Monday, July 20, 2009
Sukar untuk aku fahami...
“ Magazine… magazine” itulah perkataan yang kami dengar. Kenapa pula lelaki dari China ini tiba-tiba mahukan majalah. Kami sedang melakukan ujian ke atas 4 unit Enjin Gas, kenapa pula dia mahukan magazine. Siapa pula yang nak membaca Mastika atau Mangga dalam power plant ini? Kemudian dia menunjukkan beberapa aksi hingga kami mengagak dia mahukan magnet. Apabila seorang chargeman saya menyebut magnet, ia serta merta mengiyakan. Ohhh… magnet. Aduhai… bagaimana magnet boleh disebut magazine. Sampai kami semua termasuk mereka pun ketawa. Begitulah sukarnya kedua-dua jurutera dari China ini berkomunikasi dengan kami. Mereka tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Terkadang kasihan saya melihat mereka terkial-kial cuba bercakap Inggeris untuk memahamkan kami. Masalahnya bukan semua pekerja yang berbangsa Tionghua dapat menerjemahkannya kerana kebanyakkan adalah istilah teknikal. Maka saya seringkali meminta GM untuk menjadi penterjemah.
Ini bukanlah pengalaman pertama saya menghadapi situasi begini. Dahulu semasa bekerja dengan Syarikat Jepun, masalah yang sama juga saya hadapi kerana jurutera-jurutera Jepun ramai yang tidak mampu berbahasa Inggeris. Kalau saya cuba buat kesimpulan mudah, bahasa Inggeris yang digambarkan oleh Tun Dr Mahathir sebagai bahasa kemajuan adalah jelas silap. Hanya orang kalah perang saja yang berfikiran jumud sedemikian.
Apabila Islam menang, bahasa Arab telah mengambil alih posisi bahasa Latin sebagai bahasa kemajuan. Apabila orang Islam tewas dan British (sekarang US) pula menang, maka Bahasa Inggeris mengambil alih posisi bahasa No. 1 dunia setelah menang persaingan dengan Bahasa Perancis. Jika dulu Perancis yang menang, mungkin hari ini kita semua tak mampu berbahasa Inggeris tetapi ramai yang akan fasih berbahasa Perancis. Oleh itu sebagai orang yang kalah perang – orang yang kalah perang ni kedudukannya hina- maka ramai yang mengangungkan bahasa Inggeris. Bukan dari aspek bahasa sahaja kerana bahasa hanya satu aspek dari ketamadunan.
Paling bahaya adalah dari segi aqidah. Hari ini ramai orang Islam yang beraqidah sekular. Secara spiritualnya mereka solat, puasa, mengerjakan haji,berdoa, qiamullail, berhari raya, menyembelih korban sama seperti kita bahkan mungkin lebih lagi. Tetapi dalam soal kehidupan mereka adalah eksekutif dan pegawai pelaksana dasar-dasar kufur pemerintah, penggubal dasar melalui demokrasi, pengamal perbankan riba’, pemain saham kapitalisme, pemungut cukai dan sebagainya. Inilah sekular, pemisahan agama dari kehidupan. Mereka yang beraqidah sekular boleh beragama dengan apa-apa agama- Islam, kristian, hindu, Buddha, dll- tetapi dalam soal kehidupan mereka menggunakan ideologi kapitalisme. Kerana sekularisme adalah aqidah bagi ideologi kapitalisme.
Kapitalisme bermula sejak Reformation diikuti Rennaisance di Perancis. Mereka menjadikan sekularisme sebagai pemahaman fundamental (aqidah) bagi ideologi ini. Kemudian ideologi sosialisme bangkit apabila berlaku Revolusi Bolshevik tetapi aqidah dialetika materislisme yang dianutnya akhirnya hancur seiring kehancuran USSR. Tetapi ideologi kapitalisme masih lagi berdiri, kerana aqidah sekular tidak menolak agama, tetapi cuma memisahkannya dari aspek kehidupan. Sebagai orang yang kalah perang, ummat Islam juga jadi orang yang tewas minda dan jatidirinya dengan menganut ideologi kapitalisme samada secara sedar atau tidak. Sebagai Negara utama pengembang ideologi kapitalisme, US dan Britain, menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Ia dipropagandakan kepada dunia. Maka, ramai orang yang tewas mindanya yang terpesona. Sungguh memalukan. Maaf saya kata, saya sendiri jumpa ramai orang yang rajin ke surau, mahukan Negara Islam tetapi hakikatnya pemikiran dan pekerjaannya seharian merupakan pekerjaan kufur melaksanakan dsar bukan Islam. Tetapi aqidahnya sekularisme menjadikannya rasa tidak bersalah mencapurkan iman dengan kekufuran. Apatah lagi ramai cerdik pandai menghalalkannya. Cukuplah ayat Allah ini jadi peringatan buat kita semua;
Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi al-Kitab, niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman. (Ali Imran : 99-100).
WUZARA
No comments:
Post a Comment