Monday, August 10, 2009
BERPUASA MENGIKUT SYARIAT SEKULAR?
Lebih seminggu saya tidak menulis. Keinginan itu ada tapi kesuntukan masa membataskan hasrat saya. Lebih kurang seminggu lagi kita akan bertemu Ramadhan buat sekian kalinya. Bulan yang penuh barkah dan maghfirah. Budaya di tempat saya, ramai yang berebut-rebut mengadakan kenduri tahlil di akhir Sya’ban sebelum memasuki Ramadhan. Hingga penuh white board disurau dengan pengumuman jemputan kenduri tahlil. Saya rasa ia lebih kepada budaya pengamalan masyarakat jawa dan seperti terdapat unsur bid’ah disitu.
Saban tahun setiap kali menjelang puasa, Aidul Fithri dan Eidul Adha isu yang sama juga berbangkit. Orang Islam di Malaysia lebih suka berpuasa dan berhari raya mengikut ketetapan pemerintah Malaysia. Begitu juga orang Islam di Brunei, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Jordan, Arab Saudi ramai yang lebih suka berpuasa dan berhari raya mengikut ketetapan pemerintah masing-masing. Mereka tidak mahu berpuasa dan berhari raya serentak dengan seluruh lautan ummat Islam di seluruh dunia tetapi lebih suka menyambutnya mengikut sempadan geopolitik. Itulah reality yang kita lihat setiap tahun.
Saya bukan mempermasalahkan khilafiah rukyah atau hisab. Saya juga tidak mempersoalkan pandangan sesetengah ulama’ berkenaan konsep mathla’ . Saya terima ia sebagai pandangan yang syar’ie dan kita masing-masing mengikut pandangan yang pada kita paling rajih. Yang diajarkan kepada saya oleh Hizbut Tahrir, adalah berkenaan isu kesatuan ummat. Apakah praktik yang digunakan hari ini, berpuasa dan berhari raya mengikut ketetapan pemerintah di Negara-negara masing-masing ini yang dinamakan kesatuan ummat dan inikah yang dimahukan oleh syariat Islam? Lebih menyedihkan lagi para ulama’ dan ustaz-ustaz rata-rata mengikut saja yang diputuskan saja oleh pemerintah dalam hal ini. Di Malaysia khususnya, mereka tidak berani bersuara menentang kemaksiatan ini kerana pengisytiharan tersebut berkait dengan raja. Akibatnya apabila pendakwah yang mengutarakan hal ini, maka ummat melihatnya sebagai suatu yang pelik, malah menuduhnya sebagai ajaran sesat. Walhal siapa yang sebenarnya yang tersesat hingga terjerumus makan di hari pertama Ramadhan, berpuasa di Hari Raya Eidul Fithri dan menyambut Eidul Adha 2 hari selepas wukuf?
Dalam membahas fiqh ini, penentuan antara Aidul Fitri dan Aidul Adha merupakan 2 fiqh yang berbeza. Fiqh bagi menentukan tarikh hari raya haji adalah lebih mudah. Ini kerana seluruh mazhab (Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali) telah mengamalkan ru’yah yang sama bagi Eidul Adha. Ru’yah yang dimaksudkan adalah penentuan 1 Zulhijjah adalah ditentukan oleh penduduk Makkah. Secara mudah kita fahami, Ibadah Haji itu dilakukan di Makkah dan Hari Raya Haji adalah hari selepas wuquf.
Manakala bagi penentuan awal Ramadhan dan Syawal berlaku sedikit ikhtilaf. Mengikut sebahagian pandangan ulama’ mazhab syafie, jika suatu kawasan melihat anak bulan, maka kawasan dengan radius 24 farsakh dari pusat ru’yah perlu mengikuti hasil ru’yat kawasan tersebut. Sedangkan kawasan di luar radius itu boleh melakukan ru’yah sendiri, dan tidak semestinya mengikuti hasil ru’yat kawasan lain. Sedangkan bagi pandangan mazhab Maliki, Hanbali dan Hanafi, kaum Muslim tidak terikat dengan mana-mana mathla’.
Imam al-Syaukani menyatakan, “Pendapat yang layak dijadikan pegangan adalah, apabila penduduk suatu negeri telah melihat bulan sabit (ru’yatul hilal), maka ru’yat ini berlaku pula untuk seluruh negeri-negeri yang lain.”
Imam al-Shan’ani berkata, “Makna dari ucapan ‘karena melihatnya’ adalah “apabila ru’yah didapati di antara kalian”. Hal ini menunjukkan bahwa ru’yah pada suatu negeri adalah ru’yahbagi semua penduduk negeri dan hukumnya wajib.”
Dalam posting berikutnya saya akan sertakan penjelasan hukum berkenaan tarikh awal Ramadhan dan Raya Eidul Fithri, pandangan para mujtahidin dan tarjihnya. Jika kita meneliti dengan saksama, maka jelas kita akan dapati bahawa penentuan awal Puasa/Hari Raya berdasarkan penentuan pemerintah Negara masing-masing adalah pandangan yang bathil dan tidak bersandarkan kepada pandangan mana-mana mazhab. Apa yang diamalkan hari ini bukanlah mathla’ syar’ie melainkan mathla’ assobiyyah yang tidak layak diikuti oleh mana-mana orang beriman.
Oleh itu sebagai orang yang percaya dosa pahala, balasan syurga dan neraka, marilah sama-sama kita berpuasa dan berhari raya dengan kesatuan ummat Islam. Kita pecahkan tempurung yang membelenggu pemikiran ummat Islam hari ini supaya ummat Islam mahu berhari raya dalam kesatuan ummat, bukan dengan keegoan Negara masing-masing. Ia bukan tugas mudah. Kita akan berdepan caci maki mereka yang tak faham, perlian dan kutukan. Apatah lagi ramai ustaz-ustaz dan imam-imam yang menjadi sandaran ummat samada tidak memahami atau tidak peduli tentang hukum ini. Kita perlu kuat aqliah(dengan dalil) dan nafsiah(kekuatan dalaman) untuk menyuarakan dan menghadapi ketidakfahaman ummat. Oleh itu, selepas ini saya akan sertakan penjelasan berkenaan hukum ini beserta dalil, pandangan para fuqaha dan tarjihnya supaya saudara-saudara nilai dengan saksama, amalkan dan perjuangkan. Jika tidak, berterusanlah ummat Islam mula berpuasa dan berhari raya pada 3 hari berbeza. Nauzubillahiminzaliq.
WUZARA
Assalamualaikum
ReplyDeletegood article. yes we should respect the Khilafiah.
but in many other cases there are many Fatwa and 'counter' Fatwa only serving political purpose.
that's our Ummah's problem. we have bundles and bundles of election oriented 'Ustaz' and 'Ulama'. wonder why Muslims in malaysia loves democracy very much?
their Fatwa is doubtful as they only serveing their political causes. every issue will be politically manipulated.
Wasalam
waalaikumussalam...
ReplyDeleteKebanyakan mereka yang ahli dlm perkara ini memahami perbezaan pandangan yang terjadi dalam hukum ini. Tetapi mereka mungkin terlepas pandang bahawa hukum itu diterapkan dalam bentuk global, bukan keputusan yang diambil oleh pemerintah di negara-negara yang terpecah-pecah. Mungkin juga mereka memahami konsep mathla' disesuaikan dengan aplikasi negara bangsa yang ada pada hari ini.