Monday, February 8, 2010

Brain Drain: Manifestasi Kebodohan Pemimpin

Nampaknya saya dah jadi weekly blogger, menulis seminggu sekali. Nak menyambung ‘Jawapan Itu Tiada Sekarang Part 2’ tapi mood penulisan tidak ke arah itu. Ada sesiapa yang baca The Star Sabtu 6 Februari lepas? Muka hadapan sisipan Star Biz Week bertajuk Brain Drain dengan lakaran penumpang turun dan naik kapal terbang, menarik perhatian saya.



Artikel-artikel berkenaan rencana 4 muka surat ini, mendedahkan scenario penghijrahan ramai golongan pakar dan teknokrat dari Malaysia ke negara lain. Pelbagai data didedahkan. Antaranya berdasarkan sumber dari MOSTI terdapat 785000 rakyat Malaysia yang menetap di luar negara. Kohilan Pillay pula mendedahkan terdapat seramai 304358 rakyat Malaysia yang berpindah ke negara lain dalam tempoh Mac 2008 hingga Ogos 2009. Manakala sebuah kajian antarabangsa menunjukkan terdapat lebih dari 20000 saintis dan jurutera yang berasal dari Malaysia yang berkhidmat di luar negara terutama di US dan Australia. Stewart Forbes, Pengarah Eksekutif Malaysian International Chambers and Commerce and Industry (MICCI) mendedahkan factor utama brain drain ini disebabkan peluang pendidikan yang kurang (baca: ketidakadilan dalam peluang pendidikan) dan juga kualiti pendidikan itu sendiri.

Kerajaan cuba menarik para teknokrat ini balik ke Malaysia melalu Progam Brain Gain. Terdapat sebilangan kecil yang ingin kembali, bukan kerana tawaran gaji yang menarik atau peluang kerjaya, tetapi sekadar untuk balik kampung. Bilangannya sangat sedikit. Tetapi pelbagai kerenah birokrasi seolah menghalang mereka balik. Antaranya bagi para doctor diwajibkan berkhidmat selama 3 tahun di hospital kerajaan terlebih dahulu. Tangga gajinya tidak dinyatakan, tetapi apakah doctor pakar mahu balik ke Malaysia dengan tangga gaji biasa? Akibatnya ramai yang tidak mahu balik dan ada juga yang balik ke Malaysia tetapi tidak mengamalkan lagi profesion perubatan mereka. Paling mendukacitakan ada permohonan yang ditolak kerana permohonan dikemukakan setelah doctor tersebut mereka balik ke Malaysia. Antara persoalan yang dikemukakan oleh para saintis dan teknokrat , di manakah mereka boleh bekerja dan sejauh mana mereka boleh meneruskan kajian mereka. Suatu scenario yang jelas adalah para doctor, saintis, jurutera dan teknokrat ini tidak nampak ada peluang yang sesuai dengan kepakaran mereka di Malaysia selain gaji yang tidak setimpal, malah ia banyak ditentukan oleh golongan politik.

Realiti yang dipaparkan ini merupakan satu kerugian yang besar bagi mana-mana negara. Sesebuah negara memerlukan ramai cerdik pandai untuk membangunkan negara. Fenomena di mana golongan ini berhijrah dan mengamalkan kepakaran mereka di negara lain, merupakan petunjuk bahawa negara tersebut mengalami masalah dalam jentera pentadbiran. Ia menggambarkan bahawa negara tersebut bukanlah negara yang dinamik. Melihat akar permasalahan ini ia boleh dilihat dari 2 aspek. Pertama, Malaysia bukanlah negara pengembang ideologi seperti Amerika Syarikat (US). Inilah aspek utama yang hendak saya ulas. Kedua, Malaysia bukanlah negara yang berorientasikan teknologi seperti Jepun, German, Korea, Perancis dan negara-negara maju lain. Di Malaysia peluang peningkatan kerjaya lebih member kelebihan kepada golongan pentadbir dan mereka yang mempunyai hubungan politik. Ia mirip seperti Britain, tetapi Britain mempunyai tradisi ideologi yang kuat, sedangkan Malaysia tidak.

Selama 1300 tahun Khilafah pernah menjadi pengambang ideology Islam ke seluruh penjuru dunia. Posisi itu kemudian diambil alih ideology kapitalisme dengan dulu Britain dan sekarang Amerika Syarikat. Soviet pernah menjadi negara pengambang ideologi sosialisme, tetapi telah hancur. Realitinya hari ini Amerika Syarikat sedang menjadi pengendali ideologi kapitalisme, diterap dan dikembangkan di seluruh penjuru dunia. Kedudukan negara pengembang ideology ini berbeza sama sekali dengan negara yang menjadi sasaran penerapan. Negara seperti Malaysia, Indonesia, Arab Saudi, India, Jepun dan banyak lagi negara-negara di dunia adalah negara yang menjadi sasaran penerapan ideology kapitalisme oleh US. Negara pengembang ideology mestilah mendahului dari segenap aspek agar mempunya kekuatan secara paksa mahupun sukarela untuk diterapkan ideology ke atas negara-negara lain. Prof P. Samuel Huntington menjelas kekuatan ini ada 2, iaitu soft strength dan hard strength. Soft strength adalah kekuatan ideology, pemikiran, ekonomi, politikcara hidup, budaya yang dapat diterapkan. Sedangkan hard strength adalah kekuatan military dan teknologi. Gabungan kekuatan inilah yang mesti ada pada sesebuah negara pengembang ideology. Sememangnya kita nampak realitinya ada pada hari ini.

US menerapkan ideology kapitalisme ke seluruh penjuru dunia sehingga pemikiran penduduk dunia berjaya disekularkan. Buktinya, pemikiran politik dunia hari ini adalah demokrasi, ekonominya liberal sementara undang-undang pula sekular. Dalam masa yang sama negara pengembang ideology mesti mempunya kekuatan teknologi dan ketenteraan yang paling canggih. Kekuatan teknologi dan ketenteraan adalah manifestasi dari kedudukan sebagai negara pengembang ideology, ia satu kemestian. Maka, US mengimport para saintis dan teknokrat ini dari pelbagai negara seperti terutama India dan negara Arab untuk menjalankan misi pembangunan teknologi.

Khilafah Islam apabila ia tertegak juga akan melakukan perkara yang sama malah lebih lagi. Khilafah sebagai sebuah negara yang menerap, menjaga dan mengembangkan ideology Islam memerlukan kekuatan pemikiran Islam dikalangan umat. Kekuatan pemikiran Islam inilah yang menjadi kekuatan utama negara Islam. Hasil dari ketinggian pemikiran Islam ummat menjadi dinamik dan terkedepan. Pembangunan teknologi dan ketenteraan adalah manifastasi dari ketinggian pemikiran yang ada pada ummat Islam. Daya menganalisa dan mengkaji akan membangun pesat menghasilkan penemuan-penemuan baru yang tidak mampu dihasilkan oleh peradaban lain dalam mana-mana kurun. Malah para pakar dari negara luar akan berlumba-lumba datang ke Khilafah kerana polisi Khilafah yang sangat mendokong pengkajian dan pembangunan teknologi seumpama ini. Inilah yang telah terjadi semasa Khilafah meneraju dunia suatu masa dahulu dan ia akan berulang kembali apabila khilafah Islam buat kali kedua kembali tidak lama lagi.

13 comments:

  1. nampaknya solusi yg anda nampak hanyalah 'bila tertegaknya khilafah'maka segalanya akan berjaya di atasi, sedang kita tidak ada ketetapan masa yg pasti bila khilafah kali kedua benar-benar muncul nanti...sekalipun ykin ia pasti terjadi.
    maka pada saya...bolehlah juga kita sungguh-sungguh usahakan membimbing masyarakat dgn cara menyebarkan dakwah yg baik kpd mereka. Selain sedarkan mereka ttg keperluan kpd khilafah, patut juga kita menagih sokongan masyarakat (public opinion) supaya berpihak kpd gagasan Islam. Sentiasa berusaha mencorak pemikiran dan gaya hidup masyarakat menurut budaya Islam.
    Memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan Islam. Dgn itu kerajaan ini akan menjalankan peranannya sebagai khadam kpd rakyat atau orang upahan rakyat dan bekerja demi kepentingan rakyat.Pada kita, kerajaan islam ini adalah pelaksana hukum dan ajaran Islam.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Tepong gomak, keropok lekor.. nampaknya yang sudi berkunjung ke blog saya ini, seperti kuat2 makan belaka. Apa pun terima kasih saya ucapkan.

    dari penulisan saudara/i, saya fahami ada dua salah faham yang mungkin boleh kita perhalusi.
    Pertama,seolah apabila ada khilafah maka semua masalah boleh selesai. Ia tidak begitu. Tetapi khilafah adalah thariqah (method) untuk: 1)melaksanakan Islam
    2)menjaga Islam
    3)mengembang Islam
    Bukan bermaksud ada saja khilafah ia semua boleh dilaksana dan diselesaikan, tetapi kita telah ada entiti yang berkemampuan. Tanpa khilafah sememangnya tiada entiti yang berkemampuan.

    2) Negara Islam adalah khilafah. Kerana itulah struktur pemerintahan yang ditunjukkan oleh Islam. Islam tidak menunjukkan struktur pemerintahan lain. Apakah saudara/i merasakan Islam ada menunjukkan struktur pemerintahan lain?

    ReplyDelete
  3. Saya nampak ada kebaikan dalam pendapat keropok lekor .."bolehlah juga kita sungguh-sungguh usahakan membimbing masyarakat dgn cara menyebarkan dakwah yg baik kpd mereka. Selain sedarkan mereka ttg keperluan kpd khilafah, patut juga kita menagih sokongan masyarakat (public opinion) supaya berpihak kpd gagasan Islam. Sentiasa berusaha mencorak pemikiran dan gaya hidup masyarakat menurut budaya Islam."...

    tetapi ayat terkemudian tersebut yg tidak berapa tuntas...memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan Islam = mendirikan khilafah Islam, kerana tidak ada sistem pemerintahan lain selain sistem Khilafah (Imamah), sistem Islam yang tunggal.

    ReplyDelete
  4. salam tufail,

    "tetapi ayat terkemudian tersebut yg tidak berapa tuntas...memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan Islam = mendirikan khilafah Islam, kerana tidak ada sistem pemerintahan lain selain sistem Khilafah (Imamah), sistem Islam yang tunggal."

    Anda mungkin benar cuma kurang adil menilai pemikiran saya.

    pada saya khilafah bukanlah matlamat akhir kpd perjuangan kita, ia adalah wasilah kepada usaha melahirkan sistem pemerintahan Islam, sedangkan matlamat utama adalah melaksanakan Islam itu sendiri. Jika khilafah menepati ciri-ciri politik/pemerintahan Islam...maka itulah yg akan menjadi usaha kita. Sedang dalam usaha itu, kita belum lagi mampu mencapai natijahnya, maka pada saya, segala perbuatan utk memberi ruang kepada Islam itu bernafas dalam sistem politik negara ini perlulah disokong.

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Saya suka untuk memetik pandangan keropok lekor yang ini...

    "Sedang dalam usaha itu, kita belum lagi mampu mencapai natijahnya, maka pada saya, segala perbuatan utk memberi ruang kepada Islam itu bernafas dalam sistem politik negara ini perlulah disokong."

    Cuba juga kita jawab secara jujur.

    1) Kita tahu khilfah adalah pelaksana bagi matlamat kita melaksanakan Islam secara keseluruhan. Tetapi cuba kita tanya diri kita akan kepimpinan jamaah kita, apakah selama ini kita memang fokus dan betul-betul berjuang kearah penegakan khilafah? Atau kita sekadar berjuang mengadakan sesuatu alternatif selain khilafah?

    2) "segala perbuatan utk memberi ruang kepada Islam itu bernafas dalam sistem politik negara ini perlulah disokong." itu maksudnya bagaimana?

    Saya melihat sampai hari ini gerakan Islam yang bergerak dalam kerangka politik demokrasi, tidak pernah membahas metodologi dakwah nabi dan bagaimana mereka mengikutinya satu persatu minhaj tersebutyang natijahnya bahawa penglibatan mereka dalam demokrasi itulah yang sebenarnya kerana mengikuti minhaj nabi. Apa yang jelas mereka melakukan tindakan secara pragmatik maka banyak perkara yang haram mereka halalkan kerana pragmatisme (maslahah)yang perlu diraih dari politik demokrasi.

    Cuba kita tanya sejujurnya kepada diri kita, apakah politik demokrasi ini sebenar-benarnya minhaj yang kita yakini minhaj kenabian? Apakah dari keimanan kita natijahnya menghasilkan minhaj demokrasi sebagai jalan menuju penegakan Islam? Paling tidak, tidakkah apa yang dibawa oleh gerakan khilafah tersebut menyentap minda dan hati nurani kita, bahawa minhaj nabi yang sepatutnya kita ambil berbanding minhaj ciptaan Plato itu.

    ReplyDelete
  6. "Sedang dalam usaha itu, kita belum lagi mampu mencapai natijahnya, maka pada saya, segala perbuatan utk memberi ruang kepada Islam itu bernafas dalam sistem politik negara ini perlulah disokong."

    Maaf jika saya 'kurang adil' menilai pemikiran saudara keropok.
    Tetapi saya katakan, khilafah itu adalah thariqah(bukan wasilah) untuk menerapkan Islam secara syummul, dan usaha untuk mendapatkan khilafah itu juga memerlukan thariqahnya. Lalu sesuatu yang digambarkan sebagai keperluan vital (khilafah)-yang dalam suatu hadis menyebutkan perkara pertama yang akan hilang dari umat ini adalah pemerintahan dan yang terakhir solat-tidak ditunjukkan oleh nabi thariqahnya? Apakah khilafah dicapai apabila kita meletakkan target 'negara Islam' yang kemudian berubah menjadi 'negara berkebajikan'?
    Pragmatisme bukan caranya. Apatah lagi dalam pragmatisme itu kita bersekongkol dan berkompromi dengan kekufuran, bahkan kadang-kadang kita sendiri mungkin secara tidak sedar menaikkan kekufuran itu.

    ReplyDelete
  7. Tufail said :
    [Tetapi saya katakan, khilafah itu adalah thariqah(bukan wasilah) untuk menerapkan Islam secara syummul, dan usaha untuk mendapatkan khilafah itu juga memerlukan thariqahnya. Lalu sesuatu yang digambarkan sebagai keperluan vital (khilafah)-yang dalam suatu hadis menyebutkan perkara pertama yang akan hilang dari umat ini adalah pemerintahan dan yang terakhir solat-tidak ditunjukkan oleh nabi thariqahnya?)]

    apa anda juga bermaksud khilafah adalah 'pengulangan sejarah'....yakni utk menegakkannya perlu mengikut semua susur galur perjuangan Rasulullah saw?

    baginda membawa ajaran Islam dari 0 kepada 100% .... susur perjalanan yg baginda lalui menepati ruang sejarah serta situasi masyarakat ketika itu...tapi kita, kita telah menerima Islam 100% secara 'gedebuk' dari baginda,menerima Islam sempurna seawal ketika pertama kali membuka mata...mana mungkin mengulangi semuanya step baginda sehingga tertegaknya daulah Islamiyyah madinah.

    Khilafah adalah milik umat islam yg tercicir di perjalanan sejarah yg panjang dan kerakusan penjajahan kufar yg memecahkan khilafah kepada sempadan2 negara bangsa.

    khilafah pernah wujud...cuma ia telah terhapus. Apa mungkin mewujudkan semula harus memulakan dari langkah pertama atau WAJIB mengikut kesemuanya thariqah yg ditinggalkan baginda?termasuk thalabun nusrah yg pernah wuzara cerita ?

    jika demikian, pada saya...Allah patut sediakan kita cabaran dan suasana yg sama dgn baginda saw, barulah usaha itu dapat 100% kita susuri apa yg di lalui baginda....

    ReplyDelete
  8. [quotekhilafah dicapai apabila kita meletakkan target 'negara Islam' yang kemudian berubah menjadi 'negara berkebajikan'?[/quote]

    seperti mana anda perangkapkan 'demokrasi' dgn perangkap istilah dan falsafah...begitulah anda cuba seiringkan negara kebajikan dgn ' welfare state' tajaan us....sedang ulasan dan kupasan ttg negara berkebajikan dikupas panjang dlm harakah lewat musim pru12 yg lalu...

    negara berkebajikan adalah sebahagian dari maksud negara islam...maka apa yg tak kenanya ??

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Keropok Lekor,membaca komen anda, saya terpinga-pinga memikirkan cara untuk menguraikan kekusutan yang bermain di minda anda.

    Keropok tulis...
    [apa anda juga bermaksud khilafah adalah 'pengulangan sejarah'....yakni utk menegakkannya perlu mengikut semua susur galur perjuangan Rasulullah saw?]

    Perbuatan kita sebagai orang Islam, kita bukan mengulangi sejarah, tetapi menuruti apa yang diperintah oleh Allah dan Rasul baik soal solat, puasa, politik, pemerintahan, undang-undang dan termasuk dalam pembahasan kita iaitu metodologi menegakkan Negara Islam.

    Keropok lekor tulis...
    [baginda membawa ajaran Islam dari 0 kepada 100% .... susur perjalanan yg baginda lalui menepati ruang sejarah serta situasi masyarakat ketika itu...tapi kita, kita telah menerima Islam 100% secara 'gedebuk' dari baginda,menerima Islam sempurna seawal ketika pertama kali membuka mata...mana mungkin mengulangi semuanya step baginda sehingga tertegaknya daulah Islamiyyah madinah.]

    Anda mengakui Islam telah lengkap. Bermakna Rasulullah telah menunjukkan metodologi menegakkan Negara Islam. Tetapi persoalan anda pada ayat terakhir, 'mana mungkin mengulangi semua step baginda...' ia sangat merbahaya, istighfar saya dibuatnya. Rasulullah itu diutuskan untuk menyampaikan wahyu Allah kepada kita. Dalam soal lain kita mengikutinya, tetapi kenapa dalam perkara sebesar menegakkan kembali negara Islam kita berpandangan tidak perlu mengikuti metodologi baginda? Secara merendah diri tetapi tegas saya katakan, Demi Allah tiada metodolgi lain yang boleh kita ambil selain metodolgi Rasulullah saw dalam menerap dan menegakkan Negara Islam. Ataukah pada anda ada metodolgi lain yang lebih baik dari thariqah nubuwwah tersebut?

    Keropol Lekor tulis lagi...
    [Khilafah adalah milik umat islam yg tercicir di perjalanan sejarah yg panjang dan kerakusan penjajahan kufar yg memecahkan khilafah kepada sempadan2 negara bangsa.

    khilafah pernah wujud...cuma ia telah terhapus. Apa mungkin mewujudkan semula harus memulakan dari langkah pertama atau WAJIB mengikut kesemuanya thariqah yg ditinggalkan baginda?termasuk thalabun nusrah yg pernah wuzara cerita ?

    jika demikian, pada saya...Allah patut sediakan kita cabaran dan suasana yg sama dgn baginda saw, barulah usaha itu dapat 100% kita susuri apa yg di lalui baginda....]

    Perenggan yang ini membayangkan betapa serabutnya anda memikirkan perkara ini. Seandainya anda datang ke halaqah HT, alangkah baiknya untuk dijelaskan sejelasnya. Tetapi andai tidak, saya harap tulisan yang tidak seberapa ini dapat sedikit sebanyak memberi pencerahan.

    Anda menyatakan, "
    jika demikian, pada saya...Allah patut sediakan kita cabaran dan suasana yg sama dgn baginda saw,....". Saya ingin jelaskan, samada cabaran itu sama atau tidak, metodologi Rasulullah itu tetap terbaik dari dulu hingga kini. Yang berubah hanyalah penggunaan uslub dan wasilah. Apakah anda diajar, kerana cabaran hari ini berbeza, maka kita tidak perlu menggunakan metodologi perjuangan Rasulullah?

    Lebih banyak saya membaca pandangan anda, lebih simpati saya kepada anda. Seolah ada sebuah konflik yang belum selesai. Sekejap anda ajukan kepada ustaz2 dari gerakan anda sekejap kemudian anda kembalikan semula disini. Apa pun saya doakan agar Allah memberi anda petunjuk yang anda dambakan.

    ReplyDelete
  10. saya agak rasa marah dgn jawapan yg anda sediakan utk saya, kerana anda tidak berjaya memahami maksud kepada pertanyaan-pertanyaan saya.Jiwa saya rasa sangat MARAH krn tidak memperolehi jawapan yg 'kuat' terhadap pertanyaan2 saya.

    saya cuma ingin mencari jika ada kelainan dari jawapan tufail kerana selama saya mengikuti jawapan2 anda, saya nampak anda cuma ingin lawan anda tunduk pd pandangan anda semata.

    saya perlukan sedikit masa dan ruang utk meneliti komen anda ini..

    ReplyDelete
  11. kepada keropok,

    Saya hanya menerangkan apa yang saya faham. Jika anda masih tidak berpuas hati, marah atau merasakan saya hanya mahu memaksa orang lain tunduk kepada pandangan saya, anda boleh saja terus dengan pandangan sedia ada anda jika itu yang anda yakini paling rajih.

    ReplyDelete
  12. Tidak mengapa saudara keropok.Hadamkan dahulu sebelum mempersoalkan ["mana mungkin mengulangi semuanya step baginda sehingga tertegaknya daulah Islamiyyah madinah"] sedangkan Rasul itu uswah hasanah.Perkara sebesar khilafah ini tidak mungkin tidak ditunjukkan oleh Rasul tatacara yang paling tepat.

    [jika demikian, pada saya...Allah patut sediakan kita cabaran dan suasana yg sama dgn baginda saw, barulah usaha itu dapat 100% kita susuri apa yg di lalui baginda....]
    Ayat ini rasanya kurang sesuai.Kalau kena kat geng takfiri ni, serius habis-habisan kena tibai.

    Jadi, sebab itu saudara harus mengkaji bagaimana thariqah Rasullullah yang telah dtabanni oleh HT. Silakan datang bertemu dengan para syababnya.Kalau datang salah satu program HT, pasti akan bertemu syababnya.Hah, apa lagi, itulah waktu terbaik.

    Mengenai negara berkebajikan dan negara Islam, silakan saudara keropok kongsikan di sini point-point pentingnya, dan kita sama-sama nilai jika berkesempatan. Apakah ia menepati ciri-ciri dan maksud negara Islam itu, ataupun bagaimana.Jika iya, saya tidak jelik untuk mengakuinya kerana sebelum ini pemahaman yang saya dapati mungkin lain.

    ReplyDelete
  13. salam saudara tufail,

    tiadalah istimewa apa-apa dari jawapan anda kerana ternyata ia tidak menjernihkan apa-apa pun di sini kecuali perasaan anda yg cenderung memperlekehkan kefahaman org lain.

    saya menghargai jemputan anda, jika bukan kerana kekangan yg ketat,saya pasti menyahutnya dari dulu lagi.

    mengapa nak membebankan saya 'salah faham anda',anda boleh google saja takrifan negara berkebajikan yg pernah ditawarkan pas, ia banyak menerusi net ini dan seranglah sudut-sudut mana yg anda rasa ia terpesong dari kehendak syarak.Kalau saya masih ada keinginan,saya susuli serangan2 anda itu.

    ReplyDelete