkan betapa teruknya kefatalan yang dilakukan.
terima kasih.jelasnya,adalah jauh menyimpang hukum diguna pakai ini.terima kasih atas penjelasan.semoga hukum allah tertegak kembali.
ReplyDeletekita tidak boleh salahkan sistem,kerana sistem dicipta manusia.salahkan manusia.semestinya.siapa manusia itu tidaklah penting.yang penting kesedaran bahawa kita sedang duduk dalam sistem laknatullah ini harus diterapkan.bukan di minda masyarakat biasa,tetapi di minda pemimpin kita.kerana tulisan saudara ini amatlah berharga, tetapi tampak hilang nilainya andai hanya dibaca.itupun oleh golongan yg mencintai ilmu.jadinya, tak kemana.
walaupun bukan duduk di barisan hadapan saya pasti akan di belakang menyokong usaha ini.usaha menegakkan islam ini.terima kasih saudara.
Alhamdulillah.
ReplyDeleteHari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu
ReplyDelete