Friday, October 16, 2009

UMNO PERLUKAN TRANSFORMASI ISLAM


Persidangan UMNO akan melabuhkan tirainyaa hari ini. Saya tidaklah mengikutinya tetapi adalah menonton serba sedikit berita dan temubual di TV. Pagi ini di TV3 ditemu bual dua orang tokoh berkenaan transformasi yang nak dibawa UMNO. Bukan pihak lain yang menuduh, tetapi kedua tokoh inilah yang mengakui betapa parahnya korupsi dalam UMNO, sampai menyatakan makan ubat pun tak jalan, UMNO perlu dioverhaul. Perwkilan dan pemimpin-pemimpin yang memberi ucapan ramai yang turut mengakui hal ini. Ini bukan perkara baru, masalah rasuah dalam UMNO panas dibicarakan sejak zaman Tun Dr Mahathir lagi. Tetapi sampai sekarang keadaannya semakin parah. Cuma dahulu mereka leka kerana rakyat masih menyokong mereka walaupun mereka korup. Tetapi situasi telah berbeza, rakyat telah hilang kepercayaan kepada mereka. Maka untuk kekal berkuasa, pastinya UMNO perlu berbuat sesuatu untuk meyakinkan rakyat supaya diterima kembali. Inilah yang dilaungkan sebagai transformasi dalam UMNO baik oleh Presiden mahupun Timabalan Presiden UMNO.

Apa yang saya tonton dalam berita TV3, Tan Sri Muhyidin Yassin menggariskan 4 rukun untuk transformasi UMNO, iaitu:-
i) Kesatuan minda (wahdatul fikr)
ii) Kesatuan rasa (wahdatul qalb)
iii) Kesatuan gerak kerja (wahdatul amal)
iv) Kesatuan matlamat (wahdatul hadaf)




Persoalannya, atas dasar apa mereka boleh menyatukan minda, perasaan, tindakan dan matlamat mereka? UMNO bukan parti ideology yang unik. UMNO juga bukan parti yang berteraskan agama. Jadi apakah yang akan menyatukan mereka? Perjuangan UMNO adalah perjuangan bangsa Melayu, maka jelas bangsalah yang menjadi sandaran kesatuan mereka. Inilah masalahnya, kerana kesatuan bangsa adalah berasaskan perasaan, bangsa tidak mempunyai aqidah dan hukum syara'. Ini adalah perkara yang sangat sukar untuk disatukan, kerana fitrah perjuangan bangsa ia memang saling bermusuhan. Jika tidak isu perkauman sesame bangsa lain, maka konflik dalam bangsa tersebut akan berlaku. Inilah yang terjadi dalam UMNO buat sekelian lama.


Jadi, 4 rukun kesatuan yang digariskan Muhyidin jika tanpa dilakukan yang menyeluruh maka apa yang akan terjadi secara praktikalnya adalah, pertamanya ,kesatuan minda untuk kekal sekular dan menerapkan hukum kufur sebagaimana yang diterapkan hari ini oleh kerajaan Malaysia. Kedua, kesatuan perasaan dan tamak haloba untuk memperjuangkan ketuanan bangasa (bukan kedaulatan Islam)atau dengan kata lain semangat assobiyah. Ketiga, kesatuan gerak kerja untuk mengagih-agikahkan tender-tender, koutim mana yang out spec dan menentang kebangkitan Islam melalui badan eksekutif yang diberi kuasa. Sedangkan yang keempat, kesatuan matlamat untuk terus kekal berkuasa menzalimi bangsa lain dan memastikan Islam tidak tertegak di Malaysia.

Walhal, jika pemimpin UMNO benar-benar ingin melakukan transformasi yang selari dengan Islam, kesatuan yang perlu digembeling adalah kesatuan minda, perasaan, tindakan dan matlamat yang menjadikan Islam sebagai kepimpinan berfikir (qiyadah fikriah). UMNO perlu menjadi parti yang menjadi Islam sebagai aqidah, cara fikir dan gerak kerja mereka. Maka, UMNO perlu membuang jauh-jauh aqidah sekular yang dianut selama ini dan pemikiran assobiyah bangsa serta ideologi kapitalisme mereka. Kerana kebangkitan yang bukan bersandarkan iman dan taqwa kepada Allah swt, ianya kebangkitan taghut. Walau bagaimana pun, UMNO masih boleh mengekalkan nama UMNO jika masih suka, cuma ianya adalah United Muslimin Organization, bukan lagi Parti Melayu Bersatu.

No comments:

Post a Comment