Thursday, March 18, 2010

Cuti-cuti Malaysia; Cameron Highland - Kota Bharu - Teluk Cempedak


14 Mac 09


Saya menulis dari Cameron Highland. Sampai lebih kurang 2 petang semalam, terus check in hotel. Hujan renyai-renyai suhunya 18C. Semalam kami sempat pusing dari ringlet, Tanah Rata dan Brinchang. Singgah di ladang strawberi dan sayuran. Hujan turun agak lebat sekejap-sekejap ketika kami hendak ke pasar malam Brinchang. Sungguh sukar mencari parking kereta di sini. Di mana ceruk pun ada kereta. Akhirnya saya sempat menyelit di belakang kedai. Mujur hujan telah reda, kami berpayung ke pasar malam. Tak banyak yang saya beli. Sekadar membeli teh dan strawberi buat buah tangan serta keychain dan baju buat kenang-kenangan. Menjelang malam suhu menurun ke 18C tetapi mujur kurang berangin.

Di Ladang Strawbery dan Sayur-sayuran

Pasar Malam Brinchang


Suhu di Camerom Pada 7.55 malam

Pagi ini, selepas sarapan kami akan terus check out hotel. Rancangnya ingin ke ladang teh dan ros pula. Kaktus-kaktus comel mungkin juga menarik hati.

Saya sambil menonton TV9, sebuah rancangan agama dikendalikan oleh Ust Mohammad bin Abdullah, sungguh indah nama. Perbincangan bertajuk Ke Arah Penyatuan Ummat. Seorang penonton menelefon menanyakan soalan tentang hukum pekerja MAS yang terlibat membawa, mengendali dan menghidangkan arak di pesawat. Pemanggil menanyakan hukumnya, apakah hukumnya terlibat dengan arak ini, apakah diperbolehkan atau perlu berhenti kerja. Sayangnya si Ustaz langsung tak menjawab soalan tersebut. Sebaliknya beliau bercerita bagaimana Mongol diislamkan. Menurutnya, ramai ulama’ yang cuba mendakwahkan raja Mongol mati di bunuh, tetapi mereka tidak putus asa. Sampailah ke masa Ulama’ yang bernama Imam Bahrazi. Walaupun telah ramai yang dibunuh tetapi beliau tetap datang bertemu raja Mongol dan menyeru baginda memeluk Islam. Keberanian dan pendekatan Imam Bahrazi membuat Raja Mongol kagum dan memahami Islam lalu memeluk agama suci ini. Begitulah ceritanya, kemudian kembali ke perbincangan asal. Sungguh mengecewakan ustaz begini. Kenapalah cerita kehebatan seorang ulama’ itu dijadikan jawapan terhadap hukum arak? Jawapan yang lazim diberikan kononnya untuk menjaga keberlangsungan dakwah. Habis tu bila nak menyampaikan Islam yang benar. Kalianlah sepatutnya yang kehadapan memperjuangkan Islam, tetapi kenapa kalian tidak mahu menjawab persoalan sedemikian. Tidakkah kita ingat Firman Allah yang bermaksud, “Janganlah kamu mencampuradukkan yang haq dengan yang bathil, dan janganlah kamu sembunyikan yang haq sedangkan kamu mengetahui”. Tidakkah juga beliau mengambil iktibar dari kisah Imam Bahrazi yang sanggup menghadapi risiko dibunuh untuk menyampaikan Islam? Aduhai sungguh mengecewakan, dari saya kecik hingga ke besar ada juga ustaz-ustaz begini yang mencemarkan kaca TV saya. Baik saya pergi sarapan dulu.


15 Mac 09


Saya sambung menulis dari rumah mertua di Kota Bharu, Bandaraya Islam. Betul ke ia Bandaraya Islam? hmmm....

Kami sampai di kampung awal sedikit sebelum maghrib semalam. Saya memang cuba elakkan sampai selepas maghrib. Perjalanan dari Tringkap ke sini lebih dari 4 jam. Semalam kami sempat ke Ladang Teh Boh Sungai Palas. Perjalanan melalui jalan kecil dilereng bukit yang curam agak menyesakkan nafas apabila bertembung kenderaan dari hadapan. Sememangnya inilah tempat utama yang ingin saya lawati di Cameron Highland kerana saya adalah penggemar Teh O yang setia. Percutian kami dicemari sedikit dengan sikap seorang pemandu dibelakang kereta saya yang cukup sombong dan tak mahu mengalah pada perjalanan menuruni bukit dari Ladang The BOH Sungai Palas. Jalan begitu sempit. Tayar kereta saya betul-betul dah dihujung lereng yang curam, puluhan meter dibawahnya adalah lembah yang curam. Dari arah depan ada sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki India. Jalan ini tidak muat dilalui 2 kereta. Salah seorang dari kami perlu mengalah. Untuk meminta lelaki India itu mengundur keretanya adalah sukar kerana ia perlu mengundur jauh dan membelok untuk ke kawasan yang sedikit lebar (muat-muat 2 kereta). Bagi saya mengundur adalah lebih mudah kerana tidak jauh ada kawasan yang sedikit lapang. Tetapi Naza Ria dibelakang saya tidak mahu mengundur, walhal kawasan lapang tersebut Cuma dibelakang dan ia hanya perlu undur sedikit sahaja. Malah ia mula menjerit suruh saya dan lelaki India itu terus saja. Isteri saya keluar dan meminta Naza Ria itu mengundur kebelakang. Anak lelaki pemandu yang dalam lingkungan usia pertengahan 20an pula keluar memaki hamun. Belagak sungguh mamat berseluar pendek ini. Nampaknya anak dan bapak Naza Ria ni memang sama-sama bodoh sombong. Pemandu India itu pada awalnya bercakap secara baik pun dah mula naik angin. Saya cuba memberi isyarat kepada pemandu Naza Ria itu dari tingkap kereta agar mengundur kebelakang tetapi tidak diendahkan. Anaknya malah memaki kami tidak ada lesen dan sebagainya. Saya cuba menenangkan pemandu India itu. Dalam keadaan begini tak perlu nak bertegang urat. Saya pula turun dari kereta dan pergi ke Naza Ria itu dan meminta secara diplomasi agar ia mengundur sedikit ke belakang. Beliau mengundur sedikir sahaja. Kemudian ada 2 orang perempuan India pula yang memintanya agar mengundur. Sambil marah dan memaki hamun pakcik Naza Ria itu mengundurkan keretanya. Akhirnya saya dapat undurkan kereta dan kami dapat meneruskan perjalanan.

Semasa Perjalanan ke Ladang Teh. Kebanyakan kereta terpaksa berundur semasa bertembung dengan bas. Jalan ini lebih luas berbanding jalan semasa kami stuck dengan Naza Ria, malah tiada besi penghadang di tepi gaung. Tak sempat pula nak ambil gambar dalam suasana tegang tu.


Suasana tegang dalam 15 minit itu sebenarnya tidak akan terjadi jika salah seorang mahu mengalah. Dalam perjalanan naik, malah kami mengundur jauh kebelakang ketika bertembung dengan bas. Saya rasa sikap sporting dan diplomatik terutama dalam keadaan begini sangatlah perlu. Ia melambangkan mentality dan sikap kita. Pada saya hanya orang yang bodoh sombong saja yang bersikap mementingkan diri sebegitu. Walaupun jalannya agak teruk, ladang teh ini adalah yang paling cantik berbanding ladang-ladang teh lain di Cameron.

Pemandangan di Ladang Teh Boh Sungai Palas

Pemandangan dari Gunung Brinchang


Dari Ladang Teh Sungai Palas, kami singgah di Rose Valley sebentar sebelum bertolak ke Kota Bharu. Sampai di Simpang Kampung Raja, kami membelok ke kanan menuju Gua Musang melalui Lojing. Sekiranya ke kiri, kami akan turun ke Simpang Pulai, Perak. Perjalanan melalui Highway yang lengang ini cukup menarik, di apit oleh gunung ganang dan hutan belantara. Melalui kawasan orang asli dan hutan-hutan yang telah digondolkan di kawasan Lojing.

Pemandangan melalui Lojing


18 Mac 09

Kami sampai kembali ke rumah semalam. Hanya 2 hari sahaja di kampung di Kota Bharu, buat jadual kami agak padat. Pada pagi Isnin kami membawa ibu mertua membeli belah di bangunan MPKB. Saya mengambil kesempatan singgah di Kedai Buku Jaafar Rawwas. Petangnya sempat juga bermain-main di sawah padi,yelah orang Johor memang la jakun tengok bendang. Pada malamnya, aktiviti yang mesti apabila balik kampung adalah pergi ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh, macam-macam ada. Kalau anda ke Kota Bharu, inilah tempat paling sesuai untuk membeli buah tangan.

Pemandangan di sawah bendang

Tanaman Sayur-sayur mak Mertua di belakang rumah


Sayuran dan ikan air tawar di tali air

Mangga 4 kg RM10 di pasar borong Wakaf Che Yeh. Sedap dan manis.


Favourite saya di Kelantan adalah Mi Celup. Tetapi makan di sini kali ini agak mengecewakan, rasa kurang dan harga pula mahal.


Suhu tengahari di Kelantan, memang panas.




Keesokan paginya, saya sempat sarapan Nasi Kerabu di Bunut Payong, nasi kerabu paling sedap saya pernah makan. Tengahari makan gulai (kenduri) di Selising dan petangnya bercanda di Pantai Irama, Bachok. Esok pagi kami hendak bertolak balik ke Johor.

Pemandangan di Pantai Irama, Bachok.


Tandas awam di Pantai Irama Bachok, buang air kecil pun RM0.50, kotor pula tu. Saya rasa kebersihan tandas awam di Kelantan banyak yang perlu ditingkatkan. Mahal dan kotor.



Kami bertolak balik 7.30 pagi Rabu, semalam. Singgah di Kuantan, sempat mandi di Teluk Cempedak. Aduhai letihnya mandi air laut dan perjanan masih agak jauh. Memang bercuti sakan. Keseluruhan perjalanan kami 1750km. Inilah cuti-cuti Malaysia kami setelah lebih setahun setengah tak bercuti. Boss dah telefon, minta cut short cuti, maka saya kena masuk kerja esok.


Pemandangan Pantai Teluk Cempedak


Mahasiswa yang obses keluarganya datang dan membawanya ke Teluk Cempedak.

p/s: Kredit ingin saya berikan kepada blog http://indahnyacameronhighlands.blogspot.com kerana saya kira ianya banyak membantu untuk mendapatkan maklumat sebelum ke sana. Kepada sesiapa yang ingin ke sana, saya sarankan layari blog tersebut.

13 comments:

  1. Terima kasih kerana memberi kredit bermakna kepada Blog Indahnya Cameron Highlands.

    ReplyDelete
  2. nice family trip....and nice shots too.
    lawo-lawo gambo yg dikepilkan di sini.

    saya pun kadang " bengang" dgn tahap kebersihan bandar kota bharu
    ...tandas awamnya benar2 memalukan jika digunakan oleh tetamu yg datang ke bandaraya Islam itu.
    Saya pernah singgah di masjid tok guru di pulau melaka...tandasnya 'sedey' sungguh....kotor dsan busuk. tak patut mengeji kerana sebagai org yg bertamu patut terima apa saja kekeurangan yg ada. tapi sebagai tempat tumpuan ramai ( sampai dua tiga bas berhenti solat subuh) selayaknya diberi perhatian pada kebersihan dan keselesaan menggunakan tandas serta tempat wudhuk.

    Yang agak sedih dihati saya bila pulang beraya dulu....ada kesesakan jalanraya di jalan tanah merah - pasir mas dan banyak kereta yg parking ditepinya. Rupanya ada pertandingan boxing siam(tomoi) malam raya...geram betol tengok orang muda kelantan sambut raya dan sambut berakhirnya ramadhan....grrrr

    anda juga patut tengok lumba kereta di jambatan salor pada jam 3-4 pagi...dan patut tahu bahawa mendapatkan pil kuda (pil khayal) di kelantan semudah mendapatkan gula-gula di Kedai runcit...

    ahhh..tak mahu banyak sgt buka aib negeri sendiri ...memandangkan setahun sekali pulang ke negeri saya ini tak adil banyak komen pula.

    tapi perkembangan negeri cik siti kebelakangan ini membuatkan saya saaaakit sangat ....di hati


    anda tentu 'terjumpa' beberapa pemandangan pedih

    ReplyDelete
  3. Puan Mahnim,
    Sama-sama.

    Burger,
    Kritik lebih-lebih nanti ada yang marah pullok.

    Pada pandangan saya Negeri Kelantan mempunyai tradisi dan sejarah keislaman yang kuat berbanding negeri lain, tetapi ia dibawa bersama unsur pemikiran kalam. Pemikiran mutakalimin inilah yang sebenarnya sekian lama menjadi pemikiran golongan agama di Kelantan dan memberi pengaruh kepada rakyat dan suasana di sana. Pemikiran kalam jelas adalah racun yang menyisip masuk ke dalam ummat Islam lalu memcemarkan kejernihan pemahaman aqidah Islam. Buktinya mereka bukan sekadar membahas aqidah, tetapi argumentasi bagi aqidah. Aqidah malah dibangun dengan jalan logik dan mantiq serta dipengaruhi pemahaman metafizik. Inilah yang dipelajari sebagai usuluddin terutama melalui kitab-kitab kuning mutakalimin, tasauf serta thariqat.

    Bayangkan, pemahaman tasauf seperti wahdatul syuhud dan wahdatul wujud itu telah dipelajari dan menjadi sebahagian pemahaman aqidah golongan agama di Kelantan. Wahdatul syuhud adalah pemahaman yang mana melalui kasyaf, terbuka hijab satu persatu hinggalah manusia menjadi fana'. Sedangkan wahdatul wujud adalah pemahaman tuhan berada dalam kebatinan manusia, bersandar firman Allah Taala yang menyatakan Allah meniupkan roh kepada Adam. Maka, baik mereka yang beriqtiqad dengan wahdatul syuhud mahupun wahdatul wujud beramal sebanyak mungkin untuk mencapai kasyaf atau pun penyatuan yang dihajati. Sebab itu ditempat-tempat yang kepercayaan ini tersebar luas, kita dapati pengamalnya malas bekerja tetapi sebaliknya rajin beramal.Suatu perkara, ajaran sebegini mewajibkan taqlid. Maka kita dapati sikap hormat yang melampau terhadap tuan-tuan guru mereka.

    Dalam dunia yang lebih terbuka, kesan ini masih ada di Kelantan tetapi semakin terhakis. Generasi muda Kelantan baik yang tinggal di sana mahupun yang telah berhijrah sebahagiannya dalam fasa transisi. Berbeza dengan negeri-negeri lain yang sebelumnya kurang pengamalan agama, generasinya mula mendekati Islam. Jika kita perhatikan dan buat perbandingan, golongan muda sosial di negeri lain tidak terlalu obses menunjukkan gaya hidup hedonis mereka berbanding dengan generasi muda kelantan yang mula terdedah dengan gaya hidup hedonis. Saya amat terasa perkara ini melihat segelintir sahabat2 dari Kelantan yang menunjuk2 mereka telah tahu berclubbing, minum dan bercampur lelaki perempuan.

    Ini sekadar pemerhatian saya dari dulu sekadar bersahabat dengan mereka dan sekarang menjadi sebahagian dari keluarga. Saya melihat masalah2 yang semakin banyak di Kelantan adalah manifestasi dari fasa transisi yang saya sebutkan di atas.

    ReplyDelete
  4. salam,

    satu lontaran pandangan yang baik....dan satu kritikan yg berani juga terhadap ulama2 Kelantan.

    saya terimanya 85% :D, sebabnya:

    tidak 100% saya nak salahkan org alim kelantan terutama org lama yg mendalami ilmu kalam. Terdapat keperluan utk menggunakan ilmu kalam bagi mendapatkan dalil, hujah dan argumentasi mematikan akal para penentang terutama konflik pemikiran islam menentang kufur.

    cumanya metode argumentasi yg seringnya tidak berjalan mengikut landasan agama itu yg menjadikan lahir pelbagai firqah dan terjadinya fitnah.

    begitu juga ilmu mantik tak ada dlm Islam...tapi bila ramai Arab memeluk islam, mereka tu pula memiliki latar belakang falsafah
    yg macam2, maka mantik diperlukan bagi menjawab hujah akal mereka yg cuba mempertikaikan aqidah suci Islam.

    saya boleh terima ilmu kalam satu sudut dari ilmu islam,cuma ia tidak patut terkongkong, terikat dgn metod pemikiran spekulatif sepertimana approach org lama dlm pengajian kitab kuning.

    itulah sebatas yg boleh saya faham setakat ini.

    cuma dalam hal 'kehodohan' yg saya lihat ketara dlm masyarakat kelantan ini saya masih serius menilainya.
    Mengapa amalan islam semakin pudar di sana, mengapa kehodohan semakin menular dlm masyarakatnya...
    mengapa kita tidak berupaya menterjemahkan kehidupan islam yg lebih baik berbanding negeri lainnya,setelah sekian lama negeri itu diteraju oleh golongan agama ??

    pandangan anda ini ada logiknya biarpun asas kepada permasalahan ini yg anda telah kemukakan, saya rasa bukanlah gambaran punca masalah yg sebenarnya..

    bukan nak maroh.....sekadar pandangan saya ja.

    ReplyDelete
  5. 70% pun saya dah gembira, apalagi 85%. Kalau SPM dah kira A1, kalau kat U dah dapat 4.00.

    Saya juga setuju kita tidak wajar meletakkan beban kesalahan kepada golongan agama di Kelantan yang mengambil aliran mutakalimin. Pandangan saya tersebut sekadar respon ringkas terhadap pelbagai masalah di Kelantan yang diutarakan saudara Burger. Ia masih boleh lagi dipertikaikan, kerana saya menulis tanpa sebarang rujukan dan hanya berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan saya.

    Membahas sosiologi, ada pelbagai faktor yang mungkin menyumbang. Di sini, saya sekadar melihat dari aspek kesan ajaran kalam kepada pengamalan Islam dan gaya hidup di Kelantan. Kerana mungkin yang bermain dibenak kita, mengapa pelbagai masalah ini muncul sedangkan Kelantan mempunyai tradisi agama yang kuat.

    Just my2cent.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Pengalaman paling best kalau ke KB ialah solat subuh di Mesjid Muhammadi....syahduuu sungguhhh!

    Semoga kesyahduan bertaqarub kepada Allah ketika di mesjid tersebut suatu masa nanti akan terbayang dalam segala aspek kehidupan bermasyarakat di KB melalui tertegaknya Khilafah!

    Wasalam.

    ReplyDelete
  7. salam f.mustanir,

    kalau di masjid muhammadi anda ada kenangan shahdu, saya pula ada kenangan sendu....pilu..huhuhu
    pencopek cukup banyak kat situ....

    kawan saya dicuri tas tangannya ketika sujud solat di situ, walhal beg tu didepan sejadahnya...cekap betol pencuri tu.

    seorg kawan juga pernah dicuri dompet didalam saku seluar dan seluar tersebut disimpan dlm beg pakaiannya.....sampai ke situ dikerobeknya untuk mencuri...

    anak2 murid saya ditarik kolar baju dan diugut serahkan beg duit ketika ronda-ronda di padang bola bersebelahan masjid itu...

    trajedi2 tersebut tentulah membuatkan saya malu dgn tahap keselamatan penziarah ke negeri saya itu.

    kecurian kereta juga sgt tinggi kerana faktor bersempadan dgn siam, maka kereta senang di bawa ke selatan thai. Anak saudara saya pernah kecurian kereta di hospital kubang kerian ketika pergi menjemput isterinya yg bersalin kat situ...mahfuz omar juga kehilangan CRVnya di tapak parking kereta hotel perdana KB...hehehehe

    saya melihat , tahap masalah sosial bertambah teruk dan masalah kebejatan akhlak masyarakat kelantan juga semakin menyedihkan.Saya tak ingin membuat perbandingan dgn negeri lain, cukup kelantan bandingkan dirinya sendiri dgn pencapaian masa lalu. Kelihatannya masyarakat kelantan era 10 thn pertama pemerintahan Pas lebih baik rasanya.

    Org muda kelantan ramai yg berhijrah...termasuk saya...hehehe.
    Ramai yg bekerja di bandar besar seperti KL, JB dan Penang dan sebagainya. Mereka pulang membawa bersama gaya hidup songsang masyarakat bandar untuk dikongsi dgn org kelantan lainnya. yang anehnya, kalau yg tinggal di kolumpo...mereka lebih kolumpo dari org kolumpo. yang ke siam lebih siam dari org siam...alahai.

    saya terfikir, mungkin faktor usaha2 Islam nak diperkukuhkan di sana, maka syaitan2 pun kerja keras sikit nak menyongsangkan org2 kelantan agaknya...tu yg nampak cabaran lebih besar di sana... :D begitu cabaran bagi org beriman utk menundukkan maksud nafsunya...sukar sungguh tentunya....ntah le ta'taou

    situasi yg sama di sekolah saya....usaha mentarbiyyah pelajar amat perit dan tak semudah yg disangka. Program2 tarbiyyah yg diadun oleh sekolah utk disuap kpd mereka sering digugat dan diancaman tarbiyyah internet, kaca tv dan persekitaran mereka.

    jenuh bebudak tu ditamrin, direhlah, dimukhayyam.... tapi macam sekelip mata je ditenyeh balik oleh pengaruh luar yg lebih kuat nampaknya.

    namun da'ie tidak boleh berputus asa...dakwah ni macam keta api...tetap terus ke destinasi biarpun ramai penumpang2 berhenti turun di sepanjang perjalanannya. pasti ada yg akan sampai juga ke matlamat/destinasi perjalanan mereka..

    hehehe...
    tak tahu apa yg saya meraban ni...sekadar meluah rasa...lagi pun perut dah lapo...

    salam...

    ReplyDelete
  8. FM,

    Ana pernah juga mengedar SN di masjid tersebut. Edar bahan agama di Kelantan, sambutannya memanglah baik. Cerita-cerita juga pasal khilafah kepada golongan yang cenderung agama di sana, tetapi seperti mereka tiada kesedaran langsung tentang khilafah, seolah seperti saya orang pertama cerita begini kepada mereka. Terfikir saya, apakah PAS memerintah Kelantan bertahun-tahun tak pernah ke cerita kewajipan menegakkan sumula khilafah, sedangkan di tempat lain PAS mula berkata mereka juga mahu khilafah. Mungkin HT perlu masuk ke Kelantan, baru PAS bercakap tentang khilafah di sana.

    mee siput,

    Samada kritikan itu datang dari dalam atau orang dari luar Kelantan, itu bukan persoalannya. Kita tidak boleh menipu diri dan menafikan hakikat, itu maknanya bisikan syaithan begitu hampir kepada kita. Dalam menyelesaikan masalah, kita perlu terima dan berhadapan dengan hakikat yang terjadi, kritik bukan bermakna kita benci. Cuma bagi yang sukar menerima, tenggelamlah mereka dengan realiti yang ada.

    ReplyDelete
  9. Salam akhi wuzara,

    Amat menyedihkan jika masyarakat di Kelantan tidak peka akan idea Khilafah.

    Di sini ana sertakan tulisan seorang kafir yang peka akan idea Khilafah.

    Penulis tersebut cuba menasihati Presidennya supaya menjalinkan hubungan baik dengan kaum muslimin.

    Bagi penulis itu, jika Khilafah telah tertegak nanti US akan menghadapi masa depan yang sukar jika ia tiada hubungan yang baik dengan kaum muslimin dari sekarang.

    Wasalam.

    ___________________________________
    THE WAR AGAINST THE CALIPHATE
    by Joe Shea
    American Reporter Correspondent
    Bradenton, Fla.

    BRADENTON, Fla., Nov. 30, 2009 -- The President has already met with his top military and civilian defense advisors and has ordered a surge in U.S. troop deployment in Afghanistan, so what I have to say to him is too late to make much difference. After months of deliberation, another 30,000 troops are on their way to a nation that in the space of a decade has become a fractured pawn in the game that Islamic extremists play.

    But the game has taken an important new turn that Americans, the President and his advisors appear not to recognize: Osama bin Laden is not trying to conquer Islamic countries, much of whose populations already regard him as the true spiritual leader of Islam.

    Instead, he is building the Fifth Caliphate to consolidate all of Islam under his rule, independent of national borders and elected or hereditary rulers. As Caliph, he would be the Imam, a spiritual and governmental leader of all those who profess his faith.

    What this means for the President is that his new troops, and those already there, are confronting a new enemy, and it is the most fearsome enemy of all, and one that many say never can be defeated: it is an idea.

    Unlike territorial conquests, the aim of Osama is to achieve the conversion of all secular, fence-sitting or moderately committed Muslims to a newly invigorated Islam that adheres to the strictest interpretations of the Koran. It is the Islam of the Taliban, Al Qaeda and hundreds of similar organizations that have spread throughout the Islamic world since Al Qaeda's successful attacks on America on Sept. 11, 2001.

    As an idea, it requires...(baca seterusnya di sini http://74.125.153.132/search?q=cache:kY4ZLpqxRAIJ:www.american-reporter.com/3,896W/70.html+The+American+Reporter+%22War+against+The+Caliphate%27%27&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my )

    ReplyDelete
  10. cmne la ley ade gmba mahasiswa 2...
    letak gamba sdiri da la bro...huhu

    ReplyDelete
  11. camne la ley ade gmba mahasiswa 2..
    letak gmba sdiri da la bro...huhu

    ReplyDelete
  12. Zulkhairy...

    Macho pe mahasiswa tu.
    hihi..

    ReplyDelete