Tuesday, October 27, 2009

CIVIL DEMOCRATIC ISLAM: TELAAH STRATEGI U.S MENGHADAPI KEBANGKITAN ISLAM


Saya selesai membaca Buku Bertajuk Civil Democratic Islam: Partners, Resources, Strategies. Buku ini adalah kajian CIA yang dikeluarkan melalui agensi dibawahnya National Security Research Division (RAND). Sememangnyaa RAND telah sekelian lama menjalankan kajian terhadap ummat Islam dan merupakan think tank bagi tindakan strategic US terutama bagi menghadapi kebangkitan Islam.Buku Civil Democratic Islam (CDI) ini boleh saya katakan antara kertas kerja yang paling progresif pernah dikeluarkan oleh RAND. Melihat tajuknya serba sedikit telah menggambarkan apa kandungan intipatinya.

Dalam pendahuluan bagi buku ini, tanpa selindung penulis mengumumkan bahawa musuh utama dunia (baca: US) adalah Islam yang akan menyebabkan perubahan ideology baru dunia. Maka buku ini adalah strategi yang perlu diambil US untuk menghalang kebangkitan ini. CDI mengklasifikasikan ummat Islam kepada 4 golongan yang mana setiap golongan ini mempunyai penerimaan yang berbeza terhadap nilai-nilai barat dan strategi menghadapi mereka juga berbeza.

Golongan pertama, adalah golongan fundamentalis. Ciri utama golongan fundamentalis adalah mereka sama sekali menolak demokrasi, hak asasi manusia dan seluruh nilai-nilai barat. Inilah musuh US yang tidak boleh bertolak-ansur. Mereka secara spesifik merujuk kepada gerakan yang menolak sama sekali nilai barat seperti demkorasi, menuju menegakkan khilafah seperti gerakan-gerakan jihad dan Hizbut Tahrir. Golongan kedua, adalah golongan tradisionalis. Golongan tradisionalis ini lebih menumpukan soal kerohanian dan keilmuan. Walaupun ada yang terlibat dengan politik, tetapi pemikiran mereka lebih tertumpu soal kerohanian. Golongan yang dikaitkan adalah seperti golongan wahhabi dan ulama-ulama yang lebih cenderung membahas ilmu berbanding soal politik. Golongan ketiga, adalah golongan modenis. Golongan modenis ini mereka mahu melihat Islam menjadi sebahagian dari kemajuan global. Mereka memberi nafas Islam bagi nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, perekonomian dan nilai-nilai lain. Ia merujuk kepada sesetengah ulama’ dan pemikir Islam hari ini. Manakala golongan yang keempat, adalah golongan sekular yang telah mengikut acuan barat termasuk pemerintah yang ada dan tokoh-tokoh pemikir mereka.

Jika kita teliti,US menjadikan sejauh mana penerimaan atau penolakan ummat Islam kepada nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, perundangan, ekonomi dan nilai-nilau utama lain untuk mengklasifikasikan ummat Islam. Kita tidak terperangkap dengan klasifikasi ini kerana sebenarnya mereka mengklasifikasikan ummat Islam untuk kepentingan mereka menghadapi kebangkitan Islam. Dari situ mereka menetapkan kaedah dan strategi berbeza, bergantung kepada bentuk pemikiran ummat Islam.

Dalam bab yang kedua, dibahaskan strategi untuk mencari ‘partner’ untuk apa yang mereka sebut menerima demokrasi Islam.
Dalam perenggan yang pertama digariskan bahawa, mempromosi demokrasi dalam dunia Islam dan membantu perlaksanaannya adalah suatu tindakan jangka panjang untuk usaha menentang kebangkitan Islam. Dari penulisan buku ini, mereka seringkali menegaskan bahawa sokongan yang sekian lama diberikan kepada golongan sekular- golongan pemerintah dan pemikir sekular- bukan lagi tindakan yang semestinya tepat untuk keadaan geopolitik hari ini. Ini kerana, kebanyakan orang Islam sudah menyedari maneuver golongan ini dan tidak menjadikan mereka sebagai rujukan dalam masalah politik mahupun agama.

Oleh itu RAND mencadangkan, untuk memberi sokongan, peluang-peluang muncul di akhbar, ruang untuk berpolitik, memberikan pendapat, ruang-ruang melalui NGO dan penonjolan bagi golongan Islam yang modenis. Ini kerana golongan modenis mereka walaupun tidak menerima demokrasi barat sepenuhnya, tetapi mereka masih tetap menerima demokrasi cuma dalam kerangka yang mereka anggap Islami. Maka mereka perlu diberikan peluang bergeraka dalam politik demokrasi dan sokongan atas-atas tekanan golongan sekular terhadap mereka. Pemimpin dan tokoh-tokoh golongan Islam modenis perlu diberi penghormatan dan pengiktirafan.

Manakala golongan tradisionalis, mereka kurang membahaskan masalah politik. Maka kebiasaannya golongan tradisionalis tidak mempunyai pandangan yang khusus tentang demokrasi dan konsep politik lain. Maka golongan ini perlu digunakan untuk menyerang pandangan golongan fundamentalis yang menolak nilai barat secara keseluruhan. Ia dengan cara memberikan ruang kepada ulama’ seperti ini mengalihkan pandangan ummat, dan menimbulkan keraguan ummat terhadap golongan fundamentalis. Ini kerana golongan tradisionalis biasa mempunyai pengaruh yang kuat dalam ummat, menguasai madrasah-madrasah dan institusi pendidikan tradisional. Manakala bagi ulama’ tradisionalis yang boleh menerima nilai barat walau secara selektif, mereka ini wajar diberi ruang untuk kedepan. Maka dengan ini nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, pengagihan kuasa, perundangan dan ekonomi boleh disemai dalam pemikiran ummat Islam. Dalam masalah demokrasi dan penerimaan nilai barat, golongan fundamentalis digariskan RAND sebagai musuh utama yang tidak boleh dikompromi dan sememangnya tidak boleh dibawa berkompromi.

Dalam bab ketiga, RAND menerangkan strategi-strategi untuk menghadapi golongan-golongan ini, baik samada berkawan dengan golongan ini, mengadu-domba mereka agar berseteru mahupun secara langsung menyerang mereka.

Secara umumnya, golongan Islam modenis hendaklah diberi peluang dan sokongan politik, memberi pandangan Islam kontemporari. Ini kerana golongan Islam modenis hari ini telah dapat menarik sokongan rakyat berbanding pemerintah sekular. Sokongan kepada golongan Islam modenis ini boleh diberi secara langsung atau tidak secara langsung selagi dapat dipastikan kepercayaan ummat tidak terhakis. Benarkan mereka menyebarkan pandangan-pandangan mereka.
Manakala sokongan kepada kerajaan sekular hanya diberi berdasarkan kes per kes basis. Ini kerana, banyak kerajaan sekular yang bersifat nasionalis hingga mengabaikan kepentingan US. Oleh itu, sokongan kepada mereka bergantung kes per kes basis.

Bagi golongan tradisionalis, ulama’-ulama’ mereka perlu digunakan untuk menyerang golongan fundamentalis. Ini merupakan golongan yang terbaik yang perlu digunakan untuk menyerang fundamentalis kerana golongan ini mempunyai kemuliaan yang tinggi dikacamata ummat. Keupayaan mereka membahas agama perlu digunakan, untuk menyerang pemikiran-pemikiran politik golongan fundamentalis. Secara spesifik disebut, bahawa golongan tradisionalis ini wajar disokong untuk mewujudkan perseteruan sesame Islam dan secara spesifik disebut mereka ini wajar diberi dana untuk membina sekolah-sekolah untuk menyebarkan fahaman mereka. Secara jelas diberitahu, segala kerjasama antara golongan tradisionalis dengan golongan fundamentalisme mestilah dihalang dan sepatutnya diwujudkan permusuhan sesame mereka.

Bagi menghadapi golongan yang mereka labelkan sebagai fundamentalis, digariskan agar jangan memberi promosi, serang nilai-nilai yang dibawa, hilangkan kepercayaan ummat kepada mereka, wujudkan gambaran mereka ekstrimis dan tidak mampu membawa kemakmuran. Tidak ada sikap lain kepada golongan fundamentalis kecuali menentang dan menghancurkan mereka.

Itulah ringkasan apa yang digariskan oleh RAND untuk US menghadapi kebangkitan Islam. Mereka melabelkan kita, untuk memudahkan mereka menentang kebangkitan Islam, walhal hakikatnya tidak begitu. Kita semua bukan fundamentalis, tradisionalis, modenis atau sekular. Cuma RAND mengklasifikasikan kita mengikut sejauh mana penerimaan kita terhadap nilai-nilai US dan dari situ diatur strategi yang berbeza. Saya yakin ramai ummat Islam yang ikhlas berjuang tidak menyedari hal ini dan tidak sedar mereka bergerak dalam acuan yang sememangnya diatur oleh CIA. Inilah pentingnya ummat Islam terutama gerakan-gerakan Islam mempunyai kesedaran politik yang sangat jernih lagi tajam. Semoga ia membuka minda politik kita untuk melihat dunia dengan kacamaata politik Islam agar dengan itu kita dapat bergerak menuju kebangkitan Islam.

Siapa yang beminat boleh google buku ini atau email kepada saya, kalau mampu akan saya emailkan.Kebangkitan khilafah kali kedua itu telah dinyatakan oleh hadith mutawatir bil makna, ia pasti. Apapun makar kufar ia tidak akan berjaya. Cuma persoalan kita, kita mahu jadi golongan yang benar-benar menghancurkan kekufuran, atau diperalatkan US tanpa sedar atau ditunduk kepada US?

15 comments:

  1. ana tgh cuba menggagahi diri membaca soft copy...sakit jugakla, tp summary dah baca nih...mmg kajian terbuka dan sengaja dibukakan. Apa motif publishing secara terbuka ni ek?

    ReplyDelete
  2. Salam buat akhi tufail,

    Sebenarnya dari dulu lagi CIA mendedahkan modus operandi yang telah mereka lakukan dan juga strategi yang sedang mereka lakukan terhadap musuh-musuh mereka.

    Perbezaannya, mereka lebih berahsia semasa menghadapi USSR semasa perang dingin, kerana USSR adalah pengembang ideologi sosialisme yang mempunyai jentera bernegara.

    Sedangkan dalam menghadapi Islam, banyak fakta yang US dan Britain telah didedahkan sejak awal ke 20 lagi, seperti mendedahkan rahsia persekongkolan ulama' dan pemimpin ummat Islam terutama perkara2 yang diangggap classified. Tetapi walaupun perkara tersebut telah didedahkan, ia masih lagi tidak diketahui oleh ramai ummat Islam. Hatta jika mengetahuinya pun ramai yang tidak percaya.

    Hampir serupa juga dengan strategi yang masih berupa konsep sebegini-belum lagi dalam bentuk modus operandi- walaupun diterbtkan secara terbuka, hanya sebilangan kecil ummat yang mendapat akses dan memahami. Ianya banyak tertumpu sebagai maklumat kepada para pemikir kapitalis dan golongan akademik. Sedang bagi golongan agama, mereka masih sukar untuk memahaminya. Malah sekiranya faham sekalipun, kita masih belum ada negara untuk menyusuh strategi seperti USSR dahulu.

    Saya rasa dengan banyak mempelajari politik Islam, kita akan lebih faham percaturan politik dunia hari ini.

    ReplyDelete
  3. elok HT juga buat kajian dan gerakerja bersungguh-sungguh.. tapak awal HT belum belum terbela.. mana HT sewaktu Israel membantai Hamas dan Hezbollah?

    ReplyDelete
  4. Sekali lagi komen yang jauh dari keihlasan dari saudara.

    HT berjuang siang dan malam untuk menegakkan kembali Islam. Saya cadangkan saudara hadir ke halaqah umum HT untuk mengenali HT.

    ReplyDelete
  5. subhanallah ya akhi rosli...pembelaan sebenar adalah dgn tegaknya negara ideologis...jadi silakan saudara dtg ke majlis2 HT untuk berdiskusi lebih, supaya lebih jelas apakah yg dikatakan "pembelaan" yang hakiki, bukan "pembelaan" sementara

    ReplyDelete
  6. lagi satu...elok juga akhi rosli fahami apa yg terkandung dalam buku civil democratic tu.kemudian saudara nilai pula diri saudara terletak dalam kelompok mana agak2nya.baca summary dan intro sahaja sudah nampak gambaran...silakan ya akhi, jangan malu2

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum w.b.t

    Ana amat tertarik dgn isi perkongsian ini, "CIVIL DEMOCRATIC ISLAM". Nampaknye Islam telah diklasifikasikan sebagai musuh utama dunia.Amat dahsyat! Tetapi akan menjadi lebih dahsyat lagi jika umat Islam sendiri masih leka dan alpa dengan selimut dunia.

    Ayuh tentera Allah..! Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sedaya upaya mengubah nasibnye sendiri.

    Ana ingin memetik kata2 dari Einstein, berbunyi bergini

    "Keburukan terjadi bukan kerana dunia ini dihuni oleh ramainya penjahat. Tetapi, keburukan berlaku kerana orang-orang yang sedar, melihat hal kemungkaran berlaku di depan matanya, tetapi tidak mengubahnya".

    ReplyDelete
  8. Salam...

    Jika kita baca kertas kerja ini, dan perhatikan apa yang terjadi ke atas pelbagai aliran ummat Islam hari ini, nescaya kita akan lihat ianya sejalan. Ia umpama blueprint yang sedang dilaksanakan.

    Dalam buku ini juga ada menyebut beberapa nama tokoh ummat Islam seperti wajar diberi publisiti dan ruang seperti Dr Yusuf Qardhawy. Ini kerana beliau dikategorikan sebagai golongan tradisionalis yang condong kepada modenis. Maksudnya dengan keilmuan yang tinggi, beliau dapat memberi nafas Islam terhadap norma-norma kufur seperti demokrasi, hak asasi manusia, perbankan, insurans dan idea masyarakat majmuk. Penafsiran baru Islam beginilah yang dikehendaki oleh US kerana ia selari dengan apa dimatlamatkan iaitu 'masyarakat demokratik Islam' (Civil Democratic Islam). Jika ia berjaya diwujudkan sepenuhnya, bermakna kawalan US terhadap umat Islam semakin kukuh.

    Tetapi bagi aktivis gerakan Islam, andai pun mereka membaca blueprint ini, selagi minda mereka tidak terbuka, mereka akan tetap mempertahankan minhaj kufur demokratiah. Cubalah baca dengan ikhlas dan jujur wahai pejuang Islam yang bergerak diatas minhaj demokrasi, anda sebenarnya sedang dipergunakan US tanpa sedar.

    ReplyDelete
  9. salam...
    buku civil democratic islam bleh didownload di http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&ct=res&cd=1&ved=0CAcQFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.rand.org%2Fpubs%2Fmonograph_reports%2FMR1716%2FMR1716.pdf&rct=j&q=civil+democratic+islam&ei=t9ZtS4DkPM2HkQXH2-DUBw&usg=AFQjCNHy967QF1M4AphiNkLWDLOQ0E6P9g

    ReplyDelete
  10. wahai saudara seumat pengkotakan kita menjadi negara2x terbatas adalah hasil dari pemikiran barat/kafir spt saudaraku indonesia, saudaraku malaysia,sehingga pemahaman islam bahwa umat ini bagai satu kesatuan badan/tubuh yg apabila satu sakita maka sakitlah yang lain sedikit demi sedikit memudar.bila hal ini terjadi dan sekarang terjadi maka kafir dg mudah menggilas umat ini seperti anak ayam kehilangan induknya. dg berdoa kepada allah swt insyaallah khilafah yg kita rindukan dapan menghapus makar-makar yg dibuat kafir dalam menghilangkan agama islam yg agung.allahu akbar.

    ReplyDelete
  11. Salam, akhi.. Maaf sebab lama tak contact. Agak sibuk kebelakangan ni. Nak keluar daripada negeri pun susah. Alhamdulillah dengan adanya internet dapat juga kita menyambung silaturrahmi serta berkongsi fikrah. Sekadar nak maklumkan bahawa ana ada kongsikan ulasan enta berkenaan buku Civil Democratic Islam ni dalam sebuah forum. Mudah-mudahan bermanfaat... Insya Allah...

    ReplyDelete
  12. para Penopang sistem Demokrasi/Kufur akan senantiasa berusaha menghancurkan perjuangan penegak hukum Alloh, terutama penegak syari`ah di bawah naungan Khilafah. Saat ini yg ditakuti oleh Negara adidaya seperti Amerika dan sekutunya... bukan CINA, Rusia dll... tapi pejuang Penegak Syari`ah di bawah Naungan Khilafah, maka teruslah berjuang wahai Saudara.. kita tegakkan negara Khilafah sehingga kekhawatiran para musuh2 Alloh terwujud.. dan mereka tertunduk hina... di hadapan Hukum Alloh di dunia.. ini...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Tuan Admin, boleh emailkan x buku ni pada ana??? jazakallahu khairan khathiran...

    ReplyDelete
  14. Salam tuan..boleh tlg emelkan buku ini pd saya: mf_a13@yahoo.com...tk

    ReplyDelete
  15. Halo kakak, salam kenal... Jika berkenan, boleh emailkan bukunya kakkk? Emailnya : iiknurhikmah80@gmail.com terimakasih kakakk

    ReplyDelete